‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Rabu, 25 November 2009

Di Saat Senang & Susah


Entry kali ini mengesahkan pengorbanan seorang teman yang menjalani kehidupan demi sebuah kejayaan.

Bersesuaian dengan semangat "HARI RAYA KORBAN", pendedahan ini diharap mampu mengorbarkan semangat juang demi sebuah kehidupan yang mulia di sisi Tuhan Rabbul Alamin....
............................................................................................................................


November 25, 2009 (Rabu)
- Hari ini maza telah bertemu dengan seorang teman lama. Dulunya dia teman sekerja. Sama-sama pernah menyertai MLM (multi level marketing) dan agen insuran.

Tetapi pada empat tahun sudah, dia meninggalkan maza sendirian. Dia berhenti kerja berikutan ujian dan dugaan yang dihadapi keluarganya.

Segala paksi berubah apabila ibu dan ayah En. Ezly jatuh sakit. Pernah En. Ezly mengambil cuti satu bulan tanpa gaji gara-gara ibunya tidak sihat. Dalam masa sama beliau perlu menjaga adiknya yang menghadapi masalah "down syndrome".

Apatah lagi En. Ezly terus hanyut diduga dengan pemergian ayahnda tersayang.

Untuk menambahkan lagi keperitan, dia juga kehilangan anak pertama dari anak kembar ketika isterinya melahirkan bayi pertama mereka. Anak tersebut lemas di dalam kandungan sebelum sempat sampai ke hospital.

Sebelum ini, isterinya juga pernah mengalami keguguran. Hingga saat begitu hampir melahirkan anak pertama, ujian masih tidak putus. Dugaan kehilangan anak pertama yang comel itu menambahkan lagi tamparan hidup.

Namun kepahitan itu terubat juga dengan terselamatnya bayi kembar kedua. Bayi inilah yang menjadi tanda hari bersejarah dan tempat mereka memadu ikatan kasih.

En. Ezly sememangnya seorang yang bercita-cita tinggi. Malah dari saat hari graduan di sebuah Politeknik, En. Ezly telah pun menanamkan tekad untuk mengubah nasib keluarga tercinta.

Lantaran itu dia tidak menaruh harapan ke atas syarikat tempat kami bekerja, untuk membawanya pergi jauh. Dalam diam-dia, En. Ezly membuka perniagaannya sendiri.

Maka bermulalah langkah-langkah babak pertama. En. Ezly bertatih dengan berniaga 'Ice Blended' di pasar malam bersama isteri. Tatkala berniaga itulah En. Ezly cuba mencambahkan ilham, formula dan membuat penyelidikan pemasaran. Berexprimental dan mencari formula yang menepati citarasa pasaran.


***JEDA****
"Kawan...
Ada kawan membawa kesenangan
Ada kawan membawa kesusahan!

Yang mana satu?
Antara kawan dan diriku?..."
***JEDA***


Isterinya cukup tabah di sisi suaminya, tetap membantu walaupun di siang hari dia mengajar di sebuah sekolah di ibu kota. Segala-galanya ditekuni bersama di bawah payung janji setia, 'demi masa depan kita.'

Maza tatkala ini masih dalam keadaan selesa walaupun sedang bergelut dengan dugaan yang cukup perit juga untuk dihadapi.


Dunia Berubah

Titik perubahan yang ketara mulai terserlah. Terutama setelah ayahnda En. Ezly pulang ke rahmatullah. Dari situ En. Ezly menggunakan segala apa yang diwarisi, digunakan dengan penuh manfaat. Sekarang dia menjadi ketua keluarga dan perlu menanggung keluarga besarnya pula. Mujur juga ayah beliau menabung dan punyai insuran hayat.

Dari harta tersebutlah dilaburkan kembali. Perusahaan mulai mendapat suntikan modal. Akhirnya perlahan-lahan Ezly membina empayar perniagaan sendiri.

Bersesuian untuk menjadi insan yang mulia, keluarga terdekat tidak dilupakan. Beliau yang berasal dari Terengganu telah memberi nafas dan menghidupkan semula kilang lama yang dipunyai oleh saudara isterinya. Kilang keropok lekor telah bertukar menjadi kilang pemporesesan bahan mentah jus 'ice blended'.

Sekarang ini kilang tersebut dikendalikan keluarga sebelah isterinya. Kilang tersebut mampu membekalkan keperluan pasaran di seluruh negara. Alhamdulilah. Rezeki yang ada dikongsi-kongsikan bersama.

Hari ini Ezly sudah mampu berjalan dengan gah!

Perniagaan 'Ice Blended'-nya sudah membuahkan hasil. Dia mampu membekalkan 'Ice Blended'-nya hingga ke luar negara. Baru-baru ini dia telah membuka cawangan di Hathyai. Thailand akan menerima kemasukan barangan export dari Malaysia, Ice blended perisa ciptaan rakyat tempatan.

Hari ini dalam sejarah, Ezly telah mengungguli, bahkan menguasai pasaran Ice Blended dengan jenamanya sendiri iaitu 'Ice Blenz'.

Beliau bermula dengan susah, berniaga kecil-kecilan dan akhirnya bergelar usahawan SME (Small & Medium Enterprise). Tidak mustahil pula akan melangkar sejarah bertukar menjadi MNC (Multi National Cooperation) sebagaimana Mc. Donald, KFC, Starbuck dan sebagainya.

Inilah berkat kesabaran, ketekunan, keazaman yang jitu dan perancangan yang menjadi kenyataan. Tidak lupa juga dengan keberkataan dan anugerah Tuhan yang sentiasa beliau syukuri.

Antaranya beliau juga banyak menyalurkan sumbangan dengan membuat tajaan kepada rumah anak-anak yatim selain sedekah jariah yang lain.

"Satu sedekah (atau kebaikan) yang kita hulurkan demi fi sabilillah, maka sepuluh kebaikan (sedekah atau pahala) pula akan dibalas oleh Allah SWT."

Dari pertemuan itu juga, maza banyak belajar tentang hidup dan perjuangan. Terutamanya merancang masa hadapan.


Maza ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada beliau tahniah dan mudah-mudahan akan setiasa mendapat kejayaan. Moga-moga Allah SWT panjangkan umur dan murahkan rezeki, rezeki yang diberkati!

Insyallah maza akan menyusuri kejayaan.
Bertemu kita di puncak kejayaan. Amin...

Takbir!!!
Allahuakabarrr!




Selasa, 24 November 2009

Cik Ayu: Gambar Pelbagai Posisi Di Sg. Tekala



Semut on bunga


November 22, 2009 (Ahad)
- Maza menerima pelawaan Ms. Cinta, May dan RMN untuk mengikuti mereka ke Sg. Tekala. Katanya ada sessi 'photo hunting'.

Inilah pengalaman pertama maza mengikuti sessi tersebut. Pada awalnya maza ingatkan photo hunting ini dianjurkan oleh UPND (Utusan Publication & Distribution), rupa-rupanya anjuran forum Photomalaysia.com.



Baru beberapa hari sudah maza mendaftarkan diri sebagai ahli forum tersebut. Maza terperanjat, kali ini benar-benar dapat bertemu dengan otai-otai photographer.

Sessi ta'aruf (pengenalan diri) dimulakan dan sedikit tutorial disampaikan. Tunjuk ajar kamera DSLR lebih kepada kaedah mentor-mentee.

Dalam dunia fotografi DSLR ini maza baru sangat; kategori newbie. Lazimnya maza gunakan kamera PnS (Compact Camera) yang lebih mudah dan statik keputusannya. Atau pun kamera analog SLR.

Jadinya, pertemuan kali ini amat berguna. Banyak juga ilmu dicungkil.

cendawan

En. Azize dan Damak mula menguntip yuran RM10.00 seorang. Mulanya maza ingatkan sekadar memenuhkan tabung forum ataupun bayaran tutorial tadi. Tak ada masalah!

Namun di akhir sessi tersebut, wang RM10.00 itu rupa-rupanya digunakan untuk membayar yuran model. Sekali lagi maza ternganga!

Model ini bernama Cik Ayu. Entah berapa harga kos model ini, maza tak tahu. Tetapi lebih dua puluh orang juga yang 'tong-tong' (kongsi sumbangan RM10).



Mulanya maza agak keberatan untuk ikut serta, tetapi mengenangkan ia punya faedah dan ilmu fotograpi, tambahan pula sudah pun membayar, maza ikutkan sahajalah. Wow! Kali pertama menangkap gambar model pro dan berbayar ini. hehhehehe

Berikut gambar-gambar maza yang entah apa-apa entah itu.

Gambar Pelbagai Posisi Cik Ayu di Sungai Tekala, Ulu Langat, Selangor D.E




Lumayan juga menjadi model seperti ini, kan?

Kalau macam itu, maza pun hendak menawarkan diri untuk dijadikan model fotografi. Murah-murah sahaja. Kongsi ramai-ramai RM10.00 seorang sahaja gitew. Ada sesiapa yang berkenan? hehehehhe




Khamis, 19 November 2009

Pak Dalang & Ramlah: Jodoh!

(Gambar: Bunga menjadi unsur perlambangan seorang gadis)

Ramlah membelek wajah di cermin muka di biliknya. Dia membetul-betulkan baju kebaya. Hari ini dia akan beraya di tempat kerja.

Ketua jabatan telah pun bersetuju mengadakan jamuan hari raya dan Ramlah akan menjadi pelayan tetamu kehormat. Antara tetamu kehormat ialah Datuk D.O, Timabalan D.O dan Tok Ketua Kampung.

Usai membelek wajah dia pun keluar dari bilik tidur. Sebelum menuruni anak tangga rumah papan atas itu, sekali lagi dia memeriksa rapi wajahnya di cermin di ruang tamu pula.

Pak Dalang memerhatikan gelagat anak dara tuanya itu. Sudah hampir 36 tahun masih tak berlaki lagi.

Di sebalik surat khabar, Pak Dalang meninjau telatah Ramlah. Ramlah menarik jambul belatuknya. Sekejap-sekejap dia menepek-nepek bedak. Kemudian mengemaskan eye-shadow pula. Entah berapa lapis dikenakan pun Pak Dalang tak tahu. Pipi berjerawat batu tekambus dengan bedak foundation tebal. Pipi yang hampir kusam itu menjadi berkilat dek sapuan blush warna merah mawar!

Pak Dalang mula bersuara sambil menundukkan kepala untuk mengambil teh yang terhidang di atas meja hadapannya, "Apa yang tak puas hatinya lagi tu? Belek sana, belek sini. Tak molek-molek lagi ke? Ayah tengok dah ok dah tu. Dah lawa habis dah anak ayah!"

(Gambar: Bunga juga sebagai tanda melahirkan perasaan)

"Tak ada lah ayah. Hari inikan kat tempat kerja saya ada jamuan raya. Jadinya saya ni penyambut dan pelayan tetamu kehormat. Kenalah jaga sikit penampilan. Kalau tak malulah saya dikata dek budak-budak pejabat tu."

"Yea lah! Lagipun manalah tahukan, kot-kot dapat jodoh ke. hehehe" giat Pak Dalang sambil melirik selamba, kemudian memakukan kembali matanya ke surat khabar tadi.

"Alahai ayah ni. Dulu-dulu budak-budak pejabat, mat despatch dan customer kat kaunter tu ha panggil saya, Ramlah, Ram atau adik. Ada setengah tu berbahasa I and You aje. Ramai juga yang senyum-senyum, jeling-jeling kat saya. Tapi entah kenapa sejak kebelakangan ini, budak-budak pejabat, mat despatch; terutama mereka yang baru, dan ramai juga customer; semuanya sibuk panggil saya, kakak. Semua orang panggil macam tu. Dah tua sangat ke saya ini ayah?" Ramlah meluahkan perasaa tidak puas hatinya.

"Hmm, penyakit hati dah tiba dah tu. Dah mulalah tu. Dari dulu ayah dah cakap. Kalau dulu lagi kau pakai tudung molek-molek, kemudian siap pakai purdah, tentunya kau tak risau macam ini. Hati pun tak sakit. Perasaan tua dan takutkan tua tak akan ada! Tak adalah risau raban semacam. Silap-silap dah lama ayah menimbang cucu. Ni tak, sekarang ni duit gaji banyak habis kat make-up aje. Konon nak jaga penampilan. Tapi sampai sekarang aku tak bermanantu pun. Dah lah tu. Dah molek. Retak pulak cermin aku tu karang. Hmm... kalau aku mati dan kau tak berubah, tentu asyik panas aja kubur aku tu karang.", perli Pak Dalang.

(Gambar: Hendak mendapatkan bunga yang cantik, perlukan penjagaan rapi)

"Hish ayah ni! Dah lah. Saya pergi dululah ayah." Ramlah menghentakan manja kakinya ke lantai, menunjukkan rajuk yang persis kanak-kanak. Tak berubah walaupun sudah tua bangka.

Ramlah menghulurkan tangan kepada ayahnya dan meminta izin untuk pergi ke tempat kerja. Pak Dalang buat tak nampak perli laku anaknya yang menahan rajuk. Selepas bersalam Ramlah menuruni tangga dan meninggalkan rumah usang itu.

"Ramlah kau budak baik. Solat berjaga, patuh dan taat kepada ayah dan ibu. Tapi sayang. Bab yang satu ini. Bab tabaruj, bersolek dan bermake-up inilah yang merisaukan aku. Takut-takut senget di akhirat kelak. Silap hari bulan tidak tergolong dalam kalangan orang-orang solehah! Nauzubillah min zalik! Erk, aku pun turut senget jugak kot?! Aduhaiii." segera Pak Dalang bangkit dari kerusi itu dan pergi ke bilik air.

Setelah itu dia membentangkan sejadah untuk solat dhuha dan solat taubat. Dalam solat itu dia hanyut memohon keampunan dan perlindungan dari Tuhannya.

(Gambar: Bukan senang menjaga bunga, ramai kumbang merajuk dendam)

nukilan: maza


Isnin, 16 November 2009

Plus bukan untuk satu tujuan!

(Pic: Side Walk in Restoran Jejantas Sungai Buloh)

November 14, 2009 (Saturday) I have a plan to deal with. Tonite a TTS (Teh Tarik Session) will be held at Sungai Pelek, near by Bagan Lalang. I was confirmed to join the group. Amoung activities that will be held are photo hunting near the beach, karaoke, riding bike, bike drift and feel the breeze of wind touching the faces at the beaches.

But... Till now I am stuck back at home, sitting on the chair alone. Gazing the cloudy sky which I do not know when it will be end.Once a while, the sky cried. Dropping rain and wetting the ground. For a moment the rain has stopped but yet retaliate. And some other time turn to drizzle huhuhu...

The whole day, the weather does not favoring me. It hampered my plan and forced me to cancel the program...huhhhu
Bored lock in the house. Yeap! Ponder very much when the gloomy day will be put into stop.

Yet, I could not wait any longer. Don’t wanner the rain impede any my cherish weekend day again. So I have decided fervently and grabbed a bunch of keys. And I went to ignite the car's engine. Then I drove the car, heading to Restoran Jejantas Sungai Buloh to have dinner with my family.


(pic: Satay Kajang, Haji Samuri. One stick of satay = RM0.60)


(Pic: the facilities. The indicator shown solat timetable!)
(pic: Gateway of Restoran Jejantas Sg. Buloh)

(Pic: Bamboo or Buluh which believe the orginate word came after the name of Sg. Buloh)

(pic: the shops in Restoran Jejatantas, Sg. Buloh)

Jumaat, 13 November 2009

Sumpah Hantu Dalam Botol

Tempoh hari Rosdan dan Saidin menemani Mbah Dukun membuang ilmu hitam. Botol yang dikatakan penjara bagi hantu raya dan mambang itu telah dilepaskan ke sungai Muar.

Menurut Mbah Dukun, dia telah berjanji tidak menghapuskan hantu-hantu tersebut, melainkan memenjara mereka dan dihanyutkan ke kuala. Mbah Dukun berharap botol-botol itu akan terus hanyut ke lautan lepas sana.


(Gambar: Daniel berdoa memohon sesuatu)

Selesai perahu khas dilepaskan, mereka pun pulang dengan rasa selamat.

"Mbah Dukun, macam hantu tu boleh kita bunuh ya?" tanya Saidin

"Eh! Mana boleh kita bunuh dia. Kan kita dah bersumpah tadi!" celah Rosdan.

"Tak adalah. Misal kata hantu dan mambang itu yang mungkir janji. Ha! Kurang-kurangnya kalau Mbah Dukun tak ada, kami tahulah macam mana nak halau atau bunuh hantu-hantu itu"

"Aku sebenarnya belum betul-betul pernah bunuh hantu-hantu ni. Cuma aku pernah baca ayat Kursi yang menyebabkan mereka kepanasan dan seolah-olah terbakar. Barangkali dengan ayat suci Al Quran dapatlah kita memhapuskan mereka." jelas Mbah Dukun lagi.

Empat minggu selepas itu Rosdan dan Saidin mengemas stor lama rumah Tok Dalip. Tok Dalip ini ialah datuk kepada Rosdan.

"Perkh! Ini stor ke sarang tikus. Banyak barang berselepah dalam ni." rungut Saidin.

"Alah ... buat ajelah. Karang tak dapat upah." sapa Rosdan pula.

Mereka sibuk mengemas hingga menemukan beberapa kitab lusuh dan kepingan lembaran tulisan ayat-ayat suci Al Quran.

"Hmm ... benda-benda ini tak tak poleh digunakan lagi ni. Dah reput pun. Baik kita buang ajelah kat tong sampah tu" cadang Saidin.

"Eh! Ayat-ayat suci ni. Tak boleh dibuang macam tu aje. Tak boleh kita campakkan ke dalam tong sampah yang bercampur najis muntahnajis, muhafaffa, mutawasitah. Apatah lagi najis mughalazah! Dosa tu!" sanggah Rosdan.

"Habis tu. Nak buang macam mana?"

"Erk! Kata Tok Dalip tadi, ayat-ayat suci ini kita kumpulkan aje dahulu. Kemudian kita bakar. Abunya nanti, kita hanyutkan ke kuala sungai Muar tu ha!"

"Eh! Kalau kita hanyutkan abu ayat-ayat suci ini. Ha! Termasuk ayat Kursi tu ha. Habislah kita nanti. Kita dikira melanggar janji dan pantang."

"Apa pulak yang kau mengarut ni?"

"Kau tak ingat ke? Tu hari kan kita temankan Mbah Dukun. Mbah Dukun cakap, kita semua telah bersumpah dan menjadi saksi takkan bunuh hantu-hantu botol tu!!! Bayangkan, kalau kau hanyutkan sisa-sisa abu ayat suci ini. Tentu nantinya hantu-hantu dalam botol tu mati! Nanti geng-geng hantu pulak akan balas dendam pada kita dan seluruh penduduk kampung! Oh.. ngeri sungguh!"

"Ah'ah kan? Macam mana ni?" Rosdan mengaru kepala tanda dia juga buntu.


Pinggan Ayan
ada sesiapa yang tahu nak selesaikan masalah mereka?! huhuhu


Selasa, 10 November 2009

Aku Bukannya Bapa Kau, Nab!


Nasihat penunjuk arah:
sila baca entry ini mengikut diftong zaman 50-an gitew.


*****

Dah banyak kali aku bilang sama dia. Dia masih tak mengerti. Dan tidak mahu memahami.

Mana mungkin mahu faham. Tatkala aku mengomel dan bilang sama dia, si Nab itu juga turut mengomel. Kadang-kala ia kelihatan seolah sedang mengejek-ejek percakapanku.

"Sudah banyak kali aku bilang sama kau. Aku bukan bapa kau! Kau mengerti atau tidak?!"

Nab terus sahaja mendakapiku. Dia buat tidak tahu. Tetapi mulutnya terus mengomel. ENtah apa yang dingomelkan, aku tidak tahu. Sekali sekala dia menyondol-nyondol dagu dan muka ku. Cium sana, cium sini. Habis pipiku digesel dan dirabainya.

"Huh! Minta simpatilah ni. Tak ada! Aku bagi tahu sama kau Nab. Aku bukan bapa engkau!"

Barangkali agaknya sudah tebal benar muka si Nab. Atau sudah terlalu kagan (rindu) sama bapanya. Nab terus meranduk di dadaku. Telinganya diredupkan. Muka toya berbaur kasihan menagih cintaku.

"Waduh! Udah berbangsa kelinchi enggak mahu mengerti. Kalau dah dipanggli Nab ni memang begitu. Lagi dibagi peluang, lagi dia menyondol ke tubuhku!". Adakalanya gelagat si Nab itu mengelikan hati. Kadang-kadang terfikir juga, pandai sungguh si Nab ini menggeletek manusia, yea! hehehehehe

Suntingan gambar kenangan terindah bersama si Nab di Taman Sri Pulai, Ipoh, Perak. (Rumah ngah)


Sabtu, 7 November 2009

TTS Zaman Filem Azura (1984) @ Shah Alam


November 6, 2009 (Jumaat)

"Dahulu kita pun ada geng. Geng motor. Macam-macam geng pun ada. Tapi tak macam sekarang. Perbezaan terlalu ketara. Zaman sekarang geng mengikut kategori. Motor besar, motor kecik, kapchai dan sebagainya." abang Najib membuka bicara.

Setelah seteguk dua air tembikai laici, dia menyambungnya lagi, "Kami dulu komuniti bermotor besar ini kecil. Jadinya kalau hendak berkonvoi atau makan angin kami akan join sekali. Tak kiralah sama dengan motor Vispa, moto kapcai dan sebagainya. Bak kata kami tak mengira kategori. Janji boleh ikut. Termasuklah masa tu glamour Vispa kepit"

"Motor besar dulu-dulu tu jenis yang macam mana bang?" maza mencelah.

"Yealah, zaman masa tu abang muda belia sangat. Dalam tahun 70-an, 80-an sampai akhir 90-an. Antara yang abang ingatlah motor Suzuki GX500, Yamaha RD400, MBX125, Norton, Triumph, Yamaha LC250 dan macam-macam lagi. Kalau kau nak tau lebih lanjut, motor-motor jenis yang dalam cerita Azuara lakonan Jamal Abdilah (tahun 194) itu lah!




Dulu zaman akhir 70-an dan 80-an, ala perang Vietnam tamat gitew, zaman kami muda dulu tu, geng-geng motor terkenal dengan jahatnya. Nakal yang tahap terejal punya.

Tetapi hari ini abang bersyukur. Kerana group motor Ninja250r ini tidak sama macam geng abang masa zaman dulu. Tak jahat, tak tentu arah, tak main ganja.

Cuma abang terkilan dengan geng-geng mat rempit sekarang ni. Mabuk, ganja, rokok tak usah nak cerita. Yang buat punah sakan ialah sebabnya perempuan. Kalau dah bawa tenggek perempuan ikut sama, ke hulu-hilir, mulalah melibatkan perasaan. Karang kawan tu tersinggunglah, terkenyit matalah, bergurau terlebihlah, dah bergaduh sakan. Bertumbuk sana-sini. Cemburu tak tentu pasal. Kemudian create pulak geng sana sini. Lepas tu berperang sama sendiri. Apa punya bodoh betullah!"

"Tulah yang pentingnya ada orang tua macam abang. Kurang-kurangnya boleh tunjukkan kami jalan yang baik dan berdisplin. Menjadi warga kota yang sihat. Paling tidak pun kegiatan ini terkawal dan berfaedah. Erk! Zaman abang tu teruknya macam mana bang?" Aji melontarkan hujahnya pula.

"Gini. Dulu ada tiga tempat yang paling top. Geng-geng ni ganas dan terejal. Jenis tak takut punya. Tak takut dengan polis dan tak makan saman. Antaranya ialah geng Jalan Sentul, Jalan Gurney dan Ampang. Abang lak masa tu baru nak naik. Abang ikut budak-budak Kampung Keramat.

Jadinya mat-mat motor tu, bab mabuk, arak dan ganja tu macam dah biasa. Mereka pun terlibat juga dengan berlumba 'haram', tapi tak adalah merempit meraban sana-sini macam budak sekarang ni.

Geng dulu-dulu racing dari Dataran Merdeka sampai ke panggung Cathay hujung sana, patah balik ikut depan Pertama Kompleks. Jahatnya mereka cuma racing tengah-tengah bandar. Apa lagi pernah kena perambat dengan radio car dan patrol car polis.

Port biasa kami ialah di medan Pertama Kompleks. Kalau ada roadblock. jawabnya kenalah tolak motor dari Dataran Merdeka hingga ke Balai Polis Bandar.

Ada pernah kami kena tolak dari Dataran ikut jalan Istana. Tak kiralah apa jenis motor sekalipun. Bayangkan motor 1000 cc kena tolak masa tu. Apa macam, mau tak sengal segala tulang sendi?! Berat wooo...

Bab bohsia ni sebenarnya dari dulu dah ada. Kami dulu cari budak perempuan kerja kilang. Kami panggil mereka minah karen. Sebab kerja di kilang elektronik. Termasuklah budak Motorola.

Hujung minggu sahaja cari minah karen dengan bermodalkan motor. Dapat aje minah karen, ajak dia orang makan angin. Ronda sana sini. Kemudian makan.

Dulu-dulu makan nasi goreng ayam dan air teh ais dah cukup. Tak ada banyak pilihan. Kalau ada banyak pilihan pun, belum tentu kami mampu.

Kemudian duit minyak motor dan makan tadi minah karen sponsor."

"Aik! Tak macholah bang. Ada ke patut dahlah bawa minah karen, si minah karen lak yang sponsor makan, siap dengan minyak sekali tu?" maza mencelah dalam riuh rendah di Bintang Walk, Sekysen 7, Shah Alam.

Kali ini TTS (Teh Tarik Session) diadakan di Shah Alam setelah menang undi pemilihan lokasi untuk TTS. Hampir 30 orang riders hadir. Dalam masa sama sempat juga kami meraikan majlis hari lahir Mat Duan dan Aji di situ. Apa lagi, tiup lilin atas keklah


(Gambar: duduk baju hitam Ajie & mat duan. Belakang berdiri berbaju hitam Axixi@Rebon, Along & bro ninjarian)

"Jangan dek... Dulu nak bayar motor besar RM170 sebulan. Harga motor 500cc cuma dalam RM5000-RM7,000. Deposit dalam Rm3,000. Lebihnya kena settle dalam masa dua tahun. Bayangkan dulu-dulu kalau gaji RM400, jalan mesti mengepak. Kalau orang bujang sudah mewah benar dah tu. Jadinya RM170 tu dah separuh lebih duit gaji habis. Kalau nak joli tiap-tiap minggu, boleh bengkok badan dek! Jadi kalau nak jimat dan joli, caranya ialah cari minah karen yang nak jadi sponsor.

Atau pun satu lagi kaedah ialah biasanya kami disponsor oleh kilang Motorola. Tiap-tiap minggu kalau nampak aje orang Motorola keluar kilang, terus ada sahaja yang akan sponsor. Duit minyak dan makan jangan risau. Dia orang pasti akan menaja segalanya. Janji pusing bandar!"

"Biasanya group-group abang ni melepak di mana?" Aji ingin kepastian.

"Tak tentulah. Kadang-kadang atau selalunya memang ke Port Dicksonlah. Bawa sekali minah karen.

Kalau dah ramai-ramai macam tu, macam-macam pula perangainya. Kalau dah ada kaki mabuk, kaki ganja adalah tu kaki perempuan.

Sebelum pergi ke Port Dickson, biasanya selepas makan malam di Benteng kat belakang Mahkamah, kami akan cerita seram. Biar minah karen tu rasa ngeri dan takut. Lepas tu apa lagi, bila mula bergerak ke Port Dickson maka minah karen akan peluk kuat-kuat si ridernya itu.

Ada jugalah yang ambil kesempatan dan ada jugalah minah karen jadi mangsa kena 'main'. Port biasa minah karen ini kena ialah di perhentian Nilai. Macam-macam teknik dia orang buat. Buat-buat motor rosaklah, tayar bocorlah, kurang anginlah, tak boleh startlah.

Lepas tu apa lagi minta itu ini. Kalau tak dibagi karang, kena tinggal kat situ. Ada berani ke tinggal seorang-seorang tengah malam buta jam 12-3.00 pagi!

Makanya minah tu dalam keadaan paksa-rela lah! Serahkan segala-galanya yang diminta si rider."

"Uiks! Dahsyat nya." maza mula gelisah. Mulai rasa kurang senang apatah lagi perkumpulan TTS kali ini turut didampingi wanita-wanita seksi. Terutama si gadis penjual rokok di kaki lima itu.

"Tapi zaman dahulu sungguhpun macam itu, mereka masih ada rasa tanggungjawab. Mana dah terkantol tu, cepat-cepat bertanggungjawab. Terus kahwin.

Tak pun minah karen yang dah termengandung akan memasang perangkap. Yang kena aniayanya ialah mereka yang baik-baik. Mereka yang innocent, yang jujur. Tak mustahil zaman sekarang hampir pupus lelaki yang jujur, disebabkan minah itu sapu kesemuanya lelaki baik!

Minah karen tu pun bijak. Dia tak mahu geng yang dah reput dan teruk itu jadi laki dia orang. Jadinya, minah karen akan buatlah macam-macam perangkap. Tertinggal IC-lah, duitlah, baranglah. Kemudian si rider innocent tadi diajak masuk rumah dulu sementara minah karen tengah cari IC. Selepas tu tiba-tiba minah karen keluar dari bilik dah siap berkembang. Dan-dan lampu pun dipadamkan.

Lepas tu apa lagi. Pintu diketuk dan mereka ditangkap basah. Jawabnya kahwin free!

Zaman tu juga, kami tak berani nak hantar anak dara orang malam-malam. Terutama di Kuala Langat. Masuk kampung hantar budak tu kita akan selamat. Balik dari hantar tu yang tak selamat. Budak-budak kampung akan tahan dan belasah. Dia bukan kira apa pun. Janji dah bawa balik perempuan kampung lewat malam. Terus dia pulun kat situ juga.

Jadinya kami tak berani nak hantar anak dara orang kalau dah kemalaman. Keesokan harilah setelah siang baru hantarkan. Sementara tu, mana yang lemah iman ke hotel-hotel murah. Mana yang baik-baik macam abang ni, kami tunggu dan tidur berdirilah kat bas station.

Pendek kata, zaman dahulu, kira macam zaman gengsterism dan kemucak menularnya dadah. Tak banyak sikit pun kita kena tahu perbuatan jahat. Sebabnya untuk melindungi diri dari terkena aniaya orang!"

"Begitu rupanya dia orang ni. Kalau macam ni, payah lah saya nak keluar lagi. Patutlah orang tua-tua, terutama mak saya pandang seorang, semacam aje. Cuma kebelakangan hari ini sahajalah dia orang baru terbuka minda" celah salah seorang Ninjarian yang ada di meja kami.

"Tapi korang jangan takut. Korang ni bagus-bagus. Benda-benda tak elok tu semua korang tak usik. Abang pun suka. Sebab tu lah abang selalu turun TTS dan join korang. Jangan sekali-kali korang amalkan segala tingkah laku tak elok ini. Ini pesan abang.

Sekarang ni abang dah umur 45 tahun. Abang tak mahu kesilapan generasi lepas berpanjangan. Dari rasa keinsafan itulah, abang kalau boleh nak memperbetulkan sikap-sikap tak elok group-group motor ini. Paling tidak pun bagi nasihat kat kalian, agar tak ulangi perkara yang tak elok itu sama.

Bayangkan, hari ini kau buat anak orang macam tu. Kau kembungkan anak dara orang. Esok-esok bila korang ada anak perempuan sendiri, kemudian orang buat perkara sama macam korang buat dahulu. Apa macam perasaan korang?!

Mujur juga abang tak ada anak perempuan. Abang pun risau dan rasa bersalah. Kalau-kalau perangai tak elok zaman dulu berjangkit kat anak perempuan. Tapi abang memang tak main budak-budak perempuan! Tidak... Tidak sama sekali!

Jadinya, jangan amalkan kaki perempuan. Sedapat-dapatnya jangan dimulakan dengan mabuk dan ganja! Kita mahu generasi kita bersih, berdisiplin dan ride with iman"

Maza dan teman-teman yang lain tersenyum puas mendengarkan nasihat yang cukup murni dan mulia dari abang Najib yang sudi menjadi mentor kami kali ini. Mudah-mudahan kami sekalian tidak tersasar bahkan menjadi riders yang soleh!





Rabu, 4 November 2009

Poslaju Dari Abang Posman: POSTO! POSTO

November 2, 2009 - Hati berdebar-debar kencang. Bagai nak tercabut pun ada. Nasib baik pangkal jantung maza masih utuh! Kalau tidak, mahu rapuh dan tak bernyawa.

Sampai di rumah, darling yang seorang itu berlari-lari anak.

"Abang, ada bungkusan dari Johor! Posman khidmat poslaju yang bagi ni."

Bungkusan berwarna kuning diletakkan di hadapan maza. Lebih kurang sahaja maza beleknya. Kemudian bungkusan berwarna kuning itu tidak perlu menunggu lama, lalu segera habis berkecai.

Mulanya maza tertanya-tanya. Gadis bunian manakah yang sudah jatuh hati sama maza hingga, sanggup memberikan bungkusan istimewa ini?... (hehehehe)

Setelah segala isi dalam bungukusan itu terburai, 'terpancullah' sebuah buku bersama note RM50.

Maza ingat-ingatkan semula. Dugaankah atau cubaankah?

Hampir setengah jam, barulah maza teringat. Bungkusan yang tidak bermesej itu rupanya ialah hadiah diatas kejayaan maza di dalam pertandingan cerpen tajaan saudara nuaeman pada bulan Ramadan yang lalu.

Ketika itu maza menyertai pertandingan bertajuk "Aku dan Ramadan". Sekarang hadiah itu sudah tiba... hehehehehe

Jadi tuan-tuan sekalian, berikut ialah gambar hadiah-hadiah yang dimaksudkan itu... Tonton sahajalah naaa.. duit tu, jangan harap nak mintak share-share aaaa.. wakakakka...


Terima kasih saudara nuaeman!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails