Wak Ali Tukang Urut Felda Belitong menghampiri saya ketika saya duduk di kaki lima berhampiran sebuah klinik.
"Tunggu siapa?" Wak Ali mulakan bicara.
"Tunggu emak. Tak sihat."
Wak Ali terus bercerita tentang kisah hidupnya yang berasal dari Segamat kemudian berpindah ke Felda Belitong pada tahun 1985. Umurnya baru 72 tahun. Hari jadinya pada 30 September.
"Ramai orang cari saya. Sekarang ni dah ada Facebook, Whatsapp dan macam-macam lagilah. Nak berkenalan dengan saya. Saya ni selalu keluar suara dalam Radio Johor. Selalu berpantun. Dengar Radio jam 6.30 pagi. Macam-macam umur orang nak kawan dengan saya. Yang muda, tua, Singapura, Brunei, Johor.
Teh Ais Terangkat |
"Ramai kawan saya orang Felda Kahang Timur dan Barat. Semua orang nak kenal saya; Wak Ali Tukang Urut. Tinggal rumah No.5, Jalan Kemboja.
"Wak urut seluruh badan. Urut kaki terseliuh. Urut zakar pun ramai yang minta. Lagi-lagi orang muda (bulat biji mata saya mendengarkannya, 😜😜😜).
"Ramai orang Wak urut. Sebut aje nama Wak Ali, semua orang tahu. Senang nak berkenalan. Senang nak cari. Cari Wak Ali dalam Facebook, dalam Whatsapp.
"Tadi nampak ada main telefon. Ambil nombor Wak ni; 017-7974795. Simpan nombor Wak. Nanti senang siapa-siapa nak urut."
Saya melemparkan senyuman. Saya sudah terkena dengan Wak Ali. Pandai Wak Ali menjual diri, bikin 'soft-marketing'.
Teh Ais Terangkat: salah satu cara memujuk pelanggan |
Selepas itu dia mengangkat punggung meninggalkan saya terkulat-kulat di bangku kaki lima itu. Wak Ali berlalu dan menemui dua orang warga emas yang baharu keluar dari muka pintu klinik. Segera Wak Ali menegur mereka. Sekali lagi Wak Ali menjual diri dengan kaedah hampir sama.
"... ramai orang cari saya. Dalam Facebook. Dalam Whatsaap. Saya selalu keluar radio pagi-pagi. Radio Johor. Berpantun. Orang panggil saya Wak Ali Tukang Urut dari Belitong. Orang suka nak berkenalan dengan saya. Ambil nombor ni; 017-7974795...bla, bla, bla..."
Tukang Urut: |
Rasa kagum menyelinap ke sekujur tubuh saya. Rasa hormat mula tumbuh mekar. Hal demikian ini telah membuahkan ilham serta semangat dalam diri saya.
Pemain 'pemasaran' memerlukan kreativiti. Idea yang sebegini mampu melonjakkan promosi bawah sedar.
Bagi saya, pemasaran adalah seni. Jadi, cara Wak Ali Tukang Urut ini adalah sebuah seni. Hebat orang tua ini! 😆😆😆
Ah, tak pasal-pasal saya turut mempromosikannya. Hahaha... saya dan anda terkena lagi, bukan? ðŸ¤ðŸ˜†ðŸ˜†
Ammak satu kali.