Kudin seorang pemancing tegar. Jika satu hari dia tidak pergi memancing, dia akan resah. Ada sahaja tidak kena.
Hari ini dia benar-benar gian memancing. Hendak pergi ke sungai, motornya rosak. Jadinya, Kudin memikul dua batang joran buluh lalu pergi ke sebuah kolam yang berhampiran di kampung itu.
Sebaik sampai di kolam, segera dia melabuhkan pancing bodohnya. Dia mengambil tempat di tebing kolam sambil merenung tajam ke dalam air.
Kebetulan Hussain pergi ke dusun mahu mengambil pisang embun. Hussain melintasi kolam ikannya, lantas terpandangkan Kudin yang baru melabuhkan punggung.
Sambil terhendap-hendap, Hussain menyergah Kudin.
"Apa yang kau buat di sini, ha? Kau tak reti baca ke papan tanda di pokok kelapa itu? Dilarang memancing ikan di sini! " herdik Hussain. Mukanya menyinga. Marah kolam ikan kena ceroboh. Di pinggang Hussain terselit sebilah parang pendek.
Kudin terperanjat. Segera Kudin mengawal ketampanan.
"Alamak . . . (mata Kudin terbelalak). Sebenarnya pak Hussain saya kemari bukan mahu memancing ikan. Tapi, ini ha cacing saya ni, sudah lama tak mandi. Saya dah lama suruh dia mandi, tapi dah namanya binatang cacing, dia buat pekak. Buat dek aje. Degillah tu. Jadi hari ini saya paksa cacing saya ni mandi,"
Sambung Kudin lagi, "Cacinggg . . . dah Cing. Sudah! Sudahlah mandi tu. Mari naik ke atas. Jangan lama-lama sangat berendam. Karang kembung. Cepat naik. Jom kita balik."
Kudin mengangkat batang pancing perlahan-lahan dengan penuh kasih sayang. Kemudian beredar sambil menyeringai ke arah Hussain. Hussain membeliakkan matanya. Kudin terkedu, segera menoleh ke arah cacing sambil membuat muka memarahi cacing yang tidak dengar cakapnya.
Moral of story
~Dah, dah pergi sambung kerja tu. Jangan ketawa lebih-lebih. Nanti boss marah tau~