‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Selasa, 31 Julai 2012

Penangan Katira

Entah macam mana minggu lepas maza mengidam sesangat. Bukanlah mengidam sebab yang itu ya kengkawan; maza teran-teran pun tak akan terberanak punya (hehehehe).

Kebetulan maza pulang ke kampung tanah tumpah darahku di Kg Sri Lukut, Kahang Bt.28, Johor. Elok masuk jam 3.15 petang, maza mengheret sama si darling pergi ke pasar ramadan (param) di Kluang.

Sampai di param bandar Kluang, sedang-sedang elok para peniaga mula berniaga. Maza pun terjah sambil menyingsing lengan mencari idaman hati. Mata melilau ke kanan dan kiri. Sementara darling sibuk melayan kerenah anak-anak kami. Sesekali dia berhenti untuk membeli juadah berbuka puasa. 

Tidak susah sebenarnya hendak mencari idaman hati itu di Johor. Kalau di Kuala Lumpur ini bukan tidak ada, cuma rasanya tidak sama dengan yang di Johor. 

Baru melangkah 50 tapak, maza sudah nampak orang menjualnya. Dengan hati girang terus maza serbu lalu membeli Air Katira sebanyak lima bungkus! (hehehe...)

Air katira di bandar Kluang, Johor

Air katira dikategorikan sebagai barangan 'rare' kerana ia biasanya boleh ditemui di bulan Ramadan. Pendek kata, dalam setahun hanya sebulan sahaja ditemui. 

Kata seorang peniaga, katira hanya berbuah di bulan Ramadan! (hehehehe...)

Barisan air yang dijual termasuklah air katira


Air katira berasal dari Johor dan sememangnya popular di kebanyak daerah di Johor. Kalau ada pun dijual di Kuala Lumpur, ia sukar dicari dan rasanya tidak sama seperti dari daerah kelahirannya. 

Air berwarna hijau ini rasanya sangat sedap. Adakala ia dicampur dengan ais krim soda!

Apa lagi kengkawan, slurrrrppppp satu kali.. hehehehe....

Jumaat, 27 Julai 2012

Di bawah tudung saji

Bulan puasa ini bab makan adalah dugaan yang cukup mencabar. Seolah-olah selera terkembang besar. Macam-macam hendak dimakannya. 

Sementara menunggu setengah jam lagi waktu berbuka puasa, makanan yang telah siap dihidangkan akan ditudung dengan tudung saji.

Gambar: Di bawah tudung saji . . .

"Ada apa dalam tudung saji tu?" abah mertua bertanya sambil berdiri tercegat di hujung meja dengan memegang tasbihnya. 

"Ada macam-macam abah! Ada lauk daging masak kicap, ayam kurma, itik pedas, satay rusa, satay arnab, ikan terubuk bakar, badak berendam, ikan mayong masak asam pedas, ikan siakap tiga rasa," jawab si darling dengan ikhlas dan bangga. 

"Hah! Dah macam Zoo Melaka pulak, ya!"

Aderkkk!!!! Maza menahan gelak dalam insaf. 




Khamis, 26 Julai 2012

Popia Basah

Gambar: Isi popia sebelum digulung

 Hari ini merupakan hari ke-6 Ramadan. Syukur, masih diberikan kesempatan dengan kesihatan yang sempurna untuk menunaikan puasa fardhu.

Sejak dua menjak ini maza suka sangat makan popia. Terutama popia goreng. Entah macam mana semalam maza berkesempatan makan popia basah. Sedap juga. Cuma harganya agak mahal sedikit.

Gambar: Peniaga sedang menggulung popia basah.

Dengar khabar popia boleh dibuat di rumah sendiri dengan hanya membeli tepung kulitnya sahaja di pasaraya!

Jadi, juadah Ramadan kali ini ialah Popia Basah. Selamat berbuka ya kengkawan. Sementara itu maza mahu lantun-lantun ke param (pasar ramadan) petang nanti... hehehehe

Isnin, 23 Julai 2012

Mengesot meminta-minta di Kota Damansara

22.07.2012 - maza sempat pergi ke Param (pasar ramadan) di seksyen 4,  Kota Damansara pada jam 6.30 petang. Kali ini maza sekadar berjalan-jalan melihat pesekitaran.

Tiba-tiba maza terserempak dengan seorang makcik (tidak tahu kewarganaannya) yang sedang meminta sedekah. Di lengannya seorang bayi yang ketiduran. Berbekalkan bekas berwarna merah sambil dihulurkan ke udara dan meminta-minta.

Di dalam hati maza terdetik belas ehsan. Tidak kurang juga ramai yang memberi sedekah. Termasuklah 'foreigner' yang turut berada di param.

Gambar: Seorang wanita sedang meminta sedekah di tengah-tengah Pasar Ramadan di Seksyen 4, Kota Damansara


Walaupun di bulan Ramadan ini kita digalakkan memperbanyakkan sedekah, namun, menurut nasihat seorang sahabat, kita perlu berhati-hati. Seharusnya sedekah disalurkan pada tempat yang sepatutnya agar ia tidak dimanupulasi orang yang tidak bertanggungjawab. 

Ini kerana, adakalanya peminta sedekah tu didalangi oleh sindiket. Perlakuan bejat ini merosakan institusi sosial masyarakat. 

Bagi maza pula, bersedekahlah jika kita yakin bahawa orang itu memang memerlukan. Kerana harta yang kita perolehi hari ini itu pun amanah dari Allah SWT. Harta yang dipinjamkan oleh Allah SWT untuk kita uruskan demi meningkatkan darjat dan akhlak kita di dunia dan akhirat nanti.

"Tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima!" dan "Menolong orang, jangan harapkan balasannya" barulah diperkira ikhlas.


Jumaat, 20 Julai 2012

Kepala ikan mayong asam pedas si daun kesum

Esok bermula 1 Ramadan (Sabtu: 21.07.2012). Itu seluruh umat Islam di Malaysia sudah tahu.

Jangan lupa pergi tarawikh dan pasang niat puasa awal-awal ya kengkawan.

Kepada kengkawan maza yang berebut-rebut tiket perlawanan bola antara Queen Park Rangers (QPR) vs Kelantan itu, hingga hampir-hampir merusuh di Balai Berita NSTP, Bangsar, harap-harap bertenang. Malam ini pergi tarawikh; rukuk bersama imam lagi 'best' dan 'macho' daripada tercongkok dan terkeseng-keseng mengadap bola di Stadium Shah Alam sana.

Sebagai pencuci mulut sempena Ramadan ini, maza hidangkan Kepala ikan mayong masak asam pedas si daun kesum mak anjang!



"Sekali rasa hendak lagi!" gitewlah tag-line yang selalu diungkapkan kepada mana-mana orang yang pernah menyudu dan menghirup hidangan masakan emak maza yang ini dari Kampung Sri Lukut, Kahang, Kluang, Johor. (hehehehe)

Ikan mayong ialah sejenis ikan duri atau ikan yu dari kawasan persisiran laut tak berapa nak dalam. Ada dua jenis ikan ini dan selalunya menjadi pilihan kami ialah ikan mayong putih!

Jadi kengkawan, selepas slurpppp bersama ikan mayong ini, jangan lupa pergi tarawikh ya.

ahaks! maza mau lantun-lantun dululah.. hehehehe

Rabu, 18 Julai 2012

Rumah Berjirankan Kubur

Dulu-dulu kalau berjalan malam-malam dan melalui kawasan perkuburan tentulah seram sejuk. Langkah dibuka besar-besar. Di luas kangkang-kangkang.

Gambar: Kubur di sebelah rumah


Kalau balik dari mengaji, harus mukadam itu didakap erat di dada. Mulut tak putus-putus kumat-kamit membaca ayat suci atau berzikir. 

Semuanya gara-gara takut hantu kubur bangun. Atau takut ditegur makhluk halus yang berada di kubur itu.

Pernah juga berlari pecut dari tanah kubur sana hingga ke tanah hujung sini. Apatah lagi di kubur itu ada sepohon pokok yang rendang. Macam-macam cerita keluar mengisahkan pokok itu. 

Suatu hari, maza pulang ke Muar, Johor. Mulanya maza tidak mahu dan sudi pun naik ke rumah atok long. Bukan apa, rumah atok long di kelilingi oleh kubur. Kubur lama bersepah sana sini. Tak kurang daripada dua puluh lima buah kubur!

Gerun di hati maza sukar untuk dijelaskan. Kerap itu jugalah maza merengget mengajak emak dan ayah agar segera pulang. Bingkas mata maza memandang sekeliling. Mana tau, kalau-kalau ada roh dalam kubur itu tiba-tiba bangun dan keluar!

Khamis, 12 Julai 2012

Sungai Madek, Kampung Sri Lukut, Kahang

24-23 Jun 2012 - Maza pulang ke kampung dan berkhemah bersama keluarga di tebing Sungai Madek, Kampung Sri Lukut, Kahang Batu 28. Habis semua anak, bini, emak dan pak busu Zali diangkut bersama ke sana. (hehehe ...)

Kami berkhemah dua hari satu malam. Lokasinya berhampiran dengan kebun En. Mohd Hisham bin Baharom bin Majid bin Salam. (klik sini). Antara yang mengikuti maza pulang ke kampung ialah En. Mohd Hisyam dan En. Ashraf.

En. Ashraf adalah budak bandar. Dia tidak pernah merasai nikmat hidup di kampung. Inilah masanya beliau mengamati pengalaman baru berkhemah di tebing sungai!

Tidak jauh dari selekoh sungai tempat kami berkhemah itu, terdapat 3 keluarga pelacong dari Sarawak turut berkhemah sama. Mereka seperti kami, pergi bersama-sama dengan keluarga masing-masing termasuklah bayi dan kanak-kanak bawah umur lima tahun.

Kami juga sempat memasang jaring dan memancing. Alhamdulilah, dapat juga hasilnya. Hari itu kami makan ikan segar dari Sungai Madek ini. Ikan-ikan segar bersaiz kecil kami goreng garing. Manakala ikan bersaiz tapak tangan kami masak asam pedas daun kesum!

Sungai Madek, Kampung Sri Lukut, Kahang Batu 28, Kluang, Johor.

Kebetulan pula tatkala kami mengangkat jaring tersebut, kami terserempak dengan Tok Ketua Kampung En. Ismail bin Mohamad. 

Rabu, 11 Julai 2012

Kitab-kitab yang pernah maza pelajari

Maza pernah pergi sekolah agama Johor di Kahang Batu 28 (Kampung Sri Lukut) seputar 1980-an. Biasanya selepas waktu sekolah rendah kebangsaan, maza akan pergi ke sekolah agama Johor itu. Di sana maza belajar perihal dunia dan akhirat.

Mungkin ramai kengkawan pernah lihat kitab-kitab yang penuh nostalgia ini.

Nostalgia: Sebahagian Kitab-kitab Sekolah Agama Johor, kredit to: Naja Marine


Namun kitab-kitab kuning ini sudah tidak digunakan lagi. Ia sudah digantikan dengan kitab-kitab baru. Katanya untuk lebih mudah difahami dan teknik pembelajaran terkini yang memenuhi aspirasi kerajaan. (hmmm?)

Antara kitab yang pernah maza mengaji ialah kitab Mutaal Badrain. Percaya atau tidak, maza masih boleh membaca kitab itu, tetapi kena merangkak dan bermuntah hijau dulu.. hehehehe





Rabu, 4 Julai 2012

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails