‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Ahad, 31 Oktober 2010

Skodeng di Tasik Biru, Kuang, Selangor

Oktober 24, 2010 (Ahad) - maza berwasita ke Kuang. Dengar khabar di sana ada sebuah tasik yang cantik, luas terbentang dan banyak aktiviti boleh dilakukan.

Tasik tersebut merupakan bekas lombong dan terletak betul-betul tepi jalan Kuang-Rawang. Tasik lombong ini diberi nama Tasik Biru.

Kawasan tasik ini cukup besar. Ia berlatar belakangkan bangunan pangsapuri dan tumbuh-tumbuhan hijau. Ia betul-betul terletak di tepi jalan utama yang agak tenang.

Apa yang menarik di tasik ini ialah terdapat deretan gerai di sepanjang jalan di tepian tasik. Apa yang maza dapat perhatikan ialah aspek kebersihan terpelihara dan dijaga rapi.

Warung-warung ini menawarkan pelbagai juadah di sepanjang jalan utama itu. Bahkan terdapat gerai yang menawarkan hiburan karaoke. Sambil menikmati juadah dihidangkan, terasa terhibur juga mendengarkan lagu-lagu segar malar yang terpancar dari corong speaker karaoke itu.

Beberapa pondok didirikan untuk memberikan keselesaan kepada para pengunjung. Tatkala ini terdapat aktiviti riadah 'jetski'. Jadinya kita bersantai sambil memerhatikan aksi-aksi pemain tersebut.


Di samping itu juga pondok-pondok kecil ini boleh dijadikan tempat istirehat, melepaskan lelah sambil menikmati pemandangan indah di tepian tasik. Pekena air kelapa muda pun syok juga...

Sambil-sambil maza menenang lensa ke alam maya, tetiba sahaja maza terbandang sekujur tubuh dengan pakaian unggu. Lantas ia menarik perhatian maza. Mulanya maza skodeng, kemudian merangkak-rangkak cuba menangkap gambarnya.

Setelah puas mencuri, lalu maza pun pergi dekat si gadis suci ini. Kemudian maza menunjukkan gambar-gambar skodeng tersebu. Sebaik terlihatkan gambarnya terakam, Cik Lela Lala terperanjat.

Setelah keadaan menjadi tenang, maza pun meminta kebenaran untuk menayangkannya di sini sebagai hasil kreativiti (jahat) maza (yang tak lah seseni mana pun * hahahah, ketawa).

Jadi, maza tinggalkan kengkawan dengan ucapan selamat kembali bertugas setelah berhujung minggu.


Sabtu, 30 Oktober 2010

Tamatlah sebuah perjalanan hidup buat cucuku...


October 30, 2010 - Hari ini cucu (anak kepada anak saudara) maza meninggal dunia. Arwah dijangkiti virus di paru-paru. Dua malam tinggal di Hospital Selayang, dan hari ini Ahad lebih kurang jam 4.00 petang arwah kembali ke Rahmatullah.

Umurnya baru satu tahun lapan bulan. Jam 10.00 malam tadi jenazah selamat dikebumikan.

Selamat berisitrehat Masliha binti Norisyam bin Kamisan.

Buat Syam dan Mc'Na, inilah dugaan. Tetapi jangan khuatir anak itu sedang menanti kita di salah satu pintu syurga. Insyallah si anak ini akan memberi safaat kepada ke dua ibubapanya. Tetapi dengan syarat si ibubapa ini perlu redha dan tabah dengan ketentuan Allah SWT.

Sebenarnya cucu maza yang comel ini sejak lahir lagi sudah punyai masalah kesihatan. Tatkala bayi dia sudah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan lebihan air di kepalanya.

Memang doktor pernah memberitahu bahawa anak ini perlu diawasi dan mudah dijangkiti penyakit disebabkan antibodinya lemah.

Tetapi siapa yang sangka, Allah SWT mahu menggambilnya pada hari ini.

Akhir kalam dari Datuk, selamat berehat sesungguhnya kau anak yang bertuah.

Sob! Sob!.. maza baru pulang dari menziarahi keluarga yang ditimpa ujian ini, mudah-mudahan keluarga Syam mampu mengharungi cubaan dengan tabah dan sentiasa dalam keredhaan.

Rabu, 27 Oktober 2010

Penonton dibodohkan!

Seorang teman maza (Budak Tadika) meluahkan perasaannya dengan menyalurkan email seperti di bawah.

"APABILA seorang Pengarah Filem / drama yang juga seorang pelakon beriaksi tentang komen seorang penonton terhadap karya arahannya, maka dia pun memberi kenyataan sehingga menuduh orang lain sengaja mahu mencemarkan nama baiknya.

Malah dilaporkan bahawa pengarah ini tidak melenting, tapi sehingga membuat andaian yang dangkal dan senget itu mahu diistilahkan sebagai apa?

Padahal dia sendiri tidak sedar yang dia sedang merendah-rendahkan tahap pemikiran penonton di negara ini. Aku tak kisahlah kalau orang lain rasa dia memang bodoh untuk menonton sesebuah filem arahan tempatan tetapi aku menonton filem yang 'bodoh' pun dengan minda yang cerdik!

Apabila kita menonton dan kita merasai kesan langsung (dan tidak langsung) daripada sesebuah filem maka apalah salahnya kalau kita bereaksi. Maka reaksi yang tidak seiring dengan gagasan si pengarah ini terus dilabel sengaja mencari musuh, tidak puas hati secara peribadi, dan mahu mencemar nama baik pengarah itu.

Aku pun nak buat andaian bahawa pengarah ini bukan saja tidak intelektual malah hampir bankrap susila apabila mengatakan penonton cuma tahu sesebuah filem itu menarik atau tidak! Dia ingat penonton boleh dibodohkan seiring dengan kebodohan dia kot!

Aku sendiri tak paham bila pengarah ni kata komen dari seorang penonton itu menyentuh hal-hal yang teknikal walhal tak ada pulak 'budak yang masih belajar' itu bercakap tentang pencahayaan, penataan bunyi, atau aspek sinamatografinya. Takkan adegan perlakuan, ekpresi wajah, dan dialog itu yang dimaksudkan sebagai teknikal. Aku yang 'bodoh' tak macam dia ni rasa itu lebih dianggap 'content' sesebuah filem itu.

Aku tak nampak salahnya orang yang memberi komen pada karya si Pengarah ini, tapi silapnya si Pengarah ini terlondeh sifat dirinya dalam menghadapi situasi. Aku dengan ini mengkategorikan pengarah ini sebagai ... ular yang ujung pangkalnya kepala!

Satu perkara yang tidak patut ialah apabila pengarah mengandaikan respon penonton itu sebagai ekpresi seorang peminat filem yang kurang bijak dan matang. Owh ... macam tu pulak! Habis yang bijak dan matang ialah yang menelan segala lendir dan nanah yang disediakan oleh pembikin filem!" (Budak Tadika)

Apa yang diperkatakan oleh Budak Tadika tersebut adalah terkait dengan peristiwa semalam di dalam akhbar Utusan (Oktober 25 & 26).

Jawapan maza hanya angguk-angguk, geleng-geleng sahaja.

Sebenarnya, maza bukanlah mahir malah tahu sangat perihal filem tempatan. Cuma sekadar hairan apalah yang dikecohkan sangat. hmmm... seperti biasa, segala komen di alu-alukan.

pinggan ayan: "Filem kita wajah kita!"

Ahad, 24 Oktober 2010

Cendol di pohon rendang di tepi jalan

October 25, 2010 (Ahad) - Tatkala dalam perjalanan ke Kuang, Selangor maza telah terserempak dengan peniaga jalanan.

Gambar Cendol 1: Mesin pengisar cendol yang klasik gitew.
Kata orang mesin yang segar malar menghasilkan cendol tulen
Peniaga tersebut telah menjadikan pohon rendang di Jalan Teknologi 3, Kota Damansara sebagai tempatnya mencari rezeki. Berbekalkan kemahiran dan sedikit modal yang diusahakan ketika di kampung halamannya, abang penjual cendul ini cuba beradu nasibnya di sini.

Gambar Cendol 2: Pengusaha cendol

Apa yang menarik perhatian maza ialah sungguh pun beliau berniaga di bawah pohon rendang tersebut, di tepi jalan yang ada kalanya dipenuhi oleh kenderaan yang pelbagai saiz, tetapi pelanggannya tidak pernah memilih itu semua. Pelanggan beliau terdiri daripada pelbagai jenis bangsa dan status-quo.

Gambar Cendol 3: Titisan-titisan air batu sebelum dikisar halus

Gambar Cendol 4: Baru terlihatkan mesin ini sahaja sudah mampu
membuatkan kita meneguk liur sendiri. hahaha


Tatkala maza sampai di situ, mata maza tersorot ke kereta BMW dan Mercedez yang tuan empunya bersama keluarganya sedang menikmati cendol dan laksa utara. Mereka menelan dan meneguk setiap sudu yang diceduk dari mangkuk dengan penuh selera; tanpa rasa sangsi dan kekok.

(Gambar Cendol 5: Pelanggan sedang menikmati kemanisan cendol)
Gambar Cendol 6: Menghirup cendol sambil menikmati angin bertiup sepoi-sepoi bahasa,
duduk di bawah naungan pohon rendang di tepi jalan


Antara pelanggan ketika itu ialah sebuah keluarga Cina. Mereka berkeliling sesama sendiri sambil menikmati cendol buatan anak Melayu berketurunan Kedah.

Lihat sahajalah beberapa siri gambar di sini. Betapa mereka menikmati setiap titis lemak dan manisnya cendol tersebut.

(Gambar Cendol 7: Bersih tiada bersisa. Setiap hirupan membawa seribu rasa

Maza sempat menemuramah beberapa pelanggan yang lain. Antara pelanggan itu datang dari jauh seperti Singapura dan Australia!

Hmm ... maza rasa cendol pun boleh dijadikan satu mekanisme perpaduan dan penyatuan ummah. Cendol mampu menjadi satu ikon untuk mempromosikan ukhwah dan produk pelancongan negara!

(Gambar Cendol 8: Seorang Ah Moi sedang khusyuk melayani cendolnya)

Terdetik di hati maza betapa nikmatnya hidup di negara ini dengan dianugerahkan keamanan dan kesejahteraan. Mahulah pula maza berpesan, janganlah ada antara kita yang menjadi onar yang memporak-perandakan kemakmuran negara ini.


Demikian juga diharapkan agar janganlah dijadikan cendol selepas ini sebagai titik permusuhan antara dua bangsa di nusantara ini dengan tuduhan 'mencuri' khazanah negara lain walhal kita serumpun. Kita hidup bermaufakat dan berkongsi keuntungan apalah salahnya, kan?

nota kaki: tetiba maza teringatkan sebuah filem tempatan berbahasa 'Mandarin' bertajuk "Cinta Ais Kacang"

Sabtu, 23 Oktober 2010

Bertukar selera dari yang besar kedabak kepada si kecil molek.


Semalam hati sungguh panas apabila talian internet di rumah maza mula mogok. Mulanya mahu sahaja menghamburkan kata-kata nista. Tetapi setelah ada yang mengaku bermain games di dalam talian, terus maza mendiamkan diri.

Siapa lagi, kalau bukan si Nasrun (6 tahun). Akhir-akhir ini galak juga budak itu menggodek dan bermain games, walhal Nasrun belum pun pandai membaca!

Lantaran itu tahulah maza punca kelembapan talian ini, lain tidak bukan adalah disebabkan akaun penggunaan talian data (data usage) telah mencapai jumlah maksimum.



Sebenarnya maza sudah gunakan broadband dengan modem besar kedabak ini hampir 3 tahun. Difikiran maza mulalah gatal mengenyam mahu meng'upgrade'kan keupayaan capaian.

Sekonyong-konyong berpergianlah maza ke pusat perkhidmatan Maxis untuk menamatkan perkhidmatan broadband dan mahu beralih arah ke jenama yang lain; lebih murah dan reliable.

Lepas berurusan maza pun pulang ke rumah dengan senyum simpul semanis cendul yang dijual di Padang Kota, Sunway Damansara. Di pintu rumah si darling menyambut dalam kehairanan sambil cuba menjuih sekuntum senyuman manja.

"Lah! Abang kata nak tukar broadband jenama lain, kenapa abang masih ambil yang sama; maxis?" periksa si darling. Sekejap itu juga senyuman manja tadi segera luput di bibir darling lalu meninggalkan mulut yang ternganga, mata terbeliak, terpacak memerhatikan maza mahukan penjelasan.



"Kan abang dah tukar ni. Dulu yang besar dan berwayar sana sini. Sekarang ni ha ... kecil, comel dan boleh dibawa ke mana-mana saja," jelas maza tanpa terputus-putus mempamerkan gigi putihnya.

Sebenarnya dua jam yang lalu di konti Maxis itu, sebaik maza melimparkan rasa tidak puas hati dan mahu menghentikan perkhidmatan, maza telah disapa dengan suara lunak dan berwajah manis oleh seorang gadis berbaju hijau.

(Gambar: Fareeza gadis broadband maxis)

Kata gadis bernama Fareeza di cawangan Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, "memanglah encik menghadapi masalah capaian. Ini disebabkan encik menggunakan modem yang lama. Modem ZTE ini hanya berkapasiti 3mbph. Penggunaan bulanan encik sejak enam bulan yang lalu sudah melebih 3mbph. Sebaliknya, maxis dengan murah hati selama itu juga telah menyalurkan tambahan data usage untuk encik.

Akibat penggunaan internet sudah mencapai penggunaan maksium, maka talian internet akan terganggu dan capaian menjadi amat perlahan."

Melopong mulut maza mendengarkan gadis comel ini memberikan penerangan yang tepat sambil menayangkan semua akaun-akaun penggunaan maza.

Kemudian dia menyambung lagi, "Beginilah encik. Saya cadangkan tak usahlah encik menamatkan perkhidmatan dengan kami. Selain encik telah menikmati perkhidmatan tambahan dari penyaluran tambahan data usage tanpa pengetahuan encik itu, saya syorkan eloklah encik upgrade-kan modem dan akaun encik sekali. Sebenarnya dengan modem yang baru ini encik dapat menjimatkan bil bulanan. Tawaran istimewa ini hanya untuk pelanggan yang sentiasa setia menyokong kami seperti encik."

Dalam hati maza berkata, maza bukanlah setia mana pun. Kerap juga broadband yang satu ini kena 'sumpah'. Tetapi sebaik mengenangkan kata-kata lembut dan senyuman manis gadis dari Serdang, Selangor ini, maza menjadi cair dan memberikan sekali lagi peluang kepada Maxis Broadband.

Harap-harap masalah tentang talian tidak akan kembali menghantui maza kali ini. Dari itu kengkawan bolehlah mengikuti blog kesayangan kengkawan ini tanpa halangan atau menempuhi sebarang kesulitan, terutama dalam menantikan kesinambungan entry-nya. hahaha *ketawa sambil memegang perut.

nota tambahan: terima kasih Cik Faizura Rahman kerana sudi menjadikan Gubuk Kecil ini sebagai teman karib ... siapalah maza tanpa kengkawan, kan?.. huhuhu

Rabu, 20 Oktober 2010

Restauran mamak: Midah, Usop, anney bermain mata

Minggu lepas Midah komplain di kedai mamak. "Mamak! Saya rasa sudah salah kira ni. Cuba kira balik semula dan betul-betul," sergah Midah kepada seorang anney.


Terkial-kial dan terketar-ketar si anney mengira semula bil makanan. Beberapa kali dia memanggil rakannya berbincang pasal makanan yang dilahap habis oleh Midah dan suaminya, Usop.

"Wanney, renderk, Anjiee ... ayo-yo! Encik, saya minta maaf. Ini kuli saya ada sikittttt bikin silap. Ini macam saya kasik betul juga. Kurang dua ringgit dua puluh sen juga. Itu papadom saya kasi free, itu telur saya kasi charge enam puluh sen. A'rek ... mintak maaf encik." Jelas anney lembut di kaunter bayaran itu.

(Gambar: Nasi campur dan sirap di Restoran Idaman)

"Ok, baiklah. Lain kali kira baik-baik ya anney." Midah melemparkan senyuman kepada anney penjaga duit itu. Senyuman perli Midah disambut sengehan yang meleret anney penjaga duit sambil membetulkan kain dottynya.

**Jeda**

Pagi ini, Usop bersarapan di restoran yang sama. Kali ini Usop bersendirian. Seorang pelayan berbangsa Burma datang menghampiri. Usai semua hidangan terhidang, pelayan Burma itu terus mengira dan meletakkan bil di tepi pinggan.

Selepas bersarapan Usop bergerak ke kaunter bayaran. Sambil menelek bil dia mencongak sendirian, roti sardin RM3.00, teh panas RM1.20.

Sebaik tiba di depan anney kaunter bayaran, Usop segera mengeluarkan duit RM5.20. Tanpa menoleh ke muka Usop, anney terus menyambar bil serta duit yang dihulurkan itu. Kemudian anney memulangkan RM2.00 kepada Usop.

Usop tergamam. Sepatutnya anney penjaga duit itu memulangkan duitnya RM1.00 sahaja bukan RM2.00. Usop senyum. Dalam hatinya berkata, sekarang ini harga semuanya sudah mahal, satu ringgit juga mempunyai nilai, kalau dulu seringgit ini selalunya berakhir di tabung surau atau masjid tapi kali ini perlu berhati-hati sedikit.

"Anney, cuba kira balik," kata Usop sambil tangannya masih menggenggam erat duit RM2.00 di atas meja kaunter itu.

Anney terpinga-pinga. Dia takut membuat silap lagi. Kemudian dia segera mengambil semula bil yang dicampakkannya ke dalam sebuah kotak khas di sebelah mesin kira-kira itu. Dia membelek dan mengira semula.

Tanpa berkata sepatah apa pun, anney mengambil semula duit seringgit di tangan Usop. Senyum tidak, berkata terima kasih pun tidak.

Usop hanya tersenyum. Usop menggeleng-gelengkan kepala meninggalkan kaunter bayaran tadi. Anney masih sibuk dengan pelanggan yang berebut-rebut hendak membuat bayaran.

(Gambar: Aqlan gelakkan anney)

Soalan peperiksaan bahagian teka kacang:
1) Apakah yang difikirkan si anney tatkala Usop berkata "anney kira balik"?
2) Adakah anda akan melakukan perkara sama seperti Usop lakukan atau sebaliknya?
3) "Usop menggeleng-gelengkan kepalanya sambil berlalu pergi" - adakah Usop rasa menyesal di atas kelakuannya sebentar tadi?


Terima kasih tak terhingga kepada Nora Edayu yang sudi menjadi pengikut maza di blog ini.

nota: kesemua gambar ditangkap menggunakan kamera telefon ajer... hehehe


Ahad, 17 Oktober 2010

Berlari mengejar impian di tepian pantai

(Gambar: Berlari ke ufuk timur. Pantai Lanun, Penyabung)

Akhir-akhir ini terasa kecerdikan otak semakin menyusut. Rasanya banyak perkara intelektual yang maza ketinggalan. Apa yang maza khuatiri ialah episod 'hilang keyakinan diri' bermula lagi.

Banyak perihal ilmu pengurusan, teknikal dan pengetahuan telah menghilang atau sudah pun lapuk. Rasanya perlukan 'masa' untuk mengejar kembali supaya menjadi 'terkini' dan 'berupaya'!

**Jeda**

Oh kawan, aku harus berlari gagah biarpun di pasiran berombak di tepian pantai yang beralun buas. Aku pohon agar bisa menongkah gelora yang ganas untuk menjadi insan cemerlang dan budiman.

Langkah demi langkah diatur untuk terus memacu diri ke hadapan ... tidak mahu lagi tewas dan tertipu dengan 'pembisik' berbalam-balam pemecah iktikad (syaitan)!

(Gambar: Naif, beriringan tangan mengjar impian)

**Jeda**

Oh kawan aku bermimpi lagi.
Mimpi berlari ke kemuncak mimpi.
Impian yang mahu digapai meninggalkan kenangan indah bersama teman.

Rimbunan rindu pada teman-teman seperguruan
sejak melangkah ke tadika, sekolah hinggalah ke saat ini....

(Gambar: Anak-anak kecil bermain ombak. Semakin melangkah, semakin jauh meninggalkan kesan dan semakin pudar pula bekas tapak kaki)


(Gambar: Berpegangan tangan setelah berlari mengejar dan mencapai horizon impian)


Pinggan ayan: kaedah maza bersenam melembutkan gigi dengan bermain kata-kata entah apa-apa entah itu ... alkisah melankolia yang tak berapa nak melentuk gitew. hahaha,*ketawa.

Sila abaikan cerita berbelit-belit itu. Pacakkan mata sahaja ke gambar ... ahaks...



Sabtu, 16 Oktober 2010

Nasib Crocs & Inspira

(Gambar: Selipar / sandal jenama Crocs)

Kisah kasut Crocs dipelagiat dan ciplak bulat-bulat sudah sekian lama kedengaran. Pernah tangkapan besar-besaran ke atas pengedar barangan tiruan Crocs berlaku di Sg. Buloh.

Sebuah gudang dan van yang sarat dengan kasut jenama tersebut ditahan oleh pihak penguatkuasa.

Itu kisah penjual dan peniruan barangan yang menghadapi risiko tinggi menentang undang-undang ciptaan manusia.

Bagi pengguna dan pengemar kasut ini, mempunyai alkisah berbeza-beza. Pada pengemar barangan authentic dan pentingkan status, pastinya berita penangkapan ini satu kegembiraan.

Sebaliknya pada mereka yang kurang berkemampuan dan inginkan gaya yang kononnya selaras dengan peredaran fasyen, tentunya sikap mereka bercampur-baur.

Ada antara mereka yang berkeinginan amat sangat barangan separa mewah ini, mereka sanggup mengetepikan ketulinan barangan tersebut. Yang menjadi keutamaan ialah 'GAYA' dengan barangan "BERJENAMA'! Ciplak, tiruan atau 'rebadge engineering' itu jatuh nombor yang ke berdozen untuk dipertimbangkan.

Syahdan di sebuah industri yang lain pula, sesetengah pengeluar terpaksa menggunakan kaedah 'smart-partnership' dengan menggadai sesuatu untuk kepentingan 'survival' dan strategi akan datang. Lantaran itu, 'keoriginalan produk' dan keunikannya sanggup diketepikan lalu menggunakan 'moulding' (acuan) yang serupa dengan syarikat rundingannya.

(Gambar: Selipar / sandal jenama Crocs @ Pantai Lanun, Penyabung)

Lantaran itu kata Pak Mat, tidak hairanlah jika model Proton Inspira melakukan perkara yang hampir sama. Kaedah rundingan bersama pengeluar Mitshubisi Lancer dilakukan demi strategi mendatang untuk kelangsungan hidup Proton sendiri.

Bukan Proton sahaja melakukan kaedah tersebut. Sebelum ini, atau lebih tepat lagi akhir-akhir ini, terdapat bahkan dari jenama yang terkenal juga pernah melakukan perkara yang sama. Jadinya, di dalam industri automobil perkara 'smart-partnership' atau 'strategic alliance' sudah menjadi lumrah. Apatah lagi perihal 'rebadge engineering' yang sekadar mengubah beberapa peratus dan proses akhirnya mengopek, mengubah dan menampal kembali kepada jenama kereta sendiri.

Pak Mat juga menerangkan inilah masanya bagi rakyat kita yang mahukan kereta Mitshubisi Lancer yang mahal & ekslusif itu, berpeluang untuk memiliki model yang hampir sama; iaitu melalui Proton Inspira pada harga rendah dan berpatutan.

(Gambar: Crocs & jeans di tepi Pantai Lanun, Penyabung, Mersing)

"Bagi mereka yang pentingkan gaya dan 'performance' kereta, inilah masanya! Dengan membeli Inspira sebenarnya kita menyokong Proton, pengeluar kereta nasional, untuk teruskan usaha bangkit kembali dalam di pentas automobil serantau. Lagipun Proton dibina atas duit rakyat negara ini. Kita perlu 'menjaga' proton," jelas Pak Mat ghairah berbaur bangga.

"Sebenarnya Proton harus keluarkan kereta bercirikan nasional dan berbentuk tersendiri. Bukannya dengan 'membuang dan menampal lambang' kemudian dijadikan kereta nasional. Proton sudah hilang arah dengan menggadaikan maruah! Kita perlu menjaga Proton, kerana Proton wang laburan rakyat dan lambang maruah negara," tegas Pak Rosli.

Dua senario ini memberitahu kita tanggapan sesetengah rakyat yang berbelah bagi. Sesetengahnya mahu bertoleransi dan sesetengahnya memikirkan identiti. Namun yang pastinya niat mereka baik-baik belaka.

Cuma maza berharap pakatlah baik-baik. Janganlah berbalah sampai berbunuhan dan berpatah arang. Dalam strategi perniagaan macam-macam boleh berlaku.


Selasa, 12 Oktober 2010

Taman Rekreasi Kampung Temigol, Kg. Sri Lukut, Kahang, Johor



10.10.2010 (Ahad) - Kampung Sri Lukut, Kahang, Kluang, Johor mempunyai taman rekreasi yang bernama Taman Rekreasi Kampung Temigol.

Nama Taman Rekreasi Kampung Temigol diambil sempena nama sungai, kampung dan jalan Temigol yang membentuk salah satu gugusan kampung-kampung di Kampung Sri Lukut.

Kampung Sri Lukut berada dalam kawasan Parlimen Sembrong di bawah pimpinan YB Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri, Malaysia (2010).



Bagi penduduk setempat Taman Rekreasi Temigol lebih dikenali sebagai Jambatan Biru (JB).

Ini disebabkan jambatan lama yang merupakan jambatan kayu telah digantikan dengan jambatan konkrit. Penghadang kiri dan kanan jambatan ini telah diwarnakan biru. Warna biru itulah Taman Rekreasi Kampung Temigol mendapat jolokan nama Jambatan Biru.

Jambatan yang merintangi Sungai Temigol ini menghubungkan kampung dan pintu kunci air Sungai Madek, Kahang. Orang kampung memanggil pintu kunci air ini sebagai 'gate'.

Gate atau empangan kecil di Sungai Madek telah dibina sebelum perang dunia kedua lagi. Kegunaannya ialah untuk pengairan sawah Kahang (sawah Kampung Sri Lukut juga dikenali sebagai Sawah Kahang).

Sungguhpun begitu, kawasan gate merupakan kawasan larangan bagi orang awam masuk.

Dahulu, Sungai Madek menjadi tempat punca pendapatan nelayan sungai. Pertemuan kuala dan persisiran sungai Madek inilah yang membentuk kampung Kahang; sebelum wujudnya Felda Kahang Timur dan Felda Kahang Barat.

Sebelum pembinaan gate, kawasan berhampiran Sungai Madek merupakan kawasan penempatan Orang Asli. Hari ini penduduk asal itu sudah dipindahkan ke kawasan baharu. Antara penempatan Orang Asli yang berhampiran dan masih boleh ditemui ialah di Kampung Peroh Batu 26, Kampung Orang Asli Batu 25 serta sekitar lembah dan sungai Lenggong-Madek.


(Gambar: Sebahagian palang penghadang jambatan yang berwarna biru)

Kawasan rekreasi Temigol dilengkapi dengan tapak perkhemahan, tandas dan beberapa buah pondok (wakaf). Kawasan ini siap dibina prasarananya pada tahun 2005 (kalau tak silap maza).

Tidak jauh dari taman rekreasi ini (sekitar 300 meter) terdapat chalet untuk disewa. Letaknya berhampiran sawah yang terbentang luas saujana mata memandang. Dari sini anda boleh melihat panorama indah tatkala matahari terbenam atau terbit.

(Gambar: Kanak-kanak keriangan bermain di pelantar sungai)

Taman Rekreasi Kampung Temigol yang jauh daripada hiruk-pikuk dan kesibukan bandaraya amat menenangkan fikiran. Pokok-pokok hutan mengelilingi kawasan taman rekreasi memberikan anda udara segar, nyaman dan bersih.

Jika anda menginap lama dan seorang kaki pancing, anda boleh mencuba untuk melabuhkan joran. Dalam musim-musim tertentu anda boleh mengail udang galah, lampam, sebarau, tapah, keli, haruan, baung dan macam-macam lagi spesis hidupan merin sungai.

Suasana pagi di sini sungguh dingin, nyaman dan segar. Keadaan kampung yang damai disulami dengan keramahan penduduknya mampu mengembalikan nostalgia anda ke alam desa permai.

(Gambar: ebahagaian dari kehidupan di kampung.
G
adis kampung menungang motosikal bersahaja.)

Kawasan chalet itu nanti akan maza paparkan pada entry yang akan datang.

Bersesuaian sebagai taman rekreasi kampung, ia sentiasa dipenuhi oleh pengunjung yang terdiri daripada anak-anak kampung dan orang luar.

Taman Rekreasi Kampung Temigol semakin dikenali sehingga keluar negara kerana kedamaian, alam semulajadi yang masih terpelihara dan amalan pertanian padi organik.

Jadi, tidak hairanlah sekiranya anda terserempak dengan pelancong asing dari negara barat seperti Australia, German, Sweeden, England dan sebagainya. Juga pelancong-pelancong dari negara Asia seperti Bangladesh, Indonesia, India, Jepun, China, Pakistan, Kompucha, Vietnam, Thailand dan Singapura. Pendek kata seperti catatan dalam Hikayat Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang; taman rekreasi ini dilawati pelawat dari 'negeri atas angin' dan 'negeri bawah air'.


(Gambar: Airnya yang sejuk, jernih dan mengalir lesu menambahkan kesegaran kepada tubuh badan jika berendam di situ. Terutama tatkala musim kemarau atau panas, ramai penduduk kampung akan bermandi manda di sini)

Taman Rekreasi Kampung Temigol diserikan lagi dengan beberapa acara tahunan seperti perkemahan pengakap, pertandingan sukaneka anjuran penduduk kampung atau gerakan belia, pertandingan karaoke dan sebagainya.

Untuk ke sini, anda perlu melalui Bandar Kluang atau Mersing. Kampung Sri Lukut terletak 45 km dari Bandar Kluang menghala ke Mersing. Dari simpang Kampung Temigol di Kampung Sri Lukut, anda perlu berkenderaan sejauh 3 km untuk sampai ke destinasi Hutan Simpan Kekal Lenggong yang menempatkan Taman Rekreasi Temigol ini.

(Gambar: Antara pelancong dan penduduk kampung yang
bersantai di taman rekreasi ini)

Sepanjang 3 km itu anda akan menempuhi kawasan perkampungan tradisional dan sawah padi.

Kampung Sri Lukut dahulunya dikenali sebagai Kampung Kahang Bt.28 atau Kampung Melayu Kahang.

(Gambar: Sungai ini tidak mempunyai lintah yang merbahaya
kepada pengunjungnya, terutama wanita lorr ... heheheh)

Sekiranya anda berminat hendak berkunjung ke sini, anda bolehlah berhubung dengan maza ataupun Ketua Kampung, Kampung Sri Lukut.

(Gambar: Jejaka berbaju hijau, tanda pencinta alam [wanita!?])

Akhir kalam, selamat beristirahat. Luas mengembara, luas pandangan, banyak pedoman dan berkembanglah fikiran.


Tinta emas: terima kasih kepada sedara Airi Rahim kerana sudi menjadi pengikut blog maza yang tak fofular ini... hehehe


entry promote kampung sendurik.... hehehe


Jumaat, 8 Oktober 2010

SAM dan Kisah Kertas Peperiksaannya - 1997

(Gambar: SAM {Saiful Azhar Mokhtar})

Aku masih ingat lagi tatkala itu minggu-minggu exam ... peperiksaan tahun ketiga engkau.

SAM (Saiful Azhar Mokhtar), kau ada exam pagi tu. Aku dan Kuril lazim singgah ke bilik kau. Terutama si Kuril rajin benar mengejutkan kau untuk makan tengah hari.

Macam biasa, tengah hari itu ketika kami hendak ke dewan makan, kami lempias dan menggendang bilik kau. Kau terjaga dan buka pintu bilik asrama itu. Kau kembali di atas katil dan berbaring semula. Dari balik celah pintu itu kami menjenggah. Langsir masih bertutup rapat lalu mencetuskan suasana gelap macam malam dan kipas angin syiling berpusing ligat.

Kami tahu semalam kau berusaha keras mengulangkaji. Dan kadang-kadang bukannya kau ulangkaji, tetapi mencipta lagu dengan bertemankan gitar dari bilik aku. Ataupun kau menghilang ke bilik penyelia bersama keyboard muzik berjenama Roland.

Setelah memandang sekitar kami menggeleng-gelengkan kepala. Kemudian kami mengajak kau makan tengah hari bersama.

Tetapi sebaliknya kau tanya kami, "Dah pukul berapa?" Lalu kami jawab, "Dah tengah hari."

Kau terus bingkas mengelabah sambil menepuk dahi. Kami berasa pelik dan terperanjat. Kau memberitahu kami yang kau ada exam pagi tu dan sekarang kau sudah terlepaskannya!

Selepas itu kau pergi jumpa pensyarah bagi explanation baik punya. Kemudian pensyarah bagi kau special treatment examination...

Mujur juga kau lepas disebabkan assingment kau dapat baik. Kalau tidak, haru dibuatnya weiii..

wakakakka ... sesungguhnya kenangan bersama SAM memang terindah gitew ... hehehhe

Isnin, 4 Oktober 2010

Majalah URTV: Bersama Yang Teristimewa di Kolam Renang

Oktober 3, 2010 (Ahad) - Masih mood raya dan kali ini maza sempat terjah ke rumah teman bloger; Yang Teristimewa.

(Gambar: "Jom balik kampung! Nenek saya sayang saya")

Sedikit info tentang Yang Teristimewa.

Yang Teristimewa mengesahkan perjalanan hidup seorang anak istimewa Pn. Azma. Pn. Azma merupakan seorang cikgu di sekolah menengah yang terpaksa mengambil cuti dua tahun tanpa gaji. Semuanya dilakukan kerana kasih, sayang dan cinta terhadap Yang Teristimewa; Hasif & famili.

Bukan sahaja kisah sehari-harian dan diari kehidupan Hasif yang dipaparkan. Penulis juga sering menghulurkan bantuan dari segi info dan tips-tips berguna untuk membesarkan kanak-kanak istimewa.

(Gambar: Pn. Azma bersama anaknya Hasif.)

(Gambar: Tuan Tanah)

Sebenarnya hubungan kami bukanlah baru. Sudah sekian lama. Bahkan sebelum wujudnya si Hasif itu. Mengimbau kembali yang tatkala itu kami berkenalan di sebuah kolej tempatan dan sama-sama belajar. Cuma bezanya maza senior (dibaca: bukan kaki buli) kepada Pn. Azma.

(Gambar: Daniel basah)

Di hari raya tahun 2010 ini, seperti lazim maza tidak lepas peluang untuk mengunjungi kawan-kawan. Cuma kali ini berlainan sedikit. Ada keistimewaan. Kami berhari raya di tepi kolam dengan membawa makanan masing-masing. Kata orang putih ala gala pot luck gitew... hehehe

(Gambar: Hasif turut mahu berenang seperti kawan-kawan yang lain juga)

Selain tidak mahu menyusahkan tuan rumah, juga kali ini seperti serampang dua mata; berhari raya & berkelah. Bagi kaum ibu-ibu lainnya, mahu berkongsi kuih-kuih air tangan masing-masing.

Selain keluarga maza, kami turut disertai oleh bloger Arena Nusantara, Lantera dan Cik Ayu.

(Gambar: Anis)

(Gambar: Famili Blogger Arena Nusantara)

Bukan setakat anak-anak kami yang gembira, tetapi mak, ayah dan kengkawan lain turut kecoh berteriakan girang.

(Gambar: Riang ria di dalam kolam)

Kecoh, memang kecoh. Tercengang-cengang segala isi alam yang ada di kolam renang itu. Kaum Ayah-ayah pun mengambil kesempatan untuk menyejukkan badan dengan turut menyelam sambil berenang-renang bersama anak-anak masing-masing.

(Gambar: Lokman bergaya dalam Majalah Maskulin)

Kehadiran kami telah menggegarkan segala bangunan tinggi di Kota Damansara sehingga menarik perhatian seluruh warga pangsapuri.

(Gambar: Beraya sambil berkelah di tepi kolam)

Sambil-sambil itu, maza juga sempat mempotret gambar si gadis sunti dan bujangan anak-anak tuan rumah. Lokman (7 thn) dan Jaja (5 thn) sudah pandai berinteraksi dengan kamera.

(Gambar: Jaja malu-malu)

Berikut ialah gambar Jaja yang sudah dilap kering-kering. Pandai anak ini berposing. Macam dalam Majalah 3, TV3. hehehehe

(Gambar: Potrait Jaja)

"Wah Ma! Pandai sungguh Lokman dan Jaja berposing ya. Macam ni punya gayalah, cepat laku. Tak lama lagi bermenantu tuan rumah ni," giat maza.

Mereka yang ada di situ semuanya tergelak kecuali budak-budak itu yang tidak tahu apakah yang makbapa mereka perkatakan.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails