‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Selasa, 30 April 2013

Nikmat tidak terkata




Bayangkan jika anda memperoleh aiskrim sebesar ini, tentulah kepuasan maksima dirasai, bukan?

Aiskrim maza yang besar kedabaq ini diperoleh di Pesta Buku Antarabangsa KL 2013 di PWTC. 

Kengkawan juga boleh menikmati sama. Jika larat, tentulah kengkawan boleh habiskan kesemuanya dalam masa sejam dua. Sekiranya tidak larat harus berkongsi dengan ahli keluarga atau rakan-rakan.

Cuma pesan maza, sila baca basmallah ketika makan dan mudah-mudahan terhindar daripada penyakit kembung perut!

Ahaks.. lantun, lantun satu kali.. amaakk!


Khamis, 25 April 2013

Rusuh itu berlaku lagi



Berbantalkan lengan itu satu nikmat....
Lena disamping orang tersayang suatu kebahagian yang tiada nilainya.
Membelai anak-anak dengan penuh kasih sayang adalah lambang keagungan cinta.

Anak kecil ini tiada tahu akan rusuhnya hati sang ayah apabila setiap kali berjauhan dengan keluarga.
Haruman tubuh si kecil ini acapkali mengganggu igauan lena ayah.
Hati rusuh, racau menjadi-jadi jika tidak bertemu untuk sekian lamanya.

Dikaulah cahaya mata ayah! Pewaris ayah. Harapan ayah, kenanglah ayah di dalam setiap doamu. Mudah-mudahan dikau menjadilah orangnya; orang yang soleh, pemimpin yang baik-baik!

Miss you my be loved gwiyomi... uhuk!


Gambar dari peti simpanan telefon buruk itu aje satu kali... aammak!..

Lantun-lantun

Isnin, 15 April 2013

Lelaki baik sudah pupus


Cinta mereka bertaut sudah kian lama. Kini telah mencecah puluhan tahun. Isteri beliau seorang buta, dan beliau begitu menyantuni isterinya itu.

Sambil berpimpingan tangan duduk di bangku di sebuah warung di Bangsar untuk menikmati sarapan. Mereka bercengkerama dan bergurau mesra tanpa rasa janggal. Suaminya menikmati lontong, manakala isterinya amat menggemari nasi lemak. Sekali sekala suami menyuapkan isi lontong kepada isteri. Begitu juga dengan si isteri, walaupun tidak nampak tetap mahu menyuapkan nasi lemak kepunyaannya ke mulut suami.

"Abang, jamahlah nasi ni. Biarlah kita rasa sama-sama nikmat rezeki Tuhan. Kata orang berkongsi makanan akan bertambah berkat," isteri mengangkat sudu dan mencari di mana diamnya mulut si suami. Di hulurnya melilau ke udara tanpa ketahuan arah. Niatnya hanya satu, melayani suami. Juga sebagai menzahirkan kasih sayangnya yang setulus murni.

Si suami hanya tersenyum lalu membuka luas mulutnya. Dia cuba memuatkan sudu itu ke dalam mulut walaupun acapkali tersasar ke pipi, hidung dan dagu. Namun sedikit pun dia tidak menyalahi isterinya itu, apatah lagi bersuara garau. Dalam usaha-usaha tersebut, terburai juga tawa riang antara mereka berdua. 

Dalam diam tanpa sedari, maza cemburu dengan mereka. Tidak semena-mena hati maza direntap terkenangkan akan isteri dan anak-anak di kejauhan sana. Jauh di sudut hati terbungkas sebuah perasaan yang pejap lalu melontarkan sebuah ikrar yang membuak-buak, "mahu bahagiakan isteri dan anak-anak. Kasih sayang itu perlu memberi dan menerima".

Sedar atau tidak, ini juga menyangkal perihal kaum lelaki yang dituduh begitu sembrono; lemah dalam menyayangi seorang wanita apatah lagi yang bergelar isteri! Jangan terperanjat, ini adalah bukti wujudnya lelaki penyayang, baik budi perkerti, dan lelaki jenis ini tidak pupus di alam dunia!


nukilan ikhlas dari 

Khamis, 11 April 2013

Putih-putih Melati


Putih-putih melati
Merah-merah delima
Siapa yang baik hati
Pasti ke syurga

Putih-putih melati
Merah-merah delima
Siapa baik hati
Akhirnya kan bahagia

Putih-putih melati
Merah-merah delima
Jangan sakit hati
Hidup ini tak lama

Putih-putih melati
Merah-merah delima
Jangan ada marah di hati
Suburkan dengan haruman bunga...



Ceh wah! Cak pung! Cak pungggg...
Salam malam Jumaat ya kengkawan.. ahaks..
Terlantun-lantunlah pulak... ;)

Isnin, 8 April 2013

Jangan Mengkritik Dunia Sastera

Percaya atau tidak, ada pakar sastera sendiri menjauhkan khalayak manusia yang berasal dari dunia lain untuk mengkaji, mengenali dan mendalami dunia sastera itu sendiri.

Mereka yang di luar dari ilmuan sastera 'dinasihatkan' jangan mendalami, mengkaji, mengkritik dan menulis tentang sastera. Sastera itu terlalu syumul untuk dinilai oleh orang-orang yang bukan dilahirkan dalam kalangan sastera. Sastera melibatkan golongan mereka yang beremosi terlalu halus!

KOMENTAR

Cuma maza terasa pelik, sastera itu untuk nilaian siapa? Siapa yg harus menilai sastera? Apa gunanya sastera? Audien sastera itu siapa? Adakah untuk kalangan dunia mereka sahaja lalu menafikan khalayak lain berkecimpung, mengambil bahagian dan memahami dunianya?! 
Jadi, kalau rupanya begitu, maka tidak hairanlah sastera-sastera Melayu menjadi Koran Buruk yang tersadai di rak-rak buku. Akhirnya nilai-nilai dalam sastera itu tidak dapat diterapkan dan dibudayakan oleh masyarakat dan diperkira sebagai perbuatan MEMBAZIR! - Perbuatan syok sendiri di dalam dunianya sendiri! Selepas itu jangan hendak terngadah-ngadah, mengadu domba perihal masyarakat tidak tahu menilai ketinggian 'kesusasteraan Melayu'!

KESIMPULAN

Jika anda seorang guru atau pengamal sastera - usah mendabik dada . . . seharusnya anda mendekatkan manusia-manusia itu ke dalam dunia anda agar mereka mampu memahami nilai-nilai yang anda ingin ketengah dan terapkan kepada mereka. Jika mereka itu buta dengan dunia anda, maka celik hurufkanlah mereka dengan penerangan yang sehalus madah yang anda nuilkan di balik buku-buku kesusateraan itu. Terangkan pada mereka. Suluhlah kegelapan mereka.

Bukalah pintu-pintu anda agar mereka dari dunia lain boleh mengkaji, mendalami dan memahami dari sudut kesarjanaan dunia mereka pula (bukankah khayalak anda seharusnya masyarakat keseluruhannya?!) ATAU anda sebenarnya seorang pengecut untuk dikritik tetapi amat suka mengkritik melalui dunia emosi anda yang paling dalam dan halus itu?!

Oh! Hal ini juga terpakai kepada pak-pak Ustaz di luar sana sama.


(Kasik Penghangat Satu Kali! - ammmak!)

Rabu, 3 April 2013

Berang Anak Naik Quran




DRAMA KELUARGA MINGGU INI _____________________________________________________________________________


Isteri (wajah terperanjat): Bang! Nasrun (9 tahun) naik al Quran!

Aku (marah bersangatan) : Kenapa dibiarkan? (muka merah padam). Biasa budak ni . . . lain yang aku suruh, lain pulak dia buatnya!!!

Isteri: Tapi . . . (tergamam)

Aku: Patutnya awak halang dia, didik dia agar jangan jadi manusia kurang ajar. Biadap terhadap Tuhan berat natijahnya. Ini semua salah awak! Macam mana awak mendidik anak ni?!!!!

Isteri (terperanjat besar): Abang! Kenapa abang salahkan saya! Saya didik anak kita bersungguh-sungguh abang. Sampai hati abang tuduh saya macam tu? (air mata mulai merembes)

Aku: Macam mana abang tak marah, hah! Tengok, Nasrun sudah kurang ajar dan biadap sekali sampai dia naik ATAS Quran. Pantang datuk nenek moyang aku orang menghina kitab suci ni. Nanti kau Nasrun, ayah balik nanti tahu nak nak mengajar kau. Biasanya dia!!!! Berani kau pijak-pijak al Quran. Kat mana dia buat tu?

Isteri: ABANG!!! Nasrun tak buat apa-apa kesalahan pun! Nasrun bukannya naik atas al Quran. Dia tak pijak-pijak pun, waema sepotong ayat al Quran.

Aku (tercengang, kaku, terkujat): Habis tu? . .

Isteri: Abang niiii . . . saya cakap kat abang, Nasrun sudah dinaikkan taraf bacaannya daripada Muqqadam kepada al Quran. Ustaz dia beritahu tadi! Saya dengar sendiri bacaan anak kita di dalam bilik darjah ketika jemput dia di Sekolah Agama, Kuantan!

Aku: Oooooo . . . lain kali cakap biarlah terang-terang. (sambil berbisik perlahan) Alhamdulilah....

(Sekujur itu juga rasa bersalah mulai menyelinap. Dalam masa sama, rasa bangga dan terharu dengan anak yang sorang ini. Mudah-mudahan dia menjadi anak yang soleh yang akan diikuti adik-adiknya pula)

Isteriku sekadar melemparkan senyuman paling manisnya kepada aku (dia perli aku lah tu, uhuk!)....

  

Nukilan lantun-lantun oleh 

 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails