Setelah puas melawati beberapa kawasan pejabat kerajaan di Daerah Hulu Selangor, tiba-tiba maza terpandangkan papan tanda jalan "Kolam Air Panas Kuala Kubu Bharu".
Kolam Air Panas Kuala Kubu Bharu |
Kebetulan dua batang kaki maza terasa sengal-sengal. Tanpa banyak bicara, maza memutarkan stereng kereta memasuki kawasan Kolam Air Panas Kuala Kubu Bharu.
Sebaik sampai ke destinasi, maza mendapati tiada kenderaan lain.
Kolam Air Panas Kuala Kubu Bharu: Kawasannya selesa, bersih dan terjaga. |
Kolam Air Panas Kuala Kubu Bharu ini terletak di belakang kuaters Polis Kuala Kubu Bharu. Jadinya tidaklah risau sangat tentang keselamatan.
Entah apalah sudah terjadi. Tengahari buta itu, maza merendamkan kaki di Kolam Air Panas Kuala Kubu.
Kolam Air Panas Kuala Kubu Bharu Airnya hangat dan jernih |
Mujur juga tiada orang di sini. Jikalau tidak, harus kena kecam; gila (hahaha).
Kawasan ini bersih dan airnya jernih. Kalau ada tukang picit di sini, tentu lagi seronok sambil menjilat aiskrim Malaysia.
Kolam Air Panas Kuala Kubu Bharu: Kebas dan sengal di kaki pun hilang |
Maza tidak mengambil masa lama untuk meninjau kawasan tersebut. Setelah rasa kebas-kebas di kaki dihambat pergi, maza pun mengucapkan selamat tinggal.
Hik hik
~kaki asam, kita cuci~
Ammak satu kali