‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Isnin, 7 Jun 2010

Dua orang kena penampar sulung...

Pakcik Arifin baru sahaja keluar dari hospital. Dia ditemani oleh dua orang anak lelaki bersama menantunya. Di sisi kerusi roda Pakcik Arifin ialah Mak Yam. Mereka kelihatan keriangan. Ceria sekali.

Di laman pakir kenderaan di hospital itu penuh dengan kereta. Jadinya banyak kereta bersusun menantikan giliran hendak memakir atau tercari-cari tempat meletak kereta.

Matahari di tengah hari itu memancar terik. Panas membahang. Awan pula berarak perlahan dan jarang kelihatan di dada langit.

(Gambar hiasan: Hospital Kuala Lumpur)

Rosdan berpeluh di dalam keretanya. Walaupun pendingin udara sudah habis diputar, tetapi bahang panas dari luar tetap menyelinap masuk ke dalam kereta BMW 5 Series. Hampir sejam dia tersengut-sengut beratur untuk mempakir kenderaannya itu.

Rosdan menoleh ke kanan. Dia melalui pintu masuk wad utama hospital itu. Berdikit-dikit dia melaluinya.

Tiba-tiba Toyota Frontier 2.7L berhenti mengejut. Walhal tiada sesuatu pun yang boleh menyebabkan Toyota Frontier bertindak sedemikian rupa.

Rosdan terkejut. Pantas dia membrek. Berdecit tayar keretanya. Rosdan mengucap panjang. Baran Rosdan terus menyirap ke muka.

Yati yang sedang memandu Toyota Frontier 2.7L itu. Di telinganya melekat telefon bimbit. Suami Yati, Azman duduk di sebelah, tergelak melihat aksi brek mengejut tersebut. Kemudian mereka bergurau-senda sambil tertawa di dalam kereta Toyota Frontier. Tanpa ada rasa bersalah.

Geram melihatkan gelagat mereka berdua, Rosdan membunyikan hon. Hon pertama disebabkan reaksi sepontan. Hon kedua, ketiga dan seterusnya bertalu-talu, disebabkan rasa marah dan tidak puas hati.

Berhampiran pintu utama terdapat deretan wad-wad hospital. Tidak sampai dua ratus meter terletak pintu gate kenderaan keluar. Sebuah kereta Nissan Skyline GTR sedang melalui jalan itu. Deruman dari ekzosnya memecah sunyi.

"Kalau dalam cerita P.Ramlee ada dialog, 'kalau mau sunyi, duduklah di belakang hospital!' Tapi sekarang kat belakang hospital pun tak sunyi lagi"


Entah apa yang tak kena. Atau sememangnya mahu menunjuk-nunjuk kehebatan keretanya itu. Terutama kepada misi yang manis sedang berjalan terkedek-kedek di bawah bumbung pejalan kaki. Pemandu muda Nissan Skyline GTR telah meng-ram-kan keretanya.

Dia ram kuat-kuat! Dia tekan minyak lagi dan lagi.

"Vroom! Vrroom! Vroommm!!!" bunyinya memenuhi ruang hospital.

Kemudian Nissan Skyline GTR menaiki bonggol di jalan tersebut. Sekali lagi dia meng-ram-kan kereta itu. Kuat bunyinya. Bingit telinga!

******

Kedua-dua insiden itu telah menyentak Pakcik Arifin. Terkejut!

Dadanya kembali sakit yang amat. Seperti ada sesuatu yang menyucuk-nyucuk di jantungnya. Dia sukar bernafas. Pakcik Arifin memegang dan meramas-ramas dadanya. Mukanya tadi kemerahan kembali menjadi pucat.

Penyakit jantung Pakcik Arifin menyerang lagi. Pakcik Arifin kembali layu di atas kerusi roda itu.

Melihatkan keadaan tersebut segera anak lelaki Pakcik Arifin menyorong bapanya masuk ke dalam hospital.

"Doktor, doktor! Tolong bapa saya kena serangan jantung lagi! Tolong! Tolong!" pekik anaknya itu sambil berlari deras menolak kerusi roda bapanya.

(Gambar hiasan: Salah satu lorong laluan kecemasan di Hospital Kuala Lumpur)

Bergegas seluruh isi petugas di lobi hospital daerah kecil itu mendapatkan Pakcik Arifin!

Pada hal seminggu lalu, doktor baru sahaja membuat rawatan endogram. Pakcik Arifin sudah terlantar di hospital daerah kecil ini hampir sebulan. Kebahagian yang baru dirasanya kini dirampas oleh dua manusia yang 'tut.., tut.., tut..,' itu!

Tiga orang lelaki yang kebetulan berada di lobi tersebut sebenarnya juga terperanjat dengan tindakan Rosdan. Amarah mereka mencapai kemuncaknya sebaik terlihatkan keadaan Pakcik Arifin tersebut.

Mereka meluru ke Rosdan. Dia mengetuk tingkap dan memaksanya membuka pintu. Sebaik tingkap dibuka, satu penampar dan penumbuk deras ke mukanya.

Toyota Frontier tadi tidak terlepas. Ia ditahan pula oleh polis yang kebetulan bertugas di situ. Sebaik memberhentikan kereta, pintu Toyota Frontier dibuka dan orang ramai segera mengerumun. Satu penampar percuma diberikan kepada Yati. Satu tendangan senak pula kepada suaminya.

Polis berkenaan tidak mampu berbuat apa-apa untuk menghalang tindakan orang ramai yang berang itu.

Selepas semuanya ditenangkan, polis tersebut memberikan saman kepada Rosdan kerana membunyikan hon di hospital.

Manakala Yati diberikan saman kerana menyebabkan halangan di hospital.

Nasib pemuda Nissan Skyline GTR biru sungguh baik. Dia telah pun keluar dari pintu hospital itu. Kalau tidak, tentu sahaja kena habuan yang setimpal. Kali ini dia sekadar menerima hamunan yang bertambun-tambun dari orang ramai!





blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails