‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Jumaat, 1 Januari 2010

Jolly! & Celebrate.. KEBAMBOOOOM

Januari 1, 2010 (Jumaat) - Entry yang pertama di tahun baru. Selamat tahun baru semua! Sebelum itu sedikit bingkisan bidalan kata yang entah apa-apa entah disertakan....

(Gambar: Keadaan langit sebelum dilimpahi cahaya bunga api)
Sudah tiba Tahun Baru
Ramai pemuda berpusu-pusu
Ke dataran masing-masing menunggu
Melihat jam yang satu
Menanti letupan bunga api satu persatu

Tanda masa pun berlalu
Kenangan yang dahulu
Sudahkah di semak satu persatu?!

Masa terus berlalu
Takkan hidup masih kekal macam dahulu?
Tiada perubahan walaupun sebesar bulu

Renung-renungkanlah perihal tingkah laku
Hijrahlah diri aku dan kamu
Demi masa depan yang bertambah mutu!

erk! bukan menjadi seperti...
malang nasib Muthu si Penjual Phutu!
Tiada berubah walau sesudu.. huhuhu

*****
Seawal jam 9.00 malam, keluarga maza dan kawan-kawan kejiranan telah mula berkumpul. Lagaknya seperti berkelah di padang luas di tengah-tengah malam buta.

Bukan sahaja kami hendak mencerap bulan yang dikatakan akan berlaku gerhana bulan bermula jam 2.00 pagi. Juga hendak melihat di dalam malam tersebut di terangi oleh bunga api dari kejauhan.

Di samping itu, dapatlah kami mengeratkan tali silaturahim.

(Gambar: antara jiran yang mengambil bahagian)

Tikar dihampar, hidangan di masak dihidangkan. Sementara menantikan BBQ selesai, kami bersembang. Sesekali melihat jam di tangan. Dan sesekali melihat di kaki langit sana.



Sunyi malam terburai juga dengan lagaan bunyi gong dan gendang serta rebana. Saling tingkah meningkah melagukan dikir barat. Budaya pantai barat menghiasi lantai waktu malam kami. Tetapi tiadalah pula mereka yang terkinja-kinja, atau menelan pil khayal.

Lagu-lagu yang dibawa ada yang kotemporari, banyak yang berunsur nasihat. Tidak kurang juga yang men'sumbang'-mambangkan lagu! hentam ajelah.. huhuhuhu..

Rentak halwa telinga ini tergedala, sebaik jam menghampiri sepuluh minit lagi ke 12.00 tengah malam.

Detik di ambang Tahun Baru bermula sebaik bunga api di horizon mula mewarnai alam maya! Bertalu-talu memancutkan lahar berwana ceria dihujung kaki langit sana.



Anak-anak yang berlarian terhenti. Terlopong mulut memandang langit. Ada yang memekik, "Langit runtuh! Langit runtuh!". Kemudian berebut mendapatkan perlindungan dari ibubapa mereka.

Alam bermandikan cahaya hampir lima belas minit lamanya.


Namun, kali ini pertunjukkan bunga api tidaklah sehebat dan semerah tahun lalu. Tahun lalu terlalu meriah dan bertalu-talu di ruang angkasa.



Namun demikian kami tetap gembira. Cuma maza rasa terkilan sedikit, kerana hasrat untuk menangkap gambar pecahan cahaya bunga api itu tidak begitu menerujakan.

"Tak mengapa, abang boleh cuba lagi di tahun hadapan!", pujuk si bidadari maza yang sedang sarat itu.

"Aa'ah! Mudah-mudahan umur abang dipanjangkan. Ya tak?!", balas maza yang mendapat sedikit suntikan semangat dari pujukan sang isteri.


Selasa, 29 Disember 2009

Patah Harapan


Disember 28, 2009 (Isnin) - Semalam en. Eser maza sudah pulih dari demam. Selsema dari hingusnya juga sudah mengering. Tapi batuk-batuk kecil masa terdengar.

Lega rasanya hati ini kerana en. Eser selamat dibedah.

Tapi berita buruk pula tertimpa-timpa. Bagai buah durian terhempap di kepala.

(Gambar: Tersadai di atas pokok)

Tokey kecil cina itu cakap, "Aya kawan! Wa boleh selamatkan itu D drive punya saja. Itu C drive aaa.. tak lak boleh jalan lagi. Dalam aaa, sudah ale busat punya virus lorr. Jadi, wa kasi format tu C terus maa.."

Penyudahnya, banyak gambar-gambar yang cun-cun itu musnah. Gambar RAW dan siap diedit lenyap sama sekali. Tsunami yang melanda ini membawa kepada devastating yang amat besar di hati maza... huhuhu

Apa tidaknya, tempoh hari ketika maza pulang ke kampung; menyahut lambaian ibu, sempat juga maza merakam beberapa keping gambar bernilai sentelmental dan nostalgia.

Tetapi hari ini kesemua gambar landskap keindahan kampung nan tercinta itu telah lenyap.

(Gambar: Termenung di atas tangga rumah kampung, di pagi hari)

Alkisah, kononnya maza ingin berkongsikan gambar-gambar tersebut di blog tercinta ini. Kini segala-segala potrait itu telah punah!

Di celah lantai hati masih terdepat rasa bertuah. Beberapa dokumen penting dapat diselamatkan.

"Nasib baik you ada buat itu dua partition. Kalau tidak, wa tak dapat tolong lorr"

Untuk menghiburkan hati yang lara, maza telah merayau-rayau sana sini bersendirian. Sekali-sekala termenung jua mengenangkan nasib badan. Sambil-sambil itu dapatlkan juga beberapa nasihat percuma dari kawan-kawan best-best itu.

"Jangan diratapi yang tak ada, ekekekeke.... Sila-silalah amik gambar baru nak replace gambar-gambar yang dah hilang", kata Adila yang jelitawan itew!

Huhuhu...

Aduhaiii kanzz....

(psst 1: sila abaikan model yang berbayar satu kamera RM10 itew yea!) hehehehehe
psst 2: entry terakhir di blog tercinta ini..........................., jumpa lagi di tahun hadapan!)


Ahad, 27 Disember 2009

Mata Keranjang!


Disember 27, 2009 (Ahad)
- Seluruh blogers di alam maya ini tahu Eser maza demam selsema H1N1 gelombang kedua.

Bosan memang tidak tertahan-tahan. Maza pun sudah penat menghiburkan hati dengan berdendang di bawah lampu neon di sebalik jeriji tingkap besi.

(Gambar: Di sebalik jerigi besi di tabir berlangsir)

Hingga langit juga sayu mendengarkan dendangan lagu pilu itu. Seolah-olah faham lalu beraraklah mendung kelabu. Arakian langit turut menyanyi dengan irama dentuman di sana sini. Seperti mengiringi okestra pula lagaknya.

(Gambar: Awan berarak mendung kelabu)

Syahadan, seluruh alam maya pun menangislah. Hujan menitis lebat. Berjujuran merata dataran benua.

Ah Jahanam! Bukan ini yang ku pinta.

Lain pula yang diterjah, lain pula yang jadinya. Maza mahu menghiburkan hati yang lara, tiba-tiba dirantai digenangi hujan melebat di luar sana.

(Gambar: Tangisan hujan)

Apa lagi. Mata maza pun turut sayu.

Alam menjadi sunyi, melainkan bisikan nafas yang beralun-alun mendodoi mata yang sudah pun tewas!

Puas tidur, maza pun terjaga.

Lalu mengaru-garu kepala sebaik terkenangakan bayi yang dikandung oleh isteri masih belum mahu keluar. Dua hari lalu, bayi itu sudah menendang-nendang perut ibunya. Molek benar tanda-tanda mahu lahir. Tetapi sampai saat ini masih belum mahu keluar lagi.

Doktor di PUSRAWI pun naik rimas juga. Lalu dibenarkan keluar wad terlebih dahulu.

"Bawa jalan-jalan. Exercise dapat membantu memudahkan bersalin. Saya benarkan awak pulang. Kemudian kalau sudah terasa sakit sangat atau keluar tanda-tanda besar, segera ke hospital, ya.", kata Dr. Zarina.

Sudahnya petang itu, maza mengajak isteri pergi ke e@Curve. Biasalah orang perempuan, kan mereka suka bershopping. Hilang teringatkan apa yang dikandung itu. Maka berjalanlah kami merayau-rayau di sana-sini.

Kemudian kami singgah pula ke pusat permainan. Di sana maza mencuba nasib bermain bola keranjang. Puas main seorang-seorang, maza paksa isteri join sekali. Dengan alasan menurut nasihat doktor. Mudah-mudahan mudah pula bersalinnya.

Maka isteri maza pun turut melontar 'jamrah' - (bola), ke dalam keranjang itu. Makin lama makin seronok. Makin ghairah hendak mencipta rekod dunia. Hehehehehe...

(Gambar: Masukan token sebelum berjuang melontar 'jamrah')

Penyudahnya, habis duit maza berpuluh ringgit jugalah. Gasaklah, janji bersenam dan happy....



Psst: bagi ibu-ibu mengandung, barangkali nasihat, tauladan dan contoh ini tidak ada gunanya... dilarang meniru!

Psst: kalau mau tiru juga, kena cari idea sendirilah yea.. sebagai contoh, main jongkang-jongket ke.... hehehhe



Jumaat, 25 Disember 2009

Life without Eser! Blank..

Disember 23, 2009 (Rabu) - setelah empat tahun menggunakan laptop berjenama Acer model 3620, akhirnya semalam kali kedua ianya terbarai.

Jawabnya terpaksalah maza memanjat tangga ke kedai apek hendak membetulkan laptop itu. Ini juga bermakna banyak jugalah kerja maza dan fail-fail maza itu akan luput di memori hard disk. Aduhaiii...

Harap-harap proses reformat nanti dapat recover balik semua fail-fail maza. Terutama gambar-gambar kenangan gitew.

Aduhaii, marilah kawan-kawan sama-sama tadahkan tangan. Mohon restu dan keselamatan, agar segala fail-fail tersebut terselamat dan terpeliharalah hendaknya! Amennnn...

Life without Eser! Sungguh memeritkan. Terasa sungguh sunyi alam ini. huhuhu...Terputus sudah hubungan antara dua darjat...terputus silaturahim yang berjiranan atau di seberang benua!

Untuk itu, maza pun menghiburkan hati dengan kaedah dan cara maza yang tersendiri.


Sudah lama tidak memetik gitar.... bertahun-tahun juga lamanya. Dan sudah lama juga tidak membingitkan alam sekitar. Jadi kawan-kawan, kalau rasa terancam, tutup sahajalah speaker kawan-kawan itu yea.

sambil-sambil itu, maza mahu menyanyi dan bersuka hati sebelum dunia maza menjadi suram semula.. huhhuhuhu

Life without Eser! memang sadis weiiiii..

(psst: kalau Tie dari jiran sebelah rumah ini berani berangan dengan lagu Raja Emma - Jejaka Idaman, den lak nak jadi macam papa rock pulak!..hheheheh)

erk! zyma tak nak join sekaki ke? Kita kasik banjir satu kali! hehehehe




Ahad, 20 Disember 2009

Yang Jauh Didekat-dekatkan

Disember 2o, 2009 (Ahad) - Lebih sebulan lalu kami merancang untuk mengadakan reunion untuk pelajar lepasan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran UM, tahun 1995.

(Gambar: Dari kiri; Bib, Intan & Yan)

Pendek kata, sudah sedekad kami meninggalkan UM. Begitulah gambaran yang boleh maza berikan. Ini bermakna sedekad itu jugalah antara kami terputus hubungan.

Perubahan yang begitu ketara ialah masing-masing sudah punyai anak dan keluarga sendiri.

Akhirnya hari ini program tersetbut berjaya dilaksanakan walaupun dengan kehadiran cuma empat orang sahaja.

Sekurang-kurangnya ini sebagai langkah permulaan. Yang tidak dapat hadir kami maklum kesusahan anda. Dan diharapkan dengan pertemuan sulung ini mampu memangkinkan semangat anda untuk bersatu, "Yang Jauh didekat-dekatkan".


Graduan UM ini telah berkumpul di hadapan Rumah Universiti yang bersetentangan Dewan Tuanku Chanselor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur (UMKL), sejak jam 10.00 pagi.

Sambil menantikan yang lain tiba (sebenarnya memang tak kunjung tiba pun) kami sempat mengambil gambar dan bertanya khabar.

Puas menunggu kami pun bergerak pula ke Bukit Angkasa. Ke mana lagi kalau tidak ke Restoran Nara. Ayam golek pilihan ramai menjadi santapan tengahari itu.

Banyak perkara kami ceritakan. Banyak perihal juga kami singkap.

Dari hal keluarga hinggalah kepada urusan kerja. Termasuklah peluang-peluang perniagaan dan ibadah. Dengar khabar En. Yan mahu mengajak dan menganjurkan kembara umrah ke tanah suci Hijaj; Mekah & Madinah. Katanya rancangan itu untuk program dua atau setahun akan datang.

Maza teringin sangat hendak menyertai program kembara umrah itu. Insyallah maza akan usahakan bersungguh-sungguh. Tungguuuuu.....

(Gambar: Ayam golek Nara)

Maza merasa sungguh berbahagia sekali dengan pertemuan tersebut. Malah bukan sahaja dapat mengenangkan kembali nostalgia silam, tetapi juga menaikan semangat juang maza.

Memang dalam kalangan kami, maza dikenali pejuang sezaman.. heheheh.. Cuma baru-baru ini (sebenarnya bertahun-tahun juga) semangat itu pudar dan menghilang.


(Gambar: lepas penat bersembang, makanlah pulak.. hehehehe)

Hari ini, 'semangat yang hilang' itu mekar semula. Ia kembali dan mahu berbakti!

Terima kasih kengkawan. Jasa mu tetap dikenang. Sebelum itu, maza hendak berpantunlah sikit... bolehkan kengkawan...

"Gendang gendut, tali kecapi
Panjang umur jumpa lagi..."

Terima kasih mereka yang hadir: Yan, Habibah, Intan dan maza...



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails