‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Jumaat, 6 September 2013

20 SEN, BESAR SANGATKAH? Syukurlah, Malaysia masih aman!!?



Malam tadi fikiran berkecamuk.
Ribut perihal imbangan belanjawan difisit
Teringatkan kata pujangga.
Ubah cara hidup!

Akur, kita ubahlah dan ubah. Lihat ke mangkuk, lauk itu pun sudah lama bercatu.
Nasi juga sudah berubah bentuk baharu; bubur!

Malam ini lauk semalam dijadikan santapan keluarga. Sisa yang ada dihangatkan pula untuk sarapan. Ah, syukurlah masih dapat makan, kita masih aman. Ketua kita, juga "susah-susah" meratah lauk segar dari ladang dengan aman.

Pagi tadi usai solat subuh. Mengangkang tingkap dibuka luas-luas.
Cahaya alam merempuh ke dalam bilik kusam. Lantas melimpahi ke atas katil. Ah, sudah lupa bila kali terakhir tubuh ini menjamah tilam yang selesa.

Di luar laman tiada mayat bergelimpangan.
Udara segar berbau hanyir pencemaran masih dihidu untuk sekian kalinya, demi oksigen penyambung nyawa. Mujur dan syukurlah masih aman!

Ya, di luar rumah tiada peperangan
Sebaik buka pintu tiada rusuhan
Jadi, biarlah ribut ciptaan mereka itu melanggar kami rakyat marhaen. Janjinya, kita tetap aman. Bersyukurlah masih aman!

Kata pejuang bangsa, kami dikhutbah agar sentiasa bersyukur waema bejat bertabur angkara ketua itu. Lantas kami perlu mendiamkan diri. Menahan diri dengan mengikat tangan dan kaki sendiri. Kepala perlu diangguk-angguk walau berbalam antara redha. Atau rantai besi akan sengaja mereka hadiahkan di atas nama keamanan. Kalau itu berlaku, kata mereka, benarlah sudah tidak aman.

"Syukurlah masih aman", dilantun berulang-ulang dari segenap sendi corong dan teknologi! Memekik, melaung, menerjah segenap ruang dan kami tetap sama; meraung!

Ada aku kesah? Ada aku endah?
Syukurlah masih aman.

Seruan pejuang bangsa juga mengingatkan. Jangan persoalkan "apa pemimpin mereka lakukan untuk negara, tetapi tanyakan apa sumbangan kami untuk negara!?"

"Syukurlah, Malaysia masih aman"
Itulah kata hikmah mereka untuk menenangkan jiwa gelora.
Kata hikmah sebagai ubat dari hentaman perit hadiah pemimpin mereka. Hanya kata, ya hanya kata! Slogan ubat pelali . . .

"Syukurlah, Malaysia masih aman!?"
 
Nota
 
blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails