‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Jumaat, 14 Disember 2012

Bonus Akhir Tahun untuk kakitangan awam dan bantuan persekolahan RM100

14.12.2012 - Menyebut sahaja bulan Disember ramai sudah terbayang bermacam-macam perkara. Ada perkara indah dan tidak kurang yang kurang enak!

Kali ini ceritera yang hendak dibawa perihal yang enak-enak sahaja. 

Sebagaimana semuanya maklum, bulan ini kakitangan awam akan memperoleh bonus. Anugerah dari majikan mereka Kerajaan Malaysia!

Sungguh pun demikian bagi kakitangan swasta tidak semua memperoleh bonus. Apatah lagi keadaan perniagaan yang gawat dan keuntungan menyusut. Selain tekanan kos dan inflasi yang tidak pernah menyusut, mereka juga terbeban dengan kehadiran beberapa kos 'wajib' diurus dan dikeluarkan saban tahun. Antaranya ialah kos sekolah anak-anak dan musim perayaan. 

Mujur juga adanya bantuan sekolah RM100.00. Setidak-tidaknya mengurangkan beban perbelanjaan. Namun yang kurang enaknya, ada sekolah yang menyalurkan bantuan tersebut setelah kemasukan sessi baru nanti. Jadinya, ibubapa terpaksa mengeluarkan duit perbelanjaan persediaan sekolah dari poket sendiri. 

Sungguh pun adanya bantuan RM100 itu dan pinjaman buku teks percuma, tetapi di sesetengah sekolah mengenakan caj buku latihan dan rampaian khas untuk anak-anak pelajarnya. Manakala ada juga yuran PIBG dinaikkan. Antara alasan popular ialah kenaikan kos pentadbiran dan barangan. Penyudahnya wang RM100 itu habis untuk perihal tersebut. Malah kos penyediaan ke sekolah kekal sama atau lebih sedikit daripada biasa; juga disebabkan oleh inflasi. 

Sungguh pun demikian, kita harus bersyukur setidak-tidaknya ada peningkatan dari segi kewangan dan taraf pendidikan. 

Bagi menampung kos-kos lebihan tersebut maza sudah mengambil tindakan awalan. 

Buat pertama kalinya setelah sekian lama berblog (kira-kira lima tahun sudah), kali ini maza cuba menuntut wang bonus dari pengiklanan Nuffnang.

Kalau diikutkan dari usia blog dan jarak tuntutan, barangkali ada yang berfikir maza sudah mampu membuatnya sebagai deposit kereta BMW. Ya, memang begitulah harapan maza. Namun bisa sahajakah wang sebesar RM151.37 itu dibuat pendahuluan kereta idaman tersebut? hmm...


Rancangan dengan wang sebesar itu memang banyak. Termasuk juga melancong ke luar negara. Mungkin juga ke Gold Coast Australia sana. 

Tapi kini pada hakikatnya adalah cuma tinggal khayalan semata.. ahaks.. 

Harapan maza, dengan modal sebesar wang itu akan dapat mendorong maza untuk berusaha lagi keras dalam dunia penulisan dengan menyampaikan maklumat-maklumat bermanfaat. Mudah-mudah diterima oleh Allah Aza Wajalla sebagai sedekah jariah daripada maza. ahaks!... 

Falsafah maza: Bukan wang menjadi ukuran, tetapi keikhlasan sedekah jariah; cuma kalau udah ada peluang - KEBAS ajelah.. hahahaha


Nukilan lantun-lantun oleh 

Khamis, 13 Disember 2012

Keputusan Piala AFF Suzuki 2012 separuh akhir Malaysia vs Thailand

UPDATE:

Malaysia vs Thailand...

 0-2

Pengadil Lee Minhu dari Korea Selatan.
Insiden beliau memberikan kad merah
kepada Fadhli Sash ada peminat bola
mengatakan hendak memicit dan menarik
belalai gajahnya!
hmm?

Harimau Malaya cuma tinggal belang sahaja... bahagian harimau yang lain remuk kena pijak oleh Gajah Putih! Belalai gajah putih panjang sangat  dengan dibantu oleh Pengadil Korea Selatan iaitu Lee Minhu (seorang cikgu bahasa Inggeris, suka berjogging dan melancong - sumber google) yang tak berapa nak adil, serta padang bola macam bendang sawah baru lepas dituai!

Jadi kesimpulannya, Harimau Malaya kena buka kembali kitab Cakar Rimau semula...


Pada keseluruhannya, maza berpuas hati dengan corak permainan Malaysia.. terima kasih kepada pemain-pemain Malaysia yang bermain bersungguh-sungguh dan berdisplin! FAIR PLAY!... (cuma pengadil aje tak fair)...
___________________________________________________________________________________


Perlawanan hebat separuh akhir Piala AFF Suzuki pusingan kedua auranya dirasakan cukup hebat sekali. Bisa menggegarkan seantero bumi nusantara. Bergoncangan bumi dua negara yang berjiran.

Teluk Siam dan Selat Melaka kembali bergolak. Ombak dan pantainya saling hentam menghentam. Bahtera juga terhuyung-hayang dilanda badai akibat pertemburan itu. 

Segala naga di Teluk Siam dan todak di Selat Melaka sudah bersedia. Arena pertemuan dua selat itu di lautan Andaman akan menjadi sidang pertarungan. Dua binatang akuatik tersebut akan  dipertaruh dan diperkudakan; saling menyerang dan menangkis! 

Siapa akan tumbang?!

Gawang perlu dipelihara dengan sebaik-baiknya. Ia bukan lagi ujian. Ia adalah tempuran! Bertempur habis-habisan. Bolos bermakna maruah melayang. Bolos juga bermakna kematian; tidak bernyawa untuk ke perlawanan akhir!

Medan di Bangkok menjadi perujian. Siapa hebat, siapa yang kena rembat!

Jam 8.00 malam bermulalah episod itu. Antara Harimau Malaya dan Gajah Putih di malam Jumaat ini (13 Disember 2012).


Malaysia dengan cakar harimaunya; mampukah menyepit dan mencengkam kemas belalai gajah putih?! Sekali lagi silat dan tomoi diperuji di perbatasan juang!

Ngauman Harimau Malaya pastinya berkumandang! Bisa kuku harimau pasti mencengkam di belakang, belikat  dan dada sang gajah! Biarkan sang gajah melolong-lolong mengeluarkan bunyi trompetnya. Biarkan belalai sang gajah putih ditarik-tarik, digigit-gigit, dikemam-kemam. Biar belalainya mengalir hingus malam ini! Hingus putih, hingus kuning, waema hingus hijau sekalipun! Biarkan sang gajah bergolek; terkangkang di atas padang permainan...

Tahulah kita apabila keesokan hari sang gajah kena selsema, layu dan letih; itu adalah tanda bahana bahaman Seni Cakar Rimau Malaya! Pasti permaisuri-permaisuri Harimau Malaya akan tersenyum indah kemudiannya! Senyum dalam kepuasan... senyum dalam kehebatan... senyum tanda keyakinan diri!

Selepas ini sesiapa yang menang akan terus ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki. Sang Singapura sudah pun menanti di pintu stadium. Di dalam Colosseum itu sang singa sedang menyisir bulu tengkuk menantikan lawan seterusnya; sama ada Harimau Malaya atau Gajah Putih!

Kita perlu berjuang untuk mematahkan tengkuk dan cabut bulu-bulu leher sang singa selepas ini....

Untuk itu, mari kita berdoa; azimat yang mustajab untuk mendapat perlindungan dan kejayaan! Biar kita puas dalam kenikmatan di malam Jumaat ini!


Selamat berjuang Harimau Malaya!!!


Err.. keputusan terkini akan dikemaskini malam nanti.. ahaks.. TUNGGUUUU!!!!....





Rabu, 12 Disember 2012

Tarikh 12.12.2012 alamat istimewa dan petanda bahaya

12.12.2012 - Jangan tidak percaya, ramai orang menantikan tarikh ini. Ada yang menyebut dan percaya tarikh itu punyai keramat tersendiri. Dan tidak kurang juga sekadar bersuka-sukaan mahu memilih tarikh yang mudah dijadikan ingatan. Terutama untuk sesuatu yang dianggap 'istimewa'.

Ada antara bujangan memilih tarikh ini untuk keluar berendut (dating). Berpacaran dan berpelesaran di restoran, kedai makan atau di panggung wayang. 

Tidak kurang juga memilih tarikh ini untuk menikah!

Bagi maza tarikh adalah penunjuk waktu untuk bilangan masa. Sebagaimana Allah SWT firmankan di dalam al Quran yang bermaksud:-

"Dialah yang menciptakan matahari bersinar dan bulan bercahaya, dan ditetapkan manzilah-manzilah (yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada temapt-tempat peredaran masing-masing), supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar ..." (Yunus: 5)

Lantaran itu, masa yang ada sebagai penunjuk kiraan jarak antara satu destinasi ke destinasi juga. Oleh itu sebelum melangkaui ke destinasi satu lagi, maza mahu menjadikan hidup ini lebih bermakna! Maza yakin dan beriman akan ayat al-Quran yang disebutkan tadi bahawa setiap detik, waktu dan putaran masa punyai makna dan faedah. Tiadalah setiap saat dan detik dilalui itu melainkan padanya membawa manfaat dan faedah kepada manusia dan alam. Kecuali mereka yang sukakan kerugian dengan melalaikan diri dan membazirkan faedah (keistimewaan) tempoh masa yang diberikan itu!

Kebetulan pula malam tadi maza sempat berwasita ke negeri Pahang untuk kesekian kalinya. Entah bagaimana Nasrun (8 tahun) terasa lapar dan kami pun singgah di Temerloh. Sedang menikmati makanan malam di salah sebuah gerai di tepi Sungai Pahang itu, maza terpadangkan papan tanda yang gah berdiri di seberang sungai sana. 

Di dalam hujan renyai-renyai itu, maza redah dan mengambil kesempatan untuk merakamkan panorama tersebut yang maza fikir cantik untuk tatapan bersama. 

Jadinya, maza tepekan gambar itu di sini dan maza juga budak sedang belajar gitew. hehehe

Slow shutter satu kali.. ahaks. 






Isnin, 10 Disember 2012

Malam di Sungai Kuantan

Kebetulan sebuah tongkang sedang melalui papan tanda besar kedabak di seberang sungai sana.

9 Disember 2012 (Ahad) - maza sudah terjah di tepian sungai Kuantan yang entah kali ke berapa. Rasanya belum pun sampai patplohpat kali...

Kali ini bertemankan biras menyusuri sungai Kuantan yang terletak di tengah-tengah bandar itu. Jam sudah pun lewat 10.00 malam. Kami membawa hati yang sedikit lara akibat Malaysia seri menentang Thailand dalam pertandingan bola sepak piala Suzuki AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Dan ini bermakna Malaysia dalam kondisi merbahaya dengan agregat 1:2 yang menyebelahi Thailand. Pertandingan separuh akhir kedua akan berlangsung di Bangkok, Thailand. Harap-harap Harimau Malaya bisa akan lebih sukses selepas ini. Bangkit dan meratah si gajah putih itu. hehehe

Sambil membawa diri, maza sempat merakamkan panorama alam di tepian sungai Kuantan yang dihiasi indah dengan lampu limpah. Setelah larut malam seputar dinihari, barulah kami pulang ke rumah. Sambil-sambil berjalan dan tertatih itu, kami sempat menyedut air teh panas.. ahaks.. sejuk seh! Angin bayu bertiup lembut gitew.

Kepada kengkawan yang tidak pernah sampai atau belum sampai di Kuantan, inilah sedikit bingkisan untuk sama-sama kita mengambil manfaatnya.

Psst: maza budak baru belajar jua. Ahaks.. hehehe


Di hujung sana terdapat pasar malam minggu. Sedang rancak dengan pelbagai aktiviti
termasuklah pertandingan teka teki

Sungai Kuantan, pemadangan dari jeti pelancongan

Ada air pancut di dalam sungai itu dihiasi dengan pelbagai warna lampu suluhan

Siar kaki di tebing sungai Kuantan. Kalau letih berjalan, boleh naik bot penambang dengan menyusuri sungai tersebut.
Tiket untuk dewasa cuma RM18 dan kanak-kanak RM16 (tertakluk kepada perubahan semasa)

Nukilan lantun-lantun oleh:-



Selasa, 4 Disember 2012

Di Atas Ranjang Itu

"Shauki, esok aku ada projek foto potret. Awek cun punya. Hotel aku dah tempah. Kau nak join tak?" pelawa K-ros.

Shauki memang peminat tegar dunia fotografi. Tetapi bukan semua bidang fotografi menjadi tumpuan utamanya. Hanya satu bidang ini sahaja kecintaannya amat mendalam.

Pantang dengar fotografi potret segera dia melopongkan mulutnya tanda ghairah untuk merakamkan gambar wajah cantik gadis-gadis. Dia dulu akan ke hadapan dan membuat persediaan segera. Malah dia sanggup mengeluarkan modal permulaan sendiri untuk menyewa hotel dan tempat penginapan yang sesuai. Apatah lagi model-model yang ditampilkan itu jelitawan belaka, hatinya akan melompat kegeriangan. Itulah kepuasan maksima baginya.

"Ok, aku join." jawab Shauki sambil mengetap bibir kegembiraan.

Kebelakangan ini hobi Shauki itu semakin menjadi-jadi. Bermula dari suka-suka kini dia mempunyai studio sendiri. Dia juga menjalankan perniagaan fotogarfi untuk agensi-agensi permodelan. Memang ramai syarikat korporat memuji hasil kerjanya. Terutama agensi pakaian dan fesyen wanita.

Fiza

Shauki bersemangat pada hari itu. Belum pun jurugambar jemputan lain yang juga rakan-rakannya sampai, dia sudah dahulu menyediakan segala kelengkapan. Shauki telah pun menyiapkan lampu sorot, tripod dan flash. Di fikirannya sudah tersedia 'skrip' dan bayangan lakonan yang bakal dirakamkan. Dia mengetap bibir sendirian sambil melontarkan senyuman.

"Eh! Mana modelnya? Suruhlah dia cepat bersiap. Aku dah tak sabar ni. Takut idea karang hilang." Shauki menggesa K-ros. 

Di dalam bilik sempit dan suram itu sudah pun ada lima orang jurufoto yang lain. Beberapa lampu sorot menghala dan menerangi katil yang tersedia di bilik hotel itu. Masing-masing sudah lengkap dan bersiap siaga hendak merakamkan bakal aksi-aksi erotik model tersebut. 

"Sabarlah. Kontrol sikit beb . . . " Rosli bersuara cuba menenangkan keghairahan Shauki.

Model yang dinantikan itu akhirnya sampai. Siap bermekap dan tubuhnya dibaluti pijamas. Sebaik muncul di depan pintu, K-ros menyuruhnya menanggalkan pijamas tersebut.

 "Ok! Ini dia, aku perkenal Milah" kata K-ros.

Fiza

Milah menurut kata K-ros lalu melepaskan pijamas dengan selamba. Sekarang yang tinggal ditubuhnya hanyalah coli dan seluar dalam. Milah mula melangkah ke hadapan ke tempat curahan sinaran lampu di sana. Milah mahu mengambil tempat di atas katil yang disediakan untuk memulakan sessi merakamkan aksi wajahnya.

Di balik kesuraman bilik itu Shauki terperanjat besar sebaik terpandangkan muka Milah. Wajah Shauki terus berubah. Wajahnya bertukar merah. Habis semua yang ada di dalam bilik itu Shauki kena maki! Dia marah sungguh!

Hannah & Zaki

Mereka yang ada di sekeliling semuanya tercengang-cengang. Masing-masing tidak faham. Masing-masing menggaru-garukan kepala sambil menggelengkannya. Mereka tidak pernah melihat kelakuan Shauki seperti itu terutama dalam keadaan sebegini. Selalunya Shaukilah yang terlalu gembira dan banyak memberikan tunjuk ajar. Shauki jugalah yang paling aktif melontarkan buah fikiran dalam bab ini.

Mereka merasakan sungguh aneh!
Shauki merentap dan mengemas semua peralatan beliau. Dia merenggus sambil memarahi mereka yang ada. Perasaan marah dan bencinya membuak-buak. Termasuklah terhadap si Milah. Mujur juga K-ros sempat menahan tangan Shauki. Kalau tidak sudah tentu Milah kena penangan Shauki.


"Apa nak marah-marah ni bro. Relaks lah... Macam lah lu tak biasa" kata K-ros cuba menenangkan keadaan. K-ros tidak mengerti dengan tindakan Shauki. Model yang dibawanya itu pun model yang semakin meningkat naik. Apa silapnya? Kenapa Shauki meradang?

Selepas Shauki gagal melepaskan kemarahannya dan rasa malu itu, sekejap itu juga Shauki meninggalkan lokasi penggambaran itu dengan hati tebal berbuku-buku.

Milah sendiri pun tidak faham melihatkan kelakuan abangnya itu tadi. Ya, Shauki ialah abang kandung Milah sendiri.

Memang cita-cita Milah dari dulu hendak menjadi model. Milah dianugerahkan wajah yang cantik. Tubuhnya memang pejap. Hasil galakan rakan-rakan terutama dari Facebook, serta melihatkan hasil kerja seni Shauki di rumah, cintanya kepada dunia modelling semakin mendalam. Hari ini cita-cita Milah hampir tercapai. Sudah sebulan dia menjadi model sambilan. Cuma dia tidak faham kenapa abang Shauki marah-marah apabila melihat Milah muncul dengan sebegitu rupa untuk sessi fotografi kali ini. Sepatutnya Shauki berbangga kerana adiknya akan mencapai puncak populariti.

Malah Milah sendiri bangga jika abangnya itu dapat sama-sama memotretkan wajah Milah sendiri. Dalam dunia peragaan ini Milah memang perlukan orang yang arif dan sangat berpengalaman seperti abangnya itu untuk memberikan sentuhan gemilang ke atas kerja-kerja seni Milah!

Fiza

Sessi fotografi itu tetap diteruskan tanpa kehadiran Shauki. Lima orang jurufoto pelbagai latar belakang tanpa rasa bersalah telah mengganas dengan 'meratah' dan meneroka setiap pelusuk tubuh Milah dengan lensa masing-masing. Lepas satu, satu gambar aksi eksotik itu diambil.

Milah bangga! Milah suka! Milah yakin dia menjadi tumpuan masyarakat. Dia akan berjaya dalam dunia peragawati ini. Apatah lagi tidak putus-putus kata pujian tidak terlepas dari setiap inci bibir mereka yang berada di dalam bilik itu.

Ah! Lagi pun bayaran lumayan Milah sudah terima dari awal. Milah dengan gahnya menayangkan segala sepelusuk aset seksi kebanggannya di hadapan jurufoto bukan mahram itu untuk merakammnya.

Di akhir sessi itu mereka semua cukup puas. Jurufoto puas, Milah pun puas. Cuma sebaliknya yang berlaku dengan Shauki, hatinya cukup marah. Malu, geram, benci semuanya memuncak-muncak di dalam dadanya. 

MORAL


Ya, memang ada jurufoto di luar sana amat suka merakamkan aksi-aksi seksi dan ghairah. Ada antara mereka yang suka merakam dan mempertontonkan hasil fotogafi 'lingerie' kepada khalayak ramai. Termasuklah gambar-gambar curi yang mengaibkan dan meruntuhkan moral.

Model itu pula amat teruja dan suka sekali apabila gambar-gambar ghairah mereka dipuji-puji. Mereka semakin bersemangat untuk mendedahkan lagi tubuhnya dengan posture seksi!

Cuba bayangkan, jika model yang kita rakamkan itu adalah adik atau kakak atau ibu kita sendiri, kemudian kita paparkan dikhalayak ramai untuk tontonan. Tentulah kita berasa marah dan malu yang amat sekali. 

Jadi, setiap individu perlu menjaga tingkah laku. Wahai jurufoto, jangan biarkan wanita-wanita di bawah pimpinan kita terpedaya. Apatah lagi terpedaya dengan tindakan murahan seperti pujian tentang kecantikan lalu hanyut. 
 
1) Nukilan ini sebagai ingatan kepada maza dan teman-teman dalam mengenderani dunia penggambaran.

2) Semua gambar di dalam post ini sekadar hiasan sahaja. Tiada kena mengena dengan jalan cerita.

 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails