Sudah lama juga Cik Silvy si kuda besi itu tertambat di bawah rumah. Terbiar begitu sahaja semenjak beberapa
bulan lalu gara-gara kesibukan melanda mengalahkan pak menteri keluar masuk ‘oversea’
(hik hik). Jadinya, pada hujung minggu ini yang penuh dengan kabus asap maza
cuba-cubalah membawa Cik Silvy merenggangkan kaki, tulang dan otot. Biarkan dia
melompat-lompat, terkinja-kinja sana sini.
Berehat di Genting Sempah aje. hik hik |
Dalam masa sama, maza juga
berangan-angan untuk meneruskan kembara yang entah berapa plohratus ribu kali
tertangguh dan tak menjadi ke seantero Malaya. Biarlah kali ini maza
berpetualang dengan anak yang semakin meningkat remaja. Paling tidak pun
sebagai peneman dan memberinya pengalaman sebagai seorang ‘jantan sejati’
(uhuk, ihik, ahaks).
Sebagai persediaan awal bagi
memenuhi misi pengembaraan yang lebih jauh, maza mula melatih anak sulung maza
menunggang sebagai pembonceng (pilion rider) terlebih dahulu. Sengaja maza mahu
menguji ketahanannya. Maza mahu melihat sejau manakah kemampuan, kekuatan,
keazaman, displin dan stamina Nasrun menghadapi cabaran kembara ini. Dari
pemerhatian maza yang melihat perkembanganya dari semasa ke semasa, Nasrun
sukakan adiwira dan kisah-kisah kembara. Kali ini, maza mahu biarkan Nasrun
merasai erti sebenar kehidupan seorang pengembara dan adiwira yang penuh
cubaan, ujian, galangan, kerukunan; semua ini memerlukan kesabaran, keberanian,
ketabahan, strategi, bijak, pantas, tangkas dan cerdas (hik hik).
Destinasi kembara singkat ini
hanyalah di Genting Sempah. Perjalanan dari rumah maza ke sini lebih kurang
tiga puluh minit. Nampaknya Nasrun mempunyai ciri-cir daya ketahanan sebagai
pengembara dan begitu teruja.
Ini memberi petunjuk
memberangsangkan yang misi 'Kembara Jalanan Anak Beranak' sudah boleh direalisasikan
tidak lama lagi (ahaks, sila muntah ijaw iya).
Satu kesimpulan yang boleh maza gambarkan untuk kembara jalanan ini ialah berkongsi minat, hobi dan mengembara dengan anak-anak adalah satu nikmat. Hik hik hik...
Nukilan lantun-lantun ammak satu kali,