‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Isnin, 30 Januari 2012

Najwa Latif, Cinta Muka Buku, Tutti Frutti, AJL ke-26

 

"Kita bertemu di laman muka buku, oh oh oooo ... Cinta muka buku." demikianlah patah senikata lagu Cinta Muka Buku dari Najwa Latif.

Bercakap tentang lagu Najwa Latif bertajuk Cinta Muka Buku ini terasa begitu senonim dan begitu dekat sekali dengan Tutti Fruity. Ya, Tutti Frutti ialah sebuah cafe yang menyediakan makanan yogurt beku pelbagai perisa.

Oleh kerana penggambaran video klip Najwa Latif memuatkan cafe tersebut, menyebabkan lagu Cinta Muka Buku seolah-olah melekat dengan Tutti Frutti.

Beberapa hari lalu maza sekeluarga berkesempatan menjamah yogurt tersebut di Tutti Frutti sambil pembesar suara di cafe itu mendendangkan lagu Cinta Muka Buku..

Manakala hari ini lagu yang sama telah dipertandingkan di Anugerah Juara Lagu ke 26 anjuran TV3. Dan ia segera mengimbau kembali kenangan kami anak beranak di Tutti Frutti; kenangan yang manis sekali.

Namun di akhir pertandingan Juara Lagu tersebut, lagu Cinta Muka Buku telah tewas.

Anak-anak maza sedikit monyok, namun bagi meredakan keresahan dan hambatan ketewasan, maza memujuk mereka untuk pergi lagi ke Tutti Frutti. Dengar khabar Tutti Frutti dapat meredakan kecamukan yang melanda.


Walaubagaimana pun maza mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah berjaya di dalam pertandingan tersebut. Berikut ialah keputusan penuh Pertandingan Anugerah Juara Lagu ke-26;-

Anugerah Khas Mobile: Lagu: Sedetik Lebih (Penyanyi asal: Anuar Zain, Komposer/Lirik: Yusri Kru)
(iaitu anugerah yang baru diperkenalkan diberikan untuk lagu paling banyak dimuat-turun ke dalam telefon bimbit melalui rangkaian sesawang mcube.com.my)

Persembahan Terbaik: Lagu: Kisah Hati (Penyanyi: Alyah)

Vokal Terbaik: Penyanyi, Hafis (Lagu: Awan Nano)

Anugerah Juara Lagu ke-26;
tempat ketiga:- Karma (Penyanyi: Faizal Tahir, Komposer: Lirik: )

tempat kedua: Seribu Sesalan (Jaclyn Victor,  Ning Baizura & Shila Hamzah: Komposer; Alvin Chin)

tempat pertama: Awan Nano (Penyanyi: Hafis, Komposer: Datuk M. Nasir, Lirik:  Budi Hekayat)


errr . . . ini tidak bermakna maza bertunggu tangga selama ini menonton rancangan Muzik-Muzik yang disiarkan pada setiap minggu itu ya kengkawan (tak kwasa mak weii . . . huhuhu). Secara kebetulan maza tertengok, diulang suara tertengok rancangan Anugerah Juara Lagu ke-26 yang itu pada malam ini. hehehehe.
(alasan derrr . . . ahaks . . .)

Sabtu, 28 Januari 2012

Apa perlu buat jika dapat tiket saman laju

Bila kena saman laju, panas punggung tak menentu. Hilang duit begitu. Akhirnya terpaksa menguntumkan senyum dan berniat sedekah. Kononnya berkhidmat untuk negara. Membantu negara kaedahnya. Untung-untung tahun depan ramai rakyat Malaysia yang akan dapat bonus dan bantuan seperti BR1M. Atau memakmurkan negara dengan memberikan lebih subsidi minyak petrol. uhuk!

"Patut kena ikut berapa laju terlebih. misalnya kalau lebih 10km/j cajnya RM sekian dan sekian. Tak acilah kalau orang tu memandu 120km/j tapi bayarnya sama macam 102km/j di jalan had lajunya 90km/j. huhuhu...." cadang seorang teman wanita yang perihatin. 

"‎Ada tu Yang, kelajuan bawah 140km/j dikenakan kompaun 150 utk 7 hari, lewat jelaskan kompoun antara dua hingga tiga minggu RM200, lebih tingga minggu RM300. Tetapi kalau memandu lebih 140km/j, terus saman dikenakan sebanyak RM300." terang Kaki Laju.

Gambar 1: Borang Kaedah 5: Polis 171-p.i. (A) 103/2003

Kenderaan yang dituduh dipandu laju akan diberikan notis oleh Polis kepada empunya kenderaan dengan menghantar notis, Borang Kaedah 5: Polis 171-p.i. (A) 103/2003. Dalam borang ini akan dinyatakan butiran kenderaan, masa kesalahan, jumlah kompaun ditawarkan. 

notis, Polis 170 - Pin.5/2003.

Bersama-sama Borang  Kaedah 5: Polis 171-p.i. (A) 103/2003 disertakan sekali notis, Polis 170 - Pin.5/2003. Notis ini pula mengkehendaki pemunya yang dituduh itu melengkapkan butiran maklumat pemandu yang memandu kenderaan tersebut agar saman dapat dikeluarkan kepada pemandu kenderaan yang sebenar pada hari kejadian.

Jika notis ini diabaikan, bermakna empunya tertuduh akan didakwa di mahkamah selain tindakan saman boleh dikenakan. Silap hari bulan pengabaian notis polis boleh ke lokap!

Di dalam tiket notis itu pula akan disertakan gambar kenderaan tertuduh sebagai bukti kesalahan. Gambar tersebut berwarna hitam putih. 

"So . . . sebelum pergi tengok gambar tu memang dapat tiket dulu la ye? Kalau tak dapat tiket, maksudnya selamatlah kan?"

"Belum tentu selamat lagi. Kita kena jenguk-jenguk juga di myeg.com, rileks.com atau semak dengan SMS; POLIS: SAMAN.

Bila dapat tahu ada saman, atau dapat tiket 'percuma itu' tapi tidak disertakan gambar kereta, kita boleh pergi ke balai polis trafik tempat keluar saman, atau di ibu pejabat polis trafik malaya di Jalan Tun H.S Lee untuk tengok gambar kereta comel kita tengah berlari tertetel-tetel meninggalkan kenderaan lain yang lengit lagi lembik tak bermaya itu.

Masa tengok gambar tu, banyak-banyaklah berselawat dan berdoa. Manalah tahu kalau-kalau gambo keluar bukan satu tetapi dua atau tiga gambar kereta kita yang membawa makna banyak itulah juga jumlah kena saman.

Prosedur seterusnya ucapkanlah terima kasih kepada polis yang baik hati tunjukan gambar kereta comel kita dapat mengalahkan kereta-kertea lemah gemalai, lembik tertinggalkan di belakang sana. Mana tahu, dengan senyuman dan manisnya mulut dapat diskaun lebih.

Tetapi sekiranya tidak ada gambar kereta comel kita tersimpan di dalam repository data polis, ini bermakna kereta kita adalah kereta lembik, tak bermaya dan malas bekerja sama seperti kereta-kereta yang biasa di tengah jalan highway lainnya. Tidak ada keistimewaan!

Maka tidak ada bukti kukuh menunjukkan bahawa kereta kita itu sememangnya tegap, bertenaga macam kuda Arab yang terkenal dengan kegagahnanya. Ini juga bermakna tiket yang diterima itu tidak membawa makna apa-apa, atau mereka boleh mendakwa di mahkamah tetapi kebarangkalian awak menang jauh lebih tinggi. Dan awak tak payah susah-susah nak tengok wayang gambar kereta awak berlama-lamaan lagi di skrin komputer polis terjenguk-jenguk dengan membayar harga tiket (kompaun) yang mengalahkan harga susu anak untuk dua bulan.


Sekian, harap maklum . . .

Jumaat, 27 Januari 2012

Ibu segala kehidupan

Gambar 1: Anak-anak kecil bermain di tepian pantai
 
Bagi maza hubungan kekeluargaan itu amat penting. Keakraban dan keintiman dalam keluarga mampu menenangkan fikiran. Jika salah satu pincang maka bergolaklah jiwa, gundahlah hati, berkocaklah nyawa.

Wang memang boleh dicari, tapi wang bukanlah penentu penekalan hubungan keluarga. Wang hanyalah salah satu faktor hubungan manis tersebut. Malah kata orang, salah hemat berwang mampu berubah jadi beruang! hmmm...

Ramai ibu-ibu muda hari ini yang bekerja. Ada antara ibu-ibu ini terpaksa bekerja demi kesinambungan hidup, atau ada pula kerana bosan tinggal di rumah, juga berusaha untuk membantu suami dan memperbaiki ekonomi.  Namun tidak kiralah apa pun tujuan mereka bekerja, harus seseorang itu mempunyai waktu dan membahagikan waktu istimewa itu untuk kelurga. Ikatan antara anak dan ibu perlu disuburkan sentiasa. Dari sinilah nantinya mampu melahirkan insan-insan dan bukannya syaitan-syaitan.

Pengembaraan kali telah membawa maza ke Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang. Maza terpegun dengan keintiman hubungan ibu dan anak-anak. Begitu indah dan manis sekali ikatan kasih sayang mereka.

Gambar 2: Keakraban terjalin

Gambar 3: Berbincang adalah terapi terbaik dalam sebuah perhubungan

Gambar 4: Komunikasi itu penting tanda saling mempelajari

Khamis, 26 Januari 2012

Anak-anak kecil mungel di lambung ombak

Lokasi: Teluk Cempedak, Kuantan Pahang
Tarikh: 22 Januari 2012 (Ahad)



Gelagat anak-anak di tepi pantai tentulah menghiburkan. Namun membiarkan anak-anak terus khayal berseronok bermain ombak amatlah berbahaya. Keterujaan mereka harus dipantau. Jangan dibiarkan ia terus leka lalu hanyut dibawa arus.

Maza sempat merakamkan beberapa aksi anak-anak kecil yang sibuk melayani dan menyantuni alam. Mereka dalam proses memgenali ciptaan Tuhan dan kita harus mengajar mereka erti syukur dan ancaman dunia.

Gambar-gambar ini diharapkan memberikan kesedaran dan pengajaran mendalam agar kita ingat bahawa jangan sekali-kali kita lalai dan mengabaikan kehidupan anak-anak. Harta dan kekayaan boleh dicari, tetapi akhlak dan budibahasa harus dipupuk dan dibelai.






Namun begitu, anak-anak sedari kecil harus diasuh erti malu, kasih dan sayang. Kita perlu mengajar mereka dan perlu menghargai maruah (malu) mereka. Walau ada antara kita tidak mengambil endah perihal anak-anak mungel berbogel berlarian di tepian pantai atau di ban sungai, namun erti malu harus disuburkan dari rebung lagi.

Gambar selebihnya di ronawarna.blogspot.com



Rabu, 25 Januari 2012

Kerajaan Selangor Sampah: Kes Kajian Tasik Biru, Kundang, Selangor


 
24 Januari 2012 (Selasa) - Hari ini maza pergi melawat Tasik Biru, Kundang, Selangor untuk kesekian kalinya. Cadangnya pada petang berbahagia ini maza dan keluarga ingin bersantai sambil menikmati pemandangan indah di situ. 


Jam 6.15 petang kami sampai ke lokasi. Ramai orang yang bertandang di tepian Tasik Biru ini. Ramai pengunjung terutamanya kanak-kanak bermandi-manda di lombong peninggalan penjajah British. Ada yang berkelah dan ada yang mencari rezeki dengan berjualan.


Namun, keindahan panorama yang diharapkan terganggu dengan longgokan sampah sarap yang merata-rata. Hasrat hendak membenarkan anak-anak bermandi-manda segera terencat. Botol minuman terapung sana-sini, lampin pakai buang bayi, tuala wanita juga terdampar di tepian tasik, pembungkus jajan dan bekas minuman bergelimpangan. 

Isnin, 16 Januari 2012

Menghalau hantu sambil makan cendol



Siang tadi maza perhatikan sahaja gelagat penari-penari tarian singa. Mereka tawaf satu bagunan ofis. Berkeliling. Katanya mahu kejar hantu-hantu jahat agar keluar dari premis itu dan tidak mengganggu lagi perniagaan mereka. 

Kata pemilik premis itu pula supaya hantu-hantu jahat tidak menghalang mereka mencari rezeki dan mudah-mudahan tahun ini lebih 'ong'. Mereka juga bermohon agar tahun ini bukanlah tahun Armageddon sebagaimana puak-puak Maya dan orang-orang barat yang percaya akan tilikan itu.


Sambil menelan sisa-sisa air cendul di bawah pokok, maza berdoa juga di dalam hati agar hantu-hantu itu tidak melarikan diri ke arah maza. Maza pula yang 'sewei' kehilangan 'ong'. Segera meletakan sudu ke tepi dan maza habiskan cendul tersebut dengan meneguknya pula. 

Kemudian maza berlari-lari anak pergi mendapatkan 'berkat' pula dengan menonton tarian singa. Mana tahu dapat rezeki limau free pulak atau paling kurang dapat melonggarkan pinggang yang ramping ini dengan sama-sama bergoyang 'pingul Inul'.. ahaks.. lalalala

"Dung! Dung! Cheng! Dung! Dung! Cheng! .. ya kengkawan lalalala"


Khamis, 12 Januari 2012

BR1M: Menyosal tak sudah

Abah mertua den orang Felda, tapi pendapatan bulanan dio masih di bawah RM3k (dibaco Ringgit Malaysia Tiga Ribu, bukan eh Tigo bolas ribu juta hinggit dollar America).

Satu potang kiro-kiro laie ompat minit duoplohsembilan saat nak masuk Maghrib yang mulio itu, den pun kobarkan kek abah, "abah tak ambil borang Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) tu ko?"

Gambar: Ini bukan abah den yo kengkawan, tapi pelanggan kopitiam di Renggam, Kluang.
"Tak payah lah. Abah maleh nak ambik . . . biar'an orang laie susah yang poie ngambik eh . . ."

"Tapi bah, ni gomen bagi kek sapo2 yang gaji bawah RM3k bah, keno ambik tu bah. Kalau tak ambik nanti rugi. Tok Imam tu pun ambik abah oi. Nanti, mesti gomen akan umumkan ado harga lain lak yang dinaikkan. Maso tulah abah baru raso sosal. Laie pun, kurang-kurangnyo abah boleh simpan duit tu buek duit ampaw kek cucu-cucu. Tu pun kalau abah tak der nak buek po dengan duit tu . . . ahaks!"

"Hmmm . . . " kemudian abah buat tak tau sampai kesudah.

Sudahnya baru-baru ini kenaikan permium insuran sudah diumumkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

"Alahai sikit jo kenaikan eh," kata abah.

"Betul kalau ikut kat situ lah. Tunggulah bila abah nak bayar permium insuran. Keto abah tu CC eh 1.6, loading mesti kena punya. Keto ompek tahun pun dah kena loading sekarang ni tau. Kalau abah nak tau laie, kenaikan akan berlaku empat tahun berturut-turut. Lagi pun abah keno ingat, sekarang ni dah dekat bonar musim pilihan rayo. Ingat bah, kita kena bijak. Pilihan rayo tak lama laie."

Barulah abah den melopong. Lepas ini mau bayar duit insuran kereta dia yang itu perlukan duit yang lebih. Ada hati mulai ada hibo. huhuhu...


Isnin, 9 Januari 2012

901 Keputusan Mahkamah Anwar Ibrahim bebas...

"Macam mana ni Dato' Seri? Habislah kita boleh tumbang dalam General Election tak lama lagi!" menggeletar juga kakinya sambil menelan liur.

"Tak pa, kita hormati keputusan mahkamah, sekurang-kurangnya kita tidak hilang kredit di mata rakyat.... kita sudah berjaya buat ETP (Economic Transform Program) GTP (Goverment Transform Program), STR dan WTP . . ."

"Eh, apa tu STR dan WTP? Tak pernah kami dengar pun dari Dato' Seri?"

"Sweet to Rakyat dan Wife Transformation Program . . ."

"Oooo . . ."

"Tapi Dato' Seri ‎. . . agak2 nasi ayam, nasi minyak, nasi berlauk yang disediakan di Balai Polis utama tu tak ada siapa yang nak makan lah ya? Ke lepas sidang media tu baru dia org berjamaah ke balai makan nasi minyak di Pusat Latihan Polis di Cheras sana? Hmmm . . ." kata salah seorang angota FRU merujuk  peristiwa BERSIH 2.0 tahun lalu. Di mana kumpulan demostrasi yang ditangkap akan di bawa ke Pusat Latihan Polis di Cheras dan diberi layanan baik oleh pihak polis. Mereka juga turut di berikan makanan yang enak.


Maza: Mujur jugalah bebas, kalau kena hukum mungkin maza akan sangkut kat tengah-tengah lebuh raya mahu pulang tengok anak bini. Uhuk!..

Selasa, 3 Januari 2012

Gadis bertudung 3gp Nikmat bersetubuh

 
Ini bukan kisah lucah atau pencarian filem porno di dalam format 3gp atau seangkatan dengannya. Sungguhpun demikian entry ini adalah perbincangan ilmiah dan saling ingat mengingati.

Baru-baru ini ramai yang menjadi pengantin baru. Jadinya sebagai tanda ingatan mari kita jenguk-jenguk kaedah yang disarankan oleh Islam.

Begitu juga, manalah tahu sudah lama berkahwin tiba-tiba terlupa dan terkial-kial mengingati semula. Untung-untung boleh dijadikan panduan bersama... ahaks!  


Ertinya: Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah dari syaitan apa yang Engkau kurniakan kepada kami.

Psst: paling tidak pun bacalah basmallah dahulu.... uhuk! uhuk! uhuk.... (sambil menjeling manja)

Selamat beramal soleh ya kengkawan....
maza lantun-lantun gitew... lalalala

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails