Semalam maza dimarahi oleh Nasrun (6 tahun).
"Ayah, masuk bilik Nasrun ketuklah pintu dulu. Cikgu cakap masuk bilik orang kena ketuk dulu. Cikgu cakap tengok Quran surah Nuur ayat 58" petah Nasrun berkata dalam pelatnya.
(Gambar : Nasrun & Aqlan)
Selepas mengalah dengan leteran anak kecil itu, maza pun menjengahlah ke dalam tafsir Quran.
Dan maza dapati: -
"Wahai orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu) dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang Subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sholat Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya).
Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian dari tiga masa tersebut, (kerana mereka) orang yang selalu keluar masuk di antara kamu dan mereka, Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya; dan ingatlah Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara minta izin orang yang tersebut dahulu, Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." (An Nuur : 58-59)
**Jeda**
Cerita lain
Orang sekarang sudah pelik. Keadaan sudah terbalik. Mereka yang muda-mudi mahu tunjukkan segala aset yang mereka ada. Habis segala-galanya diketat, disedat dan disentengkan.
Tapi dalam Quran sebaliknya.
Hanya perempuan yang monopouse dan tidak punyai sebarang harapan berkahwin lagi, diberikan keringanan.
Iaitu mereka dibenarkan membuka pakaian luaran sahaja iaitu seperti purdah dan jubah.
Sungguh pun begitu, mereka masih terbatas agar tidak menayang-nayangkan perhiasan yang mereka ada itu.
(maza: Takut-takut kulit yang sudah kendur, ganyut dan menggerutu itu pun ada yg berminat! hehehehe)
"Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka; dalam pada itu menjaga kehormatan lebih baik bagi mereka, dan ingatlah Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (An Nuur : 60)
psst: patut ler isteri-ister menteri dan VIP yang terdedah, berjambul burung belatuk dan tersendat sana-sini, barangkali sudah diringankan dengan dirujuk ayat di atas.. Sudah monopouse & tak ada harapan berkahwin lagi. hehehehe
(Gambar: Air limau. Pedih! ... moh kita minum dulu!)