‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Khamis, 30 Jun 2011

Rahsia terbongkar, Transformers ada kakak!

Gambar: Kredit en. Google

Sebut pasal Transformers ini  maza sudah layan dari tahun 1980-an lagi. Masa tu TV3 menayangkannya dalam bentuk animasi. Sekarang sudah dibikin dalam 3D.

Transformers 3: Dark of The Moon akan ditayangkan di seluruh dunia mulai Julai 1, 2011. 

Sungguh pun begitu, tayangan perdana telah dimulakan awal  29 Julai 2011 iaitu sebelum dibuat tayangan umum. 

Kali ini maza berkira mahu menonton Transformers bersama darling sahaja ... diulang dengan darling sahaja .... selain lebih romantik, maza mahu memberikan penumpuan sepenuhnya. Maza sudah mengorak langkah mahu menempah tayangan 3D ... hehehehe ... 

TRIVIA

Selama ini kita disogokkan dengan kepahlawanan dan kehebatan Transformers jantan. Tetapi tahukah anda bahawa robot-robot Transformers mempunyai saudara perempuan?

Ya, maza maksudkan Transformers wanita! Kalau tidak dibikin Transformers wanita sama, nanti Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan bising. Begitu juga halnya dengan gerakan fiminisme, dikatanya penerbit Transformers diskriminasi.

Jadinya, hari ini maza hendak membuat pendedahan. Sesungguhnya Transformers juga terdiri daripada gender kakak dan wanita. 

Siapakah Transformers Wanita?

Lain tidak bukan ialah Transsister atau lebih dikenali dengan nama saintifiknya Transistor. 

Gambar: Transistor.

Definisi transistor ialah komponen elektronika yang tersusun dari bahan semi konduktor yang memiliki 3 kaki iaitu: basis (B), kolektor (C) dan emitor (E).

Antara fungsi transistor ialah:
  • sebagai penguat arus
  • penguat signal AC 

Jangan marah aaa.... Selamat malam Jumaat kengkawan... ahaks.



Selasa, 28 Jun 2011

Sungai Tua, Ulu Yam

Sebagaimana maza telah janjikan di posting yang lalu, berikut gambar-gambar yang sempat maza rakamkan di Parking 1, Sungai Tua, Ulu Yam, Selangor. 

Sebenarnya maza kurang berpuas hati dengan kualiti gambar ini dan mahu membuat ulangan semula kelak. Jadi teman-teman bolehlah memberikan pandangan dan panduan di atas kerja tangan (keras) budak baru belajar ini (maza).

Hehehe...

Opps.. jika mahu lihat gambar-gambar yang lain, bolehlah menjengah ke laman blog fotografi maza. Laman blog tersebut belumlah dirasmikan dengan memotong reben lagi. Tapi bolehlah sekadar mahu menjenguk-jenguk aksi lantun-lantun maza.. hahaha

Alamatnya ialah ronawarna.blogpspot.com

Ada kengkawan kita bercuti esok hari, jadi maza mahu ucapkan selamat menyambut Hari Isyrak Mikraj ya kengkawan.



Isnin, 27 Jun 2011

Senjata.. L series, Mark II


Semalam maza sudah terjah ke Ulu Yam bikin photo shot tajuk pasal Nature & Slow Motion.

Hanya Mnhisyham Bahrom dan maza telah terjah ke kawasan air terjun Parking 1, Sg. Tua, Ulu Yam. Di kawaasan ini menempatkan air terjun. Kengkawan yang lain hilang dalam misteri. (huhuhuhu...)

Air terjun tersebut mengalir bersebelahan jalan utama dan ia memudahkan kami untuk membuat penggambaran. Tidaklah perlu meredah atau meranduk belukar sana.


Sedikit info hendak berkongsi dengan kengakawan. Senjata yang digunakan oleh sahabat ini merupakan senjata pembunuh.

Canon 5D Mark II merupakan kamera berkekuatan Full Frame. Ia mempunyai kapasiti tinggi dalam mengambil gambar di dalam keadaan cahaya berkurangan. Warna yang dihasilkan amat memberahikan dan ia sungguh merangsang gelodak nafsu penggemar fotogarfi.

Cuma senjata ini tidak begitu sesuai untuk merakamkan gambar-gambar sukan yang memerlukan kepantasan pemprosessan gambar frame per saat!

Gambar kredit kepada En. Mnhisyam (MNB photography), menembak dengan Canon 5D Mark II.. tepat ke sasaran

Ramai juga kawan-kawan maza tertewas dengan godaan senjata ini. Namun hanya segelintir sahaja yang berjaya memikat dan memilikinya. Sudah tentu untuk mendapatkan senjata ini bukan taruhan yang murah. 

Kali ini maza hendak memperkenalkan tuan punya kamera yang dahsyat tersebut iaitu En. Mnhisyam Bahrom. Kengkawan boleh berkenalan lebih lanjut dengan beliau di laman sesawangnya http://mnbphoto.blogspot.com

Gambar-gambar hasil tembakan maza di Ulu Yam akan disiarkan nanti. Sekarang amat letih lorrrr, mau prosess dulu lorr.. TUNGGUUUUU.. hehehhe

Jumaat, 24 Jun 2011

Anjakan Aras

Gambar: Mencongak & Merungkai
Hotel Seri Malaysia, Port Dickson

Muhamad Nasrul Hakim merupakan pelajar Tahun 1. Pagi tadi keputusan peperiksaan pertengahan tahunnya sudah keluar. Ibubapa dipanggil untuk menggambil keputusan anak-anak mereka. 

2) Keputusan peperiksaan Nasrun ialah 4A, 3B, 1C dan 1D. Nasrun mendapat tempat ke-21 di dalam kelasnya daripada 38 orang murid. Ini menandakan Nasrun membuat skor abjad lengkap dengan A, B, C dan D. Nasrun ditempatkan di dalam kelas 1 Dinamik, kelas terakhir. 

3) Ketika peperiksaan pertengahan tahun itu, Nasrun telah jatuh demam. Namun di atas semangat juangnya dan kata-kata motivasi daripada keluarga, anak kecil ini menggagahkan diri untuk terus hadir dan menduduki peperiksaan tersebut. Balik dari sekolah dia tertidur di atas sofa. Sesekali dia mengerang akibat suhu di tubuhnya meningkat tinggi. Setelah tertidur beberapa ketika, dia kembali bersiap untuk menduduki peperiksaan sekolah agamanya pula.

4) Maza kira dengan apa yang dilaluinya itu sudah cukup berbaloi dan boleh diterima. Mudah-mudahan dengan sedikit pengalaman ini memberi pengajaran kepada kami agar menjaga kesihatan diri terutama menjelang hari-hari penting. 

5) Kedudukan ke-21 di dalam kelasnya itu telah mengingatkan maza ketika maza di Darjah 1. Maza juga pernah menduduki tempat yang sama tetapi daripada 33 orang murid di dalam kelas A, di sebuah sekolah kampung. Kedudukan kurang memberangsangkan itu tidak bermakna kita sudah tewas. Tetapi ia sebagai  penanda aras untuk bangkit gagah dan meningkatkan kemajuan diri. 

"Mereka yang berjaya bukan tidak pernah gagal. Bezanya mereka yang Gagal dengan orang Berjaya ialah orang berjaya tidak mudah mengaku kalah. Mereka cekal dan cepat bingkas semula untuk mengatasi kegagalan (resilience)."

6) Kami berkongsi pengalaman yang sama. Ini memberikan kemudahan kefahaman kepada maza memahami akan situasi Nasrun. Apa yang diperlukan sekarang ialah dorongan dan sokongan keluarga untuk terus maju. Jadikan ia sebagai pembakar semangat. Bukannya mencemuh dan mencebikkan mulut lantas menjatuhkan air mukanya lalu meragut semangat juang!

7) Kalau dulu di kampung maza, dengan keputusan di atas sudah tentulah murid tersebut dalam kalangan pelajar-pelajar pintar. Pantas sekali kedudukan di dalam kelas bukannya ke-21, silap-silap nombor 1-5. Murid tadi memberikan sinar harapan kepada sekolah dan mendapat perhatian Guru Besar.

8) Itu kisah di kampung, tidak sama di bandar besar tempat kami berada yang dikelilingi manusia-manusia pelbagai status-quo. Persaingan cukup hebat. Entahlah kadang-kadang maza sendiri sudah putus urat kentut memikirkan bagaimana cara untuk memastikan kecemerlangan hidup terus di tangan anak-anak maza sebagaimana keinginan ibubapa yang banyak. 

Pinggan ayan: 
Keampuhan mental mengecas-tambah lingkaran kekuatan fizikal. 
Orang yang berjaya dan cemerlang degil untuk tewas.



Khamis, 23 Jun 2011

Kena faham dan tahu maksud sebenar...

Pak Mat bukanlah buta huruf, cuma bila sampai bab Bahasa Inggeris dia terkial-kial sedikit. Borang pinjaman yang dipegang oleh Pak Mat sekarang semuanya bertulisan rumi. Bukan dia tidak mengenal huruf rumi, cuma kurang lancar. Tergagap-gagap.

Sekarang, Pak Mat terpaksa mengisi borang permohonan bantuan pinjaman projek pertaniannya. Kalau tulisan jawi, Pak Mat cukup handal. Dulu-dulu masa zaman remaja, Pak Mat pernah menggarang surat cinta dalam tulisan jawi. Siap bersyair dan berpantun lagi. Lepas dilipat kemas ke dalam sampul surat, Pak Mat akan letakkan bedak sebelum dikirimkan kepada buah hatinya. Tapi kali ini sudahlah tulisan rumi, berbahasa Inggeris pula. Pak Mat mencongak-congak sendirian.

Dahulu Pak Mat bersekolah sekadar sekolah Melayu darjah 5. Selepas itu dia terpaksa berhenti sekolah gara-gara perang dunia kedua.

Pak Mat terkais-kais. Dia berasa agak janggal sedikit. Tergaru sana, tergaru sini. Kejap-kejap membetulkan kupiah putihnya. Sekejap-sekejap Pak Mat toleh ke sana, toleh ke sini dalam pejabat yang hampir kosong itu. Pak Mat cuba mencari kalau-kalau ada anak muda yang mampu menolong. Atau sekurang-kurangnya tempat untuk tumpang tanya.Tetapi pada hari itu tiada pula. Kalau ada pun masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. 

Kecuali di sisi Pak Mat, Che Kembang Lenggang, isteri Pak Mat. Che Kembang Lenggang pun dua kali lima macam Pak Mat juga. Che Kembang Lenggang cuma habis sekolah Melayu darjah 3. Lepas lima tahun tamat sekolah, terus dia berkahwin dengan Pak Mat. 

Terpaksalah Pak Mat menggagahi juga untuk mengisi borang pinjaman pertanian itu. Dia mengeja satu persatu. Kemudian Pak Mat cuba menyebutnya. Sambil-sambil itu dia mengacu-acukan perkataan tersebut kalau-kalau dia faham, atau barangkali ada keserupaan bunyi dengan bahasa Melayu. atau sekurang-kurangnya dia mampu meneka akan maksud perkataan itu.

"N. A. M. E. Aku rasa bendalah ni perkataan 'nama' ni. Hmm .. dah serupa macam bahasa orang Peraklah pulak, name'." senyum Pak Mat sendirian. 

"A'ah betullah tu abang aji. Dia nak nama abang aji lah tu. Dah tulis aje ler.." Che Kembang Lenggang bersetuju. 

"A. D. D. R. E. S. S, alamat rumah agaknya ni" Pak Mat meneka lagi, kemudian terus menuliskan alamat tempat tinggalnya di Rumah Papan Tanpa Nombor, Jalan Kubur, Kampung Seri Kenangan.

Selesai mengisi alamat rumah, Pak Mat beralih kepada soalan lain pula. Kali ini tertera perkataan A.G.E. Berpinor mata Pak Mat cuba memahaminya. Berkali-kali dia cuba menyebut perkataan itu.

"A.G.E ... A. Ge. Aji. Mungkin dia tanya kita bila naik haji. Tak gitu emaknya? Gamaknya dah berapa lama kita naik haji iya?"

"Kita naik haji dah dekat 25 tahun dah ni." Che Kembang Lenggang mengiyakan telahan Pak Mat. Lalu Pak Mat pun menuliskan angka 25 di kotak yang disediakan. 

Dalam diam tak diam habis juga borang itu diisi oleh mereka berdua. Setelah selesai Pak Mat pun menyerahkan borang permohonan pinjaman pertanian itu ke kaunter. Gadis kaunter yang cantik molek menyambut dengan sopan beserta senyuman paling manis. 

Gadis kaunter bernama Ayu membaca sekali imbas borang tersebut. Pak Mat masih tercegat di hadapan kaunter itu. Sekali sekala Pak Mat mencuri pandang ke wajah Ayu yang jelita. 

Tiba-tiba Ayu membalas pandangan Pak Mat dengan renungan tajam. Pak Mat yang masih berdiri tegak di situ tak putus-putus melemparkan senyuman. Adakalanya Pak Mat mengulum-ngulum gigi palsunya itu agar tidak tersembam ke tanah.

Muka Ayu serta merta berubah. Bertukar menjadi merah padam. Dari tersenyum bertukar ganas seperti singa lapar mahu menelan mangsa. Segera Ayu memaling wajahnya dan bergegas mendapatkan Pengurus di dalam bilik sana.

Tidak lama kemudian Pengurus datang sambil membawa borang tadi. Dia bergegas mendapatkan Pak Mat. Bukannya senyuman yang dilemparkan tetapi bermuka bengis. Seperti ada sesuatu yang dia tidak puas hati.

"Pak Mat! Apa Pak Mat tulis ni? Saya akan dakwa Pak Mat kerana melakukan gangguan seksual terhadap kerani saya" sergah Pengurus itu tak semena-mena.

Pak Mat segera menelan senyuman manisnya. Yang tinggal di muka Pak Mat ialah sebuah tanda soal! Melopong mulut Pak Mat. Di benak Pak Mat diterjah kekosongan. Pak Mat tak mengerti apa yang dimaksudkan. Pak Mat tercenggang, kaku pinta penjelasan.

"Apa salah saya tuan?"

"Ni. Apa ni Pak Mat? Apa Pak Mat cuba lakukan? Pak Mat hendak menggoda kerani saya ya?"

"Tak lah. Ini fitnah. Tuan jangan main tuduh-tuduh sebarangan"

"Habis ini apa maksudnya?" lurus jari telunjuk Pengurus itu menunjuk ke salah satu ruangan soalan dalam borang tadi yang dihempaskan ke hadapan muka Pak Mat. 

"Di ruang sex ni. Apa Pak Mat tulis?"

"Errr.... (Pak Mat cuba mengeja sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal itu) ... sekali-sekala."

"APA?!!"

"Eh ... yalah! Hal dalam kelambu yang tuan suruh kami jawab. Itulah jawapan sebenar kami. Kami dah tua tuan. Tak larat dah."

Mata Pengurus dan kerani yang ada di pejabat itu semuanya terbelalak. Pak Mat pula tercenggang-cenggang tanpa tahu apa salahnya dengan jawapan itu.

"Gini tuan, kalau tak percaya tanyalah isteri saya sendiri. Masa Pak Mat terkial-kial hendak menjawab soalan dalam kelambu ni, Pak Mat berbincang dulu dengan isteri Pak Mat. Pak Mat cakap kat isteri Pak Mat; Sex. Ishh! Apa buruk bebenor tanya soalan ghupa gini? Apa ke halnya sampai dema nak tahu aktiviti kelambu kita. Nak tulis apa ni?. Kemudian isteri Pak Mat pun jawab; Kita tulis ajelah sekali-sekala, udah ler abang aji. Jadi Pak Mat pun tulis ler. Salah ke kami tuan?..."

Pengurus itu pun menjawab seraya menahan suara: "Memang salah jawapan tu Pak Mat. Dalam borang tu bukan nak tahu tentang hal kelambu. Maksud SEX kat sini ialah jantina. Jenis jantina..."

"Allah! Pak Mat ingatkan yang itu. Sebab yang selalu keluar kat TV, berita pasal sex, gangguan sex & rogol. Tak ada pulak dia cerita sex pasal jantina. Oooo ... kalau gitu, maafkanlah kami nak ... kami orang lama, kurang faham..."

Moral: Isi borang kena hati-hati dan gunakan huruf besar!

Hari ini hari Khamis malam Jumaat. Banyak pula jemputan kenduri arwah dan doa selamat. Selamat beramal ya kengkawan. hehehehe...


Rabu, 22 Jun 2011

Wordless Wednesday - Lepak King


Location: PD
Date: Jun 2011
Photo: Poskad2u.wordpress.com/maza

Title: Tranquil & Serenity...

Note: Taking a brake from hectic world ... soaking eyes with a tranquil ambiance to refuel energy. Recharge battery before marching to the battle fields (work place). Enjoy every piece of breath while still have keep-it.

Selasa, 21 Jun 2011

Mogok Lapar, Harga Makanan Melambung!

Sotong seekor bersaiz kecil 3 inci,
Sekerat ikan susu masak merah bersaiz 3inci,
Sejemput sayur, nasi separuh, air kosong .... RM15.50

Marvellous .... Great!... Hebat!

Maza kira mahu bikin mogok lapar ... kot-kot dia orang perihatin ... uhuk!
Ke haku sensorang aje berlapar. Yang lain pakat tak kisah pun harga makanan melambung-lambung?! Hmmm?...

Sekadar gambar hiasan. Ikan terubuk bakar di Kampung Keramat, Kuala Lumpur. Yummyyyyyyy sesangatttttt... 

Kalau fikir-fikir balik, eloklah kita belajar meragut, sebelum harga rumput, resam dan lalang turut naik. Sementara itu, maza mahu melengkapkan diri dengan memasang gigi tajak dahulu di mulut. Takut juga teragut duri sembilu atau rumput benta. Bergarit pulak mulut haku tu karang.... huhuhu.

Meh kengkawan, kita sama-sama berjamaah berlajar meragut! Awak ragut sana, maza ragut situ, sambil-sambil tu kita bikin bunyi mengembek, macam kambing! Hahahaha....

Moral of the story: 

Harga makanan dan komoditi sudah mencanak-canak meningkat. Inflasi ketara dirasai oleh penduduk negara bertuah ini. 

Jadi! Moh kita berjimat cermat.. 

Tapi mengikut Teori Permintaan - (mikroekonomi)- Jika rakyat semua menyimpan duit mereka untuk langkah jimat cermat, makannya keluk permintaan akan menurun. Permintaan akan jatuh. Justeru akan berlaku lebihan penawaran lalu ada pemain industri akan bankrup atau terpaksa mengurangkan penawaran mereka. 

Dalam ekonomi makro pula, jika penawaran berkurangan bermakna pendapatan negara akan terjejas. Banyak kilang-kilang akan tutup lantas akan berlaku inflasi. 

Dengan dasar monetari (dasar kewangan), tekanan inflasi yang meningkat ini akan distabilkan dengan menaikan kadar BLR. Penyudahnya sekali lagi harga barangan melambung, dan ramai rakyat tak berumah. 

Eh, apa da. maza sudah lantun-lantun. ahaks.... 

maza: pakar ekonomi pencen yang berbelit-belit ... huhuhu

Isnin, 20 Jun 2011

GKKJ kena sepak dengan MALWARE

Gementar, dan kaget sungguh pagi tadi..

Apa tidaknya, sudah tiga hari dua malam maza tidak di atas talian (online). Maza ada urusan kenduri kahwin dan balik kampung. (ahaks, balik kampung lagi - hehehehe).

Penyudahnya pagi tadi jam 9.00 pagi ketika membuat pemantauan blog sendiri tiba-tiba maza disergah oleh amaran daripada pihak google. Blog maza sudah dihinggapi penyakit senggugut. Walaupun tidak berapa bahaya tapi kalau dibiarkan boleh menyesakkan sesiapa jua.

Abang Google sudah bagi amran sama maza di muka depan blog ini. Katanya blog GKKJ ini diserang atau mempunyai Melware.

Tanpa berlengah bagaikan penyiasat Upin & Ipin, dengan kanta cembung itu, maza pun mencari punca masalah.

Rupanya ia dijangkiti daripada blog babycutekami.blogspot.com dan Cahayacinta. com



 
Menggelabah puyuh maza. Tiba-tiba maza teringatkan abang Akuboimed. Terus maza buat panggilan sama dia mahu minta nasihat dan bantuan gitew.
 
Setelah berjurai-jurai peluh tidak henti-henti dan kepala berdenyut-denyut. Ditambah pula maza ini hanya celik papan kekunci bukan pelayar sofware atau programmer. Namun hasil kesabaran dan tunjuk ajar oleh Akuboimed dan pakcik google, akhirnya blog ini dapat dipulihkan. Dan kengkawan tidak perlulah risau ya... Kengkawan boleh melayari sambil lenggang lenggok di blog ini tanpa risau lagi.. ihik!..

Pemilik babycutekami.blogspot.com dan Cahayacinta.com silalah bertukang dan baiki blog itu. Sayang weii..

Akhir kalam, berhati-hati di jalan raya, waema dalam internet ya kengkawan... hehehe

Jumaat, 17 Jun 2011

"Ombak menerpa, pantai pun berubah..."

Ya kengkawan, begitulah yang terjadi dengan blog kesayangan ini.


Hari ini sudah berlaku satu perubahan. Di harapkan perubahan ini ditanggapi positif oleh semua pihak, baik dari pihak menyokong maza ataupun tak suka akan maza.

Kali ini blog Gubuk Kecil Kembara Jalanan berubah penampilannya. Banner yang besar kedabak dahulunya sudah ditukar dengan wajah yang baru.


Sepekara lagi, diharapkan kengkawan tidaklah terperanjat, atau menyangka tersalah masuk blog pula. hehehe...

Sekali-sekala membawa perubahan agar tidak jemu mata memandang.

Oh, hari ini hari Jumaat, selamat beramal.. hehehehe

Khamis, 16 Jun 2011

Misteri Peniaga di Tengah Hutan

Hari itu kami sekeluarga telah pergi merentas hutan di Hulu Langat. Meredah denai ke satu denai. Memanjat banir ke satu banir. Mengekori lorong-lorong sempit. Apabila lelah menerpa, kami berehat di balik perdu sambil mengesat peluh. Setelah hilang rasa lelah, kami mengatur langkah kembali.

Adakalanya kami terpaksa mendaki di celahan rimbunan buluh yang tumbuh meliar. Adakalanya merintis laluan di atas tongkolan batu-batu sungai yang kecil mahupun besar. Bongolan-bongolan batu itu adakalanya tersembul keluar dari permukaan air sungai. Ada yang tenggelam di dalam air jernih itu. Kami perlu hati-hati kerana ada di antara batu-batu tempat kami menginjakkan kaki itu berlumut dan licin.

Kami menggunakan bekas jejak-jejak lama yang ditinggalkan. Maza memandang ke langit. Hari mulai meninggi. Matahari tepat terpacak di atas kepala. Mujur julangan pepohon itu memayungi sepanjang perjalanan kami. Pucuk-pucuk pohonan yang besar dan tinggi-tinggi memberikan keredupan dan tidaklah begitu terasa keperitan kembaraan kami yang mencabar ini. 

Kami redah jeram ini yang air deras mengalir. Mujur juga anak sungai yang kami selusuri itu airnya tidak dalam. Sekadar paras betis sahaja atau paling dalam pun paras pinggang maza. Sedang kami menyelusuri anak sungai itu. 

Tatakala menyelusuri air sungai yang jernih, sejuk, segar dan nyaman ini peluh kami tetap menjijis keluar dari segala liang-liang peluh. Dalam keasyikan kami merempuh halangan tersebut, tiba-tiba terdengar bunyi  "Keting .... keting, keting, keting..." Bunyi lonceng yang digoncang bertalu-lau.

Di balik alunan lonceng tersebut, kami terdengar laungan suara; "Ais krim! Ais krim! Ais krim! Ais krim...." Ah, sebagai anak jati kampung, lazim benar kami mendengar lolongan suara dan lentingan lonceng tersebut.

Kami pun maklum bahawa bunyi lonceng yang terpancul itu datangnya dari si penjual ais. Serentak itu juga Nasrun mula merayu, "Ibu penatlah. Jom makan ais krim dulu. Nanti kita jalan lagi ehh..."

Anak kecil berusia 7 tahun itu sudah pandai memujuk-rayu. Sudah pandai tawar-menawar.

Dengan sokongan Daniel 5 tahun melalui rengekkan dan tarikan bucu baju ibunya, maka maza pun mengalah. "Ok! Kita makan ais krim dulu..." maza menyetujui cadangan si anak kecil itu.

Apa lagi, budak-budak itu bersama ibunya melompat keriangan. Maka berdedai-dedailah kami sekeluarga mendapatkan pakcik penjual aiskrim.


Masing-masing mendapatkan ais krim sorang satu. Selepas menghulurkan bayaran harga ais krim tersebut, kami sama-sama menikmatinya.

Mulanya kami duduk bersila di tebing anak sungai tersebut. Kemudian kami berpindah ke dalam anak sungai pula. Masing-masing mengambil tempat dengan duduk di atas batu yang berjongngol keluar dari permukaan air.


Selasa, 14 Jun 2011

Tomyam menjadi saduran makanan tradisi Malaysia


Sekarang ini sudah seperti Tomyam (makanan org Siam) ini sudah menjadi makanan rutin rakyat Malaysia. Apa tidaknya, kedai-kedai tomyam tumbuh bagai cendawan baru lepas hujan. Dari utara hingga ke pulau-pulau di selatan tanah air melambak-lambak restoran dan gerai menjual tomyam. Salah hemat sudah seperti tomyam itulah makanan tradisi penduduk negara bertuah ini.

Barangkali, satu hari nanti tomyam akan mengambil alih tempat makanan tradisi yang terkenal seperti ikan asam pedas, masak singgang, laksa, nasi lemak dan soto. Lalu memertabatkan tomyam sebagai hidangan utama rakyat Malaysia!

Apa-apa hal pun, dengan lambakan pelbagai variasi hidangan tomyam telah menyukarkan maza untuk  mengecam yang mana satu tomyam original!

Gambar: mulut kasik muncung panjang, baru nikmat menghirup. hehehe

Percaya atau tidak, di Kuala Lumpur rata-rata restoran mamak juga menghidangkan tomyam!

Rentetan citarasa rakyat negara ini sudah berubah, maka restoran-restoran mamak juga tidak mahu ketinggalan. Mereka juga menghidangkan tomyam.

Di restoran mamak bukannya tukang masak tomyam itu datangnya dari pantai timur atau selatan Thailand, tetapi si mamak itu sendiri memasak tomyam. Penyudahnya jadilah tomyam ala-mamak. Macam-macam bahan tambahan yang dicampurkan selain bahan asas. Antaranya yang pernah maza jumpa ialah memasukkan timun ke dalam tomyam.

Oleh kerana pola makanan rakyat negara ini sudah berubah dengan menggemari tomyam; hinggakan orang kampung sendiri pun hampir-hampir lupa akan ikan singgang, ikan masak asam, ayam masak kari dan bubur cha-cha, menyebabkan setiap daerah di negara ini punyai variasi tomyamnya tersendiri. Namun pengekalan rasa asli tomyam yang menjadi asas masakan iaitu masam, pedas dan serai wangi masih dikekalkan di dalam setiap hidangan.

Mungkinkah selepas ini dunia akan mengenali tomyam versi Malaysia atau tomyam versi Melayu? Ahaks, siapalah yang tahu kan?

Secara peribadinya maza sukakan tomyam yang dihidangkan di dalam mangkuk tanah seperti di dalam gambar-gambar di sini. Kehebatannya terletak kepada kesenian hidangan.

Untuk menikmati hidangan sebenar tomyam, seseorang itu harus memanjangkan muncungnya sepanjang-panjangnya sebelum menghirup berdekit-dekit dan disudahi dengan perkataan, "ahhhh". Enak, kan? hehehehe


Ahad, 12 Jun 2011

Sambal Ketuk

Gambar 1: Ramuan

Anda bolehlah mengambil nota resepi bahan ramuan itu dari gambar yang disediakan seperti di atas.

Pengenalan

Semenjak tersiarnya entry Ke Dapur: Pertama Kali lalu, menyebabkan saya menerima pelbagai mesej.

Antaranya meminta malah menyuruh saya untuk menyampaikan skil kungfu membuat sambal; terutamanya sambal ketuk, yang saya tuntut dan praktikan sejak lebih 15 tahun itu.

Belakang di atas kelebihan dan kesempatan di hujung minggu lalu, setelah memerah otak untuk menjejak kembali skil yang sekian lama tertinggal, akhirnya dengan penuh keringat saya lontarkan kesemuanya di sini dengan dokumentari bergambar.

Diharapkan saudara sekelian dapat memanfaatkannya dan berpuas hati.

Asal-Usul Sambal Ketuk

Arakian tersebutlah kisah akan namanya sambal ketuk diambil daripada perkataan Jawa.

Bermulalah cheretera bahawa sebagaimana semua orang sudah ketahui, sambal adalah kata nama gantian ke atas sejumlah cili atau lada yang dikisar atau dilenyek untuk dijadikan makanan. Kemudian ia dicampurkan dengan beberapa bahan lain untuk dijadikan sambal!

Frasa ‘ketuk’ dalam bahasa Jawa bermaksud menumbuk atau mengetuk cili hingga lumat di dalam lesung.

Jadi gambungan kedua-dua frasa tersebut membentuk satu kata nama baru iaitu “Sambal Ketuk.”

Nama lain bagi sambal ketuk ialah:-

a) Sambal tumbuk

b) Sambal lesung ikan bilis,

Cara-cara Penyediaannya

Cara penyediaanya cukup mudah iaitu dengan mencampurkan kesemua bahan-bahan tadi ke dalam lesung batu. Kemudian tumbuk kesemuanya hingga lumat.

Tetapi lagi elok kalau anda berdisiplin sedikit!

Jumaat, 10 Jun 2011

Terjah sama itu orang....

Minggu sudah masing-masing sudah maklum. Maza sudah settelkan semua hutang-hutang terhadap kengkawan.

Rasanya semua kengkawan yang terlibat itu telah menerima habuan masing-masing.

Kes kali ini ialah hadiah pemenang bagi kontes Garden of Eden telah pun diedarkan kepada mereka yang telah berjaya menggondolinya.

Antara pemenang tersebut ialah:-

Tempat pertama: ... Lela (Alam Desa)
Tempat kedua: .... Adele
Tempat ketiga: .... Mekar
Tempat keempat - ketujuh: ... Aku biomed, Gigi Arnab, Kak Tie, Sakura...

Sesetengah hadiah itu maza titipkan melalui Pos Malaysia. Dan sebahagian besar pula maza menghantarnya sendiri. Jimat duit stem lorr.. hahahaha

Hadiah yang dihantar menggunakan perkhidmatan pos disebabkan kesukaran capaian. Ini disebabkan mereka berada di luar kawasan liputan maza. Mereka itu ialah:-

1. SuLela
2. Gigi Arnab (Yaite)
3. Kak Tie

Sedang mereka yang maza lawati pula adalah mereka yang berhampiran dengan lokasi habitat maza... hahaha. Mereka itu ialah En. Akuboumed dan bEe....

Gambar: Akubiomed 

Gambar: bEe @ Sakura 
Cuma seorang sahaja yang maza buat penghantaran yang agak luar biasa iaitu di luar liputan. Manusia yang maza maksudkan itu ialah si adek techik yang suka main ping-pong dan teng-teng ... loncat sana, loncat sini itew .... Lain tidak bukan dia ialah Adele.

Gambar: Adele.
Kebetulan maza hendak ke selatan dan melalui kawasan eraman Adele. Jadinya maza singgah ajelah sambil main mata jeling-jeling tatkala dia sedang makan tengahari bersama jurulatihnya itew. hehehe.

Jadinya, tahniah kepada kengkawan. Jangan serik lagi naaa...

Opps.... Hari ini hari Jumaat, malam tadi malam Jumaat, selamat hari Jumaat ya kengkawan ... maza mahu lantun-lantun ya.. hahaha...




Rabu, 8 Jun 2011

Salam Berbicara Cinta ... episod kedua


Mereka harus melalui tiga pintu utama sebelum tubuh Fahmi diseret. Tidak habis-habis mereka menendang punggung Fahmi sebelum dia dihumban ke sebuah kerusi yang terletak betul-betul di bawah sebiji mentol filamen.

Bilik sempit ini hanya diterangi oleh cahaya mentol itu. Fahmi tidak dapat melihat muka mereka yang di sekeliling kecuali gerakan-gerakan yang samar-samar. 

Fahmi kemudiannya diarahkan duduk di atas kerusi itu. Lambat sedikit dijerkahnya dan penerajang akan hinggap ke tubuh. Kini tahulah Fahmi bahawa sekarang dia berada di dalam bilik soal siasat!

Selesai Fahmi duduk tangannya terus digari. Lampu yang satu itu betul-betul tegak terpancar di atas umbun-umbun kepalanya. Selesai menggari tangan dan kaki, dua orang soldadu tadi meninggalkan Fahmi di situ.

Hampir setengah jam Fahmi berkeadaan demikian rupa. Dia sudah lama separuh bogel. Semenjak ditangkap dan dicampak ke dalam penjara dia sudah berkeadaan begitu. Yang tinggal hanya seluar panjang yang masih melekap menutup aurat. Baju dan seluar dalam sudah lama dirampas oleh pengawal penjara.

Keadaan bilik soal siasat sungguh menyeramkan. Jiwanya tertekan. Sejuk mula menerjah sepelusuk tubuh. Malangnya dia tidak dapat memeluk tubuh untuk memanaskan badan yang sudah separuh togel itu. Kaki dan tanggannya sudah dibelenggu, dipasung di atas kerusi.

Tidak lama kemudian empat orang pegawai menolak pintu bilik soal siasat itu. Seorang demi seorang masuk ke dalam bilik yang menempatkan Fahmi.

Salah seorang pegawai itu memberi salam. Mulanya dia berkata lembut, tersusun dan baik sekali. Beliau menerangkan pertuduhan yang dikenakan ke atas Fahmi.

“Saya Inspektor Kamal. Ini Inspektor Zakri. Awak Fahmi bin Abdul Muthalib dituduh telah merogol Noura Binti Ibrahim. Adakah awak mahu mengaku salah di atas jenayah merogol Noura?” Sungguh pun mereka memperkenalkan diri, tetapi muka masing-masing tidak dapat dilihat. Wajah mereka tidak kelihatan di balik kesamaran bilik itu. Entah betul atau tidak nama yang diperkenalkan tadi, Fahmi tidak tahu. Yang pasti, mereka semua sudah menggelilingi Fahmi di setiap empat penjuru.

Isnin, 6 Jun 2011

Salam Bicara Cinta...

Fahmi berkeluh kesah. Sudah sebulan dia dipenjara. Dia sendiri pun tidak faham, kenapa ada manusia sanggup memfitnahnya hingga dia di penjara. 

Di balik jerigi besi itu dia duduk sambil memegang dua lututnya. Badannya disandarkan di dinding tebal penjara itu. 

"Apa dosa aku? Apa salah aku kepada kamu? Kenapa kau sanggup mendustai dan memfitnah aku?! Ya Tuhannnnn!!!" Fahmi menghantuk-hantukkan belakang kepalanya ke dinding. Mulanya perlahan sekarang bertambah kuat pula. Seperti dia tidak merasa apa pun. Dihantuk-hantuk ke dinding itu sehingga bergegar jerigi besi penghalang antara dua dunia; dunia bebas dan dunia terkurung. 

Fahmi cuba mencari jawapan sendiri. Mahu memahami situasi. Semakin dicari jawaban semakin banyak pula persoalan. Adakalanya dia berasa amat lemah dan berputus asa. 

Sekarang Fahmi mengadap dinding. Dia hadapkan muka dan sekujur tubuhnya ke batu-bata keras itu. Lantas Fahmi terus menghanggul-hanggulkan kepalanya. Dia mahu keluarkan masalah yang berkampung di dalam otak semakin bening dengan permasalahan dihadapinya. 

"Hei Fahmi, apa yang kau cuba lakukan?" Salam menegur Fahmi. Dia meluru mendapatkan Fahmi. Dia cuba menahan perbuatan Fahmi. Salam merasakan perbuatan sia-sia itu sudah terlalu melampau. Kalau dibiarkan mungkin otak Fahmi akan bertaburan di situ. Atau Fahmi akan terus gila dalam saat menghadapai cubaan dunia. 

Salam memegang kepala Fahmi. Dia cuba menghentikan kelakuan Fahmi yang sudah naik hantu. Dipeluknya Fahmi agar berhenti melakukan kerja bodoh tersebut. Didakap erat hingga terkunci semua pergerakan. Akhirnya Fahmi tidak berdaya lalu menyerah.

"Apa yang kau cuba lakukan ini Fahmi?" Salam menyergah. Salam memegang kuat bahu Fahmi sambil menggoncang-goncangkannya. Salam berharap ia dapat menyedarkan Fahmi yang sudah kemaruk itu. 

Fahmi terus menangis. Dia tenggelam dalam esakannya. Fahmi sudah dirasuk, semakin hilang pertimbangan waras. Dia hampir-hampir lemas dengan penderaan kezaliman ini. 

Jumaat, 3 Jun 2011

Hanya Kau Yang Tahu


Ha.. inilah novel terbaru dari Nekcun. Darling baru sahaja habis membacanya. Jarang sungguh maza melihat dia membaca novel, apatah lagi novel-novel cinta. Sampaikan kita bercakap dengan dia pun, dia tak dengar. khusyuk sungguh! Tesenyum-senyum, tersengih-sengih... bestlah tu... 

Habis baca, maza minta dia buat review, katanya best! Walaupun kisah cerita ni agak biasa tapi dialog-dialog romantis begitu romantiklah.... Dan yang paling penting, happy ending! Puas hati membaca. 

Cerita ini mengisahkan cinta antara seorang lelaki kaya raya dengan seorang kakitangan wanita di syarikat miliknya.

Kisah cinta bermula apabila mereka berdua membuat satu perjanjian bagi membantu lelaki kaya ini melepaskan diri dari genggaman seorang wanita yang menganggap dirinya adalah milik lelaki kaya tersebut.

Bermacam-macam telah berlaku, syak wasangka, cemburu, dendam, iri hati, kemarahan, rasa cinta dalam diam, usikan, namun akhirnya menjadikan permainan yang dirancang menjadi kenyataan.
bestnya kalau dapat bunga- kata darling; dah macam cerita Nora Ellena TV3 jam 7.00 malam setiap hari. 

Jadinya kengkawan janganlah lepaskan peluang untuk membaca novel ini. Pastinya banyak nostalgia, senyum kambing dan rasa cinta akan berputik segar.

Novel ini juga telah menjadi hadiah utama dalam contest Garden of Eden lalu. Di harap nanti pemenang hadiah buku nekcun (Kamisah Abu) dapat juga membuat review. ahaks...

Pendek kata, isteri maza kata, " lepas ni nak gi kedai bukulah, nak cari buku cerita " Huh! Cari buku novellah tu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails