Pada tahun lalu (Mei. 2011), muncul isu hangat di Kluang, Johor bahawa kopitiam Kluang Rail Coffee yang memang terkenal di Johor tu mengandungi campuran babi. Kluang Rail Coffee di Kluang lebih dikenali dengan kedai kopi Kluang Station.
Ditambah pula mereka tidak pernah sama sekali dan tersenarai di dalam direktori halal website Halal Jakim.
Kecaman, dan ancaman mula menghantui pengusaha Kluang Rial Coffee atau kopi tiam Kluang Station. Perniagaan tersebut berusia lebih 70 tahun (1938) dan telah melewati tiga generasi. Hari ini perniagaan tersebut melangkaui fasa pengembangan dengan menjalankan perniagaan francais yang semakin berkembang maju.
Mengikut Pengarah syarikat tersebut, En. Jack Lim Jit Chen, kebanyakkan pelanggan mereka (hampir 70%) terdiri daripada orang-orang Melayu Islam. Kedai kopi itu juga pernah menjadi simbol kebanggaan Kluang dengan Almarhum Sultan Iskandar (Sultan Johor) pernah menggagumi kehebatan kopi tersebut.
Reputasi mereka tercalar apabila terdapat dakwaan oleh Jabatan Kesihatan Kluang daripada sampel yang diambil ke atas bahan kopi tersebut telah dicemari oleh DNA babi.
Keperitan bertambah apabila JAIJ mengambil langkah mengumumkan bahawa kopi tersebut haram.
Semenjak dari peristiwa tersebut, perniagaan Kluang Station terancam. Mereka dikecam hebat. Bahkan ramai antara orang-orang Melayu dan Muslim yang telah menjadi sebahagian daripada pelanggan tetap dan "keluarga" mereka mulai menzahirkan perasaan kurang senang dan tertipu.
Ditambah pula mereka diheret ke mahkamah majisteret di Kluang. (maklumat tambahan: http://ondscene.my/pengguna/kluang-rail-coffee-didakwa-di-mahkamah)
Last May 19, Jit Chen and two other directors, Lim Jit Chiang and Lim Jit Tong, were charged under Rule 11(1)(c) of the Food Regulations 1985 for allegedly selling packed coffee powder and sachets without listing the offending DNA content on its packaging.
KEPUTUSAN MAHKAMAH
Hari ini (mulai April 2012), Kluang Station boleh menarik nafas lega kerana didapati tidak bersalah oleh mahkamah majisteret. Ramuan yang dihidangkan kepada pelanggan adalah 'halal'.
Nor Habsarina, in acquitting all three directors, held that the trio successfully invoked the statutory defence available to them under Section 23 of the Food Act 1985 — that the offence was not willfully committed and that they took all reasonable steps to avoid committing an offence under Rule 11(1)(c) of the Food Regulations 1985 by relying on the halal certificates
Cuma ketika pemeriksaan mengejut 'tempoh hari' (19.01.2010), sampel yang diambil oleh pihak JAIJ (Jabatan Agama Islam Johor), Jabatan Kesihatan, KPDN-KK dan Majlis Perbandaran Kluang itu terkena bahan asing atau tercemar dengan DNA Babi yang barangkali bukan daripada tempat simpanan /stor mereka, atau tersentuh mana-mana bahagian atau tempat lain atau ketika proses analisa dilakukan oleh jabatan kimia.
Mengikut pengarah perusahaan tersebut, "... perniagaan kami berteraskan kejujuran dan sentiasa menyediakan yang terbaik kepada mereka. Kami sentiasa akur dan sedar akan tanggungjawab kami terhadap pelanggan beragama Islam dan kami ingin nyatakan, pada setiap masa, kami sentiasa menggunakan ramuan/bahan yang sudah diberikan status halal oleh pihak berkuasa Negara ini." (http://ondscene.my/pengguna/kluang-rail-coffee-didakwa-di-mahkamah)
"Last Nov 24, magistrate Nor Habsarina Ayob ruled that a prima facie case was proven. The three directors gave evidence on Jan 11, stating the offence was not willfully committed and they had taken all reasonable steps to ensure food was not contaminated by pig DNA as they relied on the halal certificates issued by the National Islamic Development Department (Jakim) for butter used to roast the coffee."
Dalam proses perundangan tersebut, pihak Kluang Station dapat membuktikan bahawa mereka mematuhi segala peraturan 'halal'. Bahkan pekerja mereka sendiri ramai terdiri daripada orang-orang Melayu Islam.
Hari ini syarikat tersebut sudah memiliki sijil halal daripada Jakim. Mereka sedang berusaha keras untuk mengembalikan keyakinan dan memenangi 'hati' pelanggan muslimin lainnya.
KESIMPULAN
1) Mencari yang halal itu adalah fardhu. Kesilapan dan kekurangan boleh berlaku dimana-mana sahaja. Untuk mengelak daripada sangsi dan was-was, eloklah mencari tempat makan yang jelas sohih kehalalannya; terutama apabila kita hendak menyuap rezeki itu ke perut anak, isteri dan diri kita sendiri.
2) Elakkan fitnah dan sila perbetulkan dengan segera apabila tersalah maklumat.