‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Sabtu, 29 Disember 2012

Kuantan Dingin. Sejuk yang amat sekali


 Kuantan hujan
Hujannya mencurah-curah sudah berhenti...
Namun hujan di hati masih tetap belum reda... 

Kuantan dingin
Sedingin itu juga di hati ini.. 
Anak dan bini bakal ditinggalkan sekali lagi di sini....
Kembara hidup diteruskan dengan hidup sendirian....
berkelana di kota metropolitan Kuala Lumpur!

Demi sebuah perjuangan hidup
Demi sebuah sesuap nasi....
Dalam cengkaman di jiwa itu,
Tiba-tiba teringatkan kisah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Nabi Ismail AS.....
Sebuah lagi ujian dan makna pengorbanan....

Ya Allah perteguhkanlah hati, dan jiwaku.
Ya Allah, kurniakanlah kekuatan tubuh badan yang sihat walafiat dari segi fizikal dan mental kepadaku!
Pada-Mu ku harapkan pertolongan!
Pada-Mu juga tempat aku bergantung harap!
Ampunkanlah dosa-dosa kami..
Golongkanlah kami dalam kalangan orang-orang yang telah Kau tunjuki, redhai dan selamatkan sebelum daripada kami....

Azan maghrib tiba-tiba berkumandang dari liang TV!
Hati diliputi salju...
sayu...
Bangkit lalu menunaikan perkara fardhu...

Sebuah catatan melankolia 
maza


Selasa, 25 Disember 2012

Pergi tak akan kembali lagi

Maza pernah mengisahkan perihal sebuah keluarga dari kampung maza sana. Keluarga sahabat maza sendiri; Min atau Hishamuddin bin Md Isa di blog ini.

Kisah keluarga tersebut boleh dibaca di sini: Menggagahi Ranjau Di Sepanjang Jalan (klik sini).

Hari ini keluarga tersebut diuji lagi. Kalau beberapa tahun lalu mereka telah menjadi yatim piatu dan kehilangan seorang abang (Mutalib bin Md. Isa - meninggal pada usia belasan tahun). Hari ini seorang lagi anggota keluarga itu telah sampai hukum alam. Arwah Adam (a.k.a Mahathir) telah kembali ke pangkuan rahmat Allah SWT pada hari Ahad (23.12. 2012 jam 5.00 petang) tatkala usia masih muda (akhir 20++).

Arwah Adam sememangnya dari dulu sudah mengidap kanser limfoma. Hari Jumaat sudah dia dikejarkan ke hospital kerana sesak nafas. Dan perjalanan hidupnya berakhir dua hari kemudiannya. 

Bukan kisah itu sahaja yang maza ingin paparkan. Tetapi ada sesuatu kisah yang boleh dijadikan pengajaran sama. 

Affendi (gambar kredit kpd Alliffli Erijuffaldi Aldi Fasri)


Maza lampirkan salah satu tulisan yang diungkapkan adik kepada arwah bernama Affendi. Beliau adalah manusia terakhir yang membelai dan menjagai abangnya. Saksikanlah bahawa dia bersendirian menghadapi dan menyaksikan sakaratul memanggil abangnya itu yang terlantar di dalam ruang ICU di Hospital Aminah, Johor Bahru:-

"Selama satu malam saya menjaga abang di ICU...
Alhamdulilah saya dapat membacakan surah Yaasin dengan sempurna.

Saya merasakan bacaan itu adalah yang terbaik dapat saya lakukan sepanjang hidup saya ini...Walaupun abang tidak sedar tapi saya yakin abang dapat mendengar setiap ayat yang saya baca dan kalimah syahadah yang saya bisikan ke telinga abang...

Abang pergi betul-betul selepas saya selesai membaca surah Yaasin...

Saya dan abang ke-2 (Leman) membantu bilal memandikan dan mengkafankan abang...saya mengiringi jenazah abang untuk pulang ke kampung...

Abang long  (Min) yang menjadi imam untuk solat jenazah...

Abang ke-2 yang membantu menggali kubur. Dan kami sama-sama mengiringi jenazah abangg ke kuburan...
Ya, ini adalah pengalaman dan kenangan yang tidak akan dapat saya lupakan...saya juga orang yang berada   di sisi abang semasa abang menghembuskn nafas yang terakhir..."

Arwah Adam telah di makamkan di kuburan berhampiran kuburnya Ayah, Ibu, Abang, datuk dan nenek beliau. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah dan keluarga.

MORAL

1) Hormat maza terhadap keluarga ini semakin tinggi. Terutama kepada arwah Manisih yang pernah berpesan kepada maza supaya tengok-tengokan Min dan adik-beradiknya. Sememangnya wasiat makcik Manisih itu memang benar. Banyak pengajaran yang boleh maza garap daripada mereka dan bukan lagi bahkan tidak layak untuk maza menasihati Min dan adik-adiknya. Mereka lagi hebat daripada maza yang kerdil!

2) Maza kira makcik Manisih dan Pak Ngah Rahmat (bapak saudara Min) telah berjaya membentuk keluarga tersebut sebagai sebuah keluarga bahagia di dunia dan akhirat. Keluarga yang harus dicontohi.

3) Sekiranya maza ditempat Min, belum tentu lagi maza mampu untuk berdiri dan melakukan solat jenazah untuk orang tersayang. Sejujurnya maza tidak hafal selawat, doa dan mempraktikan solat jenazah... walaupun maza pernah berkursus untuk itu. 

4) Fendi; sesungguhnya walaupun Fendi membesar tanpa ayah dan ibu, tetapi telah membuktikan bahawa dia mampu menjadi anak yang soleh!.. Mampu membacakan Yassin kepada abangnya yang nazak bahkan berkesempatan berbakti dengan mengajarkan syahadah kepada abangnya.

"Ya Allah! Apalah nasib aku di kemudian hari?... sesungguhnya aku amat menginsafi dengan peristiwa ini sementalah ia berlaku dalam kalangan sahabat baik aku sendiri.... Aku takut, aku takut Ya Allah.. takut tidak lulus bahkan gagal menjalankan tanggungjawabku; gagal menjadi hamba mu yang soleh, gagal membentuk anak-anak soleh, keluarga yang soleh!

Aku juga takut dan khuatir akan azab-Mu ya Allah! Sesungguhnya azab-Mu amatlah pedih...

Sesungguhnya aku bermohon perlindungan dari-Mu... Keampunan-Mu, dan Kasih Sayang-Mu Ya Allah! Jangan biarkan aku hidup bergelendangan di dalam kembara hidup ini. Ya Allah! Janganlah Kau berbolak-balikan hatiku setelah Kau berikan petunjuk kepada ku. Hidupkanlah aku dalam iman; dan matikan aku juga dengan iman terhadap-Mu, Tetapkanlah hatiku dengan perkataan tetap iaitu kalimah "La'illaha'ilallah Muhamadurasulullah!"




Isnin, 24 Disember 2012

Petua Mengesani Perawan

Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, maksud 'perawan' ialah anak dara, gadis belum hilang dara.
Sekarang ini musim sejuk. Sana sini banjir. Pantai timur dan utara semenanjung sudah mulai tenggelam. 

Dalam keadaan tengkujuh ini juga, kenduri kahwin pun merata-rata. Sudah sampai hukum alam katanya.

Wani, gadis dari Masai, Johor berumur 14 tahun (2012).


Itu bagi mereka yang sudah mahu bernikah. Jangan tidak percaya tatkala musim cuti sebegini, ada teruna, dara, duda, janda dan suami orang yang cuba-cuba mencari pasangan.

Salah satu saranan kalau hendak bernikah ialah mencari anak dara. Berikut ialah antara petua yang sempat maza kutip daripada blog dari 'seberang' yang gitew-gitew.

Kali ini alkisah mengesani perawan melalui fizikal lahiriah seorang wanita iaitu hidung!


HIDUNG

Gadis yang masih perawan atau tubuhnya belum disentuh oleh lelaki, hujung hidungnya berwarna kemerah-merahan, jika disentuh hujung hidungnya nampak merah.

Gadis yang tidak suci hujung hidungnya merah tetapi merah pucat, kadang-kadang warna merah tidak nampak, yang nampak hanyalah pucat, tak percaya cuba lihat ujung hidung anak perempuan, merahkan..?

Bagi lelaki yang suka merosak keperawanan wanita, hujung hidungnya berbelang, oleh kerana itu disebut LELAKI HIDUNG BELANG!.. (pulak..hmm?)

....

Puas maza meraba hidung dengan penuh minat. Mujur juga hidung maza mancung dan tidak pula berbelang! ahaks..

hehehehe ..meow, meow gitew.. 

Kisah lantun-lantun ahaks...




Khamis, 20 Disember 2012

Apakah dicari di sebalik keputusan PMR?

Semalam keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk bekas pelajar tingkatan tiga sudah diistiharkan. Ramai yang melompat-lompat. Termasuklah emak ayah pun sama. Sama ada melompat kegirangan atau keperitan; tak percaya kepada untung nasib. 

Lulus cemerlang tentulah melompat kegembiraan. Mereka tidak berapa nak lulus pun melompat juga tapi, tapi, tapi... biarlah hanya mereka sahaja yang tahu.

Sepupu maza yang bersekolah di MCKK (Maktab Melayu Kuala Kangsar) - Malay Collage of Kuala Kangsar, di Perak telah menggondol 8A. Syukur Alhamdulilah...
Farhan Ahmad Taha Khamid

Farhan bin Ahmad ibni Taha ini sememangnya mempunyai potensi dan bakat besar sedari kecil lagi. Suka maza merakamkan perasaan bangga dan tahniah kepada beliau.

Dalam pada meraikan tersebut, seorang sahabat menepuk bahu maza. Lalu bertanyakan keputusan lampau akademik maza yang sedia berhabuk dan berlapuk!

"Berapa kau dapat masa sekolah dulu?"

"Aku tak berapa ingat dan tak reti mengira berapa aku dapat A, B, C, D dan E. Sebabnya zaman aku zaman SRP!"

Kepada kengkawan yang tidak dapat apa yang diharapkan. Juga mereka yang tidak dapat 8A atau langsung tak ada A..

Bahkan mendapat 8D sekali pun.. Ini bukan bermakna kehidupan sudah tamat!

Usah berputus asa....
Masih ada jalan dan liku perlu ditempuhi..
Itu nasib mereka... perjalanan mereka.. dan itu kisah mereka.

Dan kita ada perjalanan kita dan pengalaman tersendiri yg perlu diharungi hingga ke hujung nyawa....

Hidup ini umpama buaian; yang berayun dan beralun mengikut rentak tersendiri. Setiap daripada kita punyai kisah dan perjalanan hidup untuk tempuh. Dan setiap kisah itu punyai keunikan tersendiri.

Selamat berjuang ke alam dewasa kengkawan...



Selasa, 18 Disember 2012

Maza Memberhentikan Keretapi di Stesen Keretapi Kuala Lumpur dengan Tangan

Sabtu 15.12.2012, di malam minggu itu sepupu maza dari Masai, Johor telah datang melawat maza sekeluarga. Setelah makan malam kami membuat keputusan hendak ke ICT.

Sebaik sampai di persimpangan ICT, kami lihat keadaan begitu sesak sedangkan jam baru menunjukkan 9.00 malam. Orang begitu ramai hendak memasuki ICT.

Untuk tidak menghampakan para tetamu lagi, maza membawa mereka melawat seputar Kuala Lumpur. Kali ini maza bawa mereka melihat Masjid Negara, Pusat Islam dan Station Keretapi Kuala Lumpur. 

Puas kami merayau di situ, tetiba maza kehilangan daya ingatan yang waras lalu menahan keretapi di Stesyen Keretapi Kuala Lumpur yang hampir uzur dengan mengangkat kedua-dua belah tangan tinggi-tinggi.

"Oppp! Oppp! Stoppp!" seru maza bertujuan supaya ia berhenti. 

Cubaan maza akhirnya berjaya mendapat perhatian pengawal di situ lalu berkata, "Kenapa encik melambai-lambaikan tangan, boleh saya tolong?"

Ahaks... maza kemaluan satu kali... hehehe... sebenarnya keretapi yang maza tahan itu sememangnya sudah 'berhenti lama' di atas landasan tersebut. Sudah pun dihentikan perkhidmatan dan sekarang menjadi muzium.

Jadi, kengkawan yang tidak pernah sampai ke situ, maka maza hidangkan untuk halwa mata kalian gambar entah apa-apa entah Stesyen Keretapi Kuala Lumpur di waktu tengah malam. 

Biasalah di Kuala Lumpur, larut malam pun masih ramai manusia ke hulu ke hilir membawa haluan diri. Lampu kenderaan menghiasi latar bangunan yang bereka bentuk ala-ala zaman Neo-Moor siap dibina pada tahun 1910 satu kali.. ammak!

Stesen Keretapi Kuala Lumpur (1910)
direka bentuk Arthur Benison Hubback, pembantu arkitek British kepada Pengarah Jabatan Awam


Sebuah nukilan lantun-lantun

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails