‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Khamis, 25 Januari 2018

PERKHEMAHAN DI PORT DICKSON (SIRI PERTAMA)

Pada Januari 21, 2018, Maza anak beranak ke Port Dickson. Biasanya di Port Dickson (PD) Maza dan anak beranak sekadar berkelah serta bermandi manda. Kali ini kami membuat keputusan untuk berkhemah pula. 

Berkhemah begini merupakan aktiviti biasa kami anak beranak. Cuma kebelakangan ini tidak sekerap seperti dahulu. Kita melancong dalam negara aje. Bajet, bajet aje (dibaca bukan bajet orang have-have).

Baru selesai mendirikan khemah. Kita bergambar satu kali.
Semasa Maza bujang dahulu dan ketika di kolej, Maza pernah berkhemah bersama-sama kawan-kawan di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson. Masa itu berkhemah di tepi Pantai Teluk Kemang adalah percuma.

Hari ini untuk memacak khemah di Pantai Teluk Kemang perlu berhati-hati. Sesetengah tempat dikenakan caj. Pilihan lokasi maza kali ini di Batu 5, Port Dickson bertetangan dengan Restoran King's Char Kuey Teow.

Malam ini kami bersantai anak beranak di benteng tepian pantai selepas siap memasang khemah. Nampaknya kami akan "qiamulailil" tengok penyu bertelur (eh, eh, eh... di PD ada penyu ke? Kalau Duyung?).

Maza ada ni, tengah main nasak-masak dan kahwin-kahwin bawah pokok rhu di Port Dickson. Perkhemahan kali ini kami angkut meja dan dapur gas dari rumah. Tong gas ada di belakang sana. 

  

Di belakang meja yang mengadap Selat Melaka itu ialah khemah kami. Khemah ini sudah berusia lebih 4 tahun dan masih mampu berkhidmat walaupun ada sedikit carik dan koyak. 

Sebuah khemah ini yang menempatkan kami sekeluarga. Untuk keselesaan semua, dua orang anak Maza yang berusia awal remaja akan menjadi pengawal keselamatan dengan tidur di luar khemah yang beralaskan kain rentang. Barulah 'adventure'
 

Abu Muaz baru berusia dua tahun. Sebelum ini Abu Muaz pernah tidur di dalam khemah, cumanya tidaklah bermalam. Ini adalah kali pertama Abu Muaz bermalam dalam khemah.
 
Sementara menunggu ibu dan ayah main masak-masak, saya bina istana untuk mereka.


Anak-anak yang lain berendam dalam laut. Katanya nak tolong ayah carikan ikan dan sotong buat sarapan esok pagi. Paling tidak merasalah sotong kangkung kalau bukan ikan sembilang masak asam pedas.

Cuma ayah bilang, kalau terserempak dengan puteri duyung, segera beritahu ayah dan rahsiakan daripada pengetahuan ibu.

Eh, eh... boleh ke awak?
Ammak satu kali...
😄
  


Anak-anak saya membawa penyauk itu. Kononnya hendak menyauk ikan untuk dibuat makanan atau hiasan. Aqlan (8 tahun) dan Daniel (12 tahun) dapat kawan baharu; Naufal dari Seremban. Gambar teknik HDR - yang entahapa2hentah




Dalam pada itu, Maza ambil kesempatan untuk merakamkan beberapa detik indah pada waktu malam di sekitar perkampungan nelayan di Port Dickson.


Malam itu mata Maza sukar mahu terlelap. Nasrun (14 tahun), Daniel dan Aqilah (5 tahun) pun begitu juga. Mereka membuat bermain dan makan di luar khemah sambil Maza memantau mereka.

Pada jam lebih kurang 2.30 pagi, keadaan langit Port Dickson berubah. Mula tenang kini kelihatan hitam pekat. Kilat mula kelihatan. Guruh mulah mengambil tempat bunyi deruan ombak.

Maza bingkas dan mengarahkan isteri dan anak-anak berkemas. Kesemua barang-barang makanan, meja dan tong gas segera dimuatkan ke dalam MPV kami. Tinggal beg pakaian, toto dan selimut bersama kami.

Telahan Maza benar, pada jam 3.20 pagi, hujan mulai runtuh di PD. Mujur angin tak kuat. Sungguhpun begitu guruh sudah tidak bergema. Kilat berhenti sambar-menyambar.

Hujan sedang lebat membasahi pasir pantai PD
 
Kami berteduh dan bertabah dalam khemah. Ini merupakan pengalaman pertama bagi anak-anak Maza.

Aqilah sedikit resah. Yang lain menikmati pengalaman indah dalam hujan lebat itu.

Pengajaran seterusnya ialah gali parit berkeliling supaya dapat mengawal aliran air bawah khemah. Jadi, tapak khemah tidaklah ditembusi air. Untuk itu, sekurang-kurangnya kenalah bawa parang pendek untuk menggali.

Anak-anak menikmati simfoni alam hasil desiran air menimpa atap khemah. Masing-masing berjaga.
Masa hujan inilah juga doa mustajab. Tadah tangan, kami berdoa sepertiga malam.

Oleh kerana khemah kami sudah berusia dan merupakan jenis satu lapisan (one layer), maka air hujan mulai membasahi sebahagian lantai khemah. Mujur juga sebahagian sahaja dan kami masih ada toto untuk dijadikan tempat tidur.

Tidak lama hujan yang lebat itu bertukar menjadi renyai-renyai (sekitar jam 4.30 pagi) masing-masing terlelap. Maza hanya mampu tidur-tidur ayam.

Seronok membaca pengalaman Maza? Haa... nantikan sambungan pengalaman perkhemahan kami di siri akan datang. Tungguuuu....
blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails