Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak adalah salah sebuah masjid terindah di Malaysia. Maza sempat berjamaah untuk solat Maghrib di sini dua minggu sudah. Saat itu hujan masih turun dan berpanjangan.
Maza sempat merakam gambar keindahan ini dari dalam kereta ketika azan yang cukup indah berkumandang membesarkan Allah SWT!
Sehingga kini maza berasa amat bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk menikmati keindahan senibina tersebut tanpa sebarang gangguan penuh keamanan dan tiada kacau bilau.
Di satu sudut yang lain saudara seagama kita di Gaza sedang diratah oleh Regime Zionis Israel yang hakikatnya merekalah terrorist sebenarnya! Mereka begitu angkuh dan berlindung di sebalik senjata canggih mereka yang dibekalkan oleh U.S.A.
Kekejaman Israel dengan serangan sudah melangkaui sepuluh hari ke atas tanah Palestine itu tidak kenal bayi-bayi, anak-anak kecil, wanita dan orang awam. Mereka mengebom, melancarkan peluru berpandu, roket dan serangan udara bertalu-talu di kawasan bandar Gaza padat dengan penduduk! Itu belum lagi gerakan operasi serbuan daratan.
Israel sungguh tidak berhati perut!
Sayu melihat gambar ini CIUMAN KALI TERAKHIR seorang bapa buat anak tersayang sebelum berpisah buat selam-lamanya. Ia hasil kekejaman Israel! |
Di atas kesedaran mendalam, masyarakat dunia (tidak termasuk kerajaan-kerajaan negara) terutama rakyat Britain sendiri sudah memulakan tindakan dengan memboikot serta-merta barangan Israel sebagai salah satu usaha mereka menghentikan serangan dan kekejaman Israel. Antaranya ialah memboikot rangkaian Restoran Mc Donald.
Beberapa badan NGO dan parti-parti politik Malaysia sekarang ini sedang bergegas memberikan tindak balas dengan panggilan jihad dan syahid satu ini.
Kita sedar, kita tidak berdaya hendak mengangkat senjata, tetapi kita perlu dan boleh menghulurkan apa jua bantuan yang lain untuk membantu mereka di Palestine sana. Paling tidak bersedekah dan doa yang tidak putus-putus!
Bahkan pernah seorang Mujahidin Palestine (Briged Al-Qassam) berkata, "Kami tidak mengharapkan bantuan kuderat dan persenjataan anda. Tetapi bantulah kami dengan cara apa yang kamu sanggupi sahaja. Biar kami sahaja yang mengangkat senjata. Kami mengharapkan doa-doa anda agar kami berjaya dalam salah satu perjuangan ini; yakni syahid atau menang ke atas kezaliman regime Zionis, Israel!"
Apa lagi daya anda untuk berjihad, jika hanya pintaan sedikit dari menahan nafsu anda agar sama-sama berkorban mempertahankan saudara seagama di Gaza sana juga kamu tidak boleh lakukan?!
Shame on you!
Sekarang tabung bantuan Palestine sudah bertebaran; kalau tidak betah mengangkat senjata atau ampuh membidangkan dada menjadi perisai mempertahankan anak-anak, wanita-wanita dan saudara-saudara Muslimin diratah oleh regime Zionis Israel; maka perbanyakkanlah sedekah mu! Penuhkan tabung-tabung bantuan Gaza!
Mudah-mudahan bantuan ikhlas dalam diam-diam anda ini punyai nilaian besar di sisi Allah SWT. Mudah-mudahan sama-sama kita peroleh amalan dan kebaikan seperti orang-orang yang mati syahid di jalan Allah!
Sudah sampai masanya kita berjihad dalam apa jua yang terdaya...
Inilah masanya untuk menunjukkan cinta kita kepada saudara-saudara seagama! Cintakan sesama manusia dan bencikan kekejaman!
KAMI
Biasanya isteri maza akan memesan penghantaran ke rumah Mc Chicken & Big Mc untuk kami sekeluarga. Semenjak peristiwa itu dan panggilan JIHAD!!! Kami berhenti memilih McD. Dan kami pilih kedai rangkaian MUSLIMIN untuk penghantaran makanan ke rumah pula!
Maza katakan kepada isteri dan anak-anak, "Inilah sedekah kita kepada saudara mara kita di Gaza! Kita akan terus berjihad untuk Allah dan Rasulullah!"
Takbirrrr!!!!
Allahu akhbar! Allahu akhbar! Allahu akhbar!