Entah macam mana minggu lepas maza mengidam sesangat. Bukanlah mengidam sebab yang itu ya kengkawan; maza teran-teran pun tak akan terberanak punya (hehehehe).
Kebetulan maza pulang ke kampung tanah tumpah darahku di Kg Sri Lukut, Kahang Bt.28, Johor. Elok masuk jam 3.15 petang, maza mengheret sama si darling pergi ke pasar ramadan (param) di Kluang.
Sampai di param bandar Kluang, sedang-sedang elok para peniaga mula berniaga. Maza pun terjah sambil menyingsing lengan mencari idaman hati. Mata melilau ke kanan dan kiri. Sementara darling sibuk melayan kerenah anak-anak kami. Sesekali dia berhenti untuk membeli juadah berbuka puasa.
Tidak susah sebenarnya hendak mencari idaman hati itu di Johor. Kalau di Kuala Lumpur ini bukan tidak ada, cuma rasanya tidak sama dengan yang di Johor.
Baru melangkah 50 tapak, maza sudah nampak orang menjualnya. Dengan hati girang terus maza serbu lalu membeli Air Katira sebanyak lima bungkus! (hehehe...)
Air katira dikategorikan sebagai barangan 'rare' kerana ia biasanya boleh ditemui di bulan Ramadan. Pendek kata, dalam setahun hanya sebulan sahaja ditemui.
Kata seorang peniaga, katira hanya berbuah di bulan Ramadan! (hehehehe...)
Barisan air yang dijual termasuklah air katira |
Air katira berasal dari Johor dan sememangnya popular di kebanyak daerah di Johor. Kalau ada pun dijual di Kuala Lumpur, ia sukar dicari dan rasanya tidak sama seperti dari daerah kelahirannya.
Air berwarna hijau ini rasanya sangat sedap. Adakala ia dicampur dengan ais krim soda!
Apa lagi kengkawan, slurrrrppppp satu kali.. hehehehe....