Beberapa bulan lepas maza dan keluarga sempat melawat Muzium Negara. Ketika ini ada pameran berkenaan Senjata dan Perang.
Kebetulan pula ada sebuah gambar pahlawan Melayu yang besar kedabak. Teringin pula menyelusuri kehebatan mereka. Dapat rasa aura mereka dengan bergambar di sisi pemerintah dan pahlawan itu pun jadilah (hik hik).
Sultan Ahmad bersama pengikutnya lengkap bersenjata lembing dan tombak semasa Persidangan Durbar di Kuala Kangsar, 1897. Bersama-samanya kelihatan tiga orang anak muda yang sedang menyerap aura pendekar dan pahlawan Melayu masa silam iaitu sebelah kiri sekali Nasrun Hakim, Tengah Aqlan Sholehin dan kanan Daniel Hakim. |
Gambar di atas merupakan rakaman peristiwa di Persidangan Durbar Pertama di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada tahun 1897 iaitu Sultan Ahmad (Sultan Negeri Pahang) bersama-sama pengikutnya.
Persidangan Durbar juga dikenali sebagai Majlis Raja-Raja Negeri Melayu Bersekutu yang bermesyuarat bersama-sama Gabenor dan Residen Inggeris.
Kesengsaraan vs Keamanan, mana satu pilihan? |
Syukur kita hidup dalam keadaan aman. Keamanan ini janganlah digalang ganti dengan kesengsaraan akibat daripada sikap sombong, penting diri, dengki, rasuah, gelojoh dan berpuak-puak. Tanganilah segala permasalahan dengan semangat perpaduan, keinsafan, dan keadilan.
Maza pula bukanlah pendokong tegar pahlawan Jamal Pak Tongkol merusuh sana sini...hik hik hik