‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Rabu, 14 Oktober 2009

Bingkisan istimewa dari Utara


Meh kengkawan. Saksikanlah betapa hebatnya hubungan 'sulit' di alam siber ini. huhuhu

Hasil hubungan 'sulit' (sulit: susah payah, termasuklah kena bayar bil internet) di siber ini akhirnya telah membuahkan bingkisan istimewa dari Alor Star.

Terima kasih sis zyma yang begitu baik hati sekali. huhuhu

sebelum itu apek sebelah rumah maza menitipkan pantun utk sis zyma juga. Begini bunyi nyer:-

pisau belati si buah keranji
kalau manyak baik hati lorr, kasi lah cenderahati lagi!

hehehhe...

Ahad, 11 Oktober 2009

Taubatku Diterima..

Sohih seantero dunia sudah tahu. Pepatih Karma telah dijulang tinggi ke angkasa. Hampir-hampir terkena kapal terbang AirAsia yang sedang berlatih untuk mengangkut jamaah haji ke Mekah tak lama lagi.

Habis satu Kampung Hulu terasa bertuah dan bergembira. Kali ini pencaturan Datuk Bendahara Tepuk Tangan menjadi!

Juak-juaklah yang terlebih gembiranya. Apa tidaknya, usaha mereka sampai bersingsing lengan telah membuahkan hasil. Pastilah gembira sedangkan belanja untuk pilihan raya Kampung Hulu ini cukup besar! Terutamanya 'kempen' hendak memberi tahu yang Pepatih Karma sudah taubat nasuhah dan meminta dimaafkan dengan memilih Pepatih Karma kembali menjadi penghulu Kampung Hulu lagi!

"Taubat Pepatih Karma telah diterima! Taubat Pepatih Karma telah diterima!" pekik budak suruhan Pepatih Karma sebaik nama Pepatih Karma diumumkan pemenang pilihan raya.

Melebar senyuman Pepatih Karma yang berdiri di sebelah Hulubalang TookuAdil, Pengurus Suruhanjaya Pilihanraya di atas pentas itu. Pepatih Karma melambai-lambai tangannya dalam usaha menahan nafsu hendak melonjak tinggi. Melompat tinggi bagaikan merak kayangan kaedahnya!

Kali ini walaupun tidaklah mendapat jawatan yang besar seperti mana tempoh tahun lalu, iaitu jawatan Datuk Mendaliar, tapi satu permulaan ke arah langkah lebih besar. Esok bermulalah Pepatih Karma kembali bergelar Datuk Manjalela Pepatih Karma.

Dewan Seluyut Pinang Nan Sebatang akan menyaksikan kembalinya tokoh pemimpin politik di peringkat negeri!

Habis semua lampu kamera macam panah kilat melimpas wajah Pepatih Karma. Begitu hal yang huru hara, sempat juga beberapa temuramah dirakamkan oleh wartawan antarabangsa.

Kata rakyat satu.
"Ahhhh!!! Bolehlah dia menang! Lagipun Kampung Hulu ini tanah airnya dan ramai pula hulubalang raja yang wajib kena turut perintah, sebagaimana arahan Datuk Bendahara Tepuk Tangan! Kalau ikutkan bertanding di kawasan lain, tentu diganyang habis.." luah penyokong tegar parti satu lagi.

Kata rakyat dua.
"Hmm.. apa yang lebih penting ialah kemajuan di Kampung Hulu yang dasar ekonominya banyak bergantung kepada pelancongan di pantai. Kalau kita pilih parti Datuk Bendahara, sekurang-kurangnya dasar tetap sama. Lagipun kalau pilih parti lawan itu, jawabnya kita pun susah cari makan.

Apa tidaknya, para pelancong susah nak datang dan mungkin tak akan datang langsung. Mungkin kami dan para pelancong tidak boleh berbuat pesta, membuang ancak, menari-nari sakan dan berbikini sesuka hati lagi. Habislah ekonomi kami nanti!

Bahkan kami takut ramai jiwa-jiwa remaja anak kampung ini akan mula memberontak. di sebabkan hiburan bebas disekat Demi masa depan remaja-remaja inilah juga kami tak mahu gadaikan calon dokongan Datuk Bendahara Tepuk Tangan!"


Kata rakyat tiga
"Orang dah taubat. Wajib kita kembalikan jawatan dulu itu pada dia. Bagi peluang betulkan kesilapan. Kita orang Islam, bertolak ansurlah sikit! Bagilah peluang."

Kata rakyat ompek.
"Pedulikan. Pokoklah ekau! Janji den dapek duit ngudi. Pangkahlah yang mano bagi yang bosar sikit duit eh!

"Kalau mcam tu, calon itu telah mengamalkan rahsuahlah?" soalan pemberita yang terpaku.

"Eh, tak lah. Tak lahhh ... Mano ado rasuah eh! Rahsuah tu haram. Harammm tu! Dalam parti tak do soal rahsuah nyer derr.. Duit tu sebonar eh, dipanggil namo politk wang. Bukan rahsuah. BUKAN RAHSUAH!", pakcik innorcent itu bersungguh-sungguh menggelengkan kepala. Penat menggeleng, mengangguk pula.

"Habis duit yang pakcik dapat ni, dikira macam mana pulak?" tanya peberita itu lagi sambil menggaru kepala.

"Ini bukan rahsuah. Politk wang. Jadi eh halal! Tak ado dosanya derr... "

Akhir kalam, selamat berjuang Datuk Manjalela Pepatih Karma! Jangan musnahkan amanah rakyat lagi... Buruk padahnya!



Khamis, 8 Oktober 2009

Ramadhan: Geruh Di Tempat Kerja # 2

(Sambungan entry Kes #1 klik di sini)

Semalam Pablo sahur agak lewat. Jam tiga sudah bersila di hadapan makanan. Selalunya dia bersahur jam dua belas atau satu pagi. Entah apa agaknya yang mempengaruhi Pablo untuk bersahur lewat tidak seperti selalu.

Lepas sahur dia pun tidur. Kebetulan hujan pagi tadi telah menghanyutkannya bersama mimpi indah!

Lenanya terbuai bersama-sama angan-angan berbaju melayu baru dan teringatkan rakan taulan yang telah lama ditinggalkannya di kampung itu.

Tiba-tiba tidurnya diganggu pancaran mentari meninggi. Jam menunjukan 9.30 pagi. Subuh pastinya telah menjadi gajah!

Dia bingkas mengelabah tidak tentu arah. Manakan tidak, jarak antara rumah bujangnya di Pantai Dalam ini ke tempat kerja di KLCC memakan masa empat puluh lima minit. Kalau begitu dia akan hanya memasuki pejabat hampir jam sebelas pagi.

Pablo masih teragak-agak. Dia berkira-kira sama ada hendak ambil cuti tahunan berbaki tiga hari untuk bekalan hari raya nanti atau pergi juga kerja tetapi punch card bertukar warna merah.

Hatinya berdebar-debar. Adakalanya dia memarahi dirinya sendiri. Dia resah, gelisah. Dia masih mamai dan buntu.

Pablo mesti memberitahu pejabat sama ada datang atau pun mengambil cuti. Kalau tidak akan memberikan kesan amat buruk ke atas prestasi kerjanya. Lagipun sekarang ini negara sedang mengalami kegawatan ekonomi. Banyak syarikat sudah bungkus, tutup kedai.

Tiba-tiba dia mendapat akal. Dia harus menjalankan satu helah. Bukan apa, untuk menyelamatkan reputasi syarikat juga. Dan menjaga keselamatan dirinya di hari muka.

Pablo mencapai telefon bimbitnya. Lalu bergegas ke tandas. Di bukanya luas-luas shower hingga tercetus seolah-olah bunyi hujan sedang melebat di luar. Walhal pagi yang berbahagia itu dilimpahi sinar mentari yang cukup suci. Embun pagi juga telah kering merasap menjadi wap!

"Boss, saya datang lewat sikit lah. Hujan lebat kat sini. Tak boleh nak jalan. Lagipun kalau sampai ofis nanti saya jadi kuyup!"

"Baiklah. Nanti lepas hujan awak bergeraklah. Jangan lupa belikan saya teh panas satu. Erk! Rahsia antara kita ya?" Encik Razak penyelia yang bertanggungjawab ke atas Pablo di pejabat itu.

"Perkh! Tak pasal-pasal musyibat datang. Terpaksalah aku bersekutu dengan orang tak puasa hari ini. Aduhai." keluh Pablo sendirian yang terus melangkah longlai dan terus menarik gembar yang membulat ditinggalkan sebentar tadi.

"Alang-alang." Pablo membetulkan kembali bantal yang penuh jasa membawa alam mimpi indah tersebut. Setelah jam sebelas barulah Pablo mengenderani motor RGV-nya untuk ke pejabat.

Isnin, 5 Oktober 2009

Pepatih Karma Sudah Taubat?!...

Arakian tersebutlah kisah di sebuah Negeri Bilangan. Datuk Bendahara Tepuk Tangan bermuram durja.

Apalah durjana besar telah menimpa diri Datuk Bendahara Tepuk Tangan! Apalah pula bencana yang melanda! Sekarang ini bagaikan garuda menyerang Negeri Bilangan.

Jamban yang diberikan kontrak dan sub-kontrak kepada Pepatih Karma telah rebah ke bumi. Baru sahaja beberapa kali digunakan, jamban telah pun menyembah bumi. Yang bersisa, tegap berdiri, hanyalah pintu jamban sahaja. Yang lain semuanya tumbang sana-sini.

Mulanya Datuk Bendahara Tepuk Tangan tidak percaya kata-kata pengawal. Bukan sahaja itu, kata-kata juak-juak dan rakyat jelata juga tidak diambil kira. Orang ramai memang tahu Pepatih Karma suka memberi suap, makan suap dan menyuap.

Bukannya Datuk Bendahara Tepuk Tangan tidak percaya sepenuhnya. Tetapi bak kata orang tua-tua, 'diluah mati bapak, ditelan mati emak!'

Datuk Bendahara Tepuk Tangan juga amat fasih perihal dalam Negeri Bilangan. Bukan Pepatih Karma sahaja yang reti beri suap, makan suap dan menyuap. Temengung, Tun Khoja, Datuk Bendahari, Demang bahkan Laksamana dalam Negeri Bilangan juga pernah beri suap, makan suap dan menyuap! Dan mereka itu juga dari kerajaan pimpinan Datuk Bendahara Tepuk Tangan.

Masa Datuk Bendahara nak naik jadi menteri-menteri besar itu pun pernah juga menyuapkan orang. Juga dulu-dulu pun Datuk Bendahara ada juga menerima suapan. Bukan sahaja dari Pepatih Karma, tetapi hampir seluruh Datuk-datuk negeri!

Syahdan perihal mesyuarat agong tempoh hari hangat yang amat. Macam-macam aduan dan usul diberikan. Kononnya hendak memperbaiki kerajaan pimpinan Datuk Bendahara Tepuk Tangan.

Paling banyak aduan ialah perihal rahsuah. Rakyat Negeri Bilangan pun sudah bising kuat.

Jadinya secara rotarik Datuk Bendahara Tepuk Tangan telah berjanji untuk hapuskan rahsuah. Hari ini rakyat telah memintanya bersungguh-sungguh.

Datuk Bendahara Tepuk Tangan tersepit akhirnya. Kambing hitam perlu dicari untuk melegakan 'jerutan dilehernya itu'. Kalau tidak diredakan kemarahan rakyat dengan tuntutan mereka itu, jawabnya Bendahara Tepuk Tangan bersama-sama Datuk-datuk pengikut dan kerajaannya akan melingkup!

Tambahan pula perbuatan Pepatih Karma amat ketara dan menjolok mata. Hingga timbul rasa cemburu, curiga dan sakit hati pada pembesar-pembesar lain. Apatah lagi hamba rakyat juga sudah tidak senang duduk.

Hingga terdapat bukti-bukti kukuh Pepatih Karma memberi suap kepada orang agar memilihnya untuk mendapatkan kontrak membina jamban awam tersebut. Bahkan bukan itu sahaja. Dia juga pernah menyuap para perwakilan untuk memilih Pepatih Karma sebagai Datuk Mendalir.

Perihal itu amat tidak disenangi oleh Datuk Maharajalela. Lalu diadukannya kepada Datuk Bendahara Tepuk Tangan.

"Datuk Bendahara! Kalau kita diam dan pejamkan sahaja hal perbuatan Pepatih Karma ini, boleh sahaja memudaratkan kerajaan Datuk dan baginda sultan! Perbuatan Pepatih Karma terlalu mencemar dan bermain api. Tidak berselindung lagi. Patik rasa Datuk Bendahara, perlu lakukan sesuatu sebelum akar umbi membungkas lari! Dan kerajaan cengkaman Datuk Bendahara tumbang!"

"Baiklah Datuk Mahajaralela. Hal ini tidak boleh didiamkan. Kita perlu jadikannya kambing hatim. Agar rakyat kembali yakin. Dan menyelamatkan beberapa orang-orang kita. Kemudian kita berbuatlah untung selepas itu!"

Akhirnya Pepatih Karma dihadapkan orang ke majlis tatatertib. Lalu Pepatih Karma dilucutkan jawatan sebagai Penghulu Kampung Hulu. Pepatih Karma didenda dibuang daerah selama tiga tahun sahaja. Setelah itu Pepatih Karma boleh kembali ke daerah asalnya.

Tinggallah Pepatih Karma diam di Kampung Raya selama tiga tahun itu sambil menghabiskan sisa-sisa hukuman tataterbit yang demikian itu.

Setelah empat tahun di buang daerah, kembalilah Pepatih Karma ke kampung halamannya di Kampung Hulu itu.

Tidak lama kemudian Datuk Manjalela pun matilah. Maka jawatan Datuk Penghulu Kampung Hulu bergelar Datuk Manjalela itu kosong. Sekarang ini Sultan sedang sibuk mencari penganti kepada Datuk Manjalela.

Sementelah itu, di rumah Pepatih Karma, Pepatih Karma sedang berangan untuk kembali berkuasa. Apatah lagi juak-juaknya yang jadi pengikutnya dulu sedang berhimpun di luar rumah. Bukan ramai pun. Adalah dalam sepuluh orang daripada berjuta-juta hamba rakyat itu.

Syahdan Pepatih Karma pun terjun dari pangkin menuju ke rumah Datuk Bendahara Tepuk Tangan.

Di sana Pepatih Karma pun merafak sembah, menyusun jari sepuluh, bermerah mata hiba, memohon ampun dan berjanji tidak akan membuat onar lagi. Terutama perihal robohnya jamban yang diberikan kontrak oleh Datuk Bendahara itu.

Jamban tempoh hari itu roboh pun angkara Pepatih Karma kerana hendak sangat lekas siap, jimatkan kos dan modal. Lalu dikurangkan sukatan simen dan pasir. Juga beberapa gelegar pintu tidak dipasang. Akhirnya robohlah jamban itu setelah dua puluh kali digunakan orang.

Pepatih Karma buat demikian hal itu pun dikeranakan juga sediaan duit suapan kepada pembesar-pembesar negeri untuk meluluskan kontrak dan CF (Sijil Layak Duduk).

Melihatkan kesungguhan Pepatih Karma itu, Datuk Bendahara Tepuk Tangan jadi kasihanlah. Terutama mengenangkan Pepatih Karma bukan orang lain. Bekas juak-juaknya dan saudara bau-bau bacang Datuk Bendahara Tepuk Tangan juga.

Datuk Bendahara Tepuk Tangan pun mengajak Pepatih Karma masuk ke dalam; ke ruang seri rumahnya.

Sebaik duduk di atas tikar mengkuang, Pepatih Karma pun menyampaikan niat bahawa dia telah insaf dan bertaubat nasuhah tidak mahu berlaku mungkar lagi dengan Datuk Bendahara. Selepas ini dia akan menjadi pengikut setia yang amat kepada Datuk Bendahara Tepuk Tangan. Kemudian beberapa bingkisan diserahkan kepada Datuk Bendahara Tepuk Tangan. Katanya sebagai hadiah!

Melihatkan itu bertambah-tambahlah kasihan Datuk Bendahara Tepuk Tangan. Ketika inilah Pepatih Karma memberitahukan hajat sebenarnya yang dia ingin bertanding untuk jawatan Datuk Manjalela. Sekurang-kurangnya dia mahu membersihkan nama baiknya dan memperbaiki segala curangnya itu.

Pepatih Karma menyakinkan Datuk Bendahara Tepuk Tangan bahawa Pepatih Karma memang amat popular dan masih popular di Kampung Hulu. Bahkan Datuk Manjalela hanyalah berkuasa setelah Pepatih Karma dilucutkan jawatan masa pilihan raya lepas di kawasan Kampung Hulu itu. Kalau tidak, Datuk Manjalela tidak merasalah jawatan Penghulu Kampung Hulu.

Dan hingga hari ini, Pepatih Karma masih yakin dan angau bahawa rakyat Kampung Hulu masih menyukai dan menggemarinya sebagai ketua mereka.

Kemudian entah dari mana tiba-tiba di luar rumah Datuk Bendahara Tepuk Tangan terdengar suara orang memekik. Lebih sepuluh orang tapi kurang lima belas orang yang berbuat demikian.

"Hidup Pepatih Karma. Kami mahukan Pepatih Karma menjadi pemimpin kami lagi di Kampung Hulu ini. Kami mahukan Pepatih Karma menggantikan Datuk Manjalela memimpin kami!"


Datuk Bendahara Tepuk Tangan menggaru kepala.

"Datuk Bendahara, bagilah peluang kepada Pepatih Karma. Dia sudah TAUBAT! Dia takkan bagi Rahsuah! Dia tak makan suap lagi!"

Kata bijak pandai yang diam di sebelah rumah Datuk Bendahara pula, "boleh percaya ke Pepatih Karma sudah taubat? Bukan ke dia dulu kaki suap juga? Silap-silap hari bulan orang yang memekik itu pun sudah dibagi suap dahulu. Aku tengok semua yang datang tu pun bekas juak-juak dan muka orang luar sahaja!"

Datuk Bendahara Tepuk Tangan serba salah. Rasa gelisah, gundah. Duduk pun tidak senang bagai orang kena miang rebung. Silanya juga tidak betul macam orang kena bisul di riba.

Sekejap-sekejap ada orang Pepatih Karma datang ke rumah memujuk Datuk Bendahara. Kejap-kejap orang bercerita kepada Datuk Bendahara perihal jasa Pepatih Karma dan keyakinan populariti dulu-dulu hingga kerajaan Bendahara Tepuk Tangan kukuh.

Itu belum lagi kes anak-anak watan yang lain turut memohon dan menyerahkan surat percalonan diri nak bertanding jawatan Datuk Manjalela itu. Semuanya memeningkan kepala Datuk Bendahara Tepuk Tangan. Hati di sana perlu dijaga, hati di sini juga perlu dipelihara!

Akhirnya Datuk Bendaraha pun berkatalah, "Beginilah. Kita cuba nasih Pepatih Karma ajelah. Kita bawa dia ke pilihan raya menentang parti lawan itu."

Sekarang ini rakyat pula menjadi bingung! Yang barukah, lamakah atau pemimpin ulangan? Tidakkah akan berulang pagar makan padi?

Hari ini juak-juak dan orang-orang Datuk Bendahara sendiri terpaksa jugalah melaung-laungkan slogan, "Pepatih Karma Sudah Taubat."

Tetapi betulkah bertaubat nasuhah? Atau mungkinkah pisang berbuah dua kali?

Tapi kalau benar Pepatih Karma sudah taubat, wajarkah dia melaung-laungkannya? Ikut Al-Quran kalau orang itu sudah taubat, maka berpalinglah muka kita kepada mukanya. Tapi itu hukum persaudaraan dalam Islam. Kalau dalam hal memimpin, bagimana pula!?

ah! pening ... pening kepala.

Tapi rakyat marhain masih mengharapkan agar Negeri Bilangan kesayangan mereka tidak ditimpa gempa bencana murkaan Tuhan seperti tanah bergoncangan dan mengelusur di Padang sana. Sedang Padang itulah dulunya tempat asal usul keturunan mereka!

Khamis, 1 Oktober 2009

Betul ke, Menang Kampung Tergadai?!

Hehehehe...

Syukur rezeki kanzz.

Tak sangkalah pula karangan maza "Aku dan Ramadhan" (http://mazaaida.blogspot.com/2009/08/aku-dan-ramadhan.html) telah dipilih memenangi hadiah utama dalam Ramadan Contest ajuran Nuaeman.

Maza amat menghargai segala usaha Nuaeman itu.

Jadi, untuk informasi lanjut tentang peraduan dan pemenang lainnya, marilah lawati laman nuamen (http://blog.nuaeman.com/umum/ramadhan-contest-datang-lagi-aku-dan-ramadhan-2.html.)

Alhamdulilah, alhamdulilah.. syukran jaziran... heheheh


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails