Gambar: Bunga lalang |
Janganlah kita mengambil mudah akan wanita di bawah tanggungan kita. Kelaknya kita juga akan terseret di hadapan Allah SWT.
Memang benar Allah SWT telah melebihkan kaum lelaki itu satu darjat daripada wanita. Itu pun kerana anugerah fizikal yang dikurniakan Allah SWT untuk kaum adam itu memikul tanggungjawabnya melindungi kaum hawa.
Firman Allah SWT "... dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Al-Baqarah, 228)
Sebetulnya maza ingin membawa isu tentang wanita menyerupai lelaki. Perkara ini sering kali kita lepas pandang.
Sabda Rasulullah SAW, “Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat: Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" (Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih: Ghayatul Maram, no 278)
Kita acapkali mencebik kepada golongan mak nyah (lelaki menyerupai wanita) tetapi kita memejam mata apabila melihat wanita berperangai dan menyerupai lelaki. Walhal wanita yang sedemikian rupa itu terkinja-kinja di hadapan mata, tergedik-gedik. Malah kita seronok pula melihatkan kelakuan mereka yang tidak ubah seperti 'jantan'.
Dari segi hukum pakaian sudah tentulah kita mengerti tentang batasan aurat wanita dan lelaki. Tetapi dalam hal menyerupai lelaki bukan setakat pakaian, juga akhlak dan adabnya perlu diberikan perhatian.
Hari ini begitu ramai, malah majoriti wanita menyerupai lelaki, terutama dari segi pakaian, lengok jalan, terbit suara dan bahasanya.
Lihat sahajalah di kiri dan kanan, pastinya dengan mudah kita dapat lihat ramai wanita yang memakai seluar, adakalanya seluar itu pula mengalahkan seluar lelaki. Iaitu sempit, sendat, melekat dan menampakkan susuk tubuh yang haram dipandang oleh bukan mahramnya. Tetapi ada sesiapa yang peduli? Mana perginya bapa, ayah, suami, abang dan adik lelaki mereka untuk mencegah perbuatan yang mungkar? Atau mereka itu dayus yang membawa maksud bersekongkol ke arah keruntuhan akhlak!
Begitu juga halnya, berpakaian baju kurung tetapi apabila duduk terkangkang luas mengalahkan anak 'jantan'! Sudah tentu ia memburukan rupa, tabiat dan maruah wanita itu. Tapi ada sesiapa yang endah? Atau seronok melihatkan kangkangan tersebut? (lalat seh, busuk wei! uwekkk!)
Perihal bahasa pula, jangan terperanjat seorang wanita yang berperwatakan ayu. Tiba-tiba sebaik bertemu rakan karibnya di sebuah restoran di tengah ramai lalu dia menjerit dengan lantang dan mengeluarkan perkataan, "Alo! beb!", "Sial lo!"
Mereka melakukannya tanpa menghiraukan orang ramai atau menghormati golongan yang lebih tua. Seolah-olah mereka berada hanya di dalam dunia mereka sendiri. Lalu memberikan contoh negative kepada generasi yang lebih muda! Apa yang hendak digahkan sangat itu? Lupakah adat ketimuran? Atau sudah 'keeropahan' sangat lalu memilih perbuatan yang tak semengah sedemikian rupa?!
“Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan) berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat.” (Hadis Riwayat Ahmad, jilid 2, ms. 223)
Perasaan malu seorang wanita yang sepatutnya begitu tinggi kini mulai terhakis. Seolah-olah perkara sumbang semacam 'jantan' yang dilakukan itu sudah terlalu lazim hingga tidak memberi kesan ke atas rasa 'malu' seorang wanita. Oh! ok, tambahan pula tiada siapa yang mempedulikan mereka lalu dengan selamba mereka mempraktikan akhlak buruk demikian rupa.
Perangai buruk tersebut ditambah pula dengan asakan dan galakan dari teman-teman dan contoh-contoh sekeliling yang culas!
Mengikut
Mengikut
Wahai kaum bapa, sekiranya kita tidak mengawal tingkah laku tersebut, takut-takut kita tercebur dalam golongan yang diperkatan oleh Nabi SAW iaitu tergolong dalam kaum dayus.
Nabi SAW bersabda, “Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga: orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" (Riwayat Ahmad)
Pada hal setiap dari kita mahu melihatkan kebahagiaan di dunia akhirat, dari itu untuk menjadi muslimin yang sejati kita perlu menjalankan sekurang-kurangnya dua perkara serentak iaitu melakukan kebajikan dan mencegah kemungkaran!
Kalau dulu orang berjihad dengan keringat, pedang dan darah! Hari ini kita perlu berjihad juga, tetapi dengan berdakwah dan memberanikan diri menegur dan mencegah dari perbuatan yang sedemikian rupa.
“Ikutilah sebaik-baik apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya. Supaya jangan seseorang berkata: Sungguh besar kecewaku kerana aku telah melalaikan kewajipanku di sisi Allah, serta aku telah menjadi dari orang yang sungguh memperolok-olokkan agama Allah!” (Az Zumar: 55-56)