‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Selasa, 26 Jun 2012

Posisi imam dan makmum jika solat berdua

Rajah: Posisi solat berjamaah
Ilustrasi: kredit kepada Majalah Al Risalah

Siang tadi seorang sahabat merasa ragu-ragu dengan gambar di atas. Terutama pada bahagian solat berjamaah berdua itu. Posisi imam dan makmum digambarkan selari atau sebaris.

Menurut pandangan beliau dan amalan yang selalu diperhatikan apabila solat berjamaah berdua seperti itu ialah imam akan ke hadapan sedikit daripada makmum. 

Pada mulanya maza tidak perasan pun soal ini. Namun semangat ingin mendapatkan solat yang diredhai Tuhan, kami sama-sama mencari kepastian. Akhirnya kami mendapat jawapan seperti berikut:-

Diriwayatkan dari Jabir bin Abdillah al-Anshaari:

“… Rasulullah s.a.w. berdiri untuk menunaikan solat, lalu akupun datang dan berdiri di samping kiri beliau. Rasulullah meraih tanganku lalu memindahkanku ke sebelah kanan beliau. Kemudian datang pula Jabbar bin shakr r.a. ia berwudhu’ lalu mengikuti sholat kami, ia berdiri di samping/sebelah kiri Rasulullah. Beliaupun meraih tangan kami berdua lalu memindahkan kami ke belakang beliau...” (Shahih Muslim, Hadis No. 3010, Dinukil Daripada Kitab Sholatul Jama’ah Hukumuha wa Ahkaamuha wat Tanbih ‘alaa maa Yaqau’u fiiha min Bida’ wa Akhtaa’, Oleh Dr. Sheikh Shalih Ghanim as-Sadlan, Riyardh..)

Kesimpulan:

Posisi makmum = untuk solat berjamaah dua orang, imam dan makmum hendaklah selari. Posisi imam adalah  di sebelah kanan kiri makmum dan posisi makmum pula di sebelah kanan imam dan kedudukan mereka ialah Sebaris/Satu Saf Dengan Imam.

Oleh yang demikian imam tidak ke hadapan dan makmum bukannya di belakang.

Manakala dari hadis yang lain pula:

Isnin, 25 Jun 2012

Kluang Station Coffee Tiam - kembali halal

Pada tahun lalu (Mei. 2011), muncul isu hangat di Kluang, Johor bahawa kopitiam Kluang Rail Coffee yang memang terkenal di Johor tu mengandungi campuran babi. Kluang Rail Coffee di Kluang lebih dikenali dengan kedai kopi Kluang Station.

Ditambah pula mereka tidak pernah sama sekali dan tersenarai di dalam direktori halal website Halal Jakim.

Kecaman, dan ancaman mula menghantui pengusaha Kluang Rial Coffee atau kopi tiam Kluang Station. Perniagaan tersebut berusia lebih 70 tahun (1938) dan telah melewati tiga generasi. Hari ini perniagaan tersebut melangkaui fasa pengembangan dengan menjalankan perniagaan francais yang  semakin berkembang maju.

Mengikut Pengarah syarikat tersebut, En. Jack Lim Jit Chen, kebanyakkan pelanggan mereka (hampir 70%) terdiri daripada orang-orang Melayu Islam. Kedai kopi itu juga pernah menjadi simbol kebanggaan Kluang dengan Almarhum Sultan Iskandar (Sultan Johor) pernah menggagumi kehebatan kopi tersebut. 

Reputasi mereka tercalar apabila terdapat dakwaan oleh Jabatan Kesihatan Kluang daripada sampel yang diambil ke atas bahan kopi tersebut telah dicemari oleh DNA babi. 

Keperitan bertambah apabila JAIJ mengambil langkah mengumumkan bahawa kopi tersebut haram. 

Semenjak dari peristiwa tersebut, perniagaan Kluang Station terancam. Mereka dikecam hebat. Bahkan ramai antara orang-orang Melayu dan Muslim yang telah menjadi sebahagian daripada  pelanggan tetap dan "keluarga" mereka mulai menzahirkan perasaan kurang senang dan tertipu.

Ditambah pula mereka diheret ke mahkamah majisteret di Kluang. (maklumat tambahan: http://ondscene.my/pengguna/kluang-rail-coffee-didakwa-di-mahkamah)

Last May 19, Jit Chen and two other directors, Lim Jit Chiang and Lim Jit Tong, were charged under Rule 11(1)(c) of the Food Regulations 1985 for allegedly selling packed coffee powder and sachets without listing the offending DNA content on its packaging.

KEPUTUSAN MAHKAMAH

Hari ini (mulai April 2012), Kluang Station boleh menarik nafas lega kerana didapati tidak bersalah oleh mahkamah majisteret. Ramuan yang dihidangkan kepada pelanggan adalah 'halal'. 

Nor Habsarina, in acquitting all three directors, held that the trio successfully invoked the statutory defence available to them under Section 23 of the Food Act 1985 — that the offence was not willfully committed and that they took all reasonable steps to avoid committing an offence under Rule 11(1)(c) of the Food Regulations 1985 by relying on the halal certificates

Cuma ketika pemeriksaan mengejut 'tempoh hari' (19.01.2010), sampel yang diambil oleh pihak JAIJ (Jabatan Agama Islam Johor), Jabatan Kesihatan, KPDN-KK dan Majlis Perbandaran Kluang itu terkena bahan asing atau tercemar dengan DNA Babi yang barangkali bukan daripada tempat simpanan /stor mereka, atau tersentuh mana-mana bahagian atau tempat lain atau ketika proses analisa dilakukan oleh jabatan kimia.

Mengikut pengarah perusahaan tersebut, "... perniagaan kami berteraskan kejujuran dan sentiasa menyediakan yang terbaik kepada mereka. Kami sentiasa akur dan sedar akan tanggungjawab kami terhadap pelanggan beragama Islam dan kami ingin nyatakan, pada setiap masa, kami sentiasa menggunakan ramuan/bahan yang sudah diberikan status halal oleh pihak berkuasa Negara ini." (http://ondscene.my/pengguna/kluang-rail-coffee-didakwa-di-mahkamah)

"Last Nov 24, magistrate Nor Habsarina Ayob ruled that a prima facie case was proven. The three directors gave evidence on Jan 11, stating the offence was not willfully committed and they had taken all reasonable steps to ensure food was not contaminated by pig DNA as they relied on the halal certificates issued by the National Islamic Development Department (Jakim) for butter used to roast the coffee." 

Dalam proses perundangan tersebut, pihak Kluang Station dapat membuktikan bahawa mereka mematuhi segala peraturan 'halal'. Bahkan pekerja mereka sendiri ramai terdiri daripada orang-orang Melayu Islam.

Hari ini syarikat tersebut sudah memiliki sijil halal daripada Jakim. Mereka sedang berusaha keras untuk mengembalikan keyakinan dan memenangi 'hati' pelanggan muslimin lainnya.


KESIMPULAN

1) Mencari yang halal itu adalah fardhu. Kesilapan dan kekurangan boleh berlaku dimana-mana sahaja. Untuk mengelak daripada sangsi dan was-was, eloklah mencari tempat makan yang jelas sohih kehalalannya; terutama apabila kita hendak menyuap rezeki itu ke perut anak, isteri dan diri kita sendiri.

2) Elakkan fitnah dan sila perbetulkan dengan segera apabila tersalah maklumat. 





Khamis, 21 Jun 2012

Segera bersuci jangan dibiar lama

Semenjak dua menjak ini kuda maza bernama Cik Silvy sudah terbiar sekian lama. Habuk-habuk pun melekat sana-sini. Usah dipekira lagi selut dan lumpur, berlengas hampir seluruh badannya.

Kalau salah pandang sudah seperti anak kerbau pula yang bertahun tak mandi sungai. hahahaha...

Hujung minggu lalu maza mengambil kesempatan untuk mengurus diri setelah banyak perkara terbengkalai gara-gara peperiksaan yang maza hadapi. Jadinya, maza telah mengusung Cik Silvy ke tempat 'pelindungan' untuk bersuci dan mengangkat hadas.


Kalau tak dibuat demikian nanti gigi dan gusi Cik Silvy akan segera gugur. Karat sana-sini bisa merosakan sendi-sendi di kakinya. hehehe

Sambil-sambil itu, maza hendak mengucapkan kepada kengkawan; selamat malam Jumaat gitew.. ahaks, alahai... Jangan lupa, esok hari Jumaat; bangun awal dan bersuci... hehehehe



Isnin, 18 Jun 2012

Kopi 'O', Ubi, Keledek, Ikan kering gelama bakar: Kampung Kahang

Dua puluh tahun lalu, tatkala cuaca begini redup bumi dibasahi hujan, aku sedang asyik meyuakan air kopi o pahit bersama ubi kayu cicah sambal.

Sesekali mengerling keluar melihat titisan air hujan mengalir dari atap zink rumah yang berderap-derap bunyinya.

Di balik pokok manggis sana kelihatan air hujan mencurah-curah dan dedaunan itu beralun-alun. Tiba-tiba angin dingin menyapu tubuh. Segera aku merentap kain sarung ke tubuh dan merapatkannya hingga ke bahu. Terhenjut-henjut menahan kesejukan hingga ke tulang dalam!

Ubi kayu dan keledek rebus terus dicubit dan disuap ke mulut. Sesekali ekor ikan kering gelama bakar diselitkan di celah ubi itu dan ditelan enak. Aroma kopi o pekat berbau di hidung! Ketara sekali.

Usai sarapan, sama ada aku akan menyambung lena. Atau pun turun ke laman rumah. Bermain air hujan tanpa mengenal sejuk atau terkenangkan demam, yang ada di lubuk hati hanyalah liburan dan riang-ria si kanak-kanak.

Atau pun aku berada di parit ban sana untuk menahan lukah dan menangkap ikan sepat, puyu, putih, sebarau, perik, baung untuk dibuat lauk nanti!

Ahhhh!... Petanda aku kerinduan bau selut, tanah, pasir dan keindahan tanaman di kampung halaman....

Era 1940-1980an: Makanan di waktu usai bekerja keras membuka dan meneroka tanah. Keledek, ikan gelama kering dan sambal tumis


"Keledek, ubi, ikan gelama kering bakar, sambal tumis mak anjang!"

Ini adalah antara 'desert' pembuka selera yang bakal dihidangkan ketika projek "Jambori di Kampung Kahang"... peerkhhhhh

Jumaat, 15 Jun 2012

Menggagahi ranjau di sepanjang jalan

"Min! Min!" teriak Manisih memanggil anak lelaki sulungnya yang berumur 14 tahun. Anak itu tidak pulang ke rumah sedari pagi. Lepas sarapan lempeng dicicah dengan gula bersama teh 'o' jarang, dia menghilang. Barangkali mengheret sama adik-adiknya Leman dan Mutalib,

Maghrib mulai menyinsing. Batang tubuh anaknya bertiga tidak kelihatan juga. Hati Manisih resah tak karuan. Risau bukan kepalang.

"Min! Leman! Talib!!!" pekiknya bersungguh sambil berkeliling rumah di atas bukit di tepi Jalan Mersing.  Serambi rumah di depan itu adalah 'rumah atas' terbuat daripada kayu. Ruang dapur pula berlantai dan sebahagian dindingnya terbina daripada simen. Rumah inilah rumah peninggalan arwah suaminya, Md. Isa. Hampir setahun suaminya itu meninggal dunia. Kini tinggal Manisih menggalas tanggunggjawab membesarkan anak-anak mereka enam orang itu sendirian. 

Pak Long Kadir terdengar pekikan Manisih. Lalu menjenguk kalau-kalau ada sesuatu yang dapat dibantunya janda muda itu. Bergegas Pak Long Kadir mendapatkan Manisih yang menjadi jirannya sekian lama.

"Kenapa Manisih?" Pak Long Kadir mendapatkan kepastian sambil membetulkan kedudukan kupiahnya.

Selasa, 12 Jun 2012

Muncul sudah, Proses hibernisasi sudah tamat

Hari ini (11- Jun- 2012 - Isnin) hari terakhir menjalani peperiksaan. Syukur segalanya berjalan lancar. Sekarang ini proses meraikan, bertawakal dan bertenang. 

Kegembiraan segera terukir petanda kemerdekaan diperolehi setelah perjuangan menghadapi peperiksaan amat ribut sekali itu berakhir. 

Namun senyuman itu diragut setelah menyedari berakhirnya peperiksaan bermakna sekali lagi proses hukum alam akan berlaku. Kami bakal berpisah dengan teman-teman sekuliah. Entah kapan akan bertemu, tiadalah siapa dapat menduganya, lagi-lagi usia masing-masing sudah meninggi . . . huhuhuhu.

Pelajar kali ini rata-rata datangnya dari luar negara. Banyaknya dari Iran dan tanah besar China. 

Selama beberapa minggu lalu segala penumpuan dan kerja keras dicurahkan untuk kejayaan di dalam peperiksaan dan masa depan. Di hati sering menerpa agar peperiksaan akan segera berlalu supaya azab tekanan perasaan dan fizikal ini pantas berakhir. 

Namun, baru sejam peperiksaan berlalu, jiwa mulai terasa kosong. Terpinga-pinga! Tidak karuan dan tidak tahu hendak berbuat apa. 

Ah! Mungkin maza perlukan rehat yang cukup untuk kembali bersiaran seperti biasa. 

Dari itu maza harus terus meraikan kebebasan dengan melompat mencecah awan setinggi langit! 

Sambil-sambil menadah tangan agar peperiksaan kali ini akan membuahkan hasil yang memberangsangkan. Insyallah... 

"Bertemu kita di puncak kejayaan!" kata seorang teman dari luar negara!

Melompat meraikan kejayaan, Yahoooooo!!! Yabedab bedooooo

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails