‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Rabu, 18 September 2013

Warung Desa di Kg. Sri Lukut, Kahang

Kg. Sri Lukut - Warung Razak Kadir

Kampung. Sri Lukut, Kahang, Johor (16.09.2013) - menikmati makanan orang kampung (soto) di warung Abang Razak yang terletak betul-betul di atas bukit bersetentang Pejabat Hutan. Manakala di sebelah sisi kiri (dari arah Kluang-Mesing) padang bola Sekolah Rendah Kebangsaan Kahang Batu 28; tempat saya dan rakan-rakan beberapa puluh tahun lalu bermain bola, bersenam dan bermasyarakat di petang hari.

Soto - makanan kegemaran penduduk desa di Johor

Selain menyokong industri makanan kampung dan membantu perkembangan ekonomi desa, sambil menghirup secangkir teh, saya mendengar celoteh kemajuan setempat.

Bersembang kemajuan kampung


Dalam diam-diam saya mengamati, perubahan di kampung berbeza dengan cerita-cerita kemajuan di bandar. Di sini ceritanya tidak pernah berubah. Ceritanya masih seputar kehidupan seharian di kampung. Politiknya masih berkisar tentang menoreh pokok getah, membaja, meracun, perihal cuaca, menuai sawit, kerja-kerja sawmil, buah-buahan hutan, petai, jering, kesihatan warga desa sehinggalah kepada soal sawah padi.

Ah . . . indahnya desaku




Jumaat, 13 September 2013

Pinjaman Peribadi Dihadkan

DASAR MONETARY MULA DIGERAKAN 

Bank Negara mengarahkan institusi kewangan untuk menghadkan kesemua pinjaman peribadi sehingga 10 tahun sahaja. Ini bagi membendung kredit (hutang) rakyat!

Sebelum ini peminjaman boleh dibuat sehingga 25 atau 30 tahun. 

Tindakan tersebut telah membuatkan ramai rakyat terdorong untuk berhutang sehingga ada antara mereka  membelanjakan kesemua wang pinjaman tersebut  hanya dalam semalaman. Mereka terlupa bahawa hutang tersebut akan ditanggung untuk jangka masa yang amat panjang. 



Sama ada sedar atau tidak, dalam masa sama, peminjam akan menanggung jumlah sebenar faedah kewangan (bunga) yang perlu dibayar begitu banyak disebabkan faktor pemanjangan waktu (tenure) pinjaman. Sedangkan dengan nilai jumlah faedah kewangan yang sama itu, peminjam boleh memanfaatkan untuk faedah lain; lebih bernilai sebenar (realiti) dan realistik daripada sekadar membayar bebanan hutang hampir seluruh hidup.

Penyudahnya "Pedapatan Sebenar Masa Hadapan" rakyat akan tergugat dan ramai menjadi penghutang pra-matang serta muflis. Bebanan hutang menjadi punca tekanan hidup dan tidak putus-putus membebani masyarakat pada masa akan datang. Pendapatan singkat melalui hutang yang dijana itu pula bukanlah gambaran "pendapatan sebenar" yang realistik.

Jika hal ini tidak ditangani, akhirnya, rakyat Malaysia menjadi hamba hutang kepada agensi-agensi kewangan. Lebih malang lagi kemerdekaan diri akan dengan mudah tergadai kepada "pemodal luar" (warga asing).

Jadi, sebagaimana disyarahkan oleh ustaz-ustaz itu yang menyebut "Kenaikan Harga Adalah Ketentuan Tuhan", maka setelah menimbangkan acaman tentang tergolong dalam kalangan golongan Khawarij, maka kita harus redha sahaja dengan tindakan dasar monetary daripada pihak Bank Negara ini. Semuanya beralasan demi masa depan rakyat melalui langkah mengimbangi defisit dasar monetary itu.

Marilah masing-masing mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tan Sri Zetty Aktar Aziz kerana begitu perihatin menjaga kewangan isirumah dan negara ini.

Harap-harap pengenaan dasar kewangan dan sistem microekonomi ini mampu memperbaiki taraf hidup Malaysia ke arah BERPENDAPATAN TINGGI!


Rencana ekonomi sejagat kaedahnya oleh




Rabu, 11 September 2013

Menyisir rambut ikan dengan sikat istimewa!




Ini soal "kelangsungan hidup".

Emak & ayah pernah berpesan, orang lelaki mesti tahu pasal urusan hidup, termasuklah hal yang satu ini.

Biarkanlah soal, ikan 'hancur benyai' pun hancurlah, asalkan masih boleh dipanggil ikan masak singgang atau asam pedas! Tentang rasa, ahaks . . . kemudian punya cerita

Oh! Jangan tuduh saya tidak tahu memasak. Cuma, "sahaja haku tidak memasak kerana *$#8P&%Q!"
 
*** dalam kerangka membuat persiapan untuk majlis kenduri sempena menyambut malam Jumaat nanti. Kenyit mata satu kali.. ahaks!

Lantun-lantun

Jumaat, 6 September 2013

20 SEN, BESAR SANGATKAH? Syukurlah, Malaysia masih aman!!?



Malam tadi fikiran berkecamuk.
Ribut perihal imbangan belanjawan difisit
Teringatkan kata pujangga.
Ubah cara hidup!

Akur, kita ubahlah dan ubah. Lihat ke mangkuk, lauk itu pun sudah lama bercatu.
Nasi juga sudah berubah bentuk baharu; bubur!

Malam ini lauk semalam dijadikan santapan keluarga. Sisa yang ada dihangatkan pula untuk sarapan. Ah, syukurlah masih dapat makan, kita masih aman. Ketua kita, juga "susah-susah" meratah lauk segar dari ladang dengan aman.

Pagi tadi usai solat subuh. Mengangkang tingkap dibuka luas-luas.
Cahaya alam merempuh ke dalam bilik kusam. Lantas melimpahi ke atas katil. Ah, sudah lupa bila kali terakhir tubuh ini menjamah tilam yang selesa.

Di luar laman tiada mayat bergelimpangan.
Udara segar berbau hanyir pencemaran masih dihidu untuk sekian kalinya, demi oksigen penyambung nyawa. Mujur dan syukurlah masih aman!

Ya, di luar rumah tiada peperangan
Sebaik buka pintu tiada rusuhan
Jadi, biarlah ribut ciptaan mereka itu melanggar kami rakyat marhaen. Janjinya, kita tetap aman. Bersyukurlah masih aman!

Kata pejuang bangsa, kami dikhutbah agar sentiasa bersyukur waema bejat bertabur angkara ketua itu. Lantas kami perlu mendiamkan diri. Menahan diri dengan mengikat tangan dan kaki sendiri. Kepala perlu diangguk-angguk walau berbalam antara redha. Atau rantai besi akan sengaja mereka hadiahkan di atas nama keamanan. Kalau itu berlaku, kata mereka, benarlah sudah tidak aman.

"Syukurlah masih aman", dilantun berulang-ulang dari segenap sendi corong dan teknologi! Memekik, melaung, menerjah segenap ruang dan kami tetap sama; meraung!

Ada aku kesah? Ada aku endah?
Syukurlah masih aman.

Seruan pejuang bangsa juga mengingatkan. Jangan persoalkan "apa pemimpin mereka lakukan untuk negara, tetapi tanyakan apa sumbangan kami untuk negara!?"

"Syukurlah, Malaysia masih aman"
Itulah kata hikmah mereka untuk menenangkan jiwa gelora.
Kata hikmah sebagai ubat dari hentaman perit hadiah pemimpin mereka. Hanya kata, ya hanya kata! Slogan ubat pelali . . .

"Syukurlah, Malaysia masih aman!?"
 
Nota
 

Isnin, 2 September 2013

MINYAK NAIK . . . NAIK MINYAK

(Cerita ini direkacipta semula hasil ciplak filem Masam, Masam, Manis lakonan P. Ramlee, Sharifah Hanim, Minah Hashim, Mahmud June, Mariani)

DUM! DUM! DUM! . . .

Dinding rumah sewa dihentak. Diketuk-ketuk dengam kuat-kuat. Bergegar seisi alam macam hendak roboh.

Bergegas tuan tanah datang mendapatkan punca bunyi itu.

"Kenapa ni Encik Ramli? Rosaklah dinding tu!" soal Mak Minah pemilik rumah sewa.

"Hahaha . . . (Ramli ketawa bersungguh-sungguh. Tampak girang bukan kepalang). Saya terlalu gembira Mak Minah. Tak sangka di saat-saat macam ni kita dapat hadiah. Hahaha . . ."

Mak Minah menggaru kepala tanda tidak faham.

"Hai Mak Minah, tak gembira ke? (Ramli berasa hairan). Kan 'hadiah' daripada PM. Mak Minah lupa? Ishk kan harga minyak naik 20 sen bermula tengah malam ini?!"

"Oh . . . begitu, (Mak Minah tersenyum malu sambil terkeseng-keseng di balik pintu). Kalau macam tu tak mengapalah Encik Ramli. Encik Ramli nak buat apa pun, tak apa, Mak Minah tak kesah. Harga minyak naik 20 sen atau RON 95 jadi RM2.10, Mak Minah tak ambil hati. Janji sewa bulan ini tetap kira "dua" ya Encik Ramli."

"Hahaha . . . awalnya sewa dah jadi dua kali ganda? Tak mengapalah saya setuju Mak Minah. Lagipun baru-baru ini kita menyambut Hari Kebangsaan. Demi mengenangkan pengorbanan pihak keselamatan serta pemimpin negara yang telah banyak berkorban itu, kita harus berterima kasih dan perlu turut sama berkorban. Tak begitu Mak Minah?" kata Ramli.

"Ya . . . ya . . . ya . . . hehehe" Mak Minah bersetuju sambil bibirnya terukir senyuman melebar. Manakala tangan Mak Minah masih memintal jari jemari. Ditenyeh-tenyeh tapak tangan itu sambil memutar-mutarkannya.

Alkisah apabila harga "Minyak Naik", ramai pula berkira-kira mahu "Naik Minyak"


Coretan lantun-lantun,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails