‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Selasa, 23 Februari 2010

Potong Jambul Amalan Bidaah

Petang berbahagia yang dilimpahi sinar matahari redup. Di bawah atap rumbia di atas pangkin. Pak Anjang Ahmad, emak, Maza dan beberapa orang sanak saudara sedang menikmati kudapan petang.

"Bila kau nak buat majlis potong jambul?", tanya mak sambil menghulurkan seteko teh 'O'. Di dalam dulang kecil itu tersedia sepinggan jemput-jemput ikan bilis, ubi rebus, sambal tumis, ikan kapak masin, O'ya dan epok-epok.

"Esok, lepas solat Zohor."

"Elok juga tu. Lepas makan ni karang, mak nak jemput kumpulan marhaban perempuan. Kumpulan perempuan ni lebih aktif kat kampung ni. Lagipun dah lama tak buat kenduri. Elok jugalah tu."

"Di zaman Nabi SAW, mana ada majlis potong jambul!", celah Pak Anjang Ahmad selamba sambil menyuakan ubi rebus ke mulutnya. Sambil matanya terus memandang ke luar sana. Ke tanah sawah yang luas terbentang saujana mata memandang. Sekarang musim padi masak. Tak lama lagi musim menuai akan tiba.

(Gambar: Di pangkuan kasihnya ibu)

"Betul ke? Masa arwah laki aku ada, dan arwah abah dulu pun ada buat majlis potong jambul! Engkau pun arwah abah buatkan. Aku ingat lagi kenduri potong jambul tu. Dengan gazal, dengan marhaban dan macam-macam lagi," emak mencari kepastian.

Di lembah sana kelihatan bangau sedang mematuk-matuk ke tanah sawah. Barangkali sedang menjamu selera anak-anak ikan di situ. Sesekali bangau itu terbang berkawanan ke udara. Berlegar putih bersih di ruang angkasa.

"Semalam aku dengar kat radio. Ustaz tu cakap memang tak ada majlis potong jambul di zaman Rasulullah SAW. Ustaz siap bagi hadis dan riwayat sekali. Kalau bukan amalan Nabi SAW, maknanya majlis potong jambul adalah bidaah. Orang yang melakukan bidaah bukan dalam kalangan orang yang disukai Nabi. Boleh jatuh dosa besar tu!"

Melopong semua orang di situ. Maza merasa serba salah.

Ibu ayam bersama deretan anak-anaknya sedang mengais-mengais. Mengajar anak mencari cacing atau makanan yang terdampar di atas tanah. Rezeki ayam, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Rezeki manusia, kenalah cari!

(Gambar-credit to isteri : Aqlan tidur sebelum majlis bermula.)

"Memang betul apa yang Pak Anjang cakapkan tu mak.

Memang di zaman Nabi SAW tak ada majlis atau upacara potong jambul. Yang ada ialah majlis cukur rambut. Amalan tersebut sebenarnya telah dilakukan sebelum zaman Nabi Muhammad SAW lagi.

Amalan mencukur rambut bayi yang baru lahir ada kaitanya dengan taharah! Iaitu bersuci atau menjaga kebersihan.

Al maklumlah, rambut bayi yang tumbuh di dalam perut ibu, kemudian bayi tadi lahir. Sudah tentu rambut bayi itu hadir bersamanya kekotoran yang terperangkap keluar bersama kotoran nifas.

(Gambar: Antara tetamu yang hadir. Ramai sudah berumur. Yang muda-mudi di mana ya?)

Oleh kerana Nabi SAW membawa syiar Islam yang membawa bermaksud bersih. Nabi SAW mencontohkan kita untuk mencukurkan kepala bayi tersebut.

Riwayat ada mencatatkan bahawa Nabi SAW pernah mencukur rambut Ibrahim iaini putera akhir Baginda SAW. Kemudian rambut tersebut ditimbang setara dengan emas. Kemudian emas tadi disedekahkan pula kepada fakir miskin.

Ini menunjukkan bahawa selain kebersihan jasmani yang dicontohkan melalui cukur rambut, Nabi SAW juga menekankan aspek kebersihan rohaniah iaitu sedekah!

Cuma, hari ini berlaku sedikit kekhilafan fahaman. Iaitu, cara kita lakukan majlis.

Sepatutnya kita adakan majlis cukur rambut bukan potong jambul.

(Gambar: sedang membaca surah Yassin)

Kalau tidak silap saya, pernah ada riwayat yang merakamkan bahawa Rasullullah SAW pernah membuat tahnik (masukan sedikit kurma atau madu ke lelanggit bayi) kemudian memotong sedikit rambut bayi tersebut. Dalam masa sama, Rasulullah SAW telah mendoakan yang baik-baik ke atas bayi dan keluarganya. Setelah itu, bayi tadi dicukurkan rambutnya.

Mengambil contoh demikian, maka hari ini kita lihat orang melakukan perkara hampir sama. Dengan meminta manusia soleh di kampung itu untuk melakukan tahnik dan memotong rambut serta mendoakan bayi tersebut.

Sambil menantikan majlis itu, dan menantikan juadah serta sedekah siap dihidangkan. Alangkah elok dibuat bacaan marhaban, tahlil atau zikir. Yang demikian mudah-mudahan majlis bertambah berkat. Hadirin juga boleh mengambil bahagian dalam mendoakan yang baik-baik ke atas 'kehadiran orang baru'.

Jadi, sebagai kesimpulan, lain kali kita kena panggil majlis cukur rambut agar mengelakkan kekeliruan bagi mereka yang kurang pasti. Sedapatnya kita elakkan daripada menyebut majlis potong jambul.

Atau mungkin kita boleh betulkan masyarakat kita dengan memberikan kefahaman yang jelas.

(Gambar: Potong jambul)

Apa-apa hal pun, saya berterima kasih dengan persoalan yang diajukan oleh Pak Anjang", jelas maza.

Masing-masing mengangguk-anggukkan kepala tanda faham. Maza masih lagi tersengeh-sengeh. Bukan bangga, tapi takut tersilap. (Kalau ada salah, tolong betulkan ya kengkawan!)

Jadinya, Februari 20, 2010 (Sabtu) selepas Zohor majlis doa selamat, tahlil, marhaban, bacaan yasin dan cukur rambut dilangsungkan serentak.

(Gambar: Aqlan setelah dicukur)

Alhamdulillah, walaupun jarang-jarang maza menjenguk kampung tercinta, seramai lebih empat puluh orang tetamu hadir.

Majlis terasa begitu meriah sekali. Syukur juga maza panjatkan kepada Ilahi kerana ini bermakna sudah sebulan Aqlan Sholehin dilahirkan dalam keadaan sihat walafiat.

(Gambar: wajah Aqlan Sholehin yang berseri-seri)

Mudah-mudahan perkara yang baik-baik ini sentiasa berpanjangan. Dan besar harapan maza sebagai ayah untuk Aqlan dan anak-anak ayah yang lain menjadi insan yang soleh, bukan insan yang salah!



Khamis, 18 Februari 2010

Harimau Kecil Mengaum dan Meronta-ronta Di Teluk Kemang!


Februari 14, 2010 (Ahad) - Harimau di kalender di rumah maza telah mengaum besar! Meronta-ronta menandakan hendak keluar dari rumah untuk bersiar-siar. Ini juga menandakan cuti Tahun Baru Cina cukup panjang. Cukup untuk bersiar sana sini merehatkan minda (tapi poket mungkin tidak.. huhuhu).

Rontaan harimau di kalender Cina cukup kuat kali ini. Apa tidaknya, semenjak orang rumah 'berpantang', sudah hampir dua bulan maza dan keluarga bertapa di rumah.

Petang Sabtu yang panas itu, sebelum waktu makan besar bermula, tiba-tiba otak maza miang-mengenyam! Meronta-ronta mengasak hati dan jiwa maza. Mengajak maza untuk berehat dan bersenang-lenang. Sedapatnya di pantai.

Namun mengenangkan anak masih baru merah lagi, maza pendamkan sahaja hati yang merusuh itu.

Entah bagaimana, tengahari Ahad di Tahun Baru yang meriah, tiba-tiba mulut gatal terpacul untuk berehat di tepi pantai. Laju sahaja ia berbunyi, P.D.

"Dah lama juga kita tak berkelah sekeluarga ya. Best juga kalau baring-baring dan berenang kat PD. Anak-anak pun dah lama hendak berenang!"

"Kalau macam tu, biar kita siapkan apa patut. Kita masak ayam pedas ya?", dorong isteri maza pula.

Tak sangka cadangan maza bersambut. Dengan mulut masih tercopong maza terus mengangguk-anggukan kepala.

Akhirnya jam 4.00 petang kami tiba. Anak-anak melompat-lompat keriangan bagaikan katak seminggu tak bertemu hujan.

Pantang bagi isyarat 'boleh', terus menerpa ke gigi air.

Sambil-sambil itu, isteri maza membuat persediaan bekalan kami.

Maza pula cuba merakamkan sebaik mungkin suasana indah tersebut.

Tatkala petang semakin menyingsing, kalau pekena air kelapa disulami oleh bayu pantai bertiup manja, boleh sahaja menaikan suasana tenang dan santai!

Kali ini ramai pula orang mengambil peluang bercuti. Pantai dipenuhi manusia.

Tempat kami berkelah bukanlah di Port Dickson sebenarnya. Tetapi di Teluk Kemang.

Teluk Kemang sebenarnya terletak di dalam Daerah Port Dickson. Dari pekan Port Dickson ia terletak kira-kira lima kilometer ke selatan.

Kalau nak mandi di pantai Port Dickson pun boleh. Tapi ia agak berlumpur dan tak banyak kemudahan yang disediakan. Port Dickson lebih sesuai untuk bersiar-siar di tepian pantai sambil menikmati panorama indah.

Tempat kami berkelah dan lebih tepat lagi ia berhampiran Hotel Kung Ming. Iaitu sebuah hotel budget yang betul-betul berhampiran pantai. Tidaklah kami menginap di situ. Tetapi sekadar meminjam pantainya sahaja (hehehhehe).

Puas bermandi-manda dan mencari duyung sana sini. Tiba-tiba maza teringat perihal buaya PD yang menyerang manusia beberapa bulan lalu.

Segera maza berdoa agar kami bukanlah makanan santapan buaya PD itu.

Sekejap itu juga maza mengarahkan diri maza dan anak-anak maza hanya bermain di tepi pantai. Tidak berenang jauh ke tengah laut sana. (erk! budak 5 & 4 tahun boleh berenang sampai ke tengah sempadan laut antarabangsa ke? hmm)

Lagipun, pilihan menu sang buaya PD cukup lumayan Di sini ramai orang yang lagi sedap untuk dijadikan santapan sang buaya. Kalau nak bandingkan kami anak beranak, tentu buaya itu rasa tak berbaloi! Sebabnya buaya itu akan merasa tulang yang banyak berbanding isi! huhuhuhu... Lagi pun buaya tak suka tulang, kan?! hehehehhe

Hampir matahari hendak menyorok di ufuk horizon barat, kami pun beredar dari pantai. Bersiap-siap mahu pulang ke Kuala Lumpur.

Puas maza berjalan. Tak cukup berjalan, berlari-lari anak pula. Lagaknya seperti Sa'i di Bukit Safwa dan Marwa. Mencari air untuk membilas badan. Kalau tidak bilas nanti badan akan melekit dan rimas serta cepat rasa letih.

Dari satu pos mandi awam ke pos mandi awam yang lain, semuanya tiada air. Bekalan air terputus! Aduhaiiiiiii....

Penyudahnya, maza dan anak-anak hanya mengelap badan dengan tuala sahaja.

Entah dari mana, isteri yang molek-molek itu mendapat idea. Lalu dia pergi ke kedai berdekatan dan membeli air mineral tiga botol. Jawabnya kami membilas badan dengan air mineral itu.

Perkara ini bukanlah baik untuk Teluk Kemang dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Port Dickson. Sepatutnya masalah air ini sudah lama di atasi. Ketiadaan air seperti ini menjejaskan mood pelancong dan nama baik PD sebagai destinasi pelancongan yang masyhur.

Jam 8.00 malam kami beredar dari pantai Teluk Kemang itu. Dan sampai ke rumah jam 10.00 malam. Hari itu, kami semua masuk tidur awal.


Isnin, 15 Februari 2010

Kapal Terbang Terhempas Di Kota Damansara


Februari 13, 2010 (Sabtu)
- Ketika itu azan maghrib baru berkumandang di menara Masjid Kota Damansra. Mulanya maza tidak perasan kalau tidak terdengar pekikan anak-anak maza.

"Aeroplane ayah! Aeroplane!", anak-anak meluruskan jari telunjuknya ke arah sebuah kapal terbang yang berlegar-legar.

Kapal terbang itu tidak tentu arah. Adakalanya melepasi kepala kami. Kemudian ia membuat balik kuang!


Tidak cukup itu, ia membuat junaman yang cukup merbahaya.

Maza rasa kapal terbang tersebut bermasalah. Tidak pernah maza melihat pergerakan merbahaya tersebut.

Maza capai telefon bimbit. Bersiap sedia menelefon 999. Kalau sesuatu bahaya muncul, dapatlah kita bersiap sedia dan memberi bantuan kecemasan.

Lagipun maza cukup ngeri kalau kapal terbang tersebut terhempas di kawasan perumahan ini. Apatah lagi kalau ia terhempas di hadapan kami. Entah apalah nasib kami selepas itu?!

Sambil menelefon, maza segera menutup kepala dan cuba berlindung di dalam kereta. Kalau kipasnya terbang melayang ke arah kami, sekurang-kurangnya kami ada pelindungan!

Tiba-tiba kapal terbang itu terus menjunam!
Suasana panik berlaku. Saksi yang ada semuanya menjerit. Maza sempat menutup mata!

Entah dari mana, seorang pemuda Cina dengan gagah beraninya, berdiri tegak di tengah-tengah padang tersebut. Seolah-olah menjadikan tubuh kedingnya itu sebagai perisai yang begitu ampuh!

Bahkan gerakan heroic beliau cukup mengagumkan. Kapal terbang yang biol tadi ditangkapnya dengan tangan. Kemudian dia mendekapnya lalu membawa pulang.

Mujurlah ada orang yang begitu berani menggadaikan nyawa demi kami yang melalui kawasan tersebut!

psst: maza ingat, kalau gunakan lens 18-200mm lagi ok, kot? Tak pun 55-250mm IS canon... huhuhu.. nono camner ni nono? huhuhu


Khamis, 11 Februari 2010

Kena tinggal dek suami.


"Aku sedih betullah, laki aku tak bagi ikut pergi ke Bali" terang Ros.

"Eh! Kenapa pulak dia tak bagi. Ni mesti ada something ni", gosip Bedah.

"Entahlah. Tapi dia pergi dengan En. Suib dan Tapa. Katanya ada kerja kat sana. Boss suruh pergi."






(Gambar hiasan: Jijah dan Anis. Kadang-kadang kita tak perasan perangai kita pun macam budak-budak. Sembang petang Khamis malam Jumaat. hehehehe)




"Huh! Kalau aku, aku tak kira. Aku ikut juga laki aku tu. Lagi-lagi tempat macam tu. Bagi ke tak bagi ke, aku tetap nak ikut. Hentak-hentak kaki pun jadi! Kalau kena tinggal juga, SIAP! Balik nanti aku suruh dia tidur luar aje. Biar padan dengan muka dia."

Amran menyampuk, "Wakakaka.. Korang ni lawaklah. Laki si Ros tu kan pergi kerja. Kena assignment kat sana. Tak baik tau buruk sangka. Tentu ada banyak sebab yang dia tak nak bawa Ros. Lagipun kalau suami tak bagi tu, janganlah berontak-sakan. Karang jatuh hukum D.E.R.H.A.K.A!"

"Elleh! Laki zaman sekarang... Sikit-sikit cakap durhaka. Tu, cuba tanya ustaz kat sana. Berapa banyak suami yang buat derhaka kat kita! Bila dia buat derhaka kat bini, jangan pula salahkanlah bini jadi derhaka juga. Sebab dia pun GAGAL mendidik bininya!" Bedah menjelirkan lidah sambil menarik muka masam.

"Wakakaka... aku cuma mengingatkan aje. Tak mau lah lihat kawan-kawan aku terpekik terlolong kat ahirat. Aku memang tak boleh tolong punya. Nasib aku sendiri pun aku tak tahu.

Errr... kalau Tuhan nak balas kat atas dunia ni dengan cash pun boleh. Jadikan rumah tangga tunggang langgang. Porak peranda disebabkan asyik nak tunding jari sana sini.

Tapikan, kalau kau orang nak berdolak-dalih apa yang aku cakapkan itu, tak mengapalah. Kita tengok ajelah nanti. Lagipun hidup ini tak lama mana pun!" selamba Amran berhujah sambil menyuakan kuih ke mulutnya.

"Takut-takutkan kita konon," jawapan bisa Bedah bernada mengejek.

"Bukan takut-takutkan. Cuba kau bayangkan. Sekarang ini seolah-olah kita hendak membalas dendam terhadap kepincangan suami. Walhal kita mahukan terbaik untuk diri kita sendiri.

Bayangkan. Katakanlah, suami kita pernah buat salah terhadap kita. Atau kita pernah rasa suami kita tak bertanggungjawab. Kemudian sebagai balasan di atas kesalahan suami itu, kita lawan dia. Betul-betul punya lawan.

Akhirnya, kita hanya berpusing-pusing tempat yang sama. Saling salah menyalahi dan berdendam.

Lalu perkara yang baik, yang selalu kita mimpikan dalam hidup ini, terus tak akan menjadi kenyataan.

Sebab masing-masing tak mahu betulkan keadaan dengan diri sendiri membuat perkara yang betul. Dan menghentikan polimik berbalas dendam tersebut.

Kalaulah kita ambil inisiatif sendiri untuk menjadi manusia baik. Kita HENTIKAN perkara 'sumbang' dalam keluarga kita. Insyallah dengan keberkatan, kesungguhan dan kebaikan kita tadi, segala kecurangan dalam keluarga dapat di atasi.

Perangai kita sebenarnya akan dicontohi anak-anak kita. Jika kita mempunyai anak lelaki. Sudah pasti ia memberikan tauladan yang baik untuknya untuk bertindak sebagai suami yang baik pada suatu hari kelak. Menjadi lelaki yang hebat. Bukankah itu lebih baik?

Begitu juga pada anak perempuan. Memberi contoh untuk menjadi ibu yang baik, bahkan lagi hebat daripada kita.

Lambat laun, sekiranya ini dipraktikan secara berterusan serta doa yang tidak putus. Insyallah, suami yang nakal tadi akan tersedar dan kembali menjadi suami yang baik serta bertanggungjawab.

Tatkala itu siapakah yang akan berasa begitu bahagia?!

Dan apabila suami sudah menjadi baik dan bertanggungjawab, janganlah pula kita ungkit-mengungkiti. Itu tak lebih untuk menjahanamkan terus institusi kekeluargaan. Bahkan seolah-olah meminta agar Tuhan menimpakan bala untuk kita.

Bila suami sudah jadi baik atau mengajak jadi baik, jangan pula sampai kita jadi manusia yang suka berdolak dalih. 'Abang buat alim-alim kucinglah. Dulu jahatlah dan sebagainya.'

Lepas tu, di kemudian hari nanti, janganlah pula salahkan suami tak mendidik isteri! Sebab suami telah mengajak benda baik tetapi isteri berdolak dalih, bahkan mengambil contoh tak baik dari perangai lama si suami. Bila mana suami bagi contoh yang baik, isteri pula tidak mahu ikut.

Firman Allah Azzawajala, 'Dan peliharalah dirimu daripada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu. Dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya.' (Surah Al Anfaal: 25)

Lagipun, menjadi baik dan membawa seseorang itu menjadi baik contohnya suami kita, adalah jihad dan dakwah yang paling besar! Syurga firdaus terbentang luas untuk isteri yang baik-baik seperti ini!"

****

Bagi maza, kedua-dua makhluk tersebut punya ego yang tinggi. Seorang tak boleh nak dengar nasihat, seorang lagi tak mahu mengalah.

Tapi apa yang Bedah perkatakan itu ada kebenarannya.

Namun, utamakanlah selamatkan diri dan keluarga dari bakaran neraka. Kalau tahu durhaka itu membawa ke neraka, maka jangan lakukan waema suami kita itu boleh kategori kaki kondem!

Firman Allah SWT dalam Al Quran, "....Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari bakaran api neraka yang bahannya daripada manusia dan batu..." (At Tahrim: 6).

Ini juga ada kaitan, perbuatan jahat seseorang itu akan ditanggung oleh orang itu di akhirat. Makna kata, kita akan tanggung segala perbuatan jahat yang kita lakukan walaupun sebesar zarah!

Begitu halnya, suami perlu pertingkatkan diri! Dari segi keupayaan, kemampuan dan disiplin diri.

"Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab? Maka tidakkah kamu berpikir?" (Quran, Surah Al Baqarah: 44)

Kalau isteri komplain juga, perlulah lihat diri dan berikan tarbiah yang terbaik. Perlu elakkan lempang dan tempeleng walaupun perangai isteri ibarat 'kaduk naik ke junjung', sudah mencucuk mata! Kena ingat juga, hari ini sudah ada termaktub Akta Keganasan Rumahtangga.

Silap haribulan, si suami meringkuk dalam penjara, walaupun dia benar dalam mentarbiah isteri.

Pinggan ayan: Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan tangan.. aduhaiiii...



Isnin, 8 Februari 2010

Misteri: Mentera di Pemakaman Kubur Lama!



Sajo jo den nak bagi petuo kek anak cucu den ni ha yang baik-baik gitew... huhuhu




(Gambar: Hero Hang Maza, di sisi makam purba Hang Tuah di Tanjung Keling, Melaka)


Erk! Adapun ini ialah perihal kaedah dan tatasusila melawat makam-makam. Termasuklah kubur yang baru atau makam yang sudah jatuh hukum makam purba. Erk! Yang purba lagi berbisa lorr..

Petua eh adalah seperti berikut:-
Bacakan selawat dan salam kepada ahli kubur seperti berikut (dlm bhs melayu, yg arab ekau carilah sendiri yo!) huhuhu

“Salam ya ahli kubur, Assalamualaikum ya ahli kubur, ekau dah poie dulu dari den (atau kami), ekau poielah dahulu, kami akan menyusul. Sesungguhnya kami akan menyusul sesudah kamu. Tiada yg lebih baik kembalinya, melainkan kembali semula ke hadrat Allah SWT”…

lopeh tu, puh kanan, puhhh kiri….. apoi laie, bacolah al-fatihah gitew..


(Gambar: kaedah buka langkah bersama mentera pelindung dari hantu kubur! Puhhh kanan, puhh kiri, berkat doa banginda Ali.. Puhhhh! -psst! ajaranan sesat seperti ini jangan diikut)


insyallah ekau akan selamat.. tak diganggu maso balik dan tak do antu kubo nak menumpang nyer derrrr! hehehe

(psst: tu posan tok wan den sebolah Rombau tu!) wakakaka…

gasaklah kanzzz .. mahu percaya sudah, tak mau percaya pun sudah,. ahakss gitew…


Rabu, 3 Februari 2010

Anderline Maza panas dek kejutan Kujie

Januari 31, 2010 (Ahad) - Telefon berdering di atas meja tulis. Dalam keadaan begor maza bangkit mencarinya. Kepala masih pening-pening lalat. Badan terasa panas membahang. Demam pasal Reunion semalam tak kebah lagi.

Di hujung talian kedengaran suara halus. Umpama suara anak gadis sunti. Mata hitam yang kuyu bertukar membesar.

Kanta mata terus tersembul. Rasa mahu terkeluar gamaknya, sebaik mengetahui di hujung talian ialah makcik bloger tegar.

"Assalamualaikum. Hello," suara serak-serak basah maza berkumandang di corong telefon.

"Walaikumusalam. Maza ke ni?"

Dalam pening-pening lalat itu, maza mengukuhkan kedudukan. Dengan segera maza bangkit dari katil, "Ya, saya. Err.. Dengan siapa saya bercakap ni?"

Biasanya nama 'maza' digunakan di dalam sesawang internet sahaja! Kalau sudah ada yang tahu nama timangan ini, tentu ada hubungan istimewa di alam maya.

"Ini kujie la. Makcik bloger! Kat mana kita boleh jumpa ya? Saya on the way balik ke rumah dari Shah Alam ni"

Badan yang lemah terus bertenaga seolah-olah dicaj tenaga bateri yang baru. Hilang sudah rasa demam dan sakit-sakit badan. Terus mencadangkan tempat pertemuan di Restoran Jejantas Sungai Buloh.

Setengah jam berkayuh ke lokasi dijanjikan, maka pertemuan pertama kali tercetuslah. Kujie di sebalik Sarenanya tersenyum simpul.



Maza terus menerpa, terjun dari kereta mendapatkan makcik bloger itu.

Setelah berbual beberapa ketika, tiba-tiba kujie menyerahkan 'HADIAH' yang besar-besar kepada maza!


WADUH!!! Mahu melompat rasanya ke atas awan! hip hip horreyyyyy....

Katanya satu hadiah untuk Aqlan (bayi maza tu ler) dan satu lagi untuk maza & keluarga! hehehehe

Tak kisahlah... janji ada orang ingat kat kita, kita jadi bahagia gitew...

Oppsss.. sebelum bertambah hebat gossip di ruang angkasa, maza sudah sediakan saksi dan alibi. Moh kita flash back sedikit.

Tatkala kami bertemu, maza telah diiringin oleh body guard (anak-anak maza) yang kerjanya mengekor sahaja ke mana-mana ayahnya pergi.

Agak-agak kalau anak-anak maza ini jadi saksi dan di-sapina di mahkamah, kira worait tak? Jadinya tak adalah kes mala-fide atau prima facie kanzz.. hehehehe ...

(sila abaikan ejaan itew.. sbb den tak berapa fasih istilah lawyer.. kalau nak kasi pembetulan, dialu-alukan.. hehehe)
- (Kredit to Che Pit yang telah membetulkan ejaan tersebut....toche!)



Sedang best-best berborak, tiba-tiba muncullah angah dan Intan (anak Kujie) yang entah dari celah mana.


Masa mencemburi kami. Lalu terpaksalah melepaskan lambaian perpisahan.. sob sob sob!

Terima kasih Kujie.. hehehehe..
Senang-senang datanglah lagi...

Sampai di rumah, tak payah tunggu lama. Pantang maza menyelinap masuk ke tandas. Keluar-keluar semua hadiah sudah terbarai dek dikerjakan oleh isteri maza.

"Wah! Bestnyaaa bang..."

"Hmm.. tak sempat abang nak rasmikan, ya!"maza mengerling perli.

Penyudahnya, bukan Aqlan yang melompat, sekarang ini, ibu dia pulalah yang melayang-layang di awang-awangan... alahaikanzzz....

Psst: kat sini maza pun nak berpesanlah, terutama kat kengkawan di luar sana:-
  • kalau sesiapa mahu bagi hadiah kat bayi maza, masih sempat lagi. Boleh lah berbuat demikian.
  • Buat Tie & Zyma, korang jangan jeles. Untuk hapuskan kejelousan korang itew, eloklah korang hantarkan hadiah yang besar-besar kedabak kat maza. WAKAKAKAKA (ketawa orang jahat)

Akhir kalam, "WOW! Terima kasih Kujie!"


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails