Universiti Malaya mengetatkan lagi dasar pengambilan pelajar baru terutama untuk program ijazah pertama. Berlandaskan kepada polisi 'hanya yang terbaik sahaja ditawarkan tempat di UM'. Tawaran ini merujuk kepada merit semata-mata dan mengikut garis panduan ketat yang telah ditetapkan.
Hari ini maza berkesempatan melawat Fakulti Sastera dan Sains Sosial, UM. Kesan daripada amalan polisi tersebut semenjak empat tahun kebelakangan ini telah menampakan hasil yang ketara.
Kali ini ketika kemasukan Semester 1 sessi 2012/13 pada 27 Ogos 2012 (kalau tak silap) lalu telah menyaksikan hanya seramai 50 orang pengambilan pelajar ijazah muda di Jabatan Pengajian Media.
Manakala kurang 10 orang yang hadir untuk pengajian Sarjana Pengajian Penerbitan Sessi.
Penyudahnya, ke mana-mana sahaja sisi pandangan di UM menjadi lengang. Tidak seperti setidak-tidaknya sepuluh tahun lalu, tatkala itu kerajaan telah membuka tempat ke IPTA termasuklah UM secara besar-besaran. Di UM sendiri pengambilan pelajar baru paling tidak 15 ribu orang mahasiswa. Sehingga menyebabkan penempatan di kolej-kolej penginapan menjadi sesak, berebut-rebut dan ada yang terpaksa tinggal di luar kampus.
Di fakulti-fakulti pula sentiasa meriah dengan kehadiran ramainya mahasiswa pergi ke kuliah. Di sana-sini pasti terpandangkan mereka berkumpulan atau bersendirian sambil menatang buku-buku ilmiah. (Err... menatang awek dan berendut atas motor pun ramai gak..ahaks)
Senario hari ini cukup berbeza. Kesunyian itu terasa. Kolej-kolej kediaman ada yang kosong.
Menurut seorang pensyarah dan juga sahabat maza di Fakulti Syariah, Akademik Pengajian Islam, UM, Puan Siti Aisyah. "Dengar katanya polisi UM
sekarang nak kurangkan pelajar ijuazah pertama. Kononnya nak naikkan
taraf sebagai universiti penyelidikan. Kat APIUM (sendiri) sekarang pun sama. Jabatan Syariah Undang-undang dalam 20 orang lebih sahaja. Akhirnya ramai
dengan pelajar asing."
Puan Siti Aisyah merupakan penguam syarie dan bekas pelajar UM yang cemerlang.
Sememangnya UM telah memfokuskan kepada univeristi penyelidikan. Pengurangan pengambilan pelajar ijazah sarjana muda diimbangi pula dengan penggalakan pengambilan pelajar Sarjana Tinggi dan Ijazah Dasar (PhD). Dalam masa sama pintu-pintu UM dibuka luas untuk pelajar-pelajar asing.
Oleh itu sekarang ini fenomena pelajar asing sudah menjadi lumrah. Di mana-mana fakulti kita boleh melihat golongan ini. Antara pelajar asing datangnya dari China, Iran, Afrika, Timur Tengah, Indonesia dan lain-lain lagi.
Tindakan Timbalan Naib Chaselor iaitu Prof Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon yang menjadi tunggak utama dalam pentadbiran UM telah membuahkan hasil. Semalam di dada akhbar telah melaporkan bahawa UM telah menempatkan namanya antara 200 buah universiti terbaik di dunia.
UM telah meningkatkan prestasinya ke tangga 155 daripada senarai 2,586 buah universiti di seluruh dunia yang diambilkira oleh QS Quacquarelli Symonds Ltd,. Sebelum ini UM berkedudukan di tangga 167 (tahun 2011)
dan 207 (2010). Ini bermakna peningkatan kedudukan tiga tahun berturut-turut dengan tahun ini meningkat sehingga 11 anak tangga. (The Star, 11.09.2012)
Hanya UM tersenarai dalam rangking 200 universiti terbaik. Selebihnya diikuti oleh UKM, USM, UIA dan UTM.
|
Ilustrasi diambil daripada The Star.com.my (11.09.2012) |
Pengurusan UM
Mengikut pihak pengurusan yang sempat maza temuramah, Puan Haizan berkata, para pelajar yang cemerlang sahaja diterima masuk UM.
Kemudian maza tanya semula, bagaimana nasib pelajar-pelajar yang sekadar mendapat kepujian dsahaja. Mereka itu dahulunya diberikan tempat juga di UM. Jumlah penggambilan mereka hampir mencecah 20 ribu setiap tahun. Tidakkah tindakan Timbalan Naib Chanselor itu telah mengecilkan peluang untuk rakyat kita melanjutkan pelajaran ke peringkat IPTA?
Jawapan yang maza terima, maza fikir amat menarik sekali.
Mereka yang tidak terpilih ke UM itu usah berasa gusar. Ini kerana fungsi melatih pelajar di varsiti untuk 'kemahiran' telah diambil alih oleh universiti dan kolej universiti yang lain. Seperti itu juga, banyak sudah pertambahan IPTA baru contohnya universiti-universiti kelolaan negeri seperti UMP, UMT, UMK, USIM, Kolej-kolej Universiti dan IPTS. Insititusi-institusi tersebut sudah digariskan melahirkan graduan untuk pasaran industri. Dalam kata lain untuk memenuhi permintaan majikan dan pekerjaan!
Sedangkan UM diberi tanggungjawab besar untuk meneruskan tradisi kecemerlangan. Menyahut aspirasi para ilmuan, negara dan rakyat untuk menjadikannya sebagai universiti terunggul bertaraf dunia. Mahu bersaing dalam ilmu pengetahuan, bahkan menjadi 'pemimpin' dalam bidang keilmuan. Justeru, sewarjanyalah fokus UM ialah menjadi universiti penyelidikan. Dari penyelidikan inilah akan mengembangkan dunia ilmu pengetahuan insaniah.
UM tidak lagi berfungsi sebgai 'pengguna' atau penyerap ilmu skunder! Tetapi 'pengeluar' kepada sumber ilmu-ilmu baru melalui penemuan-penemuan peyelidikan terbaharu seperti hasil inovasi dan kreativiti yang tinggi. Kemudian melahirkan ilmu teori dan falsafah yang berkesan lagi bermakna sebagai jawapan kepada persoalan dan penyelesaikan masalah masyarakat dan dunia!
UM tidak memfokuskan kepada melatih graduan untuk melengkapkan sesuatu keperluan kemahiran atau teknologi; semata-mata hendak memenuhi permintaan industri. Atau dalam kata lain melahirkan pihak pengurusan pertengahan atau atasan yang bergaji besar! Fungsi itu boleh dijalankan oleh IPTA dan IPTS yang lain.
Hasrat utama UM ialah untuk melahirkan insan pemikir-pemikir hebat; berilmu atau berfalsafah tinggi, berbudaya unggul, melahirkan para innovasi yang handal, berpengetahuan mendalam dalam setiap ilmu yang dikaji, melahirkan ilmu bersifat universal, mencipta insan yang mampu mencari, menyelongkar dan menyelesaikan masalah. Manakala fungsi "kemahiran" tinggi juga akan diselitkan sebagai salah satu keperluan pengetahuan mendalam.
Pendek kata UM mahu melahirkan golongan pemikir atau falsafah yang handal, unggul dan hebat! Sesuai dgn matalamatnya mahu menjadi institusi penyelidikan dan pendidikan unggul! Insan Premier! Ilmu universal!
Maka, mulai saat muktahir ini, UM begitu serius dalam menggalakkan warganya berusaha keras; terutama melahirkan jurnal-jurnal berimpak tinggi (high impact journals) atau menulis di jurnal-jurnal sejenis itu. Penyelidikan pula bukan calang-calang 'anak' tetapi harus mempunyai kesan dan berperstasi tinggi!
Oleh itu, its about time; struggle to excellent!
Bibliografi
- KAREN CHAPMAN (2012), "UM heads QS ranking in Malaysia." The Star. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/5/31/nation/11386120&sec=nation (access date: 11.09.2012).
- Universiti Ranking. http://www.topuniversities.com/university-rankings
Artikel ditulis oleh:-