‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Khamis, 21 Mac 2013

Wanita Haram Memakai Wangian

Minyat Atar Haruman Kasturi: Masjid Syaidina Abu Bakar RM10.00

 

SUNAT

Secara umumnya pemakaian wangian adalah sunah. Bahkan Rasulullah SAW amat menyukai bau-bauan wangi dan seringkali memakainya.

1. Nabi SAW bersabda “Barangsiapa yang diberi harum-haruman, maka janganlah ia menolaknya, kerana sesungguhnya ia itu ringan bebannya (ringan dibawa) dan harum baunya.” (H.R. Ahmad, Nasa’i, Muslim, dan Abu Dawud dari Abu Hurairah).

2. Nabi SAW bersabda “Diberi kecintaan kepadaku dari (urusan) dunia kamu, ialah wanita, harum-haruman, dan dijadikan kesejukan mataku di dalam solat.” (H.R. Sahih Ahmad, Nasa’i, Hakim dan Baihaqi dari Anas bin Malik).

3. Nabi SAW bersabda “Sebaik-baik harum-haruman (buat kamu) ialah: misk/kasturi.” (H.R. Sahih Ahmad, Muslim, Abu Dawud, Nasa’i dari jalan Abu Said al Khudriy).

4. Aisyah r.a. berkata: "Kami (isteri-isteri Rasulullah SAW) pergi menunaikan haji bersama Rasulullah SAW. Ketika hendak berihram, kami memakai minyak wangi yang terbaik di kening kami. Ketika salah seorang di antara kami berpeluh, minyak wangi itu akan mengalir hingga ke muka dan Rasulullah SAW melihat hal itu, tetapi tidak menegur kami (ertinya Nabi SAW tidak melarang)" (H.R. Ahmad dan Abu Daud) – Hadis ini khusus untuk berihram sahaja.

5. Nabi SAW bersabda: "Wangi-wangian lelaki ialah yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya. Sementara wangi-wangian wanita pula ialah yang cemerlang (jelas) warna dan tersembunyi baunya" (H.R. al-Tarmizi)

MAKRUH

Hukum berwangi-wangian ketika berpuasa adalah makruh. Ini telah umum disepakati oleh ulama dan terdapat penjelasan dalam bab puasa.

Keterangan yang dapat dipegang dan dijadikan alasan ialah fatwa Imam Syafie dan Qaliyubi yang menyatakan "makruh memakai wangi-wangian ketika berpuasa". Menurut Qaliyubi pendapat itu ialah pendapat ijmak.

DILARANG

Sungguh pun begitu, terdapat larangan kepada wanita dalam keadaan tertentu: -

1. Nabi SAW bersabda: "Seorang wanita yang memakai bau-bauan dan melintasi satu kaum (orang banyak) maka dia itu adalah perempuan zina." (H.R. Abu Dawud, Tirmidzi)

2. Nabi SAW bersabda “Apabila salah seorang dari kamu (kaum wanita) menghadiri (solat) Isya (di masjid) maka janganlah ia memakai wangi-wangian.” (H.R. Sahih Muslim, Ahmad, Nasa’i dari jalan Zainab).

3. Nabi SAW bersabda “Siapa saja perempuan yang memakai harum-haruman, maka janganlah ia menghadiri (solat) Isya (di masjid) bersama kami.” (H.R Ahmad, Muslim, Abu Dawud, dan Nasa’i dari Abu Hurairah).

4. Nabi SAW bersabda “Apabila seorang perempuan keluar ke masjid, maka hendaklah ia mandi (membersihkan diri) dari wangi-wangian sebagaimana ia mandi janabat.” (H.R. Nasa’i dari Abu Hurairah).

5. Nabi SAW bersabda “Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima solatnya sehingga ia mandi dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut).” (H.R Sahih Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah).

6. Nabi SAW bersabda “Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian ia keluar, lalu ia melewati suatu kaum (orang banyak) supaya mereka mendapati (mencium) baunya, maka dia itu adalah perempuan zina/pelacur.” (H.R. Ahmad, Nasa’i, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Hibban, Hakim, Ibnu Khuzaimah, dan Thahawi dari Abu Musa).

7. Abu Musa meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, “Setiap mata itu berzina (apabila memandang dengan nafsu wanita yang asing). Dan seorang wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melalui sesuatu majlis, maka ia adalah demikian, demikian . . . (penzina).” (H.R. Tirmidzi)

8. Ibnu Hajar dalam kitabnya al-Zawajir berkata “Apabila wanita keluar rumah memakai bau-bauan dan berhias, maka itu termasuk dosa besar walaupun diizinkan oleh suaminya”

9. Bagi wanita yang kematian suami, ketika ia masih dalam iddah, maka haram baginya berwangi-wangian. Satu fatwa daripada Imam Syafie “wanita yang kematian suami dan masih dalam iddah (4 bulan, 10 hari), maka dia dilarang daripada memakai bau-bauan”

KETERANGAN

1. Diriwayatkan dengan jelas bahawa Rasulullah SAW sangat menyukai wangi-wangian. Hukum sunat ini bersifat umum, yakni terkena kepada lelaki dan wanita. Malahan ada hadis yang meriwayatkan bahawa Nabi SAW melarangan menolak pemberian harum-haruman. Harum-haruman yang paling baik dan disukai oleh Nabi SAW ialah wangian kasturi dan misk.

2. Sungguhpun terdapat keharusan dan dihukumkan sunat, tetapi mengikut kesepakatan ulama, makruh mengenakan bau-bauan wangi ketika berpuasa.

3. Seseorang wanita apabila keluar ke masjid untuk solat atau mengikuti apa-apa sahaja aktiviti di masjid itu hendaklah membersihkan dirinya (mandi) hingga hilang bau wangian tadi. Sekiranya, masih terdapat wangian dan orang lain mampu menghidunya, maka sia-sialah solat dan amalannya itu.

4. Hadis yang mengandungi hukum: Siapa saja perempuan yang keluar ke masjid dengan memakai wangi-wangian, maka solatnya tidak diterima oleh Allah Ta’ala. Hendaklah hadis ini jadi diperhatikan betul-betul, terutama pada hari ini, umumnya kaum wanita apabila keluar ke tanah lapang untuk solat hari raya atau menghadiri majlis-majsli ilmu yang ramai orangnya, mereka sering memakai wangi-wangian yang baunya tersebar ke mana-mana.

5. Kaum wanita diharamkan memakai bau-bauan (terutamanya yang keras) apabila keluar rumah. Kalau keluar ke tempat-tempat ibadah sahaja telah dilarang keras, apalagi ke tempat-tempat lain seperti pergi ke majlis perkawinan, membeli belah, majlis keraian dan lain-lain. Sudah barang pasti larangannya lebih keras lagi.

6. Kaum wanita telah dilarang keluar dengan memakai wangi-wangian meskipun bukan untuk perhiasan atau pameran, (lumrah hari ini, sudah tentu apabila seseorang itu keluar rumah pastinya untuk mempamerkan perhiasan bauannya itu atau mempamerkan sesuatau) telah menjadi larangan sangat keras. Buktinya melalui nas yang cukup mengecam mereka yang berbuat demikian dengan Nabi SAW bersabda mereka berkelakuan seperti itu dinamakan sebagai perempuan zina!

KESIMPULAN

Perempuan dibolehkan bahkan sangat disukai memakai wangi-wangian di dalam rumahnya khususnya untuk suaminya (jika ada).

Perempuan yang hendak keluar rumah, maka wajib hukumnya membersihkan dirinya dari wangi-wangian sebersih mungkin.

Haram hukumnya bagi perempuan yang keluar rumah, baik keluar ke masjid apalagi ke tempat-tempat lain dengan memakai minyak wangi/harum-haruman/wangi-wangian.

________________________________________
Rujukan tambahan:

Kitab al-Masaail Jilid 2 hal. 151 karya Ustadz Abdul Hakim bin Amir Abdat.



Selamat Malam Jumaat ya kengkawan! 
Maza lantun-lantun dulu ... ;)

blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails