‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Rabu, 21 November 2012

Panggilan Jihad sudah datang lagi


Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak adalah salah sebuah masjid terindah di Malaysia. Maza sempat berjamaah untuk solat Maghrib di sini dua minggu sudah. Saat itu hujan masih turun dan berpanjangan. 

Maza sempat merakam gambar keindahan ini dari dalam kereta ketika azan yang cukup indah berkumandang membesarkan Allah SWT!

Sehingga kini maza berasa amat bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk menikmati keindahan senibina tersebut tanpa sebarang gangguan penuh keamanan dan tiada kacau bilau.

Di satu sudut yang lain saudara seagama kita di Gaza sedang diratah oleh Regime Zionis Israel yang hakikatnya merekalah terrorist sebenarnya! Mereka begitu angkuh dan berlindung di sebalik senjata canggih mereka yang dibekalkan oleh U.S.A.

Kekejaman Israel dengan serangan sudah melangkaui sepuluh hari ke atas tanah Palestine itu tidak kenal bayi-bayi, anak-anak kecil, wanita dan orang awam. Mereka mengebom, melancarkan peluru berpandu, roket dan serangan udara bertalu-talu di kawasan bandar Gaza padat dengan penduduk! Itu belum lagi gerakan operasi serbuan daratan.

Israel sungguh tidak berhati perut!

Sayu melihat gambar ini
CIUMAN KALI TERAKHIR seorang bapa buat anak tersayang sebelum berpisah buat selam-lamanya.

Ia hasil kekejaman Israel!

Di atas kesedaran mendalam, masyarakat dunia (tidak termasuk kerajaan-kerajaan negara) terutama rakyat Britain sendiri sudah memulakan tindakan dengan memboikot serta-merta barangan Israel sebagai salah satu usaha mereka menghentikan serangan dan kekejaman Israel. Antaranya ialah memboikot rangkaian Restoran Mc Donald. 

Bila gambar ini berbicara.. .
Baru-baru ini Mc D Malaysia mengumumkan untuk memberikan/sedekah burgernya secara percuma, dan tindakan rakyat Malaysia hasil daripada 'counter promosi' itu ialah . . .

Barangkali kita boleh bersangka baik, mereka tidak tahu perihal GAZA, maka tanggungjawab kita menyedarkan mereka dengan pelbagai medium termasuklah media sosial baru (New Sosial Network)

Beberapa badan NGO dan parti-parti politik Malaysia sekarang ini sedang bergegas memberikan tindak balas dengan panggilan jihad dan syahid satu ini. 

Kita sedar, kita tidak berdaya hendak mengangkat senjata, tetapi kita perlu dan boleh menghulurkan apa jua bantuan yang lain untuk membantu mereka di Palestine sana. Paling tidak bersedekah dan doa yang tidak putus-putus!

Bahkan pernah seorang Mujahidin Palestine (Briged Al-Qassam) berkata, "Kami tidak mengharapkan bantuan kuderat dan persenjataan anda. Tetapi bantulah kami dengan cara apa yang kamu sanggupi sahaja. Biar kami sahaja yang mengangkat senjata. Kami mengharapkan doa-doa anda agar kami berjaya dalam salah satu perjuangan ini; yakni syahid atau menang ke atas kezaliman regime Zionis, Israel!"



Apa lagi daya anda untuk berjihad, jika hanya pintaan sedikit dari menahan nafsu anda agar sama-sama berkorban mempertahankan saudara seagama di Gaza sana juga kamu tidak boleh lakukan?!

Shame on you!

Sekarang tabung bantuan Palestine sudah bertebaran; kalau tidak betah mengangkat senjata atau ampuh membidangkan dada menjadi perisai mempertahankan anak-anak, wanita-wanita dan saudara-saudara Muslimin diratah oleh regime Zionis Israel; maka perbanyakkanlah sedekah mu! Penuhkan tabung-tabung bantuan Gaza!

Mudah-mudahan bantuan ikhlas dalam diam-diam anda ini punyai nilaian besar di sisi Allah SWT. Mudah-mudahan sama-sama kita peroleh amalan dan kebaikan seperti orang-orang yang mati syahid di jalan Allah!

Sudah sampai masanya kita berjihad dalam apa jua yang terdaya...
Inilah masanya untuk menunjukkan cinta kita kepada saudara-saudara seagama! Cintakan sesama manusia dan bencikan kekejaman!

KAMI
Biasanya isteri maza akan memesan penghantaran ke rumah Mc Chicken & Big Mc untuk kami sekeluarga. Semenjak peristiwa itu dan panggilan JIHAD!!! Kami berhenti memilih McD. Dan kami pilih kedai rangkaian MUSLIMIN untuk penghantaran makanan ke rumah pula!

Maza katakan kepada isteri dan anak-anak, "Inilah sedekah kita kepada saudara mara kita di Gaza! Kita akan terus berjihad untuk Allah dan Rasulullah!"

Takbirrrr!!!!

Allahu akhbar! Allahu akhbar! Allahu akhbar!

Isnin, 19 November 2012

Kem Pek 3 Kluang

Mukadimah

Dahulu kala maza merupakan ahli Pengakap Persekutuan Tanah Melayu. Alkisah berminat nak menyertai pasukan pakaian berseragam ini sedari umur sembilan tahun.

Ketika itu pertuturan maza belum lancar lagi. Di Sekolah Rendah Kebangsaan Kahang Batu 28, sedang memperhebatkan kampen mencari ahli pengakap. Seputar tahun 1984 tersebut, pakaian seragam Pengakap bukanlah seperti sekarang. Mereka berseluar pendek dan bertopi 'cap' berwarna belang-belang.

Antara syarat sebelum menjadi ahli ialah perlu menghafal ikral Pengakap dan rukun negara. Puas maza hafal tidak menjadi juga. Tatkala makan tengahari, kami adik beradik bersila di atas meja makan buatan ayah. Dengan perihal tergagap-gagap maza menyuarakan hasrat untuk menyertai Pengakap.

"Ayah nak masuk 'mahakap' boleh?" kata maza sambil tertunduk mengadap makanan. Dalam hati ada kengerian kalau-kalau kena sergah dengan ayah. Tambahan pula bila dia berkata, 'jangan nak mengarut.'

Ayah melopong, "Apa budak ni cakap Yah?"

"Budak ni nak masuk pasukan Pengakap ayah dia." emak tertahan-tahan gelak. Sebelum berbicara dengan ayah, maza sudah beritahu dahulu pada emak.

Sebaik ayah mengetahui hasrat maza, terus berderai ketawanya terkekeh-kekeh. Maza pening! Apakah tanda itu?

Penyudahnya maza tidak diberi menyertai Pengakap. Katanya masih kecil dan banyak yang tidak reti.

Setelah umur 11 tahun, barulah maza dibenar menyertai Pengakap dan berkhemah. Itu pun kena bertegas sedikit. Kebetulan pula Kementerian Pelajaran menggesa murid-murid untuk menyertai badan beruniform.

Masuk sekolah menengah, maza terhenti menjadi ahli pengakap. Sehinggalah kembali menyertainya ketika tingkatan empat. Itu pun selain pengaruh kawan-kawan, disebabkan juga keperluan untuk mendapatkan sijil ko-kurikulum yang diwajibkan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ketika di tingkatan enam, maza meneruskan minat menjadi ahli Pengakap. Kali ini maza mengikuti "Jambori" dan persediaan "Pengakap Diraja". Namun di saat-saat akhir maza menarik diri dari mengikuti kursus Pengakap Diraja di Negeri Sembilan itu.

Sungguh pun demikian, maza dianugerahkan Pengakap Kelana. Sepanjang berkecimpung di dalam dunia Pengakap, beberapa kali juga maza dilantik sebagai ketua petrol dan pebimbing (taraf pemimpin belum layak lagi).

Kisah Bergambar

— with Lanun Derhaka, Hamid bin Zainal (arwah), Fadhil, Mazlin, Brad Herris (arwah), Brad Harnain, Rezahan Kasiran, Azmanizam Saad and Hishamudin Abu Talib.

Maza pernah menyertai Kem Pek Daerah Kluang. Kami ketika ini mewakili Sekolah Menengah Kahang. Bt 23, Kluang Johor.

Rata-rata adalah pelajar senior tingkatan lima. Brad Harnain banyak berjasa kerana dengan usaha dan pengalaman beliau di Sekolah Tinggi Kluang sebagai kadet tentera telah membawa kejayaan kami menggondol anugerah emas dalam acara kawad kaki.

Kami diketuai oleh Ketua Petrol Norisam Samsuri (Nori Samsuri) - tiada dlm gambar kerana menjadi, tukang ketip gambar.

Kenangan terindah apabila kami juga menang (tempat ke berapa sudah lupa) dalam acara persembahan dengan mempersembahkan drama 'Oh Ibu!'... sebuah drama yang dipersembahkan semula hasil kreativiti Cik Shahila ketika kem pengakap di Sekolah Kahang dulu.

Antara gergasi dan nama besar dalam memanangi acara telematch ialah Mazlin, Norisam Samsuri (Noranoi).

Dalam kebanyakan pertandingan tersebut hanya satu sahaja kami tewas iaitu acara 'hiasan khemah'. Kami hanya bikin khemah untuk tidur dan tidak menghias secukupnya. hahaha... Sementara itu pakaian kami rata-rata tidak lengkap. Lencana pengakap juga ada yang tidak bertepek di dada, termasuklah maza sendiri. (opppsss... orang kampung derr, pitis tak cukup).

Apa yang lebih menyeronokkan walaupun tidak mendapat sokongan padu daripada cikgu di sekolah kami sehingga kami terpaksa mengeluarkan kesemua perbelanjaan sendiri untuk ke sana dan beberapa halangan dan cebikan dari guru-guru kami sendiri. Kami berjalan kaki dari simpang Benut ke tapak perkhemahan tersebut. Akhirnya pengorbanan kami terbayar dan berbaloi.

Apa yang lebih membanggakan, KAMI PULANG DENGAN KEJAYAAN! Kumpulan kami dinobatkan sebagai juara keseluruhan KEM PEK-3 Kluang di Simpang Renggam itu. Kami telah dianugerahkan 'scarf purple' (ahaks jangan jealous... sayangnya scarf maza sudah hilang.. huhuhu)

Ya! Kami telah buktikan bahawa kami boleh cemerlang! Lalu dalam masa sama telah membuka mata ramai pihak yang sebelum ini memandang dengan pandangan sinis yang amat pilu sekali terhadap kami semua!!!!

Syukur alhamdulilah..

NOTA: MAAF KENGKAWAN YANG TELAH DAN BERSUSAH PAYAH MENGOMEN DI SINI. Komentar anda yang lalu terdelete. Aderrrkkk... Dalam hati penuh sesal dan sebal, gara-gara gatal tangan! huhuhu



Khamis, 8 November 2012

Menyelusur galur keturunan sendiri

Mengikut sifir dari gambar di bawah ini, maza kira maza berketurunan Arab!

Arab sebelah mana itu kurang pasti, tapi rasanya belah-belah Arab yang encem-encem gitew... ahaks tergediklah fulaks

Jadi kengkawan sekalian, sila angkat tangan dan mengaku anda berketerunan belah mana? hehehe





psst: Kata worang, worang katalah kan, worang Arab power-power gitwe woo... ahaks!

SELAMAT MALAM JUMAAT ya kengkawan... hehehe


Lantun-lantun by:

Selasa, 6 November 2012

Musim itu sudah sampai

Bagaikan kitaran musim di negara equinox yang mengalami musim-musim hujan dan cuti, maka pelbagai aktiviti santai yang wujud.

Antaranya ialah aktiviti kahwin-kahwin di cuti sekolah.

Minggu depan secara rasmi anak-anak pelajar mulai bercuti. Sekolah akan ditutup. Masa inilah masyarakat kembali sibuk dengan kenduri kendara dan jemputan sana sini.

Jadi, hujung minggu sudah (Sabtu: 3.11.2012) maza sudah menghantar sepupu berkahwin di Gurun, Kedah sana. Sambil-sambil itu kononnya mahu Cuti-cuti Malaysia. Tetapi malang hujan bertimpa-timpa. Aktiviti melancong terpaksa dihadkan. huhuhu

Maza sempat jugalah menyibuk menangkap gambar pasangan pengantin itu. Entah apa rasanya maza tak tahulah. 

Jadi, dengan niat lantun-lantun dan kembali mengenangkan malam pernikahan maza yang itew, maza tepek ajelah beberapa keping gambar perkahwinan Fauzi Lemang dan Pchot Eyza ini.Dengan ucapan agar menjadi sumber inspirasi buat kengkawan juga gitew.. ahaks.. hehehe










Al kisah musim menikah gitew.. ahaks..





Jumaat, 2 November 2012

Jumaat Harum Kembang Subur

Bunga di tepi tingkap

Alhamdulilah, hari ini hari Jumaat pertama di bulan November 2012. Petanda tahun baru bakal menjelma dalam masa dua bulan lagi.

Ramai orang akan gembira sakan dengan tahun baru, tetapi bagi maza debaran semakin memuncak. Di dalam hati ada gelisah. Dan ianya bukanlah disebabkan cerita '2012 Armageddon' itu; hal itu cuma Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.

Lupakan seketika perihal gusat tersebut. Hari Jumaat ini adalah penghulu hari. Banyak pahala dan ibadah afdal seperti solat tahyat masjid, solat taubat, zikir, tahlil dan sebagainya. Dikatakan juga hari Jumaat tatkala khatib berhenti duduk untuk khutubah kedua adalah saat mustajab untuk berdoa. Pada mereka yang bakal menempuhi peperiksaan awam seperti SPM, STPM, SPA8 dan sebagainya, berdoalah! Begitu jugalah pada mereka yang menghadapi ujian sakit dan kesempitan hidup, ambillah peluang untuk berdoa di saat itu. 

Musim pengantin pun sudah tiba. Jadi, bakal-bakal suami-isteri ambillah peluang untuk berdoa bersungguh-sungguh demi kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Hari Jumaat ini juga banyak tabung-tabung amal di pintu-pintu masjid terbuka luas. Bersedekahlah tatkala kita sihat dan muda belia. Kerana sedekah yang ikhlas tatkala kita muda dan sihat ini lebih bermakna dan dipandang tinggi di sisi Allah SWT. Itu kata hadis. 

Di dalam sirah juga ada menyatakan dengan bersedekah kita mampu menolak bala'. Termasuklah apabila ditimpa sakit dan penderitaan. Apatah lagi ia dilakukan pada hari Jumaat ini, hari yang penuh barakah!

Sebagai mengimmrah dan mengindahkan hari Jumaat, maza tepek satu gambar bunga di tepi tingkap. Selongkarlah isi dan intipati di sebaliknya. Mudah-mudahan kita semua menemui pengajaran dan ketenangan.



Nukilan lantun-lantun

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails