‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Jumaat, 17 Disember 2010

Terhencap-hencap Basah Berpeluh

Dulu-dulu di zaman maza muda belia, iaitu tatkala maza di alam kanak-kanak riang ribena, maza pergi ke masjid untuk solat Jumat hanya berjalan kaki.

Bukan 1 kilometer.. tetapi 3 kilometer berjalan dari rumah.

(Gambar: Masjid Kristal, Pulau Duyung, Kuala Terengganu. Tepek satu gambar lama - 20. April. 2008, aje sudahlah ya kengkawan ... hehehe)

Tengahari terik dengan matahari terpacak, kami berdua beradik 'terhencap-hencap' berjalan.

Kadang-kadang dapat tumpang, kadang-kadang berhenti dua tiga kali berehat di bawah pohon rendang sambil merenung tajam ke dalam ban (taliair). maza menaruh harapan kalau-kalau air di ban itu boleh bertukar menjadi air sirap! hahaha

Saran maza, jika kengkawan bertemu mereka yang terhencap-hencap mahu pergi atau pulang dari masjid, apa salahnya kita tumpangkan mereka. Ada pun kita mendapat pahala jua daripada Tuhan Rabul alamin gitew.

Errr ... kalau mahu tumpangkan pun kena tengok-tengok juga. Takut-takut kita yang kena 'kidnap' lah pulak... huhuhu

Selamat hari Jumaat ya kengkawan. Sunah pergi awal ke masjid lorr ... dan jangan ponteng solat Jumaat tanpa sebab uzur syarie.. hehehe


Khamis, 16 Disember 2010

Dia Kaki Sakat

(Gambar: Abang-abang yang kaki dengki. Entah daripada siapalah dia belajar menyakat tu ya?)

Bila dikelilingi anak-anak yang ramai, macam-macam kerenah kita boleh jumpa. Ada yang menggelikan hati. Juga menyakitkan... hahaha

Sekejap riuh rendah dengan hilai ketawa. Tak beberapa minit lepas itu berderai-derai pula air mata. Meraung sana sini, mengadu hal yang seorang lagi ... hahaha

Apa-apa hal pun, bagi maza ia sebuah coretan kehidupan yang indah gitew... tanpa mereka terasa sunyi sepi alam ini.... huhuhu

Malam ni malam Jumaat. Selamat malam Jumaat ya kengkawan ... hehehe


Rabu, 15 Disember 2010

Malaysia vs Vietnam: 2-0, Piala AFF Suzuki

Separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki antara Malaysia menentang Vietnam yang diadakan di Stadium Bukit Jalil telah membuahkan kejayaan kepada negara kita.

Malaysia telah menewaskan Vietnam dengan 2 gol berbalas 0.

Kedua-dua gol dijaringkan oleh Safee Sali (jersi no. 10). Kesemua gol dijaringkan dalam separuh masa kedua.

Gol pertama hasil tandukan Safee.

Gol kedua pula ialah daripada muntahan tendangan Shafiq (jersi no. 9) yang ditampan kurang kemas oleh penjaga gol Vietnam. Kemudian Safee menyambarnya lalu merembat ke pintu gawang.

Separuh akhir kedua akan diadakan di Hanoi, Vietnam pada hari Sabtu depan iaitu pada 18 Disember 2010.

Jika Malaysia terus mara, bermakna sudah dua kali Malaysia ke pertandingan akhir sepanjang Piala AFF Suzuki ini diperkenalkan.

Piala AFF Suzuki berasal daripada Tiger Cup dan mula diperkenalkan pada tahun 1996. Ia dianjurkan dua tahun sekali dengan sepak mula di Singapura pada September 1996. Piala ini merupakan kejuaraan antarabangsa utama di peringkat rantau Asia Tenggara. Kali terakhir dianjurkan ialah pada tahun 2008 dengan menyaksikan Vietnam sebagai juara dengan agregat 3-2 menewaskan Thailand.

Kemenangan Malaysia ke atas Vietnam hari ini telah memberikan kelebihan kepada pasukan kita untuk beraksi pada pusingan separuh akhir kedua di Hanoi.

Kemenangan malam ini sedikit sebanyak memberikan impak besar pemulihan keyakinan rakyat Malaysia kepada pasukan nasionalnya. Hari ini juga membuktikan pasukan kita semakin digeruni dan akan terus melangkah lebih jauh.

Rata-rata rakyat Malaysia menaruh harapan agar momentum ini dapat diteruskan dan seterusnya dinobatkan; "kita adalah JUARA!"

Tahniah semua, terutama kepada pasukan nasional kita. Alhamdulilah, sebuah berita gembira buat rakyat Malaysia.

Sekian laporan maza yang berada di tempat duduk grand stand, berbumbung bersofa dengan hidangan teh panas di hadapan layar tv di ruang tamu rumah... hehehe

Selamat malam Khamis ya kengkawan...

Isnin, 13 Disember 2010

Sungai Congkak


Disember 7, 2010 - Sungai Congkak, Ulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Di situlah tempat maza dan keluarga telah berkhemah.

Seekor ayam dan ikan siakap siap dirempah ratuskan dan dibakar di sisi khemah. Nasi goreng sudah terhidang di dalam bekasnya. Salad digaulkan dengan 'thousand island' dan 'mayonis' di dalam mangkuk. Sos cili dan sambal kicap pencecah ikan siakap terletak di tengah-tengah hidangan.


Bau dari ayam di bara pembakar BBQ itu menusuk hidung membuatkan perut semakin gelodak. Sambil melirik tajam ke aras pembakar berkuasa arang ditabiri oleh asap; air liur meleleh terliur.


Tikar dibentang luas di hadapan khemah dan anak-anak membuas di atasnya. Elok ayam dan ikan siap dibakar, tangan-tangan ditadah memohon doa keberkatan. Habis doa terus tangan-tangan itu terjun dan mencubit membawa lari ayam, ikan dan salad ke pinggan masing-masing.

(Gambar: Salah sebuah jeram yang terdapat di Sungai Congkak)

Usai makan, kami terus ke gigi sungai. Apa lagi sisi berendam diri. Badan dan hati disejukkan sambil-sambil menenangkan jiwa yang meronta sebelum hari bekerja tiba.

(Gambar: Papan tanda gerbang, "Congkak Park & Resort"
dan bukannya "Jangan Pandang Belakang Congkak" ya kengkawan)

(Gambar: Anak-anak sedang mengisai air)

Secara umumnya maza amat berpuas hati berkelah di kawasan ini. Tempatnya bersih, terjaga, kemas dan segar.

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama maza ke sini. Maza pernah pergi ke kawasan rekreasi ini pada tahun 1996/97. Tatkala itu masuk adalah percuma.

Harga tiket: Parkir kereta RM3.00, Dewasa RM2.00, Kanak-kanak RM1.00. Jika bermalam di dalam khemah, satu khemah RM10.



Taman rekreasi Sungai Congkak yang maza ceritakan ini adalah di bawah kelolaan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Chalet dan kawasan perkhemahan yang terjaga, kemas dan berpasukan keselamatan ada disediakan.


Maza juga sempat merakamkan wajah-wajah riang pengunjung di situ. Dan sudah pasti gambar-gambar potret ini telah mendapat kebenaran daripada tuan badan.


Sepekara lagi, jangan tanya nama dan alamat mereka. Maza tak ingat, sudah! huhuhhu



Jadi kengkawan, jika mahu tenangkan jiwa dan menyejukkan badan, moh ler kita ke Sungai Congkak, Ulu Langat, Selangor ... hehehe


(Gambar: 'Peace no war' ya kengkawan...hehehe)

Sabtu, 11 Disember 2010

Gambus dan para penari

Muzik gambus samrah (Kumpulan Al Muhibbin - Kayu Ara, Petaling Jaya, Selangor) berkumandang menerobosi di setiap penjuru pangsapuri ini. Lagu yang dimainkan kesemuanya ber-lajjah Arab. Sekali atau dua sahaja lagu berkumandang dalam lajjah Melayu.

(Gambar: Kumpulan Qasidah Al Muhibbin, Kg. Sg. Kayu Ara, Selangor)

Kumpulan gambus ini memulakan persembahan dari jam sepuluh pagi hinggalah hendak masuk waktu Asar. Geselan biola, petikan gambus, bunyian keyboard berjenama Roland, saling sahut menyahut. Tabla, gendang ibu, gendang anak dan rebana ibu pula silih talu-menalu. Sekali sekala besulamkan bunyi seruling.

Rentaknya rancak, iramanya laju. Lagu arab dimainkan dengan penuh semangat. Ada antara para jemputan sudah terangkat-angkat lututnya mengayakan rentak tersebut. Cuma kaki masih terpaku di atas rumput padang itu. Masih malu-malu hendak 'bergoyang gerudi Inul' di tengah laman di hadapan pentas.
]p[
Ada juga beberapa tetamu jemputan, tidak dapat menahan keasyikan. Akhirnya deras menuju ke bawah pentas. Lalu bersatu dengan musik dan menari di situ.

Cuma lagak mereka tidaklah seperti penari gelek dari tanah Arab. Yang ada, cuma manusia Melayu yang galak meniru gerak tari Timur Tengah. Kekadang lucu pula. Ada seperti naik kuda, naik unta dan menunggang burung kasawari yang sedang mengerbangkan sayap pendeknya. Gaya tak ubah seperti mahu terbang di awangan. Tetapi masing-masing sekadar berputar-putar sekitar pentas sana.

Seminggu sebelum majlis perkahwinan ini diadakan, majlis berkampung bagi menyusun atur program telah dibuat di bawah rumah pangsapuri ini sahaja. Kali ini melibatkan ramai orang. Baik dari sebelah keluarga, penghuni pangsapuri dan kawasan kejiranan. Pihak berkuasa tempatan dan polis juga turut dijemput.

Tujuan diadakan majlis berkampung ialah untuk pembahagian tugasan pengurusan majlis, teknikal, jemputan, layanan dan sebagainya.

*****

Majlis perkahwinan itu berlangsungkan dengah penuh kemeriahan. Helai tawa, senyum mesra, perasaan muhibbah dan bahagia bertaut bersatu. Kanak-kanak berlari sana sini, belia dan remaja saling membantu. Kadang kala ia bersulam senyum simpul yang penuh makna.

Majlis ini telah membawa penulis terkenangkan majlis perkahwinan di kampung tatkala zaman kecilnya lagi.

Ketika itu segala kenduri kendara dirasakan cukup meriah. Perasaan suka dan gembira dikongsi bersama antara kaum keluarga, jiran tetangga dan sahabat taulan.

Elok sahaja majlis kenduri diumumkan, masing-masing sudah mula membayangkan yang indah-indah. Anak-anak muda mula sibukan dengan perhiasannya. Mula berkira-kira hendak memakai baju apa, fesyen yang mana.

Sebahagian belia pula sudah bersiap-sedia menyimpan tenaga untuk menjadi ahli penanggah atau tukang layan pembawa dulang dan kendi.

****
REWANG

(Gambar: Merenung masa depan)

Hari ini suasana jauh berbeza. Malah di desa-desa permai yang jauh nun terperok di hujung negeri sudah dipengaruhi dengan arus modenisasi.

Kenduri-kenduri kahwin sudah tidak ada lagi bayang-bayang anak remaja atau para belia berdondong-dondong datang membantu di bawah khemah-khemah jemputan. Mahupun memeriahkan majlis dengan pakaian yang cantik-cantik, muka berseri-seri dan saling menghulurkan tangan.

Hai ini kalau ada pun anak-anak muda seperti itu, boleh dibilang dengan jari. Ataupun mereka akan terpelosok di balik celah tiang. Kalau tidak pun, termenung di atas kerusi menanti giliran untuk mengambil makanan.

Zaman sekarang rata-rata majlis kenduri kendara dijarahi oleh PEMBEKAL MAKANAN (katering).

Katering sudah mengambil alih tempat penanggah. Dewan besar atau hotel ballroom bergalang ganti dengan khemah-khemah yang comel.

Tidak ada datuk-datuk, makcik-pakcik, pak su, pak long, tok siak yang datang awal membantu membina khemah. Tidak ada lagi anak-anak kecil berlarian sana-sini bermain sesama mereka. Atau berkenalan sesama saudara mara, sepupu-sepapat. Tidak ada lagi golongan emak dan ayah sibuk memotong lada, ayam, daging dan bawang di pangkin rewang penaggah! Tidak ada lagi si nak dara sibuk menghias pelamin. Atau anak teruna berseluar labuh mengangkat periuk belangga. Tidak ada lagi giat, gurau, latah dan tawa besar. Hilang sudah perangsang untuk mengenyit atau mengintai anak-anak orang dari kejauhan untuk dibuatkan jodoh.

Semangat kenduri kahwin semakin lesu, semakin kelam. Hilang. Yang ada cuma di hari majlis persandingan itu dihadiri oleh rakan taulan yang rapat. Saudara mara yang terdekat. Tinggal mereka yang luruh gigi dan beruban di kepala. Itu pun mereka datang duduk bersalaman tuan rumah dan pulang setelah kenyang.

Tidak ada lagi gelak tawa, tidak ada lagi senyum santai, tidak ada lagi latah mak inang, atau tidak ada lagi giat si mak andam!

Orang dahulu, anak-anak dara, remaja, teruna, mak orang, bapa orang akan terus menanti-natikan pengantin sampai. Mengadap di depan pelamin. Memeriahkan lagi dengan bertepung tawar. Si bujang dan dara berebut-rebut untuk mendapatkan berkat pengantin.

Hari ini, belum lagi kompang berbunyi, ataupun kalau kompang berbunyi lambat, dewan itu mulai sunyi. Mulai kosong. Masing-masing lepas makan, bersalaman dengan tuan rumah dan terus angkat kaki.

Makna kenduri kahwin semakin hilang! Serinya sudah kelam. Meriahnya sudah payah.

****

Cuma di pangsapuri indah ini, tinggallah mereka dari 'sebarang' membuka budaya lama.

Mereka mempertahankan budaya mereka. Di sini mereka dari Pulau Boyan masih mempraktikan erti "berkampung" atau majlis menyambut, atau majlis mesyuarat rewang. Mereka masih bersatu-padu menjayakan hari bersejarah anak mereka atau jiran tetangga.

Masing-masing sanggup mengorbankan cuti untuk majlis itu. Masing-masing rela memeriahkannya.

Soalnya sekarang, sejauhmanakah hilang budaya 'pengantin' kita hari ini?

Adakah nanti, yang menjadi ukuran majlis kenduri kahwin rakyat Malaysia ialah berlumba-lumba diadakan di tempat yang 'grand'? Atau bilangan dulang dan wang hantaran yang lumayan?

Manakala nilai-nilai murni, kekeluargaan, permuafakatan, kasih sayang, gotong royong yang menjadi junjungan bangsa dan budaya Melayu di Malaysia menjadi luput dan pupus.

Patutkah disimpulkan pengantin hari ini lebih kepada materilastik dan bermegah?

Menayangkan betapa 'gah' dan kayanya seseorang itu, daripada nilai-nilai murni dan mulia disebalik makna kenduri kendara itu sendiri?

Nampaknya tidak adalah majlis basuh periuk belanga yang hitam dan gedabak oleh pengantin baru! Nilai kebahagiaan dan tawa riang sanak saudara akan terkubur begitu sahaja. Yang ada hanyalah penat lelah, dan sesetengahnya mengaut untung semata-mata!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails