‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Isnin, 19 November 2012

Kem Pek 3 Kluang

Mukadimah

Dahulu kala maza merupakan ahli Pengakap Persekutuan Tanah Melayu. Alkisah berminat nak menyertai pasukan pakaian berseragam ini sedari umur sembilan tahun.

Ketika itu pertuturan maza belum lancar lagi. Di Sekolah Rendah Kebangsaan Kahang Batu 28, sedang memperhebatkan kampen mencari ahli pengakap. Seputar tahun 1984 tersebut, pakaian seragam Pengakap bukanlah seperti sekarang. Mereka berseluar pendek dan bertopi 'cap' berwarna belang-belang.

Antara syarat sebelum menjadi ahli ialah perlu menghafal ikral Pengakap dan rukun negara. Puas maza hafal tidak menjadi juga. Tatkala makan tengahari, kami adik beradik bersila di atas meja makan buatan ayah. Dengan perihal tergagap-gagap maza menyuarakan hasrat untuk menyertai Pengakap.

"Ayah nak masuk 'mahakap' boleh?" kata maza sambil tertunduk mengadap makanan. Dalam hati ada kengerian kalau-kalau kena sergah dengan ayah. Tambahan pula bila dia berkata, 'jangan nak mengarut.'

Ayah melopong, "Apa budak ni cakap Yah?"

"Budak ni nak masuk pasukan Pengakap ayah dia." emak tertahan-tahan gelak. Sebelum berbicara dengan ayah, maza sudah beritahu dahulu pada emak.

Sebaik ayah mengetahui hasrat maza, terus berderai ketawanya terkekeh-kekeh. Maza pening! Apakah tanda itu?

Penyudahnya maza tidak diberi menyertai Pengakap. Katanya masih kecil dan banyak yang tidak reti.

Setelah umur 11 tahun, barulah maza dibenar menyertai Pengakap dan berkhemah. Itu pun kena bertegas sedikit. Kebetulan pula Kementerian Pelajaran menggesa murid-murid untuk menyertai badan beruniform.

Masuk sekolah menengah, maza terhenti menjadi ahli pengakap. Sehinggalah kembali menyertainya ketika tingkatan empat. Itu pun selain pengaruh kawan-kawan, disebabkan juga keperluan untuk mendapatkan sijil ko-kurikulum yang diwajibkan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ketika di tingkatan enam, maza meneruskan minat menjadi ahli Pengakap. Kali ini maza mengikuti "Jambori" dan persediaan "Pengakap Diraja". Namun di saat-saat akhir maza menarik diri dari mengikuti kursus Pengakap Diraja di Negeri Sembilan itu.

Sungguh pun demikian, maza dianugerahkan Pengakap Kelana. Sepanjang berkecimpung di dalam dunia Pengakap, beberapa kali juga maza dilantik sebagai ketua petrol dan pebimbing (taraf pemimpin belum layak lagi).

Kisah Bergambar

— with Lanun Derhaka, Hamid bin Zainal (arwah), Fadhil, Mazlin, Brad Herris (arwah), Brad Harnain, Rezahan Kasiran, Azmanizam Saad and Hishamudin Abu Talib.

Maza pernah menyertai Kem Pek Daerah Kluang. Kami ketika ini mewakili Sekolah Menengah Kahang. Bt 23, Kluang Johor.

Rata-rata adalah pelajar senior tingkatan lima. Brad Harnain banyak berjasa kerana dengan usaha dan pengalaman beliau di Sekolah Tinggi Kluang sebagai kadet tentera telah membawa kejayaan kami menggondol anugerah emas dalam acara kawad kaki.

Kami diketuai oleh Ketua Petrol Norisam Samsuri (Nori Samsuri) - tiada dlm gambar kerana menjadi, tukang ketip gambar.

Kenangan terindah apabila kami juga menang (tempat ke berapa sudah lupa) dalam acara persembahan dengan mempersembahkan drama 'Oh Ibu!'... sebuah drama yang dipersembahkan semula hasil kreativiti Cik Shahila ketika kem pengakap di Sekolah Kahang dulu.

Antara gergasi dan nama besar dalam memanangi acara telematch ialah Mazlin, Norisam Samsuri (Noranoi).

Dalam kebanyakan pertandingan tersebut hanya satu sahaja kami tewas iaitu acara 'hiasan khemah'. Kami hanya bikin khemah untuk tidur dan tidak menghias secukupnya. hahaha... Sementara itu pakaian kami rata-rata tidak lengkap. Lencana pengakap juga ada yang tidak bertepek di dada, termasuklah maza sendiri. (opppsss... orang kampung derr, pitis tak cukup).

Apa yang lebih menyeronokkan walaupun tidak mendapat sokongan padu daripada cikgu di sekolah kami sehingga kami terpaksa mengeluarkan kesemua perbelanjaan sendiri untuk ke sana dan beberapa halangan dan cebikan dari guru-guru kami sendiri. Kami berjalan kaki dari simpang Benut ke tapak perkhemahan tersebut. Akhirnya pengorbanan kami terbayar dan berbaloi.

Apa yang lebih membanggakan, KAMI PULANG DENGAN KEJAYAAN! Kumpulan kami dinobatkan sebagai juara keseluruhan KEM PEK-3 Kluang di Simpang Renggam itu. Kami telah dianugerahkan 'scarf purple' (ahaks jangan jealous... sayangnya scarf maza sudah hilang.. huhuhu)

Ya! Kami telah buktikan bahawa kami boleh cemerlang! Lalu dalam masa sama telah membuka mata ramai pihak yang sebelum ini memandang dengan pandangan sinis yang amat pilu sekali terhadap kami semua!!!!

Syukur alhamdulilah..

NOTA: MAAF KENGKAWAN YANG TELAH DAN BERSUSAH PAYAH MENGOMEN DI SINI. Komentar anda yang lalu terdelete. Aderrrkkk... Dalam hati penuh sesal dan sebal, gara-gara gatal tangan! huhuhu



blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails