Hari ini sudah enam Ramadhan. Bermakna sudah enam hari kita berpuasa (errr.. bagi mereka yang berpuasa penuh).
Kata ulama muktabar melalui hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para perawi, bulan Ramadhan ini dapatlah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:-
Kata ulama muktabar melalui hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para perawi, bulan Ramadhan ini dapatlah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:-
- Awal Ramadhan pintu Rahmat Allah SWT di buka seluas-luasnya
- Pertengahan Ramadhan pintu keampunan dosa dibuka luas oleh Allah SWT
- Akhir Ramadhan pula ialah pembebasan daripada seksaan neraka!
Pada suatu peristiwa, tatkala malaikat panjatkan doa ke hadrat Ilahi dengan berkata, "celakalah mereka yang keluar dari bulan Ramadhan tetapi tidak mendapat keampunan Allah!" Lalu Nabi Muhammad SAW pun mengaminkannya.
Justeru, mereka yang berjaya memenuhkan aktiviti seharian dengan amal ibadah, iaini bukan setakat menahan lapar dan dahaga di siang hari, tetapi ibadah-ibadah lain seperti sedekah, membaca Al-Quran dan qiamulail, juga menahan diri daripada melakukan maksiat; insyallah diberikan ganjaran yang hebat sehingga seribu kali ganda. Apatah lagi jika kita dapat menemui malam lailatul qadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Kemudian di akhirnya pula diberikan keampunan oleh Allah SWT.
Justeru maza pun mahu bertukar. Transform kepada yang baik-baik juga. Tidak mahu dicelakakan oleh penghuni langit dan juga penghui bumi. Maza mahu mendapat keampunan, keredhaan, rahmat dan cinta dari Allah SWT! huhuhu...
(Gambar: menghormati Ramadhan dengan menukarkan penampilan dan memelihara akhlak yang mulia. Mudah-mudahan ia dapat mentarbiahkan hati dan jiwa, lantas terus kekal yang baik-baik sepanjang zaman)
Sambil-sambil itu, juga memenuhi tuntutan iman, maza mahu mengajak kengkawan untuk bertukar menjadi insan yang baik-baik. Bertukar dari segi percakapan, perwatakan mahupun penampilan di dalam bulan Ramadhan ini.
Masih sempat lagi untuk melakukan ibadah dan pekerjaan baik-baik wahai kengkawan. Jangan berputus asa dari mengharapkan rahmat Tuhan!
Masih sempat lagi untuk melakukan ibadah dan pekerjaan baik-baik wahai kengkawan. Jangan berputus asa dari mengharapkan rahmat Tuhan!
Antara langkah yang boleh disumbangkan ke arah keredhaan Tuhan ialah dengan membantu saudara muslimin melalui PENUKARKAN PARAM!
Bukanlah maza maksudkan Param pendek (pelakon kenit) yang itu mahu ditukarkan menjadi panjang atau warnanya. Tetapi PARAM yang dimaksudkan di sini ialah PASAR RAMADHAN.
Antaranya yang perlu ditukar ialah:-
- Jangan membeli kepada peniaga PARAM yang tidak menutup aurat.
- Jangan menjual kepada pembeli yang gagal menutup aurat dengan sempurna.
- Jangan membeli barangan yang mahal harganya. Jika kita beli juga barangan yang dijual mahal itu, bermakna kita telah menganiaya saudara kita yang lain. Iaitu kita telah membuatkan infalsi dan menggalakkan peniaga menaikan harga barangan sesuka hati! (Kesian pada orang yang kurang berada seh!)
****
Alkisah, tersebutlah kisah di zaman Khalifah Syaidina Umar Al Khatab. Ketika itu, pada tahun tersebut terjadilah kemarau di tanah Arab yang amat sangat. Keadaan getir berlaku dengan bekalan daging dan makanan berkurangan. Jadinya ada para peniaga yang mengambil kesempatan dengan menaikan harga melampau-lampau sehingga ada yang sampai tiga kali ganda atau lebih!
Mahu tidak mahu seorang hamba kepada Khalifah Al Mukminin itu pun membeli secebis daging tersebut dan dibawanya kembali ke rumah.
Sampai di rumah Syadina Umar bertanya kepada hambanya itu, "kenapa sedikit sangat barangan yang kau bawa dari pasar hari ini tidak seperti lazimnya?"
Jawab hamba, "harga daging di pasar terlalu mahal tuan. Jadi saya telah membeli secebis daging ini dengan kenaikan harga tiga kali ganda!"
"Pulangkan kembali daging ini! Aku tidak mahu aku seorang sahaja dapat memakan daging sedangkan rakyatku menderita kerana masalah ini.
Jika aku memakan daging ini juga, ini bermakna aku sudah menzalimi rakyat ku. Dan bagaimana aku harus tahu kesusahan rakyat jika aku tidak sama-sama seperti mereka.
Pulangkan! Walaupun kita mampu membeli dengan harga yang mahal dengan sebanyak itu, sedangkan kebanyakkan rakyat kita tidak perolehi daging disebabkan harga sedemikian. Mana mungkin aku menelan daging ini dan membiarkan saudara-saudaraku sengsara!"
****
Cerita lain.Maza ingin kongsikan al-kisah ribut yang menghempas PARAM di Jasin Melaka. Moga-moga menjadi iktibar kepada kita sebagai pembeli, penjual, pengguna atau penguatkuasa!
Berikut ialah video yang dipetik dari 'tube anda!'
Jangan lupa bayar zakat fitrah dan fidyah....
Akhir kalam, cerminlah diri, tingkatkan prestasi dan selamat beramal!
Terima kasih kepada Cik Anisah yang cute-cute itew. Ini bermakna bertambahlah rakyat yang menjadi pengikut blog maza. Siapalah maza tanpa kengkawan yang best-best itu, kan? huhuhu