Jun 6 - Pak long dan seluruh keluarganya (kecuali Kak Nor ~ menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan arwah anaknya itu ~ sila lawati Part 1 ~ klik sini), datang semula ke Majlis Hari Keluarga.
Semangat ini harus dipuji, sungguhpun Pak long baru kehilangan cucu, namun komitment tinggi dan amanah yang dipikul tidak sama sekali diabaikan (tabik spring kat Pak long).
Selesai solat maghrib (berjamaah) tak pasal-pasal Pak anjang tolak aku ke hadapan. Dipaksanya aku memimpin bacaan tahlil. (Aderkk... menggeletar lutut wooo... selalunya aku jadi tukang ikut imam atau tukang makan aje ... huhuhuhu)
Mahu tidak mahu terpaksa jugalah aku memimpinnya. Terkial-kial membaca tahlil dari kitab Surah Yassin yang kebetulan dibawa bersama.
Selesai majlis tahlil, acara diteruskan dengan majlis persembahan.
Malam itu aku sekali lagi menjadi terkujat, apabila angah menyuruh aku menjadi MC. Ini kes bidan terjun punya cerita. Aderkk.. Segala skill menjadi MC sudah lama berkarat. Sudah bertahun tertanam dalam kotak memori.
(Gambar: Mengasah Karat Agar Bersinar Kembali)
Akhirnya Aku dan angah menjadi MC pada malam berbahagia itu.
Terpaksalah aku menggali semula segala skill yang ada.
Mulanya tergagap-gagap juga. Terkulat-kulat biji mata. Lama-lama keberanian itu kembali menguasai diri. huhuhu
Apa tidaknya, acara persembahan ini bukanlah datangnya dari ahli keluarga kami. Tetapi persembahan daripada orang luar. Orang luar ingin menyumbangkan tenaga untuk memeriahkan lagi program kami.
(Gambar: Angah, Gadingan MC Yang Mantap)
Persembahan ini dipersembahkan oleh Kumpulan PDK (Pemulihan Dalam Komuniti) Harmoni Gugusan Felda Lok Heng dan Sekolah Menengah Lokman Hakim, Felda Lok Heng.PDK Harmoni ialah sebuah pusat pemulihan kanak-kanak istimewa dan golongan OKU. Di Lok Heng kumpulan ini memang aktif terutama mendidik anak-anak istimewa.
Sebetulnya, inilah kali pertama di Lok Heng diadakan majlis seumpama ini secara besar-besaran yang turut melibatkan orang luar (bukan dari kalangan keluarga dan turut melibatkan masyarakat sekeliling).
Bukanlah hendak menunjuk-nunjukkan segala sedekah, sumbangan dan hadiah dari duit lebihan pusaka datuk juga duit poket kami sendiri. Tetapi anak-anak istimewa ini ingin sekali membalas budi dengan mengadakan persembahan kepada pihak kami.
(Gambar: Hidangan Barbeque Untuk Makan Malam.
Kerjasama Antara Keluarga Memudahkan Segala Kerja Hidangan)
Kerjasama Antara Keluarga Memudahkan Segala Kerja Hidangan)
Bagi penganjur, elok jugalah diadakan seperti itu. Ini disebabkan ahli keluarga semua sudah keletihan. Terutama aktiviti sukaneka di Pantai Batu Layar petang tadi. Lagipun bapa dan emak saudaraku semuanya agak berumur. Justeru, inilah masanya untuk mereka berehat dan bersantai.
Antara persembahan kumpulan PDK Harmoni ini ialah tarian Zapin (dah orang Johor, tarian Zapin ler, hehehehe), tarian Cina, tarian India, nanyian solo lelaki, nanyian solo perempuan, tarian Aci-aci Buka Pintu, dan joget lambak.
Persembahan PDK Harmoni ini juga turut melibatkan Kak Ana (Farhana binti Ahmad). Iaitu anak Pak anjang sendiri yang turut termuat sebagai kanak-kanak istimewa.
(Gambar: Persembahan Dari PDK Harmoni, Tarian Zapin dan Aci-aci Buka Pintu)
(Gambar: Ceria, Antara Para Peserta Persembahan PDK Harmoni)
(Gambar: Ceria, Antara Para Peserta Persembahan PDK Harmoni)
Manakala Sekolah Menengah Lokman Hakim menyajikan kami dengan tiga buah lagu nasyid. Salah satu persembahan mereka juga melibatkan angah.
(Gambar: Kumpulan Nasyid Sekolah Menengah Loqman Hakim, Felda Lok Heng.
Angah Antara Yang Menyumbangkan Suara)
Pertandingan mewarna kanak-kanak turut dijalankan serentak. Peserta dihadkan seramai sepuluh orang sahaja dan ianya acara tertutup (untuk ahli keluarga).Angah Antara Yang Menyumbangkan Suara)
(Gambar: Di Bawah Pentas. Pertandingan Mewarna Dijalankan Serentak)
Lihat sahajalah kemeriahan dan khusyuknya mereka mewarna. Adakalanya ibubapa mereka pula yang terlebih sibuk. (wakakaka)
Jun 7 - Hari ini merupakan hari terakhir. Kali ini pihak penganjur mengadakan pertandingan karoake (pada hal tak ada langsung dalam aturcara majlis. Dari dia orang memekak tak tentu arah baik diadakan pertandingan. Kira macam terancang lah sedikit majlisnya. heheheh).
Pertandingan karaoke ini diselang-selikan dengan majlis ta'aruf keluarga (memperkenalkan ahli keluarga).
(Gambar: Majlis Memperkenalkan Ahli Keluarga.
Dari Kiri Keluarga Mak Andak & Kanan Keluarga Mak Ngah)
(Gambar: Antara Peserta Pertandingan Karaoke.
Dari Kanan Pasangan Anak Beranak Mak Andak & Kiri Peserta Cilik, Syuhadah)
(Gambar: Johan Pertandingan Karaoke: Lagu, Kenanganku '60-an.
Dari Kiri Angah & Ali The black)
Majlis itu diselang-selikan dengan penyampaian hadiah. Akhirnya aku berjaya juga menggondol hadiah. Walaupun aku hanya mendapat tempat kedua dalam acara anyam ketupat, tak kiralah, janji menang dan dapat hadiah (hehehehe).
Adik beradik emak membawa sama hadiah untuk memeriahkan majlis. Bahkan sebahagian besar hadiah ialah sumbangan ahli keluarga. Walaupun hadiah tersebut kecil, tetapi ia amat bermakna.
Lagipun bebanan menyediakan hadiah oleh pihak penganjur dapat dikurangkan. hehehe
(Gambar: Antara Hadiah-hadiah Yang Menjadi Rebutan)
Dari kategori keseluruhan pula, kumpulan tiga (kumpulan aku ler tu) mendapat tempat ke dua. Hamper yang besar kedabak itu akhirnya dibagi sama rata. Dan beberapa penyamar-peyamar yang menyamar sebagai ahli kumpulan tiga (macam Kumpulan Bintang Tiga lah pulak hehehe) turut mendapat bahagian dengan tangan mereka diketuk dan ditepis manja. (huh! ada hati mengaku ahli kumpulan aku. Nak rembat kami punya hamper lah tu. Syuhh.. syuhhhh)
Majlis ditutupi dengan selawat dan bersalam beramai-ramai. Ramai juga yang tewas kali ini. Merah bebola 'putih-hitam' dan mengalirlah air mata suci! Almaklumlah, ada antara kami sudah lanjut usia. Esok lusa belum tentu ketemu lagi.
Kepada semua Ahli Jawatankuasa Penganjur (AJK Hari Keluarga) serta mereka yang terlibat secara langsung atau tidak, maza ingin mengucapkan sekalung tahniah dan diucapakan jutaan terima kasih.
Hal ini termasuklah mereka yang bersusah payah sejak dari awal lagi antaranya Pak Anjang, Mak Anjang, Pak long, Pak Busu bersama keluarganya, Mak Itam, Angah, Ali The Black dan emak.
Begitu juga kepada guru-guru PDK Harmoni, AJK Kampung, masyarakat Lok Heng dan tidak dilupakan anak-anak istimewa kerana turut menjayakan majlis unggul ini.
Bagi maza, objektif kali ini berjaya dicapai dan ia bertepatan dengan temanya.
Masing-masing ahli keluarga menaruh harapan besar agar acara seumpama ini diadakan pada tahun hadapan. Jika boleh masing-masing mahukan diadakan saban tahun. Insyallah kalau kena gayanya dan ditakdir bertemu lagi, kita akan bersua semula di tahun akan datang. Tungguuu..
Sekian laporan maza.