‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Jumaat, 2 November 2012

Jumaat Harum Kembang Subur

Bunga di tepi tingkap

Alhamdulilah, hari ini hari Jumaat pertama di bulan November 2012. Petanda tahun baru bakal menjelma dalam masa dua bulan lagi.

Ramai orang akan gembira sakan dengan tahun baru, tetapi bagi maza debaran semakin memuncak. Di dalam hati ada gelisah. Dan ianya bukanlah disebabkan cerita '2012 Armageddon' itu; hal itu cuma Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.

Lupakan seketika perihal gusat tersebut. Hari Jumaat ini adalah penghulu hari. Banyak pahala dan ibadah afdal seperti solat tahyat masjid, solat taubat, zikir, tahlil dan sebagainya. Dikatakan juga hari Jumaat tatkala khatib berhenti duduk untuk khutubah kedua adalah saat mustajab untuk berdoa. Pada mereka yang bakal menempuhi peperiksaan awam seperti SPM, STPM, SPA8 dan sebagainya, berdoalah! Begitu jugalah pada mereka yang menghadapi ujian sakit dan kesempitan hidup, ambillah peluang untuk berdoa di saat itu. 

Musim pengantin pun sudah tiba. Jadi, bakal-bakal suami-isteri ambillah peluang untuk berdoa bersungguh-sungguh demi kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Hari Jumaat ini juga banyak tabung-tabung amal di pintu-pintu masjid terbuka luas. Bersedekahlah tatkala kita sihat dan muda belia. Kerana sedekah yang ikhlas tatkala kita muda dan sihat ini lebih bermakna dan dipandang tinggi di sisi Allah SWT. Itu kata hadis. 

Di dalam sirah juga ada menyatakan dengan bersedekah kita mampu menolak bala'. Termasuklah apabila ditimpa sakit dan penderitaan. Apatah lagi ia dilakukan pada hari Jumaat ini, hari yang penuh barakah!

Sebagai mengimmrah dan mengindahkan hari Jumaat, maza tepek satu gambar bunga di tepi tingkap. Selongkarlah isi dan intipati di sebaliknya. Mudah-mudahan kita semua menemui pengajaran dan ketenangan.



Nukilan lantun-lantun

Rabu, 31 Oktober 2012

Peragut disembelih

Peragut yang bermaharajalela di Kg. Sri Lukut sudah pun ditangkap. Mereka ditambat pada batang pokok kelapa. Orang-orang kampung berkerumun memandang peragut itu. Mereka mahu menyaksikan sendiri bagaimana rupa si peragut tersebut. Akhirnya keresahan orang kampung selama ini sudah terjawab. Hukuman kampung sudah pun dijatuhkan. Peragut-peragut itu akan DISEMBELIH kesemuanya! 

"Bila kita nak jalankan hukuman itu?" kata Pak Bilal setelah meneguk secangkir kopi di warung Affandi anak Jemari. 

"Hmm ... esok selepas solat subuh kita mulakan upacara. Nanti bilal tolong umumkan pada orang kampung. Biar mereka menjadi saksi dan membantu apa-apa yang patut" kata Pak Imam. 

"Semua prosedur sudah kita buat. Tak perlu kita maklumkan pada polis kali ini." tambah Tok Ketua Kampung Mail. 

Pagi-pagi lagi sudah ramai orang kampung berkumpul. Masing-masing bersemangat!

Setelah matahari sejengkal dari kepala, upacara sembelihan peragut rumput dijalankan. Ramai yang turut membantu. Mendengus-dengus lembu-lembu dan kambing-kambing itu melepaskan nafas terakhirnya. 

Sebelum solat Zuhur semua kerja-kerja melapah selesai. Maza berasa bersyukur kerana tahun ini juga dapat melaksanakan ibadah korban itu. Sekadar melepaskan wang dikocek dan membiarkan kerja-kerja pengorbanan dilakukan oleh orang-orang masjid. 
 


Apalah daya buah cempedak bukannya buah nangka. Seminggu sebelum hari raya haji tempoh hari kedua-dua bunga tayar kereta maza sudah haus! Tak pasal-pasal kena ganti. 

Bukan itu sahaja, camber-nya pun sudah punah. Pelarasan tayar terpaksa dilakukan semula. 


Penyudahnya kos yang terlibat sudah sama seperti kos dua bahagian korban lembu. Maza kira ini juga boleh dimasukkan sebagai kos-kos korban sepena hari raya korban! Barangkali bezanya kos itu tidak termasuk dalam pahala ibadah korban binatang al-anam! uhuk!

Aqlan sedang berangan memandu kereta di kedai tayar di Kuantan

Al kisah lantun-lantun



Rabu, 24 Oktober 2012

Malam Pesta Ria Kuantan

Hujung minggu sudah maza pulang ke Kuantan. Mengemas rumah di sana sebagai persediaan keluarga maza berpindah di Kuantan sekali lagi. Selepas ini mulai tahun hadapan, maza kembali berkelana sendirian. Akan kembali menemui keluarga tercinta pada hujung minggu dan hari-hari kelepasan.



Setelah penat seharian mengemas rumah yang sekian lama ditinggalkan oleh penyewa itu, maza sempat berpesta ria bersama anak-anak. 

Hujan membasahi bumi Kuantan dari pagi membawa ke waktu malam hari. Namun itu tidak menjadi penghalang. Kebetulan berhampiran rumah kami di seberang jalan sana malam pesta muda mudi. Sungguh pun orang tempatan memberi tahu hampir tiap-tiap hari hujan turun setelah seminggu atau dua minggu ini, pesta tersebut tetap berlangsung. 


Kami anak beranak telah terjah ke pesat dimaksudkan itu. Hujan masih rintik-rintik. Padahnya tidak ramai orang ke situ. Setelah hujan semakin reda dan jam menunjukkan jam 9.30, pengunjung mulai ramai. Itu pun tidak sampai ratusan orang. 

Jadi, kami dapat berpeleseran sakan dan bermain beberapa permainan di situ dengan selesa. 


Dari pemerhatian maza, funfair kali ini tidak begitu besar. Hanya terdapat lebih kurang lima atau tujuh buah jentera dan permainan. Selain itu terdapat beberapa gerai-gerai tikam-tikam dan permainan.

Selepas setengah jam berada di situ, kami pun pulang. Khuatir juga kami kebasahan ditimpa hujan. 


Kata mertua maza, sekali-sekala berlibur bersama keluarga tidak ada salahnya. Janji halal dan diredhai Tuhan! Uhuk!..(sungguh tajam kan? Menikam kalbu maza gitew.. ahaks!)

Selamat berehat ya kengkawan,

Ahad, 21 Oktober 2012

Mphone boleh bikin panas hati!

Mphone merupakan kaedah pemasaran yang menggunakan telefon bimbit sebagai medium komunikasi dan penyebaran maklumat antara pemasar dan pasar sasarnya. Fenomena ini berlaku sebagai kesan daripada kemajuan teknologi ICT. 

Kebanyakan telefon bimbit hari ini dibekalkan dengan teknologi 3G dan mampu mengakses internet. Gelombang maya semakin terbuka luas dan tidak hanya bergantung kepada saluran talian tetap dan komputer. 

Impak nyata ialah selain penyaluran dan penyebaran maklumat yang diingini dan berkesan bagi sebuah perhubungan komunikasi, ia juga menghasilkan kesempatan untuk organisasi mempromosi produk mereka!



Pemasar-pemasar ini menggunakan perkhidmatan talian telefon bimbit seperti SMS, MMS, QR, BB, whatsap. mobile online dan sebagainya untuk mengiklankan produk-produk mereka. 

Sesetengah pemasar mendapat restu daripada syarikat telco (telekomunikasi) untuk memanjangkan niat pemasaran mereka. Malah mereka diberikan tawaran tarif istimewa. 

Sesetengah pemasar berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan nombor telefon bimbit pengguna. Berbagai helah digunakan seperti diadakan kontest, aduan dan sebagainya. Jangan tidak percaya, terdapat syarikat-syarikat tertentu sanggup membeli dan menjual nombor telefon pelanggan mereka kepada pihak ketiga. 

Jika dahulu pemasar menggunakan senarai nombor-nombor telefon untuk menghubungi pasaran sasar dan dikenali sebagai tele-marketing. Hari ini dengan kaedah yang hampir sama, mereka menggunakan nombor tersebut untuk menjalankan strategi pemasaran 'mphone' pula!

Bagi pengguna telefon bimbit pintar, mereka merasa kurang senang apabila kerap diganggu dengan iklan-iklan atau penyaluran informasi yang mereka tidak ingini. Sebagai contoh pengiklanan yang dibuat oleh pihak bank yang menawarkan sesuatu pakej pinjaman atau galakkan penggunaan kad kredit. Begitu juga dengan pengiklanan 'on' mencari jodoh, lawak jenaka, tawaran perkhidmatan ring tone dan sebagainya.

Kebelakangan ini maza kerap menerima iklan daripada pihak bank dan syarikat insuran. Itu tidak termasuk iklan-iklan daripada pasaraya, penyelidik bebas (seperti analisis pilihan raya) dan syarikat-syarikat lain.

Penghantaran SMS dan MMS mereka itu adakalanya amat mengganggu maza. Tidak kira masa; baik di tengah malam, maghrib, dinihari malah ketika di dalam jamban. Adakalanya ia bertalu-talu hingga mengganggu kerja maza. Pernah inbox telefon bimbit maza penuh dengan iklan mereka.

Untuk menambah ketidakseronokan lagi selain bunyi SMS atau MMS yang bertalu-talu ialah menyebabkan kita kurang perhatin terhadap SMS. Adakalanya terlepas pandang terhadap SMS dan MMS yang disampaikan oleh orang yang berkenaan dan dianggap penting!

Menambahkan hati yang panas apabila perlu memadam mesej-mesej pengiklanan tersebut satu persatu! Huh!

Serious, ini memang tidak best!





Rabu, 17 Oktober 2012

Pantang larang cermin sisi motor

Maza kira ini juga menjadi pantang yang harus dielakkan sama sekali. Dahulu sudah banyak berulang, malah puluhan kali terpaksa menggantikan cermin pandang sisi motorsikal. Semuanya gara-gara terkulai dan tidak mampu berfungsi seperti sepatutnya. Sebaik motorsikal meluncur di jalan raya, cermin sisi yang sudah dibelek dan dibetulkan kedudukannya itu kembali melentok layu. Terkapai-kapai ditiup angin!

Maza memang berasa kurang selesa jika tidak ada cermin pandang sisi. Selain mahu mengelakkan daripada di saman polis, juga ia amat berguna tatkala meninjau kenderaan di belakang dan memicit jerawat! (ahaks...)

Lebih kurang seploh tahun lalu a.k.a dekad lalu, seorang kawan telah menasihatkan maza dengan memberikan petua yang amat berguna.

Beliau mengajar maza agar tidak meletakkan sesuatu yang berat di cermin itu. Termasuklah topi keledar yang lazimnya kita serkupkan ke cermin sisi. Semua kononnya mahu cepat dan ringkas untuk bergegas ke kedai runcit, kan?! hehehe

Punca cermin pandang sisi mudah terkulai atau rosak

Kata beliau lagi, kita harus cuba mengelak daripada menggantungkan apa-apa barang di cermin sisi. Sama ada di atasnya atau pada batang cermin itu. Pendek kata jangan sesekali dibiarkan ada benda yang bergayut padanya. 

Hari ini maza masih mengamalkan petua sahabat tersebut. Syukur, semenjak mengamalkan petua berguna itu masalah yang bertimpa-timpa tersebut dapat dielakan. Cermin sisi yang satu ini semenjak diambil daripada taukey kedai hingga sekarang tidak pernah berganti. Ia kekal di situ dan berstatus original!... hehehe

Jadi, kengkawan boleh mempraktikan petua ini demi keselamatan duit di poket... ahaks!.. hehehe


Nukilan



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails