‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Jumaat, 16 September 2011

Menyingkap Kemerdekaan dari Jendala

Tugu Negara

16. September telah diistiharkan sebagai Hari Malaysia oleh kerajaan pada tahun 2009. Iaitu setelah 52 tahun kita merdeka, barulah tarikh hebat ini mendapat tempat sebagai tarikh istimewa pada negara ini. Lazimnya tarikh 16 September hanya diraikan oleh negeri dari benua Borneo iaitu Sabah dan Sarawak. 

Hari ini pada tanggal 31 Ogos & 16 September telah diwartakan sebagai cuti umum untuk rakyat Malaysia. Ia sebagai pengiktirafan hari bersejarah yang perlu dihayati perit jerih, pahit maung perjuangan demi kemerdekaan.

16 September 1963 merupakan tarikh keramat kerana ia adalah tarikh kewujudan Malaysia di peta dunia. Pada hari tersebut Sabah dan Sarawak menerima kemerdekaan daripada penjajah British dibawah syarat gabungan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya). Hasil gabungan tersebut maka tercetuslah sebuah negara baru di peta dunia bernama MALAYSIA.

Tugu Negara

Manakala 31 Ogos 1957 itu sendiri merupakan tarikh kemenangan hasil perjuangan pendekar-pendekar tanah Malaya (Semenanjung Malaysia) menuntut kemerdekaan dari penjajah British. Sedari peristiwa itulah, tarikh keramat ini diingati dan disambut oleh seluruh rakyat Malaysia sebagai tarikh Hari Kemerdekaan mereka.

Uniknya sebelum tahun 2010, tarikh 16 September hanya benar-benar diraikan oleh mereka dari Borneo. Manakala negeri-negeri di Semenanjung tidak meraikan hari terciptanya Malaysia tersebut. Ini kerana negeri-negeri di Semenanjung Malaysia menerima kemerdekaan terlebih dahulu iaitu 31 Ogos berbanding negeri-negeri di Borneo pada tanggal 16 September. Lantas bagi mereka dari Semenanjung Malaysia menganggap hari kemerdekaan mereka ialah pada tanggal 31 Ogos dan tidak perlu meraikan hari kemerdekaan pada tanggal 16 September yang berbeza itu.

Keunikan Malaysia terserlah dengan satu-satunya negara di dalam dunia meraikan dua tarikh kemerdekaan. 

Hari ini kita sudah rangkumkan dan memuktamadkan bahawa 31 Ogos dikenali sebagai Hari Kemerdekaan/Kebangsaan negara, manakala 16 September sebagai Hari Malaysia. 

Berbetulan pula hari ini 16 September, maka maza mahu mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada kalian. Moga-moga kita dicucuri rahmat, aman dan dimurahkan rezeki.

Psst: tiga hari bercuti ini (Jumaat, Sabtu & Ahad)... harap-harap dipergunakan dengan sebaiknya, dan jangan nakal-nakal menjolok sarang tebuan walaupun pak ISA tidak ada. Cakap dan buat yang baik-baik sahaja. ahaks..

Psst: Masih mood raya, ahaks! ... apa lagi, lantun sana, lantun sini .... hehehehe


Isnin, 12 September 2011

Damailah Dunia


Semalam 9.11 (September 11) merupakan ulangtahun runtuhnya bangunan New York, World Trade (WTC) Centre di Amerika Syarikat. Sudah sedekad ia berlalu; 2001.

Semenjak itu pelbagai kekecohan dan penjajahan baru membadai dunia. Kumpulan Al Qaeda ditunding jari menjadi dalang dan bertanggungjawab ke atas kematian lebih 2,000 orang di WTC itu.

Dalam masa sama juga mereka yang tidak bertanggungjawab telah menuduh orang-orang Islam sebagai penganas. Mereka cuba mewujudkan satu persepsi bahawa Islam itu sebuah agama yang menggalakkan penganutnya tidak berperikemanusiaan. Walhal itu bukanlah perkara sebenar.

Sejurus selepas itu Afghanistan, Pakistan, Iraq, menghadapi tempias secara langsung daripada peristiwa tersebut.

Hari ini rakyat di negara-negara Timur Tengah mula bangkit menentang kerajaan mereka. Antaranya ialah Mesir, Libya, Syria, Sudan, Yaman, Bahrain. Lebih malang lagi terdapat campur tangan dari anggota EU dengan perikatan askar NATO mereka! Walhal pemimpin-pemimpin itulah dulunya mereka amat sokong dan menyokonginya. Ini menjadi petanda barangsiapa tidak digemari oleh golongan barat atau lebih tepat lagi NATO, mereka tanpa "segan-silu" menceroboh dan meruntuh apa sahaja dengan apa jalan sekali pun.

Maza menaruh harapan agar negara ini tidak terpengaruh dengan kejadian yang terjadi sekarang. Begitu juga jangalah menaruh "kiblatnya" ke arah negara-negara barat sahaja. Biarlah strategi diplomatik, politik dan hubungan antarabangsa seimbang antara semua benua di dunia ini. 

Namun Israel tetap kita katakan tidak, walau pun Israel itu sendiri barangkali tidak mengenali atau pedulikan Malaysia atau punyai kepentingan di tanah ini. Kita pun tidak sudi mengadakan hubungan diplomatik dan mengadakan ikatan kepentingan dengan mereka.

Itu kisah antarabangsa. Al kisah dalam negara pula:

Akhir-akhir ini di negara kita juga tidak kurang kecohnya. Apatah lagi perihal yang digembar gemburkan, diputar-belit dan dimainkan tentang kes pemberontakan komunis dan kemerdekaan negara.

Macam-macam orang memberikan pendapat dan sokongan. Ada tu disebabkan tidak berapa sokong dengan pihak lagi satu hingga sanggup mereka disuruh dibuang negeri, dan diugut bunuh. Manakala sesetengah pula disuruh mengkaji semula sejarah negara dan kemduian ditulis semula. 

Sesetengah cendiakawan pula mendakwa bahawa negara ini tidak pernah dijajah selama 400 tahun. Namun demikian ia terjajah selama dua tahun atau tiga tahun oleh pihak kolonial British dan Empayar Jepun.

Jangan terperanjat, sebahagian lain tidak segan-silu lagi mahu memeratabatkan dan mengagung-agungkan British hingga mereka lupa bahawa orang-orang Melayu dahulu bersungguh-sungguh menentang penjajaahan Inggeris; mahukan kemerdekaan.

Ada sesetengahnya pula terlalu bencikan komunis. Hingga walau apa pun datang dan berbau "bacang" seperti ideologi komunis akan ditentang habis-habisan. Malah mereka sanggup berbunuhan. Mudah sangat terasa terhina. Mereka mengatakan sebelah pihak lagi tidak sensitif dengan para pejuang kemerdekaan. Namun dari segi lain pula apabila mereka membeli-belah barangan di pasaraya atau di mana-mana sahaja, barangan buatan Cina itulah juga yang menjadi pilihan kerana harganya murah! Bahkan negara ini dilambakan dengan barangan buatan Cina. Bukan sahaja negara ini sahaja, malah seluruh dunia menghadapi 'dark hole' dari empayar Cina. 

Negara kita nan tercinta yang kononnya membenci komunis teramat sangat hingga rasa terhina datuk nenek kita dulu itu pun punyai ikatan hubungan diplomatik, politik dan ekonomi yang amat erat dengan Negara China.

Begitu juga halnya. kita mempunyai pelaburan yang besar di Vietnam. Barangan Vietnam juga mudah didapati di sini. Termasuklah juga kita turut mengimport golongan Viet Kong ke negara berdaulat ini sebagai buruh asing.

Untuk rekod negara China ialah negara KOMUNIS! Begitu juga Vietnam sebuah negara komunis yang telah menewaskan Amerika dengan darah dan kuderat mereka sendiri.

Bagi maza gerakan komunis juga salah satu faktor pendesak dan pemangkin kepada British untuk melepaskan kemerdekaan Malaysia dengan bersyarat. Dan ini tidak bermakna maza telah menghina leluhur (keturunan: ayah, datuk, nenek dan moyang) pahlawan maza yang pernah mengangkat senjata mempertahankan tanah air dan keluarga dari huru-hara dan penjajahan.

Sempena bulan kemerdekaan ini, maza kira eloklah kita membuat panggilan "Damai untuk Dunia". Usahlah bertelagah dan memainkan isu-isu yang tidak menguntungkan berulang-ulang kali dengan mengorbarkan semagat permusuhan. Setiap orang ada peranannya dalam KEMERDEKAAN ini. Sesungguhya merdeka ini tidak akan wujud hanya sebuah pihak sahaja perjuangkan, ia adalah hasil gerakan dan pemaufakatan.

Akhir kalam, SEJARAH ditulis oleh mereka yang menang. Mereka yang tewas selalunya meninggalkan PUISI untuk kenang-kenangan.


Ahad, 11 September 2011

Peristiwa 9.11 dan kami

911 juga merupakan peristiwa penting untuk maza sekeluarga juga.

Pada tarikh keramat inilah kami mengalami kemalangan jalan raya pd tahun 2008.  Ketika itu bulan puasa.. uhuk!

Ceritanya bolehlah diselongkar dengan klik di sini (Kemalangan @ Dungun Terengganu).


Cerita ringkas sahaja kali ini ya kengakawan... sedang mood bertafakur memohon rahmat dan kesyukuran di atas peluang yang diberikan oleh Tuhan ke sekian kalinya.

Khamis, 8 September 2011

Cita-cita Di Sekolah Rendah

Masa kecil dulu cikgu akan tanya dalam kelas. "Tuliskan cita-cita awak, kemudian serahkan kepada cikgu."

Cita-cita yang telah dinyatakan akan dicatatkan di dalam buku rekod dan kad kemajuan untuk rujukan.

Rata-rata kanak-kanak yang membesar di era 80-an itu, termasuklah maza, tidak lari dari menyatakan cita-cita mereka untuk menjadi askar, polis, tentera, bomba. Kiranya pasukan keselamatanlah menjadi pilihan utama.

Tidak pernah jumpa lagi ada antara kami yang bercita-cita menjadi jutawan, niagawan, angkasawan, usahawan, engineer apatah lagi menjadi seorang banduan berjaya. Masing-masing terlalu suci dan masing-masing mempunyai sikap untuk 'membela' nasib keluarga, bangsa dan agama.

Tetapi setelah darjah tiga, maza mulai bosan menulis cita-cita yang sama. Maza ingin membawa perubahan.

Jadinya dengan penuh keazaman dan iltizam yang putus, maza tuliskan tiga cita-cita maza. Dan maza berharap Cikgu Fatimah, guru kelas kami akan bangga dengan maza.

Tetapi ...

"Maza, ambil balik kertas awak ni! Yang dua atas nie memanglah boleh jadi cita-cita awak iaitu askar dan polis. Tapi yang nombor tiga ni, jadi Yang Dipetuan Agong! Cikgu tak pernah tahu yang awak ni keturunan putera sultan atau anak raja mana-mana Negeri Melayu! Tak pernah pulak sepanjang hayat cikgu dengar ada iklan jawatan kosong Yang Dipertuan Agong ... Dah! Awak buat balik cita-cita awak ni semula."

Kemudian Cikgu Fatimah mengembalikan kertas maza itu. Pantas dia membelakangkan kelas. Sekejap itu juga bahu Cikgu Fatimah terangkat-angkat, terjengket-jengket. Macam orang menangis tersendu-sendan. Cikgu Fatimah menundukkan kepala sambil tangannya menekup mulut dan menyapukan airmatanya dengan tisu.

"Agaknya Cikgu Fatimah terharu dengan cita-citaku yang cukup gah dan lain daripada yang lain itu! ... hmm ... Tapi kenapa pula cikgu suruh aku tuliskan semula cita-cita aku?! Pelik nie." Maza berlalu dengan terpinga-pinga kerana masih tidak faham dosa apakah yang telah dilakukannya.


maza: ilham gile-giler si bayi comel...



Selasa, 6 September 2011

Indahnya Hari Raya

Alhamdulilah, kerana kita masih dipanjangkan umur untuk mendaki hari raya yang seterusnya. Mujur juga walaupun pelbagai rintangan dan cabaran dalam maza menyambut hari raya tahun ini, di saat-saat akhir cuti perayaan tersebut kemeriahnya jelas terasa.

Ketupat
Maza ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada kengkawan yang sudi bertandang dan menziarahi maza di kampung nan tercinta itu.

Gambar 1: Geng Sekolah Rendah sessi 1

Gambar 2: Geng Sekolah Rendah sessi 2

Dalam kesempatan berhari raya itu juga, kami sempat mengadakan majlis ringkas reunion. Maza ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Iza (Rohaiza Minhat - setiausaha) dan Che Not Aya (Norhaya Ariffin - AJK jemputan) yang menjadi tulang belakang penggerak kepada majlis Reunion Merdeka-Raya tersebut.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails