‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Sabtu, 29 Mei 2010

Judi Siput Babi di Negeri Berantah

Semalam di restoran mamak Raja Kapoor riuh rendah. Masing-masing menegakkan pandangan masing-masing.

Keadaan mulanya santai. Sekarang sudah berubah menjadi ribut. Mujur juga tidak ada kerusi terbang. Dan tiada seorang pun yang kena lontar selipar jepun atau pun pinggan, garpu, sudu kepunyaan mamak Raja Kapoor. Kalau tidak, tak ubah seperti di Parlimen Jepun atau Korea Selatan sewaktu ketika dahulu.

Terkawal. Masing-masing masih mampu mengawal perasaan.

Tetapi dengusan nafas dari hidung kedengaran kencang. "Hurssh! hurshh! hurshh!" menghembuskan kuat, kemudian menarik nafas pendek.

"Aku dari Sekolah Menengah Tinggi Gunung Sekaki. Cikgu aku cakap jangan pecah-belah kalau mahu maju dan selamat. Kita perlu sokong kerajaan pimpinan Parti Pokok Pisang di Negeri Berantah ini" jelas Budin.

"Dengan pendidikan dari Harvard yang aku ada, aku sokong kata-kata Budin itu" Johanis menyerigai. Dia yang menjadi pendokong usul meluluskan rang undang-undang itu sudah pasti mendukung cita-cita kerajaan Negeri Berantah ini.

"Ooo, kau ingat kau dari Harvard tu dah hebat sangat! Hukum dunia bolehlah kau putar belit. Pasal ekonomi lah, sosial lah. Habis aku ni dari Sekolah Agama Rakyat Pokok Pandan pula apa cerita? Hukum-hakam yang aku bawa ini hukum Tuhan. Siap dalil aqli dan naqli sekali tau! " Seman mula mengangkat dagunya.

Mulanya si Budin membaca surat khabar bertajuk 'Judi haram akan dibentaras habis-habisan'.

Kemudian Budin membaca isi kandungannya kuat-kuat:-

"Pertaruhan untuk pertandingan lumba siput babi sudah dihalalkan oleh kerajaan.

Barang sesiapa mahu bertaruh dibenarkan berbuat demikian dengan berjudi di Syarikat Gharar Berhad sahaja. Kepada sesiapa yang bertaruh selain dari syarikat yang dilesenkan itu, maka jatuh pertaruhan itu haram.

Perjudian haram akan dibenteras. Mereka akan dikenakan hukuman berat oleh pemerintah. Segala peruntukan akta akan digunakan!

Kerajaan akan menggunakan semua jenteranya. Pihak penguatkuasa tempatan pula berikrar akan melumpuhkan operator judi haram.

JUDI HALAL hanya di Syarikat Gharar Berhad sahaja"

***Jeda***

"Wah! Sudah bagus. Dulu aku tikam nombor ekor. Imam besar kata haram. Orang Islam tak boleh beli. Sekarang tentu Imam besar sudah halalkan. Ah! Ada nas special lah tu kot," Rizal kegirangan. Ketagih nombor ekornya mula naik ke tocang.

"Sebenarnya elok kita halalkan pertaruhan perlumbaan siput babi ini. Kalau kita tak bagi lesen, macam-macam masalah timbul. Kongsi gelap, penipuan, maksiat dan masalah keparahan sosial melanda. Terutama bagi mereka tahi judi. Mereka tak kira masalah sosial itu. Janji mereka bertaruh dan mendapat 'wang besar'!" kata Johannis.

Setelah menghirup seteguk dua air teh tarik itu, Johannis menyambung katanya lagi, "Jika kerajaan biarkan perjudian haram itu berleluasa, kerajaan tak dapat mengawal masalah sosial yang terjadi.

Lebih baik kerajaan bagi satu lesen khas. Ha! Macam sekarang kepada Syarikat Gharar Berhad. Jadinya, kerajaan dapat memastikan dan mengawal segala pergerakan perjudian yang ada.

Lagipun, selama ini kerajaan kerugian. Bila sahaja ada pertarungan seperti piala besar seperti ini ramai rakyat negara ini akan bertaruh secara gelap dan haram.

Jadinya kerajaan kehilangan pendapatan bercukai. Kita semua maklum, setiap aktiviti berjudi yang dilesenkan, kerajaan akan mengutip cukai. Selain caj ke atas lesen yang tentunya mahal, kerajaan juga dapat mengutip cukai syarikat dan cukai perjudian dalam masa sama. Hal ini dapat menambahkan pendapatan kerajaan."

"Wah! Kalau gitu kerajaan tak perlulah memotong subsidi minyak, tepung, gula, beras dan barangan keperluan lain lah ya? Sebabnya sekarang hasil kutipan cukai itu akan menambahkan pendapatan negara!", Budin cuba menunjukkan kecerdikannya..

"Eh! Tak semestinya subsidi tidak dipotong. Subsidi kes lain. Subsidi kena dikurangkan. Lebih baik dihapuskan demi pembangunan dan kemajuan negara.

Perbelanjaan subsidi sekarang cukup tinggi. Negeri Berantah ini akan bankrupt kalau asyik bagi subsidi yang tiap-tiap tahun semakin bertambah! Ini membebankan rakyat. Rakyat kenalah bantu kerajaan sekarang!"

"Eh! Bukan ke kerajaan yang perlu bantu rakyat, hmm?!" Rosli menggaru kepalanya.

"Habis tu, apa perlu kita kutip cukai syarikat perjudian tu ha, kalau subsidi tetap juga ditarik balik?" Asran melopong luas ingin kepastian.

"Alahai, pendapatan dari syarikat judi tu memang besar, tapi tak cukup besar nak menampung perbelanjaan negara," jelas Johanis lagi.

"Cis! Mana ada judi halal. Semua judi haram! Kita tidak perlukan judi. Dalam nas telah terang dan nyata bahawa judi itu haram!

Sebagai sebuah negara Islam, kita perlu tolak perkara judi dihalalkan!" teriak Seman dengan merah padam mukanya.

"Mana ada satu agama dalam dunia ini menghalalkan judi? Mana ada satu kata-kata yang judi ini membawa kesudahannya kebaikan? Namakan sahaja mana-mana agama dalam dunia ini, setahu aku mereka juga mengharamkan 'perjudian'!

Judi memporak-perandakan masyarakat. Itu nyata.

Bayangkan tuan-tuan, hasil perjudian itu dijadikan pendapatan kerajaan. Kemudian disalurkan kepada rakyat pula. Selepas itu hasil duit haram itu dimakan dan digunakan pula oleh tuan-tuan. Penyudahnya hasil haram itu akan jadi darah daging kita pula.

Apakah tuan-tuan mahu memakan hasil haram?! Natijah daripada memakan duit haram, maka akan ramailah anak haram jadah! Masyarakat menjadi huru-hara. Hati menjadi mati; hitam legam!

Tidak ada sesuatu pun hasil makanan dan perbuatan haram dapat keberkataan dari Tuhan. Malah dilaknat Tuhan. Hidup kita akan terumbang-ambing penuh penyeksaan di dunia dan akhirat.

Akhirnya akan sampai pula bala' dari Allah SWT. Mendapat kutukan dari Tuhan di dunia sampai akhirat!

Mahukah tuan-tuan mendapat seksaan Allah SWT di dunia dan akhirat?

Ingat kita sebagai ibubapa bertanggungjawab memelihara kebersihan harta dan makanan untuk diri, keluarga dan anak-anak! Kita wajib memelihara dan menjaga diri, keluarga dan masyarakat!!!" khutubah Seman lagi.

"Kau apa tahu. Ilmu perihal dunia setampuk pinang, ada hati nak bicara soal pemerintahan negara. Ini pasal sosial dan ekonomi negaralah! Masa depan kita juga. Kita perlu ingat kita hidup dalam masyarakat majmuk. Kita harus menerima kepelbagaian dan budaya.

Budaya Cina memang berjudi. Sedangkan dalam kalangan kita sendiri pun ada yang suka berjudi. Jadi 'rasanya' kita perlu atasi dengan memberi lesen perjudian agar segalanya terkawal. Bila terkawal masalah sosial dapat di atasi" marah Johanis pula.

"Woo... kau pakat 'rasa' sahaja. Tetapi kenapa kau tak nak tengok Al-Quran dan hadis. Kenapa kau tak nak tengok 'kata-kata ikhlas' dari bangsa lain juga. Apa kata moral dan etika pegangan mereka?

Kau tau tak, tidak satu pun di antara mereka mengatakan 'judi itu baik'! Tetapi judi itu jalan membawa bencana. Dari itu, kenapa kita tidak haramkan sahaja terus. Kita benteras sahaja!" Seman membidas.

"Ya tak ya juga. Saham Pak Man Telo dan juga sesetengah MLM yang mengamalkan sistem piramid diharamkan. Kalau macam tu hujah si Johanis, aku rasa elok juga kerajaan memberi hanya satu lesen kepada mereka sama. Satu lesen untuk syarikat skim cepat kaya dan satu lagi untuk MLM sistem piramid. Jadi ia lebih terarah, teratur dan terkawal. Masing-masing pelabur akan puas hati", Rosli mencelah.

"Ha! Kenapa kita tidak mengambil sikap seperti Mufti Brunei itu. Dia cakap, kami tidak membenarkan arak dilesenkan di Brunei atau disediakan kawasan khas untuk minum arak disebabkan takutkan laknat Tuhan. Jika diberi lesen seumpama itu, nantinya akan ada orang pula meminta lesen untuk pelacuran dan maksiat lainnya.

Mufti dan kerajaan Brunei harus dipuji dengan sikap tegas mereka dalam menegak kebenaran. Dan mereka sebenarnya tahu impak ekonomi, sosial dan pembangunan negara. Tapi masih tetap tidak membenarkan pendapatan negara meraka bercampur-aduk dengan perkara haram! Kenapa kita tidak setegas seperti itu dalam hal ini?!"

"Kita lain... kita pelbagai kaum dan sejak sekian lama kita ada pelbagai budaya Kita dalam acuan sendiri. Bertoleransi adalah formula kita! Kita tidak boleh tiru Brunei itu", Johannis memberikan alasan bernas pada fikirannya.

"Langkah baik Brunei kita tak boleh ikut. Habis Amerika, Britain, UK dan negara barat lainnya boleh pulak kita tiru di atas nama demi kebaikan negara!" sergah Semn.

Mereka terus bertekak sehingga maghrib menyusul.

Besok ada cadangan dari pihak Seman hendak berdemostrasi. Mahu menunjukkan bantahan keputusan kerajaan Parti Pokok Pisang, Negeri Berantah itu.

"Hidup! Hidup! Hidup Islam!... Hancur, hancur, hancur maksiat!!!" teriak mereka yang mengikuti Seman itu.

Bagi Johanis fikiran geng Seman begitu sempit. "Kita dah minta pendapat orang besar agama dalam kerajaan. Mereka kata ok aje bab lesen perjudian ni. Seman ni pemikiran sempit dan memandai-mandai menghasut rakyat untuk kepentingan dirilah tu." cebik Mak Siah penyokong tegar Johanis.


Isnin, 24 Mei 2010

Di atas kapcai ijau...


Jam enam petang. Bermakna sudah sampai waktu untuk pulang. Motorsikal kapcai buruk mula mengambil tempat menggantikan komputer di atas meja pejabat.

Tendangan dikenakan ke atas tempat penendang untuk menghidupkan engin. Satu perjalanan kitaran kehidupan pun bermula. Awan cumulus sarat membawa air hujan mula menutupi sang suria. Makin lama, makin memberat pula. Tanda-tanda hujan mahu runtuh sudah nyata.

Tak sampai sepuluh kilometer berderailah hujan membasahi lebuh raya. Nasib baik baju dan celana kalis hujan sudah dikenakan sejak petanda mendung dikesani.

Jidin di atas motor terus menekuni jalan-jalan yang licin itu. Kenderaan banyak di lebuh raya NKVE. Dalam kesejukan makin mencengkam ke sumsum Jidin cuba bertenang dan bersabar.

Untuk menghilangkan gigilan kesejukan tersebut Jidin mula bersiul-siul kecil. Sesekali bernyanyi-nyanyi. Mulanya perlahan tetapi sekarang tune volume sudah berubah. Suara Jidin memecah desiran hujan yang melambak di atas jalan raya.

"Telah bertahun lama
Tenggelam arus masa
Di dalam ingatanku
Masih segar terasa

Terkadang aku sama
Menghancur bunga cinta

Keadaan aku memaksa
Kita terpisah jua...

Andainya aku berdaya
Kan kucoretkan untukmu
Sebagai kenangan kita
Kan ku butikan untukmu
Akan ku butikan!..

...lalalala..."


Lagu Cinta Pantai Merdeka terus-terusan dialun. Kali ini dengan nyaring. Yakin benar orang lain tidak mendengarkannya. Melainkan diri sendiri di atas motor kapcai ijau. Lagi pun hujan lebat mampu menenggelamkan suara yang disumbangkan itu. Siapalah yang mahu peduli. Gasaklah.

Lampu hijau bertukar kuning kemudian merah. Cepat benar ia bertukar. Dalam kebasahan hujan lebat itu Jidin memberhentikan kapcainya tergesa-gesa. Selepas ini dia mahu membelok ke kanan pula. Di simpangnya berderet-deret kereta. Berdozen motor bersusun menanti giliran untuk menyeberang sama.

Saat Jadin memberhentikan kapcai ijau itu, dia masih lagi asyik memekik-mekik lagu Cinta Pantai Merdeka. Tiba-tiba hujan yang maha lebat tadi berhenti dengan serta-merta. Tiada titisan hujan kasar. Alam menjadi tenang tiada lagi air yang mencurah-curah membasahi bumi.

"Ku ukir namamu
Di awan Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai

Jauh pandangan permai
Di situ Tanjung Dawai
Terkenang peristiwa
Cinta kita terurai"

Oh! Indahnya, peristiwa Cinta kita di Pantai Merdeka!!!
.... lalalalala
...

Apa lagi, serta-merta seluruh manusia yang berada di lampu isyarat itu terperanjat dan memandang tepat ke arah Jidin. Ada tu tanpa segan silu terus terbahak-bahak, gelakkan si Jidin.

Lontaran suara Jidin yang merdu dan mendayu-dayu tadi terlajak dan terlantun kuat di persimpangan lampu trafik itu.

"Siot! Aku terkena... aderkkkk...", ronta hati Jidin.

Segera Jidin cuba menutup muka dengan tangan. Jidin kemaluan di atas motor kapcai ijaunya itu...

Sebaik lampu merah bertukar warna, sesegera itu juga Jidin memecut. Jidin mahu mendahului pengguna jalan raya lain.

Tetapi apakan daya. Ada juga kutu-kutu motor dan motokar mengejar Jidin sambil menjenguk muka Jidin dan tersenyum lebar. Ada tu terus-terusan tertawa besar!

Jidin gagal melarikan diri dari kebejatan itu. Lagipun Jidin bukanlah Valentino Rozzi. Unta tunggangan Jidin bukanlah Honda CBR 600cc ataupun Kawasaki GTR1400cc!

Aduhaiiii... zalim sungguh mereka itu. Kan?!

(Jika anda suka cerita ini sila vote A+. Jika anda rasa cerita ini tidak bagus sila vote A+... selamat mengundi..hehehehe)



Sabtu, 22 Mei 2010

Senja di Kuala Lumpur


(Picture: Rush to home for family dinner)

Sunset in Kuala Lumpur.
NKVE highway on May 22, 2010 - Saturday.

Praise to God that gave us an opportunity to bear witness His greatness and benevolence. A scenic view from top of a hill... masyallahh!!!

I always use this route to scavenge a piece of bread and butter for my beloved family...

Good day everybody!
Salam Sabtu, kengkawan...

Jumaat, 21 Mei 2010

Taubat masuk Melayu dengan lapan tahun dipenjara

Mei 21, 2010 (Jumaat) - Berita Harian memaparkan perihal seorang majikan bernama Hau Yuan Tyng (janda) telah mendera pembantu rumah Indonesianya, Siti Hajar Sadli.

Siti Hajar telah didera dengan menggunakan air panas, seterika dan tukul besi. Perbuatan ganas tersebut telah dibalas dengan jatuhan hukuman lapan tahun penjara oleh Mahkamah Sekysen Kuala Lumpur.

Jurugambar sempat merakamkan wajah-wajah mereka.


Serentak itu juga maza terfikir, apakah muslihat si majikan itu berbaju kurung dan memakai tudung? Menampilkan lagak seperti seorang gadis budiman!

"Ayo-ayo! Ini betul-betul taubat masuk Melayukah (Muslim)? Atau taubat masuk Melayu juga tapi itu geleng kepala (tidak mahu dan melarikan diri dari Islam)", kata mamak di restoran tempat maza bersarapan.

Pak Aji cuba menduga, "Alahai, macam kes 'tahu-buat'. Bukan taubat betul-betul pun."

Bagi maza pula dia hanya mahu melindungi wajahnya daripada dirakamkan oleh jurugambar. Atau barangkali cubaannya merayu belas kasihan di hadapan hakim di dalam kamar mahkamah sebelum hukuman dijatuhkan. Kata orang, lakonan itu biar betul real punya.

"Agaknya dia nak lindung dari pancaran matahari. Ultra unggu kan merbahaya!," sampuk Kojek dengan muka selamba tidak bersalahnya.

Mungkin mahu menyorokkan wajah harimaunya yang kini cacat disebabkan kena lapan tahun penjara. Juga mahu menghapuskan persepsi bahawa dia seorang wanita jahat dengan menampilkan wajah wanita solehah!

"Elleh! Saja dia nak ambil kesempatan dan memanupulasi keadaan. Lama-lama orang hilang kepercayaan dengan perempuan yang pakai macam tu!" terjah Hamid yang entah dari mana datangnya.

"Ah! Apa nak kisah. Ramai sekarang manusia bertopeng-topeng" Mat Kulup melontarkan pandangannya.

Semua terdiam. Maza membayar makanan tadi lalu meninggalkan kaunter itu dengan pelbagai tafisran sendat di benak.


Rabu, 19 Mei 2010

Rakamlah sebelum aku pergi...

Hujung minggu sudah (Mei 15-16, 2010), maza sempat lempias Rembau hendak ke Johor. Dalam perjalanan itu maza singgah pula ke rumah uwan.

Sudah lama benar kami tidak melawat uwan nan tunggal sebatang itu. Sambil-sambil menanyakan khabar berita, sempat uwan melepaskan kerinduan kepada cucu dan cicit-cicitnya.

(Gambar: Menanti kepulangan)

Begitu maklum sekelian umat, wanita berumur selalu sakit-sakit sendi. Sengal-sengal tulang. Apatah lagi umur sudah meningkat jauh. Minyak wangi tatkala muda bertepek-tepek di badan, sudah bergalang-ganti dengan minyak angin, minyak akar, minyat urat.

(Gambar: Apakah masih ada yang ingat?)

Akhirnya tidak ada lagi wangian atar mahupun perfume mahal. Sekarang hanya bauan berangin dan panas berleluasa memenuhi ruang.

(Gambar: sekadar melepaskan pandangan ke luar tingkap. Apakah hari esok punya makna?)

Maka itulah juga maza telah menjadi utusan si emak untuk membekalkan uwan minyak gamat yang dibelinya dari Langkawi.

(Gambar: Pengorbananku tidak ku pinta balas dari mu, wahai anakku.)

Senyum lebar uwan terukir indah sebaik menerima botol-botol bulat berlabel kuning berisi minyak gamat.

Kendian maza pun mengambil kesempatan juga (jangan fikir yang bukan-bukan ya kengkawan...). Maza pinta izin agar uwan menjadi model potrait maza kali ini.

(Gambar: Melempias hari-hari berlalu)

Tanpa sangka buah cempedak jadi nangka, uwan tersipu-sipu malu. Sambil tertunduk macam anak dara sunti dia mengangguk-anggukan kepalanya.

"Uwan duduk kat sana ya. Duduk simpuh macam anak dara gitu. Uwan pandang sana" maza mengarah macam director Ahmad Nisfu (Seniman Bujang Lapok).

"Ekau nak buek apo dongan gambar uwan ni? Uwan dah berkodut-kodut. Baik ekau cari yang kulit eh togang-togang"

"Gambar ni nak hantar kat achik kat London tu ha wan. Juga untuk simpanan kami dan emak abah... hehehe" jelas maza dengan ikhlas.

"Ooo.. kalau macam tu, tangkaplah gambar. Rakamlah sebelum aku pergi..." jawab uwan selamba. Maza pula yang terkedu. Aduhaiiiii...

(Gambar: kenang kasih ibu dalam setiap doamu)



Sabtu, 15 Mei 2010

Kaki Bangku


Mei 14, 2010 - Malaysia kalah di separuh akhir Piala Thomas. Tewas dengan China (0-3). Maka ia melengkapkan selama 20 tahun Malaysia terlepas Piala Thomas.

Sudah kalah, biarlah kalah, kanzzzz? Terimalah hakikat. Apa yang penting sekarang masa depan pasukan Malaysia. Kita perlu mantapkan lagi. Perlu cari pelapis yang handal-handal. Pelaburan dan pembangunan sukan badminton pastikan berbaloi.

Maza percaya, ramai lagi pelapis yang berkebolehan membawa cabaran akan datang. Lagi pun orang Malaysia bukannya kaki bangku.

(Gambar: bangku)

Perhatikan kaki bangku itu. Lurus tidak bengkok. Kata orang tak seksi dan berseni.

Kaki bangku membawa maksud tak pandai main sesuatu permainan. Hanya tahu buat satu tugasan sahaja iaitu memacakkan diri di tengah gelangang. Tidak pandai menari untuk berlawan dengan pihak lawan.

maza berharap pasukan badminton kita yang akan datang tidaklah disamakan dengan bidalan itu. Yang sudah tu sudahlah.


Mantapkan usaha dengan mencantikan lagi gaya, mutu, keunggulan persembahan dengan tambahkan bunga dan cabaran dalam setiap permainan.


Macam juga dalam gambar di atas. Bila atas bangku ada bunga, wajah sudah berubah. Bangku lebih bermaruah! Jadi lain kali tewas pun dalam keadaan bermaruah juga! hehehhe

(Gambar: Orked menjadi peghias di atas meja untuk pembuka selera)

Segala rusuh tak semestinya berakhir dengan sengsara. Dalam derita kekalahan itu rupanya ada 'taman bunga'.

Kita kalah. Ini bermakna imbuhan berjuta-juta juga terselamat daripada diagih-agihkan. Rupanya dalam lara ada hikmah! Banyak duit rakyat diselamatkan fulaks... aduhaiiii...

Dalam ekonomi yang baru nak pulih ini, ia cukup bermakna kepada rakyat. Kata lain pula, wang berjuta tersebut dapat disalurkan kepada pembangunan ekonomi yang produktif. Iaitu kepada faktor ekonomi yang lebih aktif pengeluarannya. Bukan yang pasif seperti imbuhan kemenangan Piala Thomas itu, hanya tertumpu kepada perseorangan!

Sebagai contoh wang berjuta yang dijimatkan itu boleh diperuntukan untuk sekolah jenis kebangsaan, penyelenggaran hospital dan membangunkan prasarana di Sibu! Oppsss! hehehehe


(huhuhu.. maza merapu disebabkan lara Malaysia tewas lorr.. UWAKKKKK!!!!)



Rabu, 12 Mei 2010

Gunung Mat Cincang Berpuaka

Sudah dua kali maza melawat Langkawi. Kali pertama tahun 2005 (tatkala Tahun Baru Cina bulan Februari). Selang lima tahun kemudian sekali lagi iaitu April 27 - 30, 2010 maza menjejakkan kaki ke sana.

(Gambar: Perkhidmatan chater van disediakan untuk para pelancong)

Malangnya, sekali pun maza tidak pernah menaiki kereta kabel itu.

Pertama kali menjejakkan kaki ke Langkawi, maza berazam untuk mencuba kereta kabel. Tetapi akhirnya terbantut walaupun sudah berbaris panjang. Maza telah membatalkan hasrat walaupun barisan berbaki tiga orang lagi untuk membeli tiket di kauter.

(Gambar: Perkampungan Oriental Village yang menempatkan kereta kabel Langkawi. Ia juga menawarkan deretan kedai cenderhati, taman dan binatang peliharan. Antara haiwan yang dipamerkan ialah arnab, ayam, rusa, kuda, itik, harimau dan macam-macam lagi)

Semuanya gara-gara maza menemuduga mereka yang telah mencuba kereta kabel itu. Masing-masing, termasuklah pelancong asing mengatakan perasaan gayat dan gerun.

Terutama apabila adanya tiupan angin. Kereta kabel akan berhayun-hayun, beralun-alun. Juga apabila sampai di tiang penyambungan, kereta kabel akan bergegar kuat. Bergoncangan!

(Gambar: Kereta kabel sedang bergerak)

Tidak kurang juga ada yang memberikan kata semangat. Begitu juga dengan tips-tips yang berguna.

Antara tips tersebut ialah jangan pandang ke bawah untuk mengelakkan rasa gayat.

Cuba alih perhatian gerun dengan berbual di dalam kereta kebal. Juga cuba melihat ke atas untuk mengelakkan rasa gayat. Atau melihat ke ufuk horizon yang jauh bagai saujana mata memandang itu.

(Gambar: Kelihatan puncak Gunung Mat Cincang yang tinggi)

Walaupun ada kata perangsang dilontarkan, tetapi tidak cukup kuat untuk maza bertindak melompat masuk ke perut kereta kabel itu. Sudahnya, maza dan anak-beranak menonong meninggalkan perkarangan kereta kabel tanpa rasa terkilan.

(Gambar: Dari dalam kereta kabel)

Sebelum ini maza tidak pernah rasa gayat sedemikian rupa.

Hanya setelah menaiki 'buaian berpusing' (Ferris wheel) a.k.a 'kincir pusing', perasaan gayat mula menghantui maza.

(Gambar: Kapal layar sedang berlabuh di teluk Pantai Kok)

Segalanya bermula ketika pesta konvokesyen di UM. Maza, Nasrun (dua tahun) dan darling cuba menaiki buaian berpusing setinggi lima tingkat itu.

Setelah darling mengeletar dan buaian berayun-ayun keras, telah menyebabkan maza turut berasa takut dan gerun.

Lalu maza meminta pengendali buaian itu segera menurunkan kami. Walhal tak sampai satu pusingan pun lagi.

(Gambar: Gunung-ganang dan bukit tinggi yang terdapat di Pulau Langkawi)

Alasan kami ialah Nasrun menangis kerana ketakutan. Pada hal Nasrun menangis disebabkan cubitan ayahnya. (Biasalah nak melindungi malu gitew.. hahaha)

Penyudahnya kami kerugian duit tiket begitu sahaja. Kami hanya menyaksikan buaian itu ligat berpusing di hadapan mata dengan pandangan kosong sambil menelan liur sendiri.

(Gambar: Pemandangan cantik Pantai Kok dari puncak Gungung Mat Cincang)

Maka dari peristiwa itulah maza menjadi penggayat.

Walhal di zaman kanak-kanak, mazalah tukang panjat pokok manggis, jambu batu dan gajus untuk business keluarga. Memanjat pokok tersebut hingga ke pucuk. Ke hujung dahan tanpa rasa takut.

Setelah pulang dari Langkawi, barulah maza rasa betapa ruginya tidak menaiki kereta kabel itu.

Apatah lagi setelah mendengar kata-kata dari kawan-kawan. Satu kerugian yang maha besar kalau sampai di Langkawi tetapi tidak mencuba kereta kabel! Jika berpeluang, mereka dari hujung dunia pun tidak mahu melepaskan peluang menaiki kereta kabel itu.

Sebaik terkenangkan hendak pergi ke Langkawi bukannya mudah., maka bertambahlah rasa lara di hati maza.

Pergi ke Langkawi tidaklah boleh pergi selalu. Apatah lagi kalau tidak cukup belanjawannya, memang kepunanlah jawabnya. huhuhu

(Gambar: Pemandangan indah dari dalam kereta kabel)

Untuk itu, kali ini maza tidak mahu melepaskan peluang. Maza cekalkan hati juga. Sambil-sambil itu menawarkan kepada keluarga maza kalau-kalau mereka mahu menemankan maza ke atas puncak Gunung Mat Cincang sana.

"Tak mahulah abang"

"Jangan takut, tak ada puaka di atas puncak Gunung Mat Cincang tu..."

Hanya Nasrun yang memberikan jawapan positif. Darling, Daniel, Aqlan dan emak menolak. Masing-masing takut macam maza juga. Jadinya maza dan Nasrun sahajalah yang menaiki kereta kabel itu.

Kalau dulu harga tiketnya RM8.00 untuk orang dewasa dan RM4.00 untuk kanak-kanak (tahun 2005). Sekarang ini harga tiket sudah naik.

Kini seorang rakyat Malaysia dewasa (mesti disertakan Mykad) tiketnya berharga RM15.00 dan kanak-kanak pula RM5.00.

Tiada atau gagal menunjukkan mykad tambangnya RM30.00 (hambik ko!).

Pucat jugalah maza dalam kereta kabel itu. Mujur juga ada Nasrun yang betah bercakap. Akhirnya dapatlah maza mengawal macho di hadapan pelancong Sweeden yang cute-cute itew...hehehe...

(Gambar: Nasrun bersama pelancong Sweeden. Alahai, kanzzz?)

Maza cuba berborak dengan mempromosikan Langkawi kepada pelancong tersebut. Maza katakan kereta kabel ini ialah yang tertinggi di dunia untuk kategori kawasan tropika (walhal kelentong belaka hehehe). Mat saleh itu melopong dan mengangguk-anggukan kepala.

"Hmm.. We are now riding the highest cable car ever have in the world. This cable car is in diffrent category from skies cable car back in Sweeden mountain. I'am sure the skies cable car in Sweeden is higher than this one. Because its located on top of mountain, covered with snow", kelentong maza.

"Oh! We are Sweedies" senyum simpul minah saleh itu setelah melopong seketika.

maza pula yang mati akal, punah segala frasa kata (jerat makan tuan). hahahahha

(Gambar: Lelaki Sweeden cuba mengerti celoteh Nasrun)

Terdapat dua hentian. Di hentian teratas, pemandangannya sangat indah. Hampir seluruh Langkawi dapat dilihat. Udaranya pula terasa sejuk, segar dan nyaman walaupun jam sudah menunjukkan pukul 11.00 pagi.

Oleh kerana agak tergesa-gesa menuruni gunung tersebut (disebabkan darling, anak-anak dan emak sedang menunggu dan tidak mahu berlamaan di bawah sana), maza tidak sempat pula menjejakkan kaki ke jambatan gantung terpanjang dan tertinggi itu. huhuhuu...

(Gambar: Sebahagian jambatan gantung di Gunung Mat Cincang, Langkawi)

Tetapi maza sempat pula berkenalan dengan En. Sayeed daripada Mekah Al-Mukaramah. Dia sedang berbulan madu. Ini kali pertama Sayeed datang ke Langkawi dan dia mahu mengulanginya lagi.

"Jannah! Jannah!" kata Sayeed sambil memerhatikan ke segenap ufuk di atas puncak Gunung Mat Cincang.

(Gambar: Sayeed bergambar kenangan bersama isterinya di puncak Gunung Mat Cincang)

Jadi kengkawan, kalau pergi Langkawi, jangan lupa ya singgah perkarangan kereta kabel, di Oriental Village.

(Gambar: Deretan kedai cenderahati di Oriental Village. Seni reka bentuk Eropah di taman perkampungan, perkarangan kereta kabel Langkawi)

Kita daki Gunung Mat Cincang dengan kereta kabel sambil window shopping di perkampungan perkarangan kereta kabel itu. Satu pengalaman yang amat berharga dan menarik. Asyikkk sehhh...

Usahlah takut naik kereta kabel. Tidak ada penunggu atau puaka di Gunung Mat Cincang yang akan menggangu kengkawan! hehehe...



Isnin, 10 Mei 2010

Ada apa untuk mu, sayang?


(Gambar: Menjengah perkara yang lalu. Sayang, sayang, sayang.)

Sempena hari ibu ini maza nak ucapkanlah juga Selamat Hari Ibu kepada isteri maza. Dan sememangnya tidak dilupakan kepada ibu maza itu. (Ehh! mak tak tahu berinternet, camner nak baca entry ini ek? gasak ler...hehehehe).

Tak ketinggalan kepada ibu-ibu bloggers, "Selamat Hari Ibu".

Semalam maza telah meronda-ronda. Kami sekeluarga bersiar-siar melempias Petaling Jaya dan Sungai Buluh.

(Gambar: tenang dan rehat seketika)

Selepas itu maza membawa mereka ke e@curve, Kota Damansara. Dengan paksa rela mereka senyum-senyum keanak-anakan ikut serta melontar pin bowl di sana. hehehehe

Sebelum itu, kami makan-makan dulu. Bagi tenaga maaaa.. Pekena bakso, mee jawa dan gado-gado. Licin hingga tinggal sudu dan mangkuknya sahaja. hehehehe

(Gambar: makan-makan sambil cuci mata. Kerusi dan bangkunya mengingatkan maza pangkin di bawah perdu pokok manggis)

Di Facebook maza jumpa ungkapan comel dari kengkawan maza.

Jadi maza ingin sekali berkongsi dengan kengkawan lainnya. Belakang, untuk panduan maza juga, volleyyy?

(Gambar: Semua ibu itu perempuan. Tetapi bukan semua perempuan itu ibu)

"Selamat Hari Ibu kepada ibu-ibu di mana jua berada..kepada yang masih memiliki insan yang bergelar "ibu" hargailah mereka selagi hayat masih anda. Buat arwah ibu tercinta ..sesungguhnya kasih sayangmu bak air mengalir yang tidak bertepi...masih basah mengisi ruang memori hidup ini... Al-Fatihah..amin!" (Saudara Saman bin Taib)

Pagi tadi tak semena-mena maza mendapat isyarat dari Chekdeenor. Apa lagi ada hadiah...

(Gambar: Bingkisa dari Chekdeenor)

Tapi bukan untuk maza, uhuk! Untuk orang rumah maza lah pulaks.

Tak mengapalah, maza terasa dihargai juga. hehehhe.. Lalu maza pun ambil hadiah itu dan panjangkan kepada isteri maza, volleyyy kanzz? hehehehehe


Sabtu, 8 Mei 2010

Pemberi Sesuap Nasi Dijulang Tinggi


(Motif entry ialah keindahan alam melalui paparan lensa maza
@ Langkawi.. hehehehhe)

(Gambar: Menghidupkan 'bumi yang mati')

Kita tahu perihal hadis mengatakan bahawa 9/10 sumber kekayaan adalah daripada perniagaan.

Namun begitu perniagaan umpama 'gula' yang dikerumun semut. Banyak semut mengidamkannya hingga berebut-rebut. Kemanisan kekayaan duniawi ini penuh cabaran. Hingga banyak juga kebejatan berlaku. Termasuklah penipuan, korupsi, perjudian dan pembunuhan.

Hasilnya, perniagaan juga berisiko tinggi untuk menjermuskan seseorang manusia ke kancah penjara neraka. Segalanya sejajar dengan risiko untung dan rugi.

(Gambar: 'Gagah bagai kerbau' falsafah Minangkabau)

Namun Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda bahawa hasil yang bersih adalah daripada titik peluh sendiri. Keringat yang bertaburan mencari rezeki lebih mulia daripada meminta-minta.

(Gambar: Itik gembo-gembo. Percintaan disaksikan orang ketiga)

Untuk itu, Rasulullah SAW pernah bersabda antara maksudnya sebaik-baik dan sebersih-bersih pendapatan itu ialah daripada "Pertanian".

Iaitu menggunakan daya upaya sendiri bercucuk tanam di atas tanah bidang luas terbentang. Berusaha membanting tulang untuk keberkataan hidup.


Sebutir nasi ibarat setitis keringat petani!

Bertani di tengah terik matahari. Peluh berjujuran mengalir membasah bumi. Tiada hati yang perlu disakiti. Tiada ringgit mahu diputar belitkan. Tiada helah mahu dikenakan.

Kecuali urat terus berceranggah; demi mencari, memberi dan mengisi perut insan-insan dunia ini.


Manakala kata mantan Perdana Menteri pula, "Pertanian adalah Perniagaan". Kata Pak Lah lagi hasil itu dibuatkan duit. Duit yang banyak dibuatkan pula modal. Dari modal diperbesarkan bendang. Pendapatan dari bendang yang luas dihimpun memarakan pendapatan negara. Akhirnya membela si pak tani tua yang miskin dari belenggu kedaifan.

Bercakap pasal marhain, pak tani tua itulah menjadi rujukan. Walhal korban dari susuk lusuh itu bukanlah sedikit. Uratnya menjalar. Betisnya mengejang. Kerongkongnya selalu kering. Segalanya di atas nama 'Sesuap Nasi'.

(Gambar: Terkedek-kedek pulang petang)

Buat Pak Tani di bendang Langkawi ini apa yang perlu ialah mencari sesuap nasi untuk keluarganya. Hasil yang lebih itu nanti akan dijual di pasar.

Titik peluhnya bukan sahaja untuk menyuap mulut-mulut comel di rumah, tetapi juga mengisi perut manusia lainnya.


Terima kasih pak tani, tanpa usaha dan kederat mu, barangkali kami tidak bernadi dan bertenaga mahu membina nuklears keluarga. Pantas juga kami tidak berupaya berkereta, bermotor, bertelevisyen, radio dan internet. Juga negara menjadi pegun daripada membangun!


Khamis, 6 Mei 2010

Tak lekat di tangan...

(Gambar: Coklat dari Ghana ini dengan kepekatan 72% kandungan coklat berbanding creamer, gula dan tepung)

Kata orang tak lengkap kalau kita tak singgah dan beli coklat di Langkawi.

Sememangnya coklat di Langkawi dijual murah-murah belaka. Ini berikutan Langkawi telah disitiharkan sejak sekian lama sebagai pulau bebas cukai.

Sejajar dengan itu terdapat pelbagai jenis coklat terutama dari pengeluar antarabangsa yang ditawarkan di situ. Macam-macam ada. Yang tak pernah kita tengok pun ada.

Selain barangan coklat, terdapat kain batik, kereta, motorsikal berkuasa tinggi dan rokok juga dijual murah berbanding di semenanjung.

Terutama harga arak. Malah pelbagai jenis jenama dan botol turut dijual. Pembungkusan dan rekabentuk botol arak tersebut juga kelihatan menarik. Unik. Macam-macam bentuk, warna dan seksi.

Ada juga pengemar menyimpan botol arak. Macam kaki seni botol gak ler.. hehehehe.

Ada orang Melayu mengambil kesempatan membeli botol arak itu. Kata orang Melayu itu, dia beli botol arak tersebut kerana tertarik dengan seni tampak botol tersebut.. Err.. bab air di dalam itu, hmmm entalah! Maza tak tahu ler dia hendak buat apa. Kita tangkap bersangka baik sudahlah, ya kengkawan?...

Tetapi untuk membawa keluar segala barangan tersebut daripada pulau bebas cukai itu, ia dikenakan syarat yang ketat.

Kecuali coklat. Berguni-guni coklat pun tak apa dibawa keluar. Tapi kalau sudah berkontena, beratus-ratus tan, sudah tentulah dikenakan cukai kastam dan cukai jualan lorr.. heheheheh

cocoa
(Gambar: sekali digigit melekat ditekak weii... huhuhu)


Kami sekeluarga juga tidak melepaskan peluang untuk membeli-belah coklat. Kami memilih coklat yang jarang dan sukar didapati di semenanjung. Kalau setakat coklat yang biasa-biasa seperti coklat Nestle itu, boleh sahaja beli di gedung-gedung di KL lorr.. hehehhehe

Erk! coklat-coklat itu sudah lama ditelan oleh anak-anak maza. Jadi sebagai kenangan, saksikanlah gambar coklat itu ajelah, ya. heheheheh

Sambil itu maza mahu berpantunlah sedikit, ya kawan-kawan. "Cair di mulut, tak melekat di tangan...yummmy!" ....hehehehe...


Selasa, 4 Mei 2010

Adakah munasabah pergi Langkawi naik Basikal?





(Gambar: Ku kejar engkau di sana... Ku lambai wajah serupa...woo)

Dalam perjalanan ke Pulau Lagenda Langkawi itu, tiba-tiba maza terserempak dengan dua orang gadis yang baru pulang dari pekan Kuala Perlis.

Gadis ini mengingatkan zaman muda-mudi dahulu (macam ler aku dah tua sangat, kanzz?). Tatkala itu ramai gadis sunti di kampung maza berbasikal ke sekolah. Berdondong-dondong mereka berkayuh dengan berbaju kurung. Beg galas di sepit di tempat duduk belakang, atau diletakkan di bakul hadapan basikal.

Sambil bersaing-saing mengayuh basikal mereka bergurau. Gelak tawa, riang-ria memenuhi jalan sempit Kampung Kahang, Kluang, Johor.

(Gambar: Hey si gadis yang manis!)

Rasa-rasanya makcik-makcik blogger kita di sini masih mampukah mengayuh basikal lagi? Silap-silap haribulan boleh terpeleot* segala tulang sendi di kaki....hehehhehe

kamus maza
terpeleot* - tergeliat, terpeletok, sendi lari disebabkan karatan kolestrol. hehehehhe

Isnin, 3 Mei 2010

Dia datang dari Jalan Kilang Ais.


(Gambar: Pemandangan indah Langkawi di atas Gunung Mat Cincang)

April 27- Mei 2, 2010 - Seminggu maza menghilang. Blog juga terbiar tergendala tidak berjaga. Tetapi kengkawan janganlah bimbang. Maza tidaklah merajuk atau sudah 'cemuih' (jemu) berblog. Cuma maza hendak berehat-rehat sambil cuti-cuti Malaysia.

Kali ini maza ke Langkawi untuk kali keduanya. hehehehhe

(Gambar: Antara pintu masuk ke Galeri Perdana, Langkawi, Kedah)

"Pemimpin ialah orang yang memimpin. Bukannya orang yang dipimpin."

Bidalan di atas diungkap oleh mantan Perdana Menteri kita yang keempat. Siapa lagi kalau bukan Tun Dr. Mahathir Muhammad pada suatu ketika dahulu.

(Gambar: Menghargai tatkala masih ada, masih tampak, masih boleh diraba)

Maza yakin dan percaya, ramai daripada kita adalah produk di zaman era pemerintahan Tun Dr. Mahathir. Kita membesar, remaja dan dewasa di bawah pimpinan beliau.

(Gambar: Nasrun cuba mengecam wajah Tun Dr. Mahathir)

Menjadi pemimpin perlukan karisma. Tetapi bukanlah di kelilingi oleh manusia seksi seperti Karisma Kapoor! aderkkkk....

maza memperkenalkan kepada anak-anak perihal peribadi seorang pemimpin. Pemimpin agung ialah pemimpin yang punyai akal, sikap dan tindakan agung juga.

(Gambar: Dicemuh adalah asam garam seorang pemimpin)

Untuk menjadi pemimpin agung pelbagai cabaran perlu ditempuhi. Tidak kira diherdik, dimaki atau dipuji. Apa yang penting ialah matlamat dan strategi. Semenjak kehadiran Tun Mahathir sebagai Pemimpin nombor wahid di Malaysia, beliau telah banyak membawa perubahan. Paling ketara ialah Jiwa Hamba kepada Jiwa Tuan!

Di Galeri Perdana yang memaparkan himpunan anugerah, pemberian dan cenderhati dari dalam dan luar negara yang diterima oleh Tun Dr. Mahathir itu menjadi pilihan destinasi kali ini.

Seperkara lagi, pemimpin bukanlah hanya dibuat galeri tetapi sebuah institusi yang dibawahnya tempat naungan anak buah mereka.

Puas membelek di Galeri Perdana, Langkawi, kami singgah pula ke Jalan Kilang Ais. Ia berhampiran Jalan Pegawai di Alor Star.

(Gambar: Nasrun sedang mengeja batu tanda Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir Muhammad di Jalan Belakang Kilang Ais, Alor Setar, Kedah)

Di sana maza membawa anak-anak maza menjejaki teratak kelahiran Tun Dr. Mahathir.

Di sini kami dapat menyoroti kehidupan lampau masyarakat Melayu. Terutama Melayu di Kedah. Juga permulaan dan perjuangan Tun Dr. Mahathir dari didikan awal hinggalah menjadi Perdana Menteri Malaysia.


(Gambar: Reka bentuk struk rumah kelahiran Tun Dr. Mahathir bin Muhammad, Perdana Menteri Malaysia keempat)

Buat Tun Dr. Mahathir, jasamu tetap dikenang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails