Dulu-dulu maza tidak berkira sangat perihal jam tangan ini. Janji ada, sudah. Yang pentingnya mampu memberi khidmat dengan memaparkan waktu yang tepat.
Jadinya, maza selalu mendapatkan jam dari pasar malam atau kedai-kedai pinggitan di tepian jalan.
Kalau maza beli yang sedikit berkualiti, tidaklah semahal beratus-ratus atau beribu-ribu ringgit.
Sepekara lagi, maza suka membeli jam pasar malam disebabkan murah, jika rosak boleh terus dibuang dan digantikan dengan yang baru tanpa ada rasa terkilan. Lantaran itu juga, tidaklah maza hanya punyai satu fesyen jam sahaja dalam satu-satu masa. Arakian dalam setahun pelbagai jenis jam maza dapat gayakan. hehehehe
Entah dari ribut mana, tahu-tahu hujan rahmat tiba-tiba turun. Pada tahun 2004, isteri maza menghadiahkan jam CASIO yang itu.
"Kita tengok abang tak pernah ada jam yang kekal. Satu lagi, setiap kali rosak, abang terus mengelabah cari jam baru. Lepas tu berhari-hari membelek jam pasar malam, baru nak beli. Lagi pun selalu cakap tengah-tengah ada urusan penting jam pulak buat hal! Susah nak buat kerja dan tergapai-gapai tanpa jam.
Jadi, ini hadiah kita sempena birthday abang ya," jelas darling setelah maza mempersoalkan pemberian hadiah yang best itu.
"Alahai, jam ini bukan mahal mana pun, tapi tahan lama kata tokey tu. Lagipun jam ni dah klasik, macam abang juga." Aduhai, si darling sempat lagi perli maza.. huhuhu..
(All pictures are subjects to my experimental test on 'Canon extension tube 12x') hehehe
Jadinya, maza selalu mendapatkan jam dari pasar malam atau kedai-kedai pinggitan di tepian jalan.
Sepekara lagi, maza suka membeli jam pasar malam disebabkan murah, jika rosak boleh terus dibuang dan digantikan dengan yang baru tanpa ada rasa terkilan. Lantaran itu juga, tidaklah maza hanya punyai satu fesyen jam sahaja dalam satu-satu masa. Arakian dalam setahun pelbagai jenis jam maza dapat gayakan. hehehehe
Entah dari ribut mana, tahu-tahu hujan rahmat tiba-tiba turun. Pada tahun 2004, isteri maza menghadiahkan jam CASIO yang itu.
"Kita tengok abang tak pernah ada jam yang kekal. Satu lagi, setiap kali rosak, abang terus mengelabah cari jam baru. Lepas tu berhari-hari membelek jam pasar malam, baru nak beli. Lagi pun selalu cakap tengah-tengah ada urusan penting jam pulak buat hal! Susah nak buat kerja dan tergapai-gapai tanpa jam.
Di atas papan paparan jam itu menunjukkan baterinya mampu bertahan sehingga sepuluh tahun. Sekarang hampir enam tahun, sekurang-kurangnya tiga kali maza menggantikan baterinya... alahai, kanzzz?