Hari ini (11- Jun- 2012 - Isnin) hari terakhir menjalani peperiksaan. Syukur segalanya berjalan lancar. Sekarang ini proses meraikan, bertawakal dan bertenang.
Kegembiraan segera terukir petanda kemerdekaan diperolehi setelah perjuangan menghadapi peperiksaan amat ribut sekali itu berakhir.
Namun senyuman itu diragut setelah menyedari berakhirnya peperiksaan bermakna sekali lagi proses hukum alam akan berlaku. Kami bakal berpisah dengan teman-teman sekuliah. Entah kapan akan bertemu, tiadalah siapa dapat menduganya, lagi-lagi usia masing-masing sudah meninggi . . . huhuhuhu.
Pelajar kali ini rata-rata datangnya dari luar negara. Banyaknya dari Iran dan tanah besar China.
Selama beberapa minggu lalu segala penumpuan dan kerja keras dicurahkan untuk kejayaan di dalam peperiksaan dan masa depan. Di hati sering menerpa agar peperiksaan akan segera berlalu supaya azab tekanan perasaan dan fizikal ini pantas berakhir.
Namun, baru sejam peperiksaan berlalu, jiwa mulai terasa kosong. Terpinga-pinga! Tidak karuan dan tidak tahu hendak berbuat apa.
Ah! Mungkin maza perlukan rehat yang cukup untuk kembali bersiaran seperti biasa.
Dari itu maza harus terus meraikan kebebasan dengan melompat mencecah awan setinggi langit!
Sambil-sambil menadah tangan agar peperiksaan kali ini akan membuahkan hasil yang memberangsangkan. Insyallah...
"Bertemu kita di puncak kejayaan!" kata seorang teman dari luar negara!
Melompat meraikan kejayaan, Yahoooooo!!! Yabedab bedooooo |