‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Selasa, 3 Ogos 2010

Perkara Remeh Yang Anda Tidak Patut lakukan ketika Memandu

Tatkala khusyuk memandu di lebuh raya, tiba-tiba anda menjadi perhatian. Pengguna jalan raya memandang anda dengan merekot-rekot mukanya. Bibir terherot-herot. Ada yang menjuih bibir ke kiri atau ke kanan. Dan ada juga yang menutup mata sambil memandu, sepantas itu juga mulutnya terpacul perkataan, "eeeee..."

Entah macam mana sedang asyik memandu, sambaran kilat memancar ke muka. Terperanjat seketika. Berpinar biji mata. Terkedu sambil menarik nafas semput. Lalu tersedar dari khayal memandu.

Sekarang kelakuan anda sudah dirakam oleh pita rakaman!


"Hah! Inilah buktinya. Perkara remeh yang tidak patut seorang pemandu lakukan. Abang akan memandu dalam khayal dan membahayakan orang lain. Abang juga membuatkan orang berasa kurang senang dan boleh menyebabkan orang lain kemalangan" seorang isteri memperdajalkan suaminya. Kononnya demi sebuah pengajaran agar si suami tidak 'melombong' dan karam dalam keasyikannya...

maza seperti biasa membuka ruang luas untuk kengkawan memberikan tips dan menambah perkara-pekara remeh yang tidak patut kita lakukan ketika memandu.


Terima kasih kepada Neeza dari Saudi Arabia yang tak jemu-jemu menjadi pengikut setia blog ini.

Juga tidak dilupakan untuk rakan baru yang mendaftar di ruang pengikut maza iaitu Cik Hartini Md Yusof, dan Puan Azma. Siapallah maza yang ini tanpa anda semua, kan? huhuhu



Selasa, 27 Julai 2010

Perlukan urat dawai tulang besi, mau tendang itu en.bizy!


WAH! Sudah dekat seminggu maza tak kemaskini blog kesayangan anda ini (hehehe ... tuan tanah kedaung perasan gitew).

Sebenarnya maza tenggelam dalam kesibukan. Hujung minggu sudah baru sahaja pulang dari Tiara Beach Resort di Port Dickson.

Mahu tahu apa maza bikin di sana? Kena tunggu ya tuan-tuan dan puan-puan. Entry berkenaan akan menyusul! Ini pun tengah mengedit gambar-gambar untuk dibuat laporang lanjut. hehehe

Sepekara lagi yang meletihkan maza hingga tak larat mencelikan mata tiap-tiap tengahari tiba ialah perpindahan pejabat maza.

Aduhaiiiii ... bukanlah maza mengangkat atau memecah batu yang amat berat itu (beratlah sangat tu, kan?). Bukan pun maza tukang angkat fail-fail juga. Tetapi sebenarnya maza rimas dan sesak nafas dengan keadaan selerak dan berhabuk... uhuk! uhuk!... nasib baik tak kena asma. Kalau asmara dana wokeylah jugak ... hehehe.

Jadi kengkawan yang baik-baik dan best-best itew, maza perlukan masa untuk menenangkan fikiran, menghela nafas sesak dan meregangkan sendi-sendi.

(Gambar: Daniel khusyuk menonton kartun. Ala-ala merehatkan badan jugalah)

Sementara itu, tataplah puas-puas gambar-gambar yang ditepekkan kat sini. Marilah menadah tangan memohon restu dan petunjuk Ilahi agar maza segera kembali dengan membawa berita yang lebih de boommmm gitew.... wakakaka

Maza juga nak minta maaf sekiranya maza tak sempat menyinggah; kata mat saleh 'blog hopping' ke blog kengkawan yang best-best Nanti bila urat yang bersimpang siur ini kembali berarus lurus, bergalang ganti urat dawai, maza akan terjah ke blong tuan-puan ya ... tungguuuu...




Terima kasih kepada en. Ahmad Tahir kerana sudi menjadi pengikut setia blog maza yang tak folfular ini.. huhuhu

Rabu, 21 Julai 2010

Jauh nun sana, lama lagi, dah kecoh satu Malaya dibuatnya.


"Bukan ke lagi dua bulan kita raya, bulan September nanti?" tanya Darling sambil makan kuaci, tersandar di atas sofa. Perutnya sudah berisi makan malam sebentar tadi.

"Aa'ah, puasa pun belum lagi, dah melambak-lambak iklan raya kat TV. Kat radio petang tadi pun sama. Kalau dulu-dulu, masa abah kecil, iklan raya ni cuma ke udara bila dua minggu lagi nak raya. Lagu raya pun sama. Start malam tujuh likur baru berkumandang kat corong radio," abah menjawab sambil matanya masih terpacak ke TV memandang pesanan komersial dari pengeluar minyak sapi di Malaysia.


"Dia orang buat strategi tu. Kan harga minyak, gas dan gula dah naik. Lagipun pola permintaan tahun ini untuk biskut, kuih raya dan baju raya menurun sedikit.

Ditambah lagi cuti semester sekolah dengan raya disatukan. Mana-mana yang ada anak besar yang bersekolah, cuti raya mereka setakat hari raya ketiga. Lepas tu kena balik ke sarang masing-masing.

Yang memeriahkan suasana kan budak-budak. Mak bapa budak pun terikut sama. Tu yang cuti raya sudah berkurangan masing-masing mengeluh!

Sepekara lagi, dia orang buat iklan awal-awal supaya pengguna meleleh air liur awal dan boleh budget perbelanjaan siang-siang. Kiranya beli awal-awal, buat stok awal-awal.

Lagipun trend sekarang ni berbelanja berdikit-dikit. Tak macam dulu, lagi tiga minggu raya, orang berbelanja sakan. Untuk maintan volume & momentum jualan mereka buat macam ni. Keluar iklan awal-awal!" maza membuat teori sendiri.


"WAH! Macam ni kita kena beli kuih raya awal-awal!" kata Darling.

"Hmm ... tak payah. Takut tak sampai raya dah tinggal seredak aje. Awak tu bukan boleh percaya. Kejap-kejap masuk ke dapur. Masuk dapur aje berlenggang makan kuih! Karang ada lak pinggang macam kembang semangkuk. Sudah! Tahun ni kita hidangkan lempeng dan jemput-jemput ikan bilis aje. Lagipun tahun ni cuti raya terhad. Tak ramai nak beraya ke rumah ni." celah maza pula.


Darling mencebikkan mulutnya, tanda protes dalam diam.

"Jangan takut. Nanti kita pow lah kuih mak kat kampung. Mak buat kuih sedap. Nanti kita bagilah modal sikit kat mak tu," pujuk maza sambil melemparkan senyuman manis.

"Habis kuih-kuih tahun lepas yang kita buat tu tak sedaplah? Tu buku resepi kita, bila kita nak praktikan?" rajuk Darling belum reda lagi.

"Pulak ..." maza mati kata.


camera: Pantex K1000
film: Kodak 35mm
ISO: 200


opps sebelum terlupa: Terima kasih denaihati kerna sudi menjadi pengikut maza.. hehehe




Sabtu, 17 Julai 2010

Perlukan GRO untuk hiburkan hati. Makin hari makin robek poket. Jalan-jalan cari ketenangan.


Hati masih rungsing. Tak karuan. Apatalah lagi setelah mencongak-congak kesan yang dihadapi setelah harga petrol RON95 naik 5 sen ke paras RM1.85. Bukan setakat itu sahaja gula, gas memasak dan diesel tidak terlepas daripada menghadapi kenaikan harga.

Gula naik 25 sen menjadikannya berharga RM1.90 sekilo. Gas memasak naik RM0.20/ kilogram berubah kepada RM1.85/kilogram. Diesel pula naik menjadikannya RM1.75.

Setakat belanjawan sebulan dua ini mungkin boleh diselaraskan. Tetapi belanjawan sampai hujung tahun hadapan agak kabur. Ini kerana kenaikan tersebut akan mendatangkan refleksi kenaikan harga barangan lain juga. Dan pendapatan diterima tidaklah seanjal kenaikan harga tersebut. Atau dalam kata lain ... keanjalan gaji=0.

Ini bermakna perbelanjaan maza akan terus meningkat dengan gaji dari tahun lepas memang tiada kenaikan. Bonus jauh sekali. Boss cakap ekonomi tak baik, pendapatan syarikat juga jatuh.

Kalau ikutkan kata gomen, ekonomi sedang pulih dan meningkat dengan perkembangan hampir 10%. Lantas membenarkan Kadar Simpanan Semalaman OPR dinaikan oleh Bank Negara untuk menstabilkan ekonomi negara. Katanya untuk mengawal inflasi.

Sebagai timbal balas kenaikan OPR itu, BLR dan BFR juga naik. Jadinya kos membayar pinjaman perumahan dan pinjaman lainnya turut meningkat. Silap-silap haribulan kadar bunga pinjaman yang dikenakan oleh Ah-Long dan si Cheti meningkat juga.

Setelah direnung-renung di pejabat kecil ini, keadaan ekonomi yang digembar gemburkan tu tak ada kesan pun ke atas syarikat eksport maza ini. Di benak sempit ini mula merasa ragu, betulkah ekonomi negara bertambah baik dan terdapat lambakan wang yang banyak hinggakan kita perlu naikan BLR?

Kalau betul ekonomi sudah bagus, rasanya kadar pertukaran asing juga meningkat. Kita mengalami kelebihan 'Forex', jadinya harga bahan mentah seperti gula, petrol, diesel pastinya menjadi lebih murah disebabkan kadar pertukaran RM dan USD meningkat baik! Tapi ....

Menurut kata Perdana Menteri Dato' Seri Najib, kenaikan subsidi adalah pada kadar yang paling rendah. Pemotongan subsidi perlu untuk membantu negara untuk berkembang pada masa hadapan. Kita perlu mengurangkan perbelanjaan difisit yang sekarang ini membimbangkan. Subsidi melambatkan kemajuan negara!

Hal ini juga mengingatkan maza perihal laporan Dato Idris Jala tentang Malaysia akan bankrupt pada 2019 jika subsidi tidak dipotong terutama pemberian subsidi minyak!

Entahlah, fikiran maza masih bercelaru. Rasa di hati masih membengkak dan membalam-balam. Masih terasa hempedu lalu di hulu hati ini walaupun alasan yang diberikan itu munasabah. Barangkali memerlukan masa untuk menelan itu semua. Cuma kadang-kadang takut juga hati ini kalau sudah lama menahan rasa boleh "membengkak dan membarah'!

Untuk itu, maza cuba tenangkan fikiran dengan meninjau-ninjau alam sekitar. Melihat sekeliling mencari ilham dan kesuburan akal. Mudah-mudahan bukan sahaja keluarga maza terkeluar dari bencana dan mala-petaka tetapi juga kepada segala isi di negara ini.



psst: raya tahun ini sudahlah cuti semester sekolah digabungkan dengan cuti hari raya. Jadi, hari raya ketiga sudah masuk sekolah. Ditambah menderita lagi kenaikan kos perjalanan balik kampung dan perbelanjaan harian, termasuklah duit kuih, berbuka puasa dan duit raya meningkat, menjadikan perut pipis menjadi senak.



Soalnya adakah raya tahun ini mempunyai makna kekeluargan lagi? Keluarga dan sanak saudara semakin sukar dihubungi lantaran semakin menjauh disebabkan halangan kos.

Makna raya di dekad milinium ini semakin sukar dicari. Kemeriahan di samping sanak saudara semakin kabur, kelam!

Besar kemungkinan beraya sahaja di dalam rumah sendiri sambil tutup pintu nangis. Bukan sahaja anak menangis tak pulang, ibu dan ayah juga mengalir air mata kerinduan untuk kesekian kalinya.

nota:
1) terima kasih kepada Penjejakmaya kerana sudi menjadi Pengikut maza.. hehehehe..


2) gambar-gambar di atas maza berekspremental dengan teknik HDR sebagaimana dicadangkan oleh cik adik manis Adila. Terima kasih Adila.. hehehehhe



Rabu, 14 Julai 2010

Pewww... Istana Negara itu!

Dua minggu sudah, maza sempat merempit ke Jalan Duta bersama 'senjata' maza yang itu. Petang itu matahari memancar indah memberikan peluang aktiviti outing yang hebat! ... hehehe (errr ... hebat ke? gasaklah ...)

Sebaik keluar dari plaza tol NKVE di Jalan Duta dan melalui sebuah jejambat, tiba-tiba tersergam indah di hadapan mata Istana Negara baru yang sedang dibina di atas bukit!


(Gambar: Istana Negara sedang dibina, June 2010)


Baru sebahagian sahaja siap. Maza kira sudah enam puluh peratus agaknya. Itu pun telah memberikan satu phenomenon. huhuhu.. WOW! gitew.

Singgahsana tempat bersemayamnya Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di Jalan Istana berhampiran Jalan Dewan Bahasa akan berpindah ke sini di Jalan Duta.

Lepas ini mereka yang tinggal di bangunan tinggi di Jalan Duta, termasuklah perumahan kakitangan kerajaan di situ, boleh sekodeng tuan puteri di istana tersebut! hehehe

Tapi awas, kalau YDP Agong Sultan skodeng anda pula! Haru seh..


(Gambar: Kubah utama Istana Negara dalam pembinaan)


Letak Istana Negara di atas puncak bukit itu menampakkan kegahannya sesuai dengan taraf dan kedaultan negara ini.

Tanpa membuang masa, maza mengeluarkan senjata maza itu lalu menembak beberapa rakaman gambar.

Errr... segala komen perihal gambar amat dialu-alukan. Tapi kalau komen pasal Istana Negara yang itu, ahaks.. maza tak tahu ... ayuk! hehehe...


(Gambar: Istana Negara terletak di puncak bukit.)


(Gambar: kubah utama Istana Negara sedang dibina)


(Gambar: pemandangan Istana Negara dari lebuh raya NKVE ke Jalan Duta)


Akhir kata, salam malam Jumaat kengkawan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails