‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Isnin, 29 Januari 2018

PERKHEMAHAN DI PORT DICKSON (SIRI KEDUA)



Pada Januari 21, 2018, Maza anak beranak ke Port Dickson. Biasanya di Port Dickson (PD) Maza dan anak beranak sekadar berkelah serta bermandi manda. Kali ini kami membuat keputusan untuk berkhemah pula. (klik sini untuk SIRI PERTAMA)

Setelah diduga dengan hujan lebat pada sebelah malamnya dan Maza sekadar tidur-tidur ayam, Maza bangkit awal. Setelah Subuh mula berarak lalu, Maza mula mengambil angin di tepi pantai itu dalam keadaan sejuk.

Maza pikul kamera yang gitu-gitu dan merakamkan detik-detik pemandangan di sekitar tempat Maza berkhemah. Sudah lama Maza tidak memukul kamera untuk mengambil gambar pemandangan. Selain sibuk dengan tugasan hakiki, kemajuan teknologi komunikasi dan kemajuan telefon bimbit, menyebabkan kamera DSLR itu tersadai di dinding (hik hik).

Kesempatan berkhemah di Port Dickson kali ini Maza enggan lepaskan memotret keindahan alam (entah chantek entah kan tidak gambar maza itu, kanzzz?).



Paling riang di pantai ialah anak-anak dan mereka yang sedang bercinta. Yang berumur kenalah jadi tukang jaga bag dan barang-barang (hahaha).




Malang sungguh, saat membina istana, tiba-tiba tayar lori pancit dan tergolek pula. Mujur kemalangan ini tidak melibatkan sebarang nyawa (hik hik).


 Ada juga di sini yang membawa periuk belangga dan kebasahan kerana ditinggalkan di luar khemah pada malam tadi. Maza teka mereka masak maggi (hahaha).

Semasa Maza remaja dan menjadi ahli pengakap, perkhemahan seperti ini biasanya lauk atau makanan yang akan menjadi hidangan lumrah lagi istimewa adalah mee segera. Maggi menjadi pilihan utama selain sardin. Nostalgia sungguh, kan?



Ada juga yang membawa kerusi sendiri sambil menikmati keindahan pantai Port Dickson.




Sebahagian paya bakau yang masih terdapat di pantai Port Dickson ini. Inipun sudah gondol dan tinggal sejemput sana sini. 


Kawasan perkhemahan Maza itu berhampiran dengan pengkalan mendarat ikan nelayan tempatan. Banyak perahu dan bot di sini mencantikan lagi pemandangan.

Secara keseluruhannya kawasan ini bersih dan selesa untuk beriadah.


Jadi, sekiranya anda ingin ke Port Dickson dan memilih perkhemahan maka pilihlah tempat yang bersesuaian. Sesetengah tempat ada menyediakan pelbagai kemudahan seperti tandas beroperasi 24 jam dan 8 jam. Sesetegah tempat ada menyediakan lampu limpah jalan.

Jika keselesaan menjadi pilihan, maka tempat perkhemahan berbayar di pantai Teluk Kemang, Port Dickson adalah bersesuaian. Jika memilih ala-ala 'adventure', maka pilihlah di Batu 5 atau Batu 4, Port Dickson. Selamat bersantai kengkawan!

Pinggan ayan

Khamis, 25 Januari 2018

PERKHEMAHAN DI PORT DICKSON (SIRI PERTAMA)

Pada Januari 21, 2018, Maza anak beranak ke Port Dickson. Biasanya di Port Dickson (PD) Maza dan anak beranak sekadar berkelah serta bermandi manda. Kali ini kami membuat keputusan untuk berkhemah pula. 

Berkhemah begini merupakan aktiviti biasa kami anak beranak. Cuma kebelakangan ini tidak sekerap seperti dahulu. Kita melancong dalam negara aje. Bajet, bajet aje (dibaca bukan bajet orang have-have).

Baru selesai mendirikan khemah. Kita bergambar satu kali.
Semasa Maza bujang dahulu dan ketika di kolej, Maza pernah berkhemah bersama-sama kawan-kawan di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson. Masa itu berkhemah di tepi Pantai Teluk Kemang adalah percuma.

Hari ini untuk memacak khemah di Pantai Teluk Kemang perlu berhati-hati. Sesetengah tempat dikenakan caj. Pilihan lokasi maza kali ini di Batu 5, Port Dickson bertetangan dengan Restoran King's Char Kuey Teow.

Malam ini kami bersantai anak beranak di benteng tepian pantai selepas siap memasang khemah. Nampaknya kami akan "qiamulailil" tengok penyu bertelur (eh, eh, eh... di PD ada penyu ke? Kalau Duyung?).

Maza ada ni, tengah main nasak-masak dan kahwin-kahwin bawah pokok rhu di Port Dickson. Perkhemahan kali ini kami angkut meja dan dapur gas dari rumah. Tong gas ada di belakang sana. 

  

Di belakang meja yang mengadap Selat Melaka itu ialah khemah kami. Khemah ini sudah berusia lebih 4 tahun dan masih mampu berkhidmat walaupun ada sedikit carik dan koyak. 

Sebuah khemah ini yang menempatkan kami sekeluarga. Untuk keselesaan semua, dua orang anak Maza yang berusia awal remaja akan menjadi pengawal keselamatan dengan tidur di luar khemah yang beralaskan kain rentang. Barulah 'adventure'
 

Abu Muaz baru berusia dua tahun. Sebelum ini Abu Muaz pernah tidur di dalam khemah, cumanya tidaklah bermalam. Ini adalah kali pertama Abu Muaz bermalam dalam khemah.
 
Sementara menunggu ibu dan ayah main masak-masak, saya bina istana untuk mereka.


Anak-anak yang lain berendam dalam laut. Katanya nak tolong ayah carikan ikan dan sotong buat sarapan esok pagi. Paling tidak merasalah sotong kangkung kalau bukan ikan sembilang masak asam pedas.

Cuma ayah bilang, kalau terserempak dengan puteri duyung, segera beritahu ayah dan rahsiakan daripada pengetahuan ibu.

Eh, eh... boleh ke awak?
Ammak satu kali...
😄
  


Anak-anak saya membawa penyauk itu. Kononnya hendak menyauk ikan untuk dibuat makanan atau hiasan. Aqlan (8 tahun) dan Daniel (12 tahun) dapat kawan baharu; Naufal dari Seremban. Gambar teknik HDR - yang entahapa2hentah




Dalam pada itu, Maza ambil kesempatan untuk merakamkan beberapa detik indah pada waktu malam di sekitar perkampungan nelayan di Port Dickson.


Malam itu mata Maza sukar mahu terlelap. Nasrun (14 tahun), Daniel dan Aqilah (5 tahun) pun begitu juga. Mereka membuat bermain dan makan di luar khemah sambil Maza memantau mereka.

Pada jam lebih kurang 2.30 pagi, keadaan langit Port Dickson berubah. Mula tenang kini kelihatan hitam pekat. Kilat mula kelihatan. Guruh mulah mengambil tempat bunyi deruan ombak.

Maza bingkas dan mengarahkan isteri dan anak-anak berkemas. Kesemua barang-barang makanan, meja dan tong gas segera dimuatkan ke dalam MPV kami. Tinggal beg pakaian, toto dan selimut bersama kami.

Telahan Maza benar, pada jam 3.20 pagi, hujan mulai runtuh di PD. Mujur angin tak kuat. Sungguhpun begitu guruh sudah tidak bergema. Kilat berhenti sambar-menyambar.

Hujan sedang lebat membasahi pasir pantai PD
 
Kami berteduh dan bertabah dalam khemah. Ini merupakan pengalaman pertama bagi anak-anak Maza.

Aqilah sedikit resah. Yang lain menikmati pengalaman indah dalam hujan lebat itu.

Pengajaran seterusnya ialah gali parit berkeliling supaya dapat mengawal aliran air bawah khemah. Jadi, tapak khemah tidaklah ditembusi air. Untuk itu, sekurang-kurangnya kenalah bawa parang pendek untuk menggali.

Anak-anak menikmati simfoni alam hasil desiran air menimpa atap khemah. Masing-masing berjaga.
Masa hujan inilah juga doa mustajab. Tadah tangan, kami berdoa sepertiga malam.

Oleh kerana khemah kami sudah berusia dan merupakan jenis satu lapisan (one layer), maka air hujan mulai membasahi sebahagian lantai khemah. Mujur juga sebahagian sahaja dan kami masih ada toto untuk dijadikan tempat tidur.

Tidak lama hujan yang lebat itu bertukar menjadi renyai-renyai (sekitar jam 4.30 pagi) masing-masing terlelap. Maza hanya mampu tidur-tidur ayam.

Seronok membaca pengalaman Maza? Haa... nantikan sambungan pengalaman perkhemahan kami di siri akan datang. Tungguuuu....

Jumaat, 5 Januari 2018

WANITA ADALAH FITNAH TERBESAR AKHIR ZAMAN


Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita.” (H.R. Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, Tirmidzi)

Fitnah wanita dikatakan kerana wanita mampu melalaikan apabila tidak menjaga syariat islam. Contohnya, berpakaian tidak menutup aurat, menggoda lelaki kepada zina dan banyak lagi. Wanita menjadi fitnah jika wanita tidak menjaga maruah dan agama.

Firman Allah, "Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya ialah manusia dan batu... (at tahrim, 66:6)

Bahkan Al Quran dengan jelas menerangkan tentang fitrah lelaki adalah tertarik dengan perempuan. Bahkan wanita itulah punca fitnah terbesar selain daripada akhir:-
2) anak pinak
3) harta kekayaan
4) kenderaan
5) kebun/ladang tanaman.

Firman Allah SWT:-

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman..." (Ali Imraan: 14)

Justeru, berhati-hati dengan perempuan, waema dengan emak kita sendiri. Tinggikan darjat mereka dengan kita pelihara diri sebaik-baiknya dengan menjaga iman dan akhlak. Berakhlak dan bersyariat mengikut akidah dan ajaran Nabi Muhammad SAW.


Wallahualam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails