‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Isnin, 11 April 2016

Zakir Naik Terengganu Tour: Pelajar Perubatan Termalu Dengan Soalan Provokasi

Bakal Doktor Bertanya Dri Zakir Naib Menjawab 

Ketika saya belajar di dewan kuliah, acapkali bersoal jawab dengan pensyarah. Rata-rata pensyarah saya itu bergelar professor dan doktor. Apabila keliru atau mahukan jawapan pasti, saya akan terus bertanya kepada mereka sama ada dalam kelas, dewan, auditorium ataupun seminar. Mereka ini pakar, sudah tentu mempunyai "authority" dalam bidangnya.

Pernah juga saya bertanya soalan nakal. Lazim sekali cikgu saya itu tetap melayani dengan santun soalan yang ‘mematikan akal’ dan kelihatan bodoh.

Pensyarah-pensyarah saya itu berperinsip orangnya. Mereka sering berpesan, jika keliru, punyai soalan dan bimbangkan pendidikan, maka jangan malu bertanya. Dapatkan jawapan daripada ahli dalam bidang itu. Biarpun soalan itu nampak tidak cerdik pada sesetengah orang, tetapi soalan itu jugalah membelenggu sesetengah orang yang inginkan jawapan pasti dan tuntas daripada ‘pakar’ atau ahli pengkaji.

Nabi pula pernah menyeru kita agar belajar dan bertanya jika tidak tahu. Dapatkan jawapan daripada guru yang mursyid, pakar dan ahli dalam bidang tersebut. Malahan Nabi SAW pernah Allah tegur supaya menyantuni dan melayani soalan-soalan yang diajukan kepadanya. Jangan diremehkan walaupun soalan itu soalan yang kelihatan tidak cerdik, bangang dan tidak setara dengan pengalaman yang kita ada.

Cumanya Nabi menegah kita menyoal kembali sesuatu yang Allah telah tetapkan (dalam al-Quran) dan larangan keras yang dikeluarkan Nabi SAW sendiri.

Bakal Doktor, Dr. Zakir Naik dan Kita



Bagi saya, sekurang-kurangnya mahasiswi itu berani bertanya untuk mendapatkan pandangan, pendapat dan ijtihad daripada mulut Dr. Zakir Naik yang diiktiraf dunia bergelar "pakar", arif, agamawan dan tokoh dihormati dunia.

Mahasiswa/i ingin belajar dan inilah kaedah 'tabayyun' (menyiasat), mendapatkan fakta dan pandangan daripada orang yang ahli untuk pelajaran, pegangan dan pendidikan.

Tak usahlah hendak melatah sampai membodohkan mahasiswa itu.

Kalau betul pun mahasiswa itu bodoh, memang patut dan sebab itu dia bergelar pelajar yang hendak belajar. Kita yang tidak bergelar mahasiswa ini sudah lebih cerdikkah tanpa mahu mendengar dari mulut pakar sendiri?

Apa yang kita buat kalau kita hendak kepastian? Hanya pakai “agaknya, agaknya, agaknya” dan selepas tu taklik membabi buta. Begitukah jalan yang betul?

Lagipun, Dr. Zakir Naik menjawab soalan mahasiswa itu secara umum dan tidak pun spesifik. Dr. Zakir Naik asal dari India, dia sendiri akui tidak berapa maklum keadaan politik dan kerajaan Malaysia. Dr. Zakir Naik juga memberi jawapan bernas dengan membuat perbandingan secara menyeluruh.

Janganlah diamalkan perangai apabila nampak salah orang sedikit sahaja kita sorak sekampung. Ini tidak membantu pembentukan siasah dan pendidikan diri. Perkara jelek ini boleh membantutkan keinginan orang hendak belajar. Malah meningkatkan pula ‘ego’ dan sombong diri terhadap ilmu.

Jika tidak cerdik, maka hendaklah mengaji dan bertanya kepada guru yang mursyid, bukannya jadi kera sumbang dengan bersorak tak tentu pasal hanya kerana mendapat bunga.

Sekurang-kurangnya mahasiswi itu berani bertanya, kita hanya berani membaca dan ternganga-nganga. Soalan yang diajukan mahasiswi itu sudah tentu ada sebab musabab tertentu yang kita sendiri pun kurang jelas puncanya (hanya menurut agakan sahaja bahawa beliau bertanya sebab begitu begini).

Dengan soalan tersebut akhirnya kita semua sudah dapat jawapan daripada Dr. Zakir Naik. Sepatutnya berterima kasih kepada mahasiswi tersebut, dengan soalan itu telah membuka minda kita yang adakalanya lebih hitam gelap gelita daripada mahasiswa/i itu atau sesiapa pun jua.

Akhir kalam, janganlah kita menjadi seperti ayam yang bertelur sebiji tetapi riuh sekampung. Menang sorak, tetapi kain tertanggal (malu).

Wallahualam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails