Operasi gempur tersebut bermula pagi tadi lebih kurang jam 10.00 pagi. Kedengaran bunyi tembakan dan letupan kuat di sana. Mengikut sumber kawan-kawan maza yang tinggal di Sabah, arahan mengosongkan bandar Lahat Datu telah dikeluarkan. Sekarang ini perintah berkurang dijalankan. Mereka yang berhampiran lokasi kepungan tersebut di arah berpindah dan tinggal jauh dari kawasan merah itu.
Setakat jam ini dari sumber Filipina mengatakan sekurang-kurangnya 10 orang pengikut Sultan Sulu itu terbunuh dan 4 orang cedera. (sumber berita: ABN NEWS)
Manakala 2 orang anggota keselamtan Malaysia terbunuh akibat letupan motar. Mereka daripada VAT 69 iaitu Pasukan Komando Polis dan 3 lagi cedera.
Mereka
yang terkorban ialah Insp Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin. Semoga roh pejuang-pejuang negara dirahmati
Allah!
LAHAD DATU bumimu disimbahi darah!...
Mereka terkorban kerana NEGARA...
Mereka sebenarnyalah negarawan...
Al Fatihah . . .
Laporan lantun-lantun oleh
LAHAD DATU bumimu disimbahi darah!...
Mereka terkorban kerana NEGARA...
Mereka sebenarnyalah negarawan...
Al Fatihah . . .
Laporan lantun-lantun oleh