‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Isnin, 8 April 2013

Jangan Mengkritik Dunia Sastera

Percaya atau tidak, ada pakar sastera sendiri menjauhkan khalayak manusia yang berasal dari dunia lain untuk mengkaji, mengenali dan mendalami dunia sastera itu sendiri.

Mereka yang di luar dari ilmuan sastera 'dinasihatkan' jangan mendalami, mengkaji, mengkritik dan menulis tentang sastera. Sastera itu terlalu syumul untuk dinilai oleh orang-orang yang bukan dilahirkan dalam kalangan sastera. Sastera melibatkan golongan mereka yang beremosi terlalu halus!

KOMENTAR

Cuma maza terasa pelik, sastera itu untuk nilaian siapa? Siapa yg harus menilai sastera? Apa gunanya sastera? Audien sastera itu siapa? Adakah untuk kalangan dunia mereka sahaja lalu menafikan khalayak lain berkecimpung, mengambil bahagian dan memahami dunianya?! 
Jadi, kalau rupanya begitu, maka tidak hairanlah sastera-sastera Melayu menjadi Koran Buruk yang tersadai di rak-rak buku. Akhirnya nilai-nilai dalam sastera itu tidak dapat diterapkan dan dibudayakan oleh masyarakat dan diperkira sebagai perbuatan MEMBAZIR! - Perbuatan syok sendiri di dalam dunianya sendiri! Selepas itu jangan hendak terngadah-ngadah, mengadu domba perihal masyarakat tidak tahu menilai ketinggian 'kesusasteraan Melayu'!

KESIMPULAN

Jika anda seorang guru atau pengamal sastera - usah mendabik dada . . . seharusnya anda mendekatkan manusia-manusia itu ke dalam dunia anda agar mereka mampu memahami nilai-nilai yang anda ingin ketengah dan terapkan kepada mereka. Jika mereka itu buta dengan dunia anda, maka celik hurufkanlah mereka dengan penerangan yang sehalus madah yang anda nuilkan di balik buku-buku kesusateraan itu. Terangkan pada mereka. Suluhlah kegelapan mereka.

Bukalah pintu-pintu anda agar mereka dari dunia lain boleh mengkaji, mendalami dan memahami dari sudut kesarjanaan dunia mereka pula (bukankah khayalak anda seharusnya masyarakat keseluruhannya?!) ATAU anda sebenarnya seorang pengecut untuk dikritik tetapi amat suka mengkritik melalui dunia emosi anda yang paling dalam dan halus itu?!

Oh! Hal ini juga terpakai kepada pak-pak Ustaz di luar sana sama.


(Kasik Penghangat Satu Kali! - ammmak!)
blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails