‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Isnin, 15 April 2013

Lelaki baik sudah pupus


Cinta mereka bertaut sudah kian lama. Kini telah mencecah puluhan tahun. Isteri beliau seorang buta, dan beliau begitu menyantuni isterinya itu.

Sambil berpimpingan tangan duduk di bangku di sebuah warung di Bangsar untuk menikmati sarapan. Mereka bercengkerama dan bergurau mesra tanpa rasa janggal. Suaminya menikmati lontong, manakala isterinya amat menggemari nasi lemak. Sekali sekala suami menyuapkan isi lontong kepada isteri. Begitu juga dengan si isteri, walaupun tidak nampak tetap mahu menyuapkan nasi lemak kepunyaannya ke mulut suami.

"Abang, jamahlah nasi ni. Biarlah kita rasa sama-sama nikmat rezeki Tuhan. Kata orang berkongsi makanan akan bertambah berkat," isteri mengangkat sudu dan mencari di mana diamnya mulut si suami. Di hulurnya melilau ke udara tanpa ketahuan arah. Niatnya hanya satu, melayani suami. Juga sebagai menzahirkan kasih sayangnya yang setulus murni.

Si suami hanya tersenyum lalu membuka luas mulutnya. Dia cuba memuatkan sudu itu ke dalam mulut walaupun acapkali tersasar ke pipi, hidung dan dagu. Namun sedikit pun dia tidak menyalahi isterinya itu, apatah lagi bersuara garau. Dalam usaha-usaha tersebut, terburai juga tawa riang antara mereka berdua. 

Dalam diam tanpa sedari, maza cemburu dengan mereka. Tidak semena-mena hati maza direntap terkenangkan akan isteri dan anak-anak di kejauhan sana. Jauh di sudut hati terbungkas sebuah perasaan yang pejap lalu melontarkan sebuah ikrar yang membuak-buak, "mahu bahagiakan isteri dan anak-anak. Kasih sayang itu perlu memberi dan menerima".

Sedar atau tidak, ini juga menyangkal perihal kaum lelaki yang dituduh begitu sembrono; lemah dalam menyayangi seorang wanita apatah lagi yang bergelar isteri! Jangan terperanjat, ini adalah bukti wujudnya lelaki penyayang, baik budi perkerti, dan lelaki jenis ini tidak pupus di alam dunia!


nukilan ikhlas dari 

blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails