Pasir-pasir Pantai Balok |
PANTAI BALOK, Pahang, (Sabtu, 21.09.20013) - Maza berkesempatan beriadah di pantai rekreasi di sini. Seingat maza inilah kali pertama menjejakkan kaki ke Pantai Balok. Manakala si darling pernah kemari pada lewat dasawarsa 1990-an.
Pasir Pantai Balok tidaklah seputih Pantai Cenang atau Port Dickson, namun ia landai dan sesuai untuk anak-anak berenang.
Duduk dan santai: Pantai Balok landai. |
Kesilapan ejaan di papan tanda: Baluk atau Balok? |
Pusat Rekreasi Air Baluk ini di bawah kendalian MPK (Majlis Perbandaran Kuantan) amat sesuai untuk berkhemah dan aktiviti keluarga. Ketika maza tiba di situ ada beberapa kumpulan perkhemahan yang masing-masing datangnya dari luar daerah dan negeri Pahang.
Bercakap tentang tempat makan, sepanjang jalan ke Balok terdapat banyak
gerai atau warung yang menyediakan pelbagai jenis masakan. Namun paling
popular ialah masakan ala-Thai, Pattani.
Pengunjung juga boleh menyewa peralatan BBQ dengan kadar sewa RM15.00. Manakala jika memilih untuk membakar makanan laut, Kuala Baluk adalah tempat membeli segala macam hasil tangkapan marin.
Senarai harga dan perkhidmatan yang ditawarkan di Pusat Rekreasi Air Balok |
Aktiviti lain yang boleh dilakukan ialah "boat hopping" (bersiar-siar dengan bot). Pengunjung juga boleh memilih untuk pergi memancing dan bermalam di salah sebuah batu di tengah-tengah laut itu yang menjadi tempat kebiasaan kaki pancing. Keesokan hari, pihak pengurusan Pusat Rekreasi Air Balok akan menjemput anda pulang.
Terdapat bungkah-bungkah batu jauh ke tengah pantai menambahkan
keindahan panorama. Sekiranya air surut, pengunjung boleh berjalan dan
berteleku di atas batu tersebut sambil menghirup udara China Selatan
yang terbentang luas saujana mata memandang.
Riadah di tepian Pantai Balok |
Mengikut kata Pakcik Ramli, kontraktor penjaga tandas di situ, kawasan ini kerap dikunjungi oleh para peserta kursus sama ada daripada jabatan kerajaan atau pun swasta juga perkhemahan keluarga. Kemudahan sukaneka juga disediakan.
Caj perkhemahan dan perkhidmatan kemudahan sukaneka amat berpatutan sekali.
Caj perkhemahan dan perkhidmatan kemudahan sukaneka amat berpatutan sekali.
Lanten: hiasan dalaman di salah sebuah warung ala-Thai Pattani, Jalan Besar Pantai Baluk. |
Penggunaan tandas awam cuma RM0.30 manakala untuk mandi bilasan pula RM1.00 bagi dewasa dan kanak-kanak. Tandasnya cukup bersih dan selesa digunakan.
Terdapat sebuah dewan dan pentas disediakan. Kata Pakcik Ramli, dewan tersebut boleh di sewa untuk majlis persandingan dan kadar sewa di situ antara termurah di daerah Kuantan.
Kemudahan surau separa papan turut MPK dirikan.
Surau Papan di Pantai Balok cukup selesa |
Malangnya di tempat wuduk, kepala paip sudah hilang.
Untuk mengangkat wuduk pengunjuk boleh berbuat demikian dengan meminta kebenaran kepada penjaga tandas awam yang terletak bersebelahan surau tersebut. Penggunaan air untuk wuduk adalah percuma.
Untuk mengangkat wuduk pengunjuk boleh berbuat demikian dengan meminta kebenaran kepada penjaga tandas awam yang terletak bersebelahan surau tersebut. Penggunaan air untuk wuduk adalah percuma.
Tempat wuduk: Kepala paip air? |
Awalnya maza sedikit pesimis terhadap ketiadaan paip air tersebut. Namun setelah mendapat penerangan daripada Pakcik Ramli, terkilan maza semakin kuat pula. Pegawai MPK sengaja menanggalkan kepala paip air di surau itu disebabkan vendalisme dahsyat telah berlaku.
Selain sering kali pembaziran air disebabkan paip tidak bertutup rapi, kepala paip itu juga sering hilang dan dirosakkan. Malah, terdapat pengujung yang tidak bertanggungjawab yang berak dan kencing di tempat wuduk. Terdapat juga yang membiarkan tahi berlonggok di tempat wuduk begitu sahaja. Bagi mengatasi masalah ini, MPK menyekat kemudahan tersebut.
Secara amnya, Pantai Balok sememangnya menjadi tumpuan pengunjung, terutama pada hari cuti dan di hujung minggu. Pengunjung juga boleh memilih untuk bermalam di hotel, homestay dan resort berhampiran.
Sepanjang pemerhatian maza, pengurusan pusat riadah ini perlu mengambil langkah-langkah kebersihan alam. Perkara ini penting selain memulihara alam, juga menjaga industri pelancongan itu sendiri sebagai aktiviti ekonomi setempat.
Maza lihat tatkala air surut, banyak sampah sarap terdampar di tepian pantai. Pemandangan tidak enak ini mengganggu selera pengunjung. Tompokan bahan buangan itu merata-rata di sepanjang pantai.
Barangkali tatkala air pasang, sampah-sarap ini tidak kelihatan dan hanyut begitu sahaja, namun ia tetap tidak sihat kepada kesihatan laut, persekitaran dan mata yang memandang!
Barangkali tatkala air pasang, sampah-sarap ini tidak kelihatan dan hanyut begitu sahaja, namun ia tetap tidak sihat kepada kesihatan laut, persekitaran dan mata yang memandang!
Ini "perlu" diberikan perhatian serious. |
Soal keberishan ini amat mustahak jikalau mahu menjadikan Pantai Balok antara pantai suka ramai. Pengabaian aspek yang satu ini akan memungkinkan Pantai Balok menjadi lengang dek kerana pengujung berasa jijik dan mual di atas kekotoran tangan-tangan perosak alam semesta.
Selain masalah tersebut, maza kira pantai ini boleh diberikan perhatian istimewa sebagai lokasi perkhemahan dan perkelahan.
Sesak: senarai penempah terpapar di papan putih di kaunter pendaftaran sepanjang tahun. |
Untuk tempahan penginapan, sukaneka, riadah, aktiviti pantai atau penggunaan dewan, bolehlah menghubungi pihak Pusat Rekreasi Air Balok di talian 09-5510 233 atau menghubungi langsung En. Dahsri (017-9671 614)
Nukilan lantun-lantun