‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Selasa, 31 Mac 2015

Belanja Makan Kurang 24 jam Sebelum GST

Mee Bandung Kota Tinggi


Pekena mee bandung Kota Tinggi di Medan Selera, Kampung Makam. Istimewanya mee bandung di Kota Tinggi ini ialah dimuatkan seekor kupang bersama cengkerangnya sekali.

Kelihatan juga air bandung cincau istimewa dan sebekas cili jeruk untuk menambah selera.

Menikmati segala perasa yang ada sebelum melangkah ke era baharu.

Esok, setelah GST, tiada jaminan.

~ala la la laa~
amak satu kali.
Hik hik hik


Isnin, 30 Mac 2015

CARA SARAPAN ORANG MUAR


Persediaan membakar satay Muar
Aneh juga mulanya apabila bertanya dengan orang tempatan di Muar ini tentang sarapan dan gaya mereka sarap.

Kata mereka menu sarapan pagi orang-orang di sini ialah satay.

Ada macam-macam jenis satay tetapi lazimnya dihidangkan satay ayam, daging dan bebat (perut lembu).

Gaya bersarapan di Muar sambil membaca 'kitab',
hik hik hik

Pesan sahaja pada pelayan mahu satay, maka akan segera dihidangkan sepinggan satay yang termuat semua jenis satay di atas bersama nasi impit. Tidak perlu pesan berapa cucuk ketika pesanan dibuat. Jurukira akan mengira berapa banyak lidi satay yang telah dimakan. Dari situ dia mengetahui harga yang perlu dikenakan.

Manakala minuman kegemaran penduduk setempat ialah kopi O kaw 434.

Selain itu, lontong Muar memang lain daripada lain. Disediakan dengan sambal tumis dan sambal kacang. Rasa tradisi yang terpelihara sejak zaman berzaman katanya.

Lokasi, kedai makan yang maza maksudkan ialah di seberang jalan Terminal Bas Bentayan, bersetentangan Sungai Muar, Cafe R&H Muar.

~Ammak satu kali~
hik hik hik

Jumaat, 13 Mac 2015

Lazat Ketam Masak Lemak Cili Api Bergantung Usia Ketamnya

SIRI MASAKAN RUMAHTANGGA

"Ketam tua memang tak menyepit. Garangnya pun kurang walaupun bulan mengambang. Kalau menyepit pun tak berapa nak rasa. Jangan si ketam muda. Sepitannya, aduh . . . sehingga mengetap ulas bibir! Boleh kejang seluruh badan. Macam kena renjatan elektrik. Padat. Padu. Berselirat seribu rasa. Dan daging paling enak, lembut dan gebu tentulah si ketam muda. Ketam tua isinya dah liat. Berlipat sana sini. Hendak disedut pun kadang-kadang air pun tak ada. Manisnya hilang entah ke mana. Kadang-kadang menggerutu pula kulit cengkerang. Ngeri. Salah hemat putus selera nak hirup kuahnya sama. Dah tak berasa sangat ketam masak gulai cili api. Pedas entah ke mana, lemaknya terendam, manis lagilah tiada." terang si suami kepada kawan-kawannya yang kebetulan bertembung di pasar.

"Kalau macam tu, macam mana resepi yang bagus ayah dia?" tanya si isteri yang polos.

"Begini, seeloknya ketam tua digaulkan sekali dengan ketam muda. Sebelanga. Barulah perisanya sekata, mesra dan semuanya merasa. Tidak lebih tidak kurang. Manis ketam berasa, lemak kelapa pun terasa. Pedas, pedas, masin, masin yang secukupnya pun mengalir masuk ke tekak. Barulah enak. Barulah meriah hidup ini. Rumah tangga bahagia."

"Habis, macam mana nak tahu mana satu ketam muda dan ketam tua bangka." si isteri menyingsing kedua-duan lengannya tinggi. Bersedia untuk mencekut dan menjinjit. Di hadapan terkangkang kotak ikan.

Belumpun sempat si suami berkata lalu anak gadis Pak Ali taukey ikan. Milah namanya. Milah baru habis SPM. Tahun ini umurnya 18 tahun. Berkulit cerah. Manis orangnya. Elok benar tu.

"Di sini ada macam-macam jenis ketam kak. Abang boleh pilih mana-mana ketam yang abang suka, yang membuka selera." layan Milah kepada dua orang suami isteri. Tersenyum simpul Milah sambil meliang lentuk.

Si suami hanya mampu senyum meleret sambil membetulkan kupiah putih yang rambutnya juga sudah hampir sama warnanya dengan kupiah dipakai.

~Nota ~
Pakat baik-baik naa.. kih kih kih...

Cerpen hujung minggu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails