‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Sabtu, 26 Jun 2010

Piala Dunia hancur tanpa lesen judi

Lesen judi yang dimohon oleh Ascot SDN BHD untuk Piala Dunia 2010 tidak diluluskan. Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan tentangnya malam semalam (25 Jun 2010).

Katanya lagi keputusan dibuat setelah mengambil kira pandangan sebahagian besar pandangan masyarakat selain agama dan politk.

Maklumat lanjut di Berita Harian (klik sini: Berita Harian)


Nampaknya PM telah tunduk di atas desakan majoriti rakyat Malaysia, yang juga lebih separuh daripadanya adalah Muslim. Kalau tak diikutkan kata-kata mereka ini, barangkali berakhir jua seperti bekas PM yang lalu..

Tapi alangkah baiknya jika dibuat kenyataan seperti mufti Brunei, sebagai contoh, "kita tidak meluluskan lesen perjudian Bola Sepak Piala Dunia ini disebabkan pertama-tamanya ialah takutkan laknat Tuhan. Kerana jelas di dalam al-Quran, Injil dan Taurat menyatakan arak, judi dan zina itu haram di sisi orang-orang beriman!"

Selepas ini tiadalah lagi orang mahu bertempik kuat-kuat mahu diberi perhatian pasal isu yang satu ini. Juga tiada lagi orang mahu menarik telinga menteri-menteri lantas memiatnya seraya berkata, "Hey dengar! Atau kali ini sahaja kamu bisa dengar!"

Terima kasih juga kepada usaha-usaha NGO, golongan politik dan mereka yang menyuarakan bantahan perkara yang satu ini. Tak kiralah dalam medium apa sekali pun. Akhirnya usaha anda tidak sia-sia.


Jangan lupa, "Satu Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan"

Tahniah! Juga kerana kecintaan anda kepada agama, negara dan nusa lalu berani menyuarakan perkara benar...

Alhamdulilah. Juga mari kita panjatkan doa agar Malaysia sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh Allah SWT. Terhindar dari laknat-Nya... Ameeennnn

Akhir kalam, takkan hancurnya Piala Dunia itu jika lesen judi ini diharamkan. Pun begitu juga terhadap masyarakat serta ekonomi negara, takkan punah tanpa adanya lesen perjudian bola sepak Piala Dunia.
blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails