‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Isnin, 15 Oktober 2012

Masuk Jawi di Pasaraya



Seorang sahabat berjalan-jalan di sebuah pasaraya. Dia berasa cukup kagum dengan usaha yang dilakukan oleh pemilik pasaraya tersebut.

Apa tidaknya, usaha pemilik pasaraya tersebut untuk memartabatkan kembali tulisan jawi yang pada hari ini semakin hari semakin terpinggir. Di pintu gerbang pasaraya itu tertera tulisan jawi di sebelah bawah tulisan Inggeris.

Mujur juga ada akhbar Utusan Melayu yang masih sudi menerbitkan akhbar bertulisan jawi! Sekurang-kurangnya masih ada pihak yang mengambil berat.

Di sanubari maza tersemat dengan harapan agar tulisan jawi tidak ditimpa nasib malang seperti tulisan Melayu kuno iaitu tulisan rencong, kawi, palava, nagiri dan lain-lain.

Dalam masa sama, seorang lagi sahabat maza sempat merakamkan curi gambar di atas. "Hari ini hari Isnin. Pun boleh dikira malam Jumaat juga," kata beliau lagi sambil tersenyum lebar.

Pulak?! huhuhu...

nukilan ikhlas

Jumaat, 12 Oktober 2012

Land Rover usang menyelusur di tanah tinggi

Layak masuk muzium atau dileburkan menjadi besi buruk

Beberapa bulan lalu maza sempat bersantai di Cameron Highland bersama-sama keluarga. Terdapat beberapa buah Land Rover usang bersidai di tepi jalan. Maza rasa agak jelek memandangnya apatah lagi dengan mengambil kira kawasan ini sering dikunjungi oleh orang ramai.

Mengikut perkiraan maza, kawasan pelancongan seperti Cameron Highland harus dipelihara pemandangan dan kebersihannya. Mana-mana yang boleh menyakitkan mata atau mencacatkan alam, harus ia dikesampingkan.

Sebenarnya maza sendiri semacam tidak percaya masih menemukan kenderaan Land Rover yang satu ini. Di pakir di tepi jalan menghala ke kebun bunga yang popular itu. Maza sangka ia sudah kepunyaan muzium tempatan. Rupa-rupanya masih ada cukai jalan berstatus terkini!

Serasa maza, kenderaan jenis ini telah digunakan lama dahulu. Paling tidak seawal 1970-an. Namun hari ini Land Rover tersebut masih luas digunakan di tanah tinggi Cameron Highland. 

Umum mengetahui, Cameron Highland merupakan kawasan pertanian di tanah tinggi. Macam-macam sayur dan bunga-bungaan menjadi sumber ekonominya. Sehubunga itu, kenderaan pacuan empat roda diperlukan bagi mengangkut dan memanjat bukit-bukau yang tinggi-tinggi. 

Jangan tidak percaya, Land Rover kelihatan uzur ini masih boleh berfungsi dan berkhidmat.

Ketika maza bersekolah rendah di Kahang sana, maza sempat menumpang kenderaan tersebut. Sama ada kepunyaan Felda atau Kementerian Kesihatan. Kenderaan pacuan empat roda jenis ini amat berguna digunakan untuk pengangkutan di wilayah pedalaman. Terutama kawasan hutan dan tempat baru diteroka. 

Maza sempat melemparkan senyuman dan berbangga menerangkan nostalgia bersama Land Rover yang layak masuk muzium ini kepada anak-anak maza.

Hari ini rata-rata penduduk Cameron Highland menggunakan kenderaan pick-up pacuan empat roda bertajuk 'Toyota Hilux'. Kata penduduk setempat ia mudah dikendalikan, berjentera besar dan paling utama sesuai di kawasan tanah tinggi dengan mengangkat barang-barang. 


nota nostalgia kekampungan:-

Selasa, 9 Oktober 2012

Kejar-mengejar Ambulan


Pagi-pagi tadi sudah dihambat dengan kenderaan itu. Jalan sedia sesak sepanjang Jalan Duta, Kuala Lumpur!

Dahulu kala di Kampung Sri Lukut, Kluang, Johor hanya pernah terdengar siren dan melihat kenderaan seperti itu hanya di kaca TV.

Tetapi di sini, di kota metropolitan Kuala Lumur, hampir tiap-tiap minggu boleh bertemu kenderaan yang satu ini.

Mudah-mudahan segala isi di dalam kantung kenderaan itu semuanya selamat!

Tiba-tiba teringkatkan kengkawan yang diuji kesihatannya. Moga-moga Tuhan sembuhkan penyakit itu dan dikurniakan sihat dan afiat!

Ameen...

Empunya cerita:

Khamis, 4 Oktober 2012

Mencukur Bulu Kemaluan

Islam menganjurkan kebersihan. Baik dari segi rohani mahupun jasmani. Sedangkan kebersihan tempat solat perlu diutamakan inikan pula kebersihan dan kesihatan diri. Lantaran itu jugalah setiap kali hendak solat Muslimin dikehendaki membersihkan diri dengan berwuduk.

Antara kebersihan yang perlu diberi perhatian ialah mencukur bulu kemaluan. Jika bulu kemaluan tidak dicukur ia melahirkan aroma yang hamis yang kurang enak selain kelihatan serabut dan kusut-masai. Sementelah itu ia menjadi tempat pembiakan kuman dan bakteria. Apabila kuman sudah berkampung selain tidak selesa ia boleh menyebabkan penyakit. Apa yang mengerikan ialah bawaan penyakit kelamin.

Kawasan bulu ari-ari adalah kawasan mudah berpeluh dan banyak keluar peluh. Sekiranya tidak dicukur bulu tersebut, maka ia akan menjadi banyak dan lebih banyak mengeluarkan peluh. Apabila terkena kesan-kesan kumuhan badan serta najis-najis lain, mungkin amat sukar untuk dihilangkan. Lama kelamaan ia mendatangkan bau yang kurang enak. Tambahan pula, mencukur bulu ari-ari mencegah daripada pembiakan kutu. Selain itu, ia membantu penjagaan kulit di kawasan kemaluan.

Dari Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Daripada perkara fitrah ialah mencukur bulu ari-ari, memotong kuku dan menggunting misai” (H.R: al-Bukhari).

Fitrah adalah bermaksud apa yang dicenderungi oleh tabiat kejadian manusia yang sejahtera. Islam ialah agama yang fitrah dan ajarannya menepati fitrah kejadian manusia. Fitrah manusia sukakan kebersihan dan kesucian. Justeru, amat bertepatanlah pensyariatan mencukur bulu ari-ari ini.

Dalam hadis selain menggunakan lafaz halq al-anah حلق العانة (cukur bulu ari-ari), Nabi SAW juga menyebut dengan nama al-Istihdad. (H.R: al-Bukhari dan Muslim)

Al-Nawawi berkata: “al-Istihdad ialah halq al-anah (cukur bulu ari-ari). Dinamakan al-istihdad kerana caranya dengan menggunakan al-hadid (asal maksud besi; dikehendaki di sini ialah pisau cukur).

Umat Islam amatlah dituntut untuk mencukur bulu kemaluan mereka. Jangan biarkan ia berkembang biak sehingga menjadi semak samun. Mengikut sunah Rasulullah SAW, bulu-bulu tersebut harus ditebas paling tidak empat puluh hari sekali.

Dari Anas bin Malik Radhiallahu 'Anhu bahawa ia berkata: "Kami diberi batas waktu untuk menggunting kumis (misai), memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu kemaluan, yaitu tidak membiarkannya lebih dari empat puluh hari." (H.R: Muslim, Ibnu Majah, Ahmad, At-Tirmidzi , An-Nasa'i dan Abu Daud).

Jadi kengkawan, esok sudah Khamais malam Jumaat. Jadinya rajin-rajinlah menjaga kesihatan diri!.. hehehe

Isnin, 1 Oktober 2012

Maza bukan peragut itu



Gara-gara jerebu yang menghambat kota meteropolitan Kuala Lumpur, maza terpaksa menutup mulut dengan benda itu, agar tak berlaku lagi masalah kesihatan.

Kata seorang sahabat, "udah ghupanya koma macam peragut bersiri!" ahaks!

Kebetulan pula Jumaat sudah (28.09.2012), seorang sahabat di pejabat ini telah menyaksikan sendiri tindakan ganas dua orang peragut bermotorsikal di Stesen LRT Abdullah Hukum. 

Sekadar usaha kerdil, namun Allah-lah yang menyembuh dan melindungi... 

Doa mohon keselamatan, kesihatan dan tolak bala



 Ya Allah, sesungguhnya kami adalah hamba-hambaMu, anak-anak dari hamba-hambaMu Ya Rahman. Ubun-ubun kami ada dalam genggamanMu, telah terdahulu ketetapanMu bagi kami, telah adil qada' dan qadarMu bagi kami, kami meminta dengan nama-namaMu yang telah Engkau sebut untuk diriMu, atau yang telah Engkau ajarkan kepada salah seorang  hambaMu, atau nama yang Engkau rahsiakan dalam ilmuMu yang ghaib, agar Engkau kurniakan kepada kami kesihatan dan keselamatan, afiat dan keselamatan yang kekal dalam agama, dunia, dan akhirat dengan rahmatMu Ya Allah, wahai Yang Paling Mengasihani daripada segala yang mengasihani.

Doa perlindungan daripada hilangnya nikmat, sihat dan ditimpa musyibah mengejut


Dari 'Abdullah bin 'Umar, dia berkata, "Di antara doa Rasulullah saw adalah:

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ وَجَمِيعِ سَخَطِكَ
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu dari hilangnya nikmat yang telah Engkau berikan, dari berubahnya kesihatan yang telah Engkau anugerahkan, dari siksaMu yang datang secara tiba-tiba, dan dari segala kemurkaan-Mu. (Imam Muslim no. 2739)

Rujukan tambahan:-


  1. http://amalan-doa-mustajab.blogspot.com/2011/07/doa-mohon-keselamatan-kesihatan-dan.html (01.10.2012)
  2. http://pbasmkps.blogspot.com/2010/06/doa-perlindungan-dari-hilangnya-nikmat.html (01.10.2012)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails