‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Rabu, 19 Februari 2014

Kemarau 2014 Mengancam dan Segerakan Pembenihan Awan



Suzana mahu memanfaatkan air untuk mencuci

KEMARAU 2014: Pembenihan awan belum dibuat lagi

1) Mengikut kata Jabatan Kaji Cuaca (Meteologi) Malaysia, pembenihan awan tidak dapat dibuat berikutan tiupan angin yang stabil dari satu arah iaitu angin Timur Laut ke Barat Daya. Apabila angin tidak stabil dan bergerak beberapa hala, keberangkalian untuk wap air naik ke udara amat tinggi, sekali gus membolehkan pembentukan awan yang sesuai untuk dibenihkan. (Azhar Ishak, Pengarah Bahagian Sains Atmosfera dan Pembenihan Awan, Jabatan Meteorologi Malaysia (Februari 14.2014), Cuaca Panas: Pembenihan Awan Tidak Sesuai, Sinar Harian)

Menurut Azhar lagi, pembenihan awan juga bergantung kepada kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Umum mengetahui MKN di bawah tadbiran kerajaan persekutuan.

Maza kira, di sebelah berat pantai barat Malaysia sahaja ada laut untuk mengandungkan wap air. Jika dibuat juga pembenihan awan, maka hujan dijangka gugur di atas Gunung Sinabung.

Dari satu segi, syukurlah angin bertiup ke arah barat. Jika angin bertiup mengikut dua hala dan berpusar sekeliling nusantara, ada harapan Malaysia diselubungi jerebu dan debu gunung berapi Sinabung. Perkara ini mendatangkan bencana yang lagi besar sementelah musim kemarau.

Hujan di waktu malam di Kampung Murni Jaya, Layang-Layang, Johor

2) Kata Menteri Besar Selangor, jika keadaan kemarau belanjutan, dalam minggu (yakni dalam seminggu dua) ini kerajaan negeri akan usahakan untuk menghasilkan pembenihan awan dengan kerjasama pihak Jabatan Meteologi dan syarikat swasta.

Menteri Besar Khalid Ibrahim menegaskan kerajaan negeri sanggup berbelanja untuk rakyat dengan mengeluarkan peruntukan sendiri untuk kos pembenihan itu yang sebesar RMRM300,000 hingga RM500,000. (Harakah Daily (Februari 18, 2014), Pembenihan Awan Di Selangor Minggu Ini)


~maza berasa rimas, berlengas dan panas~

Selasa, 4 Februari 2014

Luaskan Kuasa Layarmu

Cuti Tahun Baharu Cina maza tinggal di Kuala Lumpur sahaja. Tidak ke mana-mana, tidak pula pulang ke kampung halaman. Sebaliknya emak datang melawat kami. Berjalan-jalan makan angin katanya. 

Petang itu, maza mengajar Aqlan Sholehin (4 tahun) membuat origami dengan berbagai bentuk antaranya kipas tangan, sampan, kodok, bunga dan macam-macam lagi. Dalam masa sama maza menceritakan betapa hebatnya orang-orang Melayu suatu ketika dahulu.

Orang-orang Melayu cukup kreatif, pandai, kuat dan berani. Bangsa Melayulah yang pertama sekali belayar mengelilingi dunia. Nama Panglima Awang atau di tanah Eropah sana beliau dikenali sebagai Sir Hendry The Black, berbangsa Melayu, telah direkodkan dalam ketamadunan barat bahawa beliaulah  manusia pertama mengelilingi dunia.

Kemudian Aqlan meminta maza membuatkan untuknya sebuah kapal. Kali ini dia mendesak agar dibuatkan yang boleh timbul dan belayar di atas air. Mahu tidak mahu maza mengukir sebuah kapal untuknya.

Setelah siap, kami pergi ke Sungai Tua, di Ulu Yam. Di sana kami menguji kapal yang maza ukirkan untuk Aqlan. 

Sebaik kapal itu mencecah air dan dihanyutkan tiba-tiba maza tersedar bahawa betapa hebatnya bangsa Melayu. Lalu terkenangkan perihal sejarah empayar dan ketamadun Melayu Johor tempat maza bernaung dan dilahirkan. 

Ketika kapal itu mula bergerak, maza pun menyanyikan sebuah lagu bertajuk LUASKAN KUASAMU. Aqlan Sholehin turut gembira dan maza yakin dia juga turut bersemangat.

Lirik lagu LUASKAN KUASAMU


Ale Ale . .
Ale Ale . .
Ale Ale . . . yale yale (ulang 3x)

Ayuh Johor
Ayuh Johor
Luaskanlah kuasamu Johor

Kami ada
Kami ada
Setia bersamamu Johor

Ale Ale . .
Ale Ale . .
Ale Ale . . . yale yale (ulang sampai tergeliat)




SEMANGAT MERAH BIRU

Luaskan Kuasa Mu
Oh Johor Ku...

Hancurkan Semua Musuh Mu
Pahlawan Ku...

Setia Bersama Mu Johor,
Merah Biru...
Hidup Mati Johor!!!!

Lala... Lalalalala.... Lalala... Lalalala... Lala..
Hidup Mati Johor!!!!

~ mabuk bola, Hehehe - Jangan marah aaaa ~ 

Ahad, 2 Februari 2014

Bahaya Jelingan Mata Ayah


Zaman kanak-kanak dahulu jelingan ayah cukup bermakna. Bahayanya menikam ke sanubari. Tajamnya boleh meruntun hati.

Tidak perlu pun bersuara, dengan satu jelingan tajam ayah si anak mengerti. Faham benar sorotan pandangan itu bisa mengundang kemarahan ayah yang bukan kepalang. Sudah sama seperti dentuman petir dan pusaran ribut.

Anak mata yang dibeliakkan, petanda ayah amat marah! Kalau anak matanya mengekor pula seperti ada suatu amaran terakhir. Isyarat bahawa perlakuan si anak itu tidak digemarinya. Kelakuan itu salah. Perlakuan perlu diperbetulkan serta merta. Bantah dengan arahan senyap itu petanda padah!

Jika mencengkau karipap sejurus selepas bermain di tanah, tiba-tiba nampak kelibat ayah, lalu ayah menjeling. Itu petanda ada sesuatu yang tidak kena. Karipap secara automatik terlepas dari tangan. Tanpa penjelasan, anak itu faham maksud jelingan ayah. Segera bergegas ke dapur dan mencuci habis segala kekotoran. Setelah itu barulah mendapatkan karipap tadi. Duduk bersopan, membaca Basmallah dan menyuakan karipap perlahan-lahan ke dalam mulut.

Begitu juga jika pergi ke kedai runcit Pak Aji. Anak-anak akan terjah ke balang gula-gula. Sebaik memegang penutup telap itu, anak-anak akan lihat ke muka ayah. Jika ayah menjeling atau menjengkilkan anak matanya, anak-anak akan menunduk dan segera berundur ke belakang. Balang itu akan diperhatikan sahaja dari jauh. Pulang dengan senyap dan tangan kosong tanpa ada suara bertingkah. Jika ayah buat tidak tahu atau tersenyum, segera anak-anak membuka balang dan petanda gula-gula itu pemberian berharga daripada ayah. Hadiah istimewa.

Demikianlah yang berlaku kepada Amir. Hubungan Amir dengan ayahnya, Pak Saman, begitu serius. Tegang memanjang. Silap sikit tali pinggang menjadi taruhan. Bontotnya sudah banyak kali menjamah tali pinggang Pak Saman. Tidak terbilang. Ah, itu semua salah Amir juga.

Pak Saman memang mengambil berat tentang akhlak anak-anaknya. Apabila solat mesti berjamaah di surau  bersebelahan dengan rumahnya.

Maghrib itu Lebai Sahak menjadi imam. Saf pula tidak panjang, sekadar dua baris. Seramai tujuh orang ke semuanya di surau kecil itu. Pak Saman dan Amir kebetulan dalam satu saf yang sama di barisan hadapan.

Lepas rukuk entah bagaimana kain pelikat Lebai Sahak terselit di punggung. Amir berniat baik untuk membantu Lebai Sahak. Amir kira Lebai Sahak tentunya tidak selesa berkeadaan sedemikian rupa.

Amir pun menarik kain pelikat Lebai Sahak. Terlerailah kain pelikat yang terselit itu dari celahan bontot Lebai Sahak.

Entah bagaimana Amir terpandangkan muka Pak Saman. Pak Saman menjeling atau lebih tepat lagi menjengkilkan anak matanya, petanda dia tidak bersetuju. Mulut Pak Saman diketap rapat. Pak Saman marah. Pak Saman turut mengangkat jari telunjuk. Itu signal paling dahsyat. Signal yang betul-betul mengundang mala petaka!

Amir berasa gerun. Dia takut. Rasa bersalah bukan kepalang!

Segera Amir memperbetulkan keadaan. Saat Lebai Sahak sujud kali pertama itu, Amir mengambil tindakan pantas. Kain yang terselit tadi disumbatnya kembali ke pungung Lebai Sahak. Malah dikemaskan dengan mencucuk ke dalam bontot orang tua itu.

Apa lagi, Lebai Sahak terperanjat dan terdorong ke hadapan. Lebai Sahak melompat sambil meraba-raba punggung.

“Allah! Allah! Allah!” teriak Lebai Sahak.

Mereka yang telah sujud bersama Lebai Sahak, sebaik mendengarkan perkataan “Allah, Allah, Allah!” menjadi terpinga-pinga. Sejak bila pula 'takbir beralih rukun' perlu diucapkan tiga kali berturut-turut? Atau Lebai Sahak terburu-buru mempercepatkan solatnya? Apa yang Lebai Sahak kejarkan hingga tidak menyempat-nyempat?

Sebaliknya, mereka yang berada di saf belakang telah menyaksikan perlakuan Amir. Awal-awal lagi mereka sudah terguling-guling, keluar dari saf.

Semenjak peristiwa itu, Lebai Sahak merana seminggu tidak ke surau.

Ilham lantun-lantun

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails