‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Khamis, 17 Jun 2010

Tak Nak Hadiah: Bukannya tanda merajuk.

Petang tadi maza telah pergi ke Pejabat Kastam di Kelana Jaya. Terperanjat mulanya melihatkan kain rentang di salah sebuah tiang di situ. Kain rentang bertulisan besar berwarna kuning ini dari jauh sudah kelihatan.

Sambil menggarukan kepala, maza membaca sekali imbas isi kandungan tulisan besar 'gedabak' yang ada di kain rentang itu. Maza terpempan.

Apakah masih wujud orang tidak mahu hadiah? Beruntung benarlah. Atau ini petanda mushibah, kata hati maza berbolak-balik mencari pencerahan.

Namun setelah menyoroti secara mendalam, mengeja satu persatu kata-kata yang terpamer itu, arakian fahamlah maza. Lain kali datang ke ibu pejabat Kastam yang satu ini, janganlah ada pula yang gatal-gatal membawa hadiah kerana tiada seorang pun orang kastam sukakan hadiah!

Bagi maza, usaha yang dilakukan ini amat jelas untuk menyampaikan mesej pihak Kastam itu. Ia suatu tindakan proaktif yang positif dan baik sekali. Rasa hormat maza dengan jabatan kerajaan yang satu ini terasa meninggi.

(Gambar: masih wujudkah manusia spesis tak nak, hadiah? hmm ...)

Secara tak langsung ia memberikan isyarat kepada pihak SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), tak payahlah susah-susahkan diri untuk datang dan siasat pihak Kastam!

Ini kerana awal-awal lagi mereka telah menolak sebarang pemberian hadiah! Jadinya tiada kes untuk diperiksa. Dan tiada pegawai kastam perlu di dakwa. Kes rasuah kosong; tiada di KDRM (Kastam Diraja Malaysia).

Ahaks! Lantaran itu, jimat wang rakyat dan integriti pejawat awam di situ semakin meningkat... hehehehe

"Tapi kalau diluar pejabat tak tahulah pulak kalau-kalau musang menolak ayam ..." kata seorang mat despatch yang turut sama merangkak-rangkak mengeja seperti maza juga.

Alahai mentaliti rakyat Malaysia, kan? Penuh keraguan dengan keikhlasan orang ... hehehehe

Namun secara batiniahnya, kalau orang kebanyakkan, payah juga hendak mengawal nafsu untuk tidak menerima sebarang pemberian hadiah. Apatah lagi hadiah yang mampu menggamamkan mata, hati dan rasa! Menggeletek-geletek hati mahukan sesuatu yang sudah lama diingin itu.

Ya! Besar pengorbanan para pegawai Kastam itu. Selain membenteras kegiatan jenayah, perihal mengawal nafsu serakah yang satu ini juga dikira jihad yang besar! Tahap lebih besar daripada kapal angkasa Gaban.

Perkara besar ini tidak boleh main-main... perlu banyak sabar, ikhtiar, usaha dan doa untuk menghidarinya. "Allah, Allah, Allah.." meniti zikir di bibir. hehehehe

Di suatu sudut hati maza yang lain pula berkata, tak lama lagi anniversary kami. Untung juga kalau si darling pasang banting yang bunyinya seakan sama, "Tak nak Hadiah!"... jimat segala-galanya, sehh.. wakakaka

Akhir kalam, pesanan mulia ini dibawa khusus untuk kengkawan di malam Jumaat! Salam malam Jumaat kengkawan.. hehehehe


blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails